MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Thursday, December 30, 2010

BALASAN PAHALA UNTUK IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA

Mama baru "melayan" satu blog ni..blog berkenaan Islamic. Bagus tau blog ni untuk pengetahuan kita. Yang paling best ialah tentang 58 balasan pahala untuk wanita dan 3 diantaranya ialah :


1) " Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan mendapat satu pahala dari tiap - tiap titik susu yang diberikannya."

2) "Jika wanita menyusui anaknya sehingga 2 1/2 tahun maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya."

3) "Jika wanita memberi susu badan kepada anaknya yang menangis Allah akan memberi pahala satu tahun solat & puasa"



Ya Allah..besarnya pahala..InsyaAllah dengan izan dariNya..harapan mama, kita semua akan tergolong dari wanita - wanita tersebut.

MENAMBAHKAN STOK EBM

Hari ni tiba - tiba mama rasa nak bercerita tentang EBM pulak.
Bukan apa..kebetulan ramai yang cakap bila datang period kuantiti susu akan kurang! 
Betul ke??
-
-
Entahlah???


Sebelum ni pun mama pernah mengalami "kekurangan" masa mula2 masuk kerja dulu. EBM dalam freezer cukup - cukup makan je. Mmg takut sgt kalau tak cukup. Masa tu pulak Qaireen kuat minum susu. Setiap 2jam sekali dia mesti nak minum. Kadang2 rasa macam nak nangis..rasa down sgt..rasa macam nak bagi SF je.


Tapi Alhamdulillah, mama kuatkan semangat..banyak membaca, berdoa dan terus berusaha..akhirnya berjaya juga.

So mama nak share dengan ibu2 semua dari pengalaman mama sendiri.

1) Mama kerapkan sesi pam..setiap 3 jam sekali mama akan pam..w/pun dapat 1oz, mama tak mengalah langsung..ialah nnt mama top-up dgn sesi pam yg lain..so dptlah 4oz..betul tak??

2) Mama akan pastikan mama minum sekurang2nya 3liter air masak di opis. Mama juga amalkan petua lain untuk banyakkan susu.

3) Hasil pam hari Isnin, mama akan jadikan EBM untuk hari Selasa..dan seterusnya. 

4) Hasil pam hari Jumaat, mama simpan untuk STOK EBM.

5) Untuk hari Isnin, mama ambil yg hari Sabtu & Ahad

6) Mama juga akan bawa ke mana saja pam mama. Bila ada masa kelapangan, mama mesti pam.

7) Yang penting jangan sesekali stress n jangan sesekali set dlm kepala kita berapa oz kita nak pam. Biar susu tu keluar sendiri berapa banayk pun yang dia suka.


cth (w/pun masa tu B kita tengah bengkak, waktu hari minggu)  : pukul 2am kita pam dah dapat 5oz..so keesokan paginya dlm pukul 8am kita dah set siap2 dkt kepala "aku dapat pam 3oz pun cukuplah"....jgn haraplah akan dpt 3oz..kadang2 tu..1oz pun susah nak dapat! Serius!! mama selalu terkena keadaan mcm ni. 


Jadual pam mama.
1) Dekat office : (9am - 10am)...(12pm - 1pm)...(4pm - 5pm) so dapat 3 sesi
2) Dekat rumah : (7pm - 8pm)...(12am - 1am)...(5am -6am) lagi 3 sesi
(tapi sekarang senjak pakai spectra3 mama dah tak pam waktu mlm lagi..Qaireen pun dah kurang minum waktu siang.)

**Mmg penat sangat waktu ni..tapi untuk kebaikan Qaireen mama sanggup buat apa sahaja. Masa ni mama duduk rumah opah dekat Kampar. Tiap2 hari naik bas berulang dari Kampar - Ipoh, bas pagi pukul 7am dan sampai rumah pukul 7pm. Mama juga belum pakai Spectra3 lagi waktu ni, mama hanya buat single pam dan tak ambil apa2 vitamin.


Zaman "cukup -cukup makan"


Alhamdulillah EBM bertambah

Alhamdulillah..hasil usaha mama dan berkat kesabaran mama serta setelah menggunakan spectra3..STOK EBM semakin bertambah. Sekarang dah ada 4oz x 30 botol. Tambahan pula setelah mengambil vitamin Shaklee..mama semakin super dooper tau ^_^


Wednesday, December 29, 2010

KUASA SUSUIBU & VITAMIN C

Beberapa hari lepas Qaireen demam, 1st time demam tau! mama mmg gelabah

Mama nak story sikit..cuba tengok date & time dekat gambar.

26bh Dis 2010 :
Mama ada kenduri kawin hari Ahad 26hb lepas. Dalam pukul 10.30am mama nak mandikan Qaireen tiba2 mama rasa badan Qaireen panas. Kebiasaannye tiada apa2, coz badan Qaireen mmg selalu panas. Tapi hari tu mama rasa tak sedap hati. 

Nak dekat pukul 11am, mama periksa suhu Qaireen. Sekali naik 37.7..alamak....Qaireen demam!! Daripada nak mandikan dia..terus tak jadi mandi. Mama terus suruh baba beli cool fever untuk Qaireen..Cancel pergi kenduri.

Lepas tu mama rasa, makin lama..makin panas badan Qaireen ni. So kami pun pergilah klinik. Bila doc cek temperature..dah naik sampai 39!!Ya Allah risaunye mama!! Doc terus bagi ubat dekat buntot dia. Nasib dia tak nangis..Qaireen budak kuat! ^_^

Tetap ceria walaupun demam

Nak di ringkaskan cerita..kawan baru mama Azrin (ceh!kawan baruhttp://arissazoela.blogspot.com/ (mama tak pandai nak link kan terus ke blog Azrin) bagi tahu..ambil Vitamin C Shaklee 2biji.  So mama pun ambillah 2biji dan bf Qaireen sekerap yang mungkin..2 jam sekali mama bf Qaireen.

27hb Dis 2010 :
Alhamdulillah dengan izin dr Allah suhu Qaireen turun sehingga 36.5..sangat2 mengakjubkan! Doc suruh mama bagi Qaireen banyak air masak. Tapi setitik air masak pun mama tak bagi. (mama lupa nak bagi air masak sebenarnya). Hanya susuibu sahaja yg mama bagi. Betapa hebat ciptaanNya!


28hb Dis 2010 :
Qaireen dah sihat..cuma dia masih tak selesa dan nak bermanja dengan mama je..Tak pelah, janji Qaireen sihat, aktif & ceria seperti biasa.

Thursday, December 23, 2010

CARA MENGHAPUSKAN SERANGGA DI RUMAH

Mama nak kongsi benda yang bagus untuk ibu2 semua.

Benda ni muncul sebab..
Bulan lepas Qaireen kena gigit semut di kaki & tangan..banyak sgt! 
Kesian dia, sampai tak boleh tidur malam. Asyik merengek je..ialah kita orang dewasa ni pun tak tahan. Inikan pula baby.

Lepas tu..kawan mama dekat opis bagi tahu tentang serai wangi. Dia cakap dekat tesco ada jual ubat cuci lantai untuk halau semut. So balik je kerja, mama & baba terus pergi ke tesco dan cari serai wangi.


Inilah dia..bukan semut je tak de dekat rumah mama sekarang ni..lipas pun dah tak de!yahoooo.
Rumah mama mmg semua "binatang peliharan" ada..tensen betul!(semut, lipas, cicak, semua ada). 

Tapi sekarang mama dah tak perlu risau, sebab mama dah ada Serai Wangi AFY HANIFF
Tiap2 minggu mama mop rumah pakai serai wangi..baunya pun sedap..macam bau dalam pantang..hehe.

Yang ni pulak, mama guna untuk sembur di tingkap. 

Alhamdulilla mmg berkesan ^_^

Wednesday, December 22, 2010

BREAKFAST ku....

Selamat tghari ibu - ibu & sahabat - sahabat mama sekalian..heee.

Hari ni mama tak mahu celoteh banyak - banyak, mama busy nak siapkan account opis ni (tp sempat juga curi - curi update blog..kekeke) January nnt income tax nak datang opis. Lagi beberapa hari je dah nak habis tahun 2010, tapi account 2009 tak siap - siap lagi. Adoiiii penin..penin.. Nak buat mcmn?? Bos mama baru beli UBS software, sebelum ni buat manual pakai Excel je.


Ok mama nak kongsi breakfast mama pagi td. Hari ni mama makan nasi goreng + minum air fenugreek/halba (tapi nasi goreng tak sempat nak ambil gambar..mama lapar sangatlah tak sempat nak tangkap gambar..wakakaka) 

Mama mmg beli fenugreek/halba dan tinggalkan dekat pentry opis mama. So pagi - pagi mama akan rendamkan dengan air panas. 


Lepas tu untuk sesi pagi ke tengahari ni pula, mama minum air longan kering. Malam tadi mama rebuskan dekat rumah. So pagi ni mama letak je dekat bekas air mama di opis. Alhamdulillah dapat 7.5oz masa pam tadi ^_^

Monday, December 20, 2010

CARA MUDAH UNTUK MENYEDIAKAN BUBUR NASI UNTUK IBU BEKERJA

Wah!!panjang sungguh tajuk mama tu ye.

Saja mama buat macam tu, mana tau kot2 ada yg search tulis macam tu..hehe..

Ok bagi ibu2 yg bekerja mesti pening n penat kan..mana nak kejar..kerja..anak..masak..basuh kain..lipat kain..gosok baju..kemas rumah..dll

Macam mama, semua tu mama buat pada hari Sabtu atau Ahad.


Ini contoh cara mudah mama. Setiap Sabtu atau Ahad mama & baba akan pergi pasar untuk beli barangan dapur. Lepas beli mama akan basuh siap2 ayam, ikan, udang, sotong dll. Lepas tu mama akak letak di dalam bekas. Sayur2 pun sama juga, mama akan letak dalam tupperware, (tapi sayur jangan basuh siap2 pula tau!!). Mmg tahan lama, kadang2 tu nak dekat 1 minggu pun..sayur mama elok lagi. 

Mama selalunya masak waktu petang atau lepas maghrib. So pagi sebelum mama pergi kerja mama akan turunkan lauk tersebut ke bawah. Bila petang lauk tersebut tidaklah lagi beku..senanglah mama nak masak.


Qaireen punye stok makanan pun sama juga, mama akan siapkan at least untuk 5hari. Bila pagi masa mama masak nasi, mama akan ambil 1 bekas dan letakkan ke dalam periuk. Mama masak sekali dengan nasi, dalam 15 ke 20 minit siap.


Bila dah siap blend, mama akan masukkan ke dalam termos ni, supaya kekal panas. Tapi mama buat pekat sikit, coz Qaireen makan 2x sehari. Bila petang "mak" Qaireen hanya campurkan dengan sedikit air panas, untuk cairkan & panaskan bubur nasi tersebut. Senanglah kan..tak payah nak panas guna oven atau atas dapur.


 Yang ini pulak..bila dah tiba hari ahad..stok Qaireen, mama & baba dah habis masuk dalam perut..kekekeke


Senang je kan..itulah cara mama, ada sesiapa yang nak ikut  ^_^

KATA - KATA YANG MELEMAHKAN SEMANGAT


Hari ni mama nak cerita sikit pengalaman mama yang sangat2 mama tak suka! Dengan kata yg agak kasar..sakit teliga!sakit hati!!

Dalam Pantang :
Biasalah dalam pantang mesti ramai yg datang melawat kita n nak tengok baby kan. Kebetulan Qaireen cucu sulung belah mama n baba..so jadi tumpuanlah dia!

(perbualan dgn pelawat yg b'pangkat makcik)
Pelawat : Dah start campur ke belum?
Mama : Dilla nak bagi susu badan sepenuhnya.
Pelawat : Dilla kena ajar dia minun SF..nnt nak kerja susah!
Mama : Hanya tersanyum..(dlm hati Allah saja yg tau)

Mula Masuk Kerja :
1st day masuk office..berdebar2 gak..ialah takut susu yg mama pam di office tak keluar banyak.

(perbualan dgn kawan office yg dah ada 3 org anak)
Mama : Sy nak pergi surau, nak pam kejap ye.
Kawan : Dilla bagi susu badan ke dkt Qaireen
Mama : A' a..
Kawan : Kenapa tak campur dgn SF..nnt tak cukup tau.
Mama : Buat masa ni cukup lagi, coz susu pun tengah banyak.
Kawan : Bagilah juga..nnt dia tak kenyang, asyik meragam je.
Mama : Tengoklah mcmn..kalau dh tak de susu barulah dilla bagi SF (dlm hati mama berkata2..jgn harap aku nk bagi SF..susu aku susu terbaik..buat apa aku nak bagi susu lembu)

(cit cat mama dgn kwn2 dkt fb)
‎..ada hamba Allah yg bg "nasihat" dkt aku, "jgn bg susu bdn je,campur dgn susu tepung gak.." aku hanya mampu t'senyum..Qaireen jgn risau ye syg, InsyaAllah selagi Allah memberi rezeki kepada mama..mama akan nyusukan Qaireen dgn susu mama selama 2 thn atau sekurang2nye 6bln!!YAKIN BOLEH!!!!
July 19 at 12:39pm ·  ·  · 

    • Imma Nadia terbaik...
      July 19 at 12:50pm · 

    • Zara Darling selagi ada susu..bagi je...positive minded
      July 19 at 12:56pm · 

    • Nallyza Wann dila... tu nasihat yg da ade pengalaman... aku ni ha.. anak langsung x nak susu tepung... ha.. amik ko... berenti keje terus... hahaha... ;)
      July 19 at 1:08pm · 

    • Nasmi Mahamad Bg jgn xbg..hee
      July 19 at 1:08pm · 

    • Linda Hussin Breastfeed.. Gambate!!!
      July 19 at 1:18pm · 

    • Mia Sarah ada betul apa dia ckp tuh..nnt klu ko g keje,leh selangkan dia ngn susu tepung tuh..xderlah dia lapar nnt mama oiii....susu badan mmg terbaik,tp,nnt ko jd susah plak..untuk yg xbekerja,oklah fully breast feeding..tu pndpt akulah..
      July 19 at 1:31pm · 

    • Noin Rahaman oii...dilla..fikir2 ckit..ko tu bekerja..hahahaha
      July 19 at 2:47pm · 

    • Mia Sarah noin,betul...sbb keje,klu xkeje,xper...nnt kesian pd baby..lapar dia..baik ajar dr skrg..bkn putuskan trs..atlease,selangkan..bg dia rasa gak..t,klu xajar,susah..xkan sejam skali nk blk umah menysu kot..nnt jd mcm kakak ipar aku..nasib baik opis dkt..klu x,naya kna benti keje..naluri ibu lain skt..kang ank nagis,confirm nk blk umh nyer..
      July 19 at 2:49pm · 

    • Noin Rahaman tula..memang berat bila fikirkn anak tu,tapi dah kita bekerja..lainla kerja sendiri..jangan jadi cam aku..mak aku cakap sampai umur 4thnpun nyusu badan..nasib mak aku tu dok umah je..hehe
      July 19 at 2:54pm · 

    • Roslatipah Zainal Abidin dila: kak ipr akak sampai sambung cuti 10 days sbb baby tknk nyusu tepung
      skang alhmdullilah dh leh minum cket2 kt umh babysitter dia
      tp bila mak dia dtg jemput je terus terkam nk menetek. lapo benau gayanye

      July 19 at 3:39pm · 

    • Mia Sarah hehehhe...ciannyer...
      July 19 at 3:47pm · 

    • Roslatipah Zainal Abidin tu la. skng bdn dia kemain g smgt nyeh! nasib cute. asal jumpa je abis kena gomol ngn akak...hahaha
      July 19 at 3:49pm · 

    • Dilla Jalil emmm xpe wahai sahabat2 ku..selagi aku mampu, aku akn bg susu badan,alhamdulilllah baru habis pum dkt surau..dh dpt 8oz utk ari ni..jap lagi nak pum lagi..risau gak stok EBM dkt rumah dh makin kurang,sbb dh start ajar Qaireen dr minggu lps isap susu guna botol..YAKIN BOLEH!!!!
      July 19 at 4:04pm · 



So ibu - ibu semua..susah juga kan?? Masa ni mama rasa macam nak nangis tau. Mereka seoleh mempersenda2kan & memperlekehkan kemampuan mama untuk menyusukan Qaireen. Sedih sangat!!


Sebenarnya..mereka ini tidak mempunyai pengetahuan tentang susuibu. So nasihat mama, bagi sesiapa yg ingin berjaya menyusukan anak2 dengan susuibu sepenuhnya. Persiapan awal sebelum mengandung atau semasa mengandung sangat2 perlu. Kalau tak...

-
-
-

 Kita tak akan berjaya

Selamat Maju Jaya Ibu2 Semua.. ^_^

SGM akan datang...

Ni mama copy n paste dari Kelab Penyusuan SusuIbu Perak :


Pembukaan Breastfeeding Support Group Gathering untuk 2011. Pada bulan Januari, pada tarikh yg akan diberitahu kelak, topik yg dipilih adalah INTRODUCING SOLIDS TO BREASTFEEDING BABIES. Pada sesi ini, peserta yg hadir digalakkan bersama2 menyumbang resepi "natural foods" untuk dikongsi bersama2. Yg boleh bawa sampel lebih digalakkan kerana kita akan berpeluang merasai bersama2.



Mama mmg sukalah topik ni..ialah, mama kan "gile" masak. So kali ni sape2 yg datang bolehlah rasa apa yang mama masak.


sedap ke, mama masak ni??? ^_^

Friday, December 17, 2010

SUSUI CARA MESRA BAYI

10 Langkah ke arah penyusuan ibu yang berjaya.

Setiap kemudahan yang menyediakan perkhidmatan perbidanan dan penjagaan bayi baru lahir perlu :

1) Mempunyai polisi penyusuan ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.

2) Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.

3) Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan ibu.

4) Membantu ibu - ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.

5) Menunjukkan ibu - ibu cara menyusukan dan mengekalkan penghasilan susu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak - anak mereka.

6) Tidak memberikan bayi - bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab - sebab perubatan.

7) Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (rooming-in) - membenarkan ibu dan anak bersama - sama selama 24 jam sehari.

8) Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.

9) Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi - bayi yang menyusu susu ibu.

10) Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan ibu dan merujuk ibu - ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.

Thursday, December 16, 2010

CUAI..CARELESS..CUAI..CARELESS..


CUAI..CARELESS..perkataan yang boleh diberikan untuk mama.

Semalam mama banyak kerja, so nak dekat pukul 7 ptg baru mama ambik Qaireen. Macam biasa setiap hari mama akan letak Qaireen dekat car seat, lepas tu bila tutup pintu kereta mama akan kunci secara manual (tekan guna tangan..kebetulan pintu belah kiri kereta mama mmg dah rosak). Entah mcmn semalam..lepas mama kunci kereta, baru mama perasan kunci kereta ada dekat atas dashboard kereta.

Apa lagi menggelabahlah mama. Nak nangis rasanya, kesian tengok Qaireen sorang2 dlm kereta. Nasib kejadian berlaku dekat rumah pengasuh Qaireen. Qaireen pulak dalam kereta asyik ketawa - ketawa, ialah dia bukan tau apa pun yang berlaku. Mama, "mak", "abang" dan jiran - jiran "mak" cuba bermain dengan dia. Sampai berpeluh - peluh dia duduk dalam kereta.

Nasib "abah" Qaireen dan jiran - jiran ada tolong bukakan pintu. Hampir 15 minit jugalah mereka "bertarung"..masa tu mama dah rasa macam nak pecahkan tingkap kereta je.

Alhamdulilah..Qaireen selamat..maafkan mama ye sayang..mama tak sengaja (T_T)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...