MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Thursday, December 19, 2013

New Mom Accessories | Betul ke Tidak?


Haaaaa...mula2 tengok gambar ni nak tergelak pun ada. Dulu masa anak dara bukan main melaram. Sekarang dah ada baby..apa yang sempat capai je mama pakai..hahahaha..

Anda macam mana pula?

Kalau BETUL sila LIKE & SHARE


:P


Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh, Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552





Buku Terbaik MamaQaireen | 30 days ENTRY CHALLENGE!!! ; Day 7

Ni adalah buku terbaik yang mama boleh syorkan kepada anda semua. Bacalah buku ni..serius best! Ada 2 versi, English dan Bahasa Melayu. Kalau nak yang Bahasa Melayu, anda boleh layari www.pts.com.my

Actually buku ni sahabat mama Azrin Mohd (Mentor atau "mak" Shaklee) mama yang bagi. Tahun lepas bulan 11 rasanye dia hadiahkan mama buku ni. Mula2 memang malas nk baca. Tapi lama2 bila baca makin best..makin best..dan makin best!

Beberapa buah buku yang tersusun cantik, yang bersepah ada dekat rak atas..kekekeke

Mama ingat lagi bos tempat mama bekerja dulu (sekarang mama dah jadi WAHM..buat business Shaklee 100%) dia ada bagi tahu..

"Wah..dilla baca buku ni yek? Akak dulu masa study En. Yahya bagi, dia suruh baca gak..sape yang baca buku ni..nanti mesti behenti kerja, pastu buat buat business. Sebabnye..kawan akak pun ada baca buku ni..sekarang dah tak kerja, dia buat business."

Hah!!masin mulut ex bos mama. Memang mama dah tak kerja dengan dia lagi sekarang ni.

Belum sempat mama nak buat kerja, dia masuk SOHO mama dulu.

Kami bertiga kongsi 1 bilik, belah Kiri Tempat Anak,
belah Kanan Tempat Mama (tapi tempat mama tak nampak dalam gambar ni)

Sekarang ni kerja dekat rumah je..sambil berniaga, sambil melayan anak2 comel ku di rumah..ohhhhh sangat seronok! Kalau nak buat business Shaklee dengan mama, SMS / WhatsApp je mama k! (sempat lagi aku tukar cite..ok..sambung balik cite buku)

Kalau anda dah ada angan2 nak buat business, apa kata anda baca buku Rich Dad, Poor Dad. Lagi satu, lepas baca tu..anda mesti akan berfikiran lain dari hari2 anda yang sebelum ni. Anda mesti tak akan buang duit ke tempat yang idak berfaedah lagi..ehehe.

Selamat Membaca

^___^


DAY 6
DAY 5
DAY 4
DAY 3
DAY 2
DAY 1


Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh, Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552



Wednesday, December 18, 2013

Jangan Ajar Anak Cakap Pelat.


Memang seronok melayan bayi bercakap. Dalam bahasa bayi yang kedengaran lucu pasti kita tak kering gusi mendengarnya. Apatah lagi ia disertakan dengan mimik muka si comel yang tidak puas dipandang. Rasa terhibur sangat.
Bayi anda akan mula bercakap dalam bahasanya sendiri tidak kira malam, siang, pagi atau ketika terjaga dari tidur. Keinginannya untuk meningkatkan kemahiran pertuturan perlu diberi galakan. Bagaimanapun jangan sekali-kali anda turut meniru gaya si kecil bercakap. Misalnya ‘aaa’, ‘aaau’, ‘uuu’ dan sebagainya. 
Tanpa anda sedari perbuatan tersebut akan menggalakkan bayi belajar bercakap secara pelat. Anak-anak kecil mudah terpengaruh dengan perkara pertama yang mereka dengar. Untuk merangsang kemahiran pertuturan si kecil, anda perlu rajin bercakap dengan mereka sejak usia bayi lagi.
Walaupun ketika itu bayi anda tidak faham apa yang dituturkan tetapi bayi boleh menyimpan apa yang didengar dalam kotak memorinya. Pastikan anda sentiasa bercakap dalam bahasa yang betul iaitu tidak pelat dengan anak kerana mereka akan meniru kata-kata yang keluar dari mulut ibu bapa. 
Sumber : PaMa

Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh, Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552

Performance® Maximum Shaklee

Performance® Maximum Shaklee, Pengedar Sah Shaklee, COD Shaklee Di Ipoh,
Performance® Maximum Shaklee

Minuman Hidrasi Tulin - Sangat sesuai bagi mereka yang aktif dalam sukan, mahupun tugasan harian. Boleh di minum sebelum, semasa dan selepas aktiviti harian.

Penghilang Dahaga Untuk Si Juara
Performance merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Malah Performance juga telah direka khusus unutk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance sebagai pilihan utama mereka. Kerana, minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembara.

Istimewanya Performance ini kerana,  dengan adanya gabungan kompenen penting elektrolik seperti Sodium, Chloride, Magnesium, Kalsium dan Potasium serta Mineral ini akan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang berada dipasaran. Secara tidak langsung Perfomance juga membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

Terbukti Secara Klinikal
  • Dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda.
  • Memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh
  • Mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga)
  • Menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan dalam meningkatkan stamina.

Manfaat Utama Performance® Shaklee
  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - Memberi tenaga kepada otot dan sel dengan cepat.
  • Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangkn metabolisma air dalam tubuh. 
  • Mencegah Penyahhidratan - Mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.
  • Mengekalkan Paras Gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuham akibat kecederaan otot.

Siapa Yang Sesuai Minum?
  • Para Atlet
  • Berpuasa
  • Sebelum dan Selepas Pembedahan
  • Tidur Lewat Malam
  • Keletihan
  • Penyahhidratan Otot dan Kulit
  • Vagina Yang Kering
  • Cirit-birit
  • Tiada Selera Makan
  • Rendah Paras Gula
  • Sakit Kepala 

Jaminan Ketulinan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Nota : Elakkan dari terdedah (simpan dalam peti sejuk selepas buka)

Hubungi saya Dilla Jalil untuk sebarang konsultasi dan tawaran yang menarik. Anda juga boleh Mendaftar Keahlian Shaklee untuk mendapat pelbagai Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee sekarang! Tunggu apa lagi? ^__^

Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh, Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552



Movie Lawak Yang Tak Pernah Jemu | 30 days ENTRY CHALLENGE!!! ; Day 6

Cabaran dah sampai hari ke 6..day 6: A picture, scene from a movie or a joke that makes you crack up.

Senjak dah ada anak ni, terus terang mama cakap..mama mmg dah kurang tengok TV. Lagi lah sekarang ni kan. Tak habis2 pasang Astro Channel 611, 612, 613....3 tu jelah..tapi yang selalu pasang 613 lah....emmmm letih!hoho..

Ok, berbalik semula pada tajuk entry kali ni. Cerit lawak yg mama suka tengok ialah cite Zombie Kampung Pisang. Alahai ulanglah berapa kali dekat Astro pun mama tak jemu.

Paling mama suka watak AC Mizal dengan Que Haidar..adehhhh lawak betul! Mama suka watak AC yang macam blur2 dan lembap orangnye..hahahahha..

So sape2 yang tak pernah tengok, boleh lah tengok.

Dekat bawah ni mama share Trailer cerita tersebut..kalau nak full story, anda boleh cari di youtube..heheee..





DAY 1
DAY 2
DAY 3
DAY 4
DAY 5

Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh, Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552


Seniwati Azean Irdawaty Meninggal Dunia

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un انا لله وانا اليه 



Terkejut gak bila dapat tahu berita ni..Tapi apa yang mama nak cakap, arwah mmg seorang yang kuat semangat! Berapa tahun dia lawan dengan sakit dia tu kan? Marilah kita sama2 sedekahkan Al-fatihah kepada beliau.

Sumber yang mama perolehi daripada Berita Harian Online.

*************************************************

Azean Irdawaty meninggal dunia di PPUM


Petaling Jaya: Seniwati filem Melayu, Azean Irdawaty, 63, yang menderita penyakit barah, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, pada jam 8.25 malam tadi.

Azean menghembuskan nafas terakhir di sisi suami dan anak-anak, saudara-mara serta rakan artis di wad Medikal PPUM. 

Antara insan seni yang melawat Azean ialah pengarah filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba. Azean ialah pengarah filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba. 


Jenazah akan dibawa ke rumahnya di 92, Jalan BU11/7, Bandar Utama, PJ..

********************************************************


Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh, Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552

Tuesday, December 17, 2013

Wow!! Bagusnya Khasiat OMEGA-3 Untuk Budak Sekolah

Tiada seorang ibu pun mahukan anak mereka gagal dalam pelajaran. Oleh itu salah satu cara terbaik untuk meransang minta anak kita adalah dengan memberi makanan yang mengadungi Omega-3. 

Kenapa Omega-3?

Omega-3 sangat berkesan untuk Fungsi Otak setiap manusia.

Mengapa Omega-3 dikatakan 'Brain-booster'?


Sebahagian besar otak manusia terdiri daripada lemak 'baik' atau dikenali sebagai asid lemak. Dan kebanyakan lemak baik adalah Omega-3. Kajian telah membuktikan yang diet yang kaya dengan Omega-3 dapat meningkatkan  keupayan belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, daya tumpuan, daya ingatan dan kemahiran berkomunikasi. Omega-3 juga terbukti mampu memberikan mood positif dan keseimbangan emosi, dan dapat mengekalkan kesihatan mental semakin kita berumur.

Bagaimana Omega-3 Membantu Fungsi Otak?

Di dalam otak kita terdapat banyak neuron (sel yang menghantar mesej dari otak ke bahagian tubuh lain). Dinding neuron inilah yang terdiri daripada lemak 'baik' ini. Bagi memastikan neuron-neuron ini dapat berkomunikasi dengan baik, dinding neuron mestilah cukup fleksibel untuk membenarkan molekul-molekul penting menembusinya. Faktor-faktor seperti penuaan, diet yang tinggi kolestrol dan lemak tepu akan menjadikan dinding neuron ini mengeras. Ini mengakibatkan molekul-molekul penting tidak dapat menembusi dinding neuron dengan baik dan akibatnya berlakulah ketidakseimbangan emosi, kesukaran untuk belajar, daya ingatan menjadi tumpul, dan pelbagai kemerunduman fungsi otak.

Dengan menambah Omega-3 dalam diet harian, kita dapat memulihkan sifat lentur dan fleksibel dinding neuron dalam otak, seterusnya meningkatkan komunikasi sel dan fungsi otak.

Selain itu, khasiat Omega-3 juga adalah mencairkan darah di mana lebih banyak oksigen dapat disalurkan kepada otak dengan lebih baik, seterusnya meningkatkan fungsi otak itu sendiri.

Jom tengok video di bawah ni..anda pasti teruja!



Shaklee juga ada produk yang menghasikan Omega-3 iaitu Omega Guard Shaklee. Sila klik DI SINI untuk pelbagai info berkenaan dengan Omega Guard Shaklee.

Berminat dengan Omega Guard Shaklee? Boleh hubungi....

Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh, Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552

Monday, December 16, 2013

5 Lagu Ngetop MamaQaireen | 30 days ENTRY CHALLENGE!!! ; Day 5

Hari ke 5 cabaran menulis entry di blog MamaQaireen ni Your top 5 songs of all time.

Haaa...ni nak buat mama tergelak pun ada, actually mama ni bukan lah jenis dengar lagu sangat. Dekat umah kalau buat kerja di SOHO pun..duduk diam2 sorang2 dalam bilik pun ok.

Tapi cabaran punye pasal..ku redah juga.. (jenuh fikir lagu apa aku nak share ni)

Senarai - senarai lagu adalah........jeng..jeng....

1) Relaku Pujuk - Spider
Lagu ni serius sampai dah tua, tak de gigi pun memang mama suka. Sebab lirik dia..haaaaa....actually lagu ni ada kisahnye tersendiri. Kisah mama dengan baba dulu masa mula2 kenal. Kisah baba nak ngorat mama, muahahaha..

Baba Qaireen 9tahun yang lepas (tahun 2004) :P

Nak story mory mama segan..so korang baca jelah likir lagu ni..so korang mesti faham >_< (malu)

Ku dikejar bayang bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan di punya dan di penjara
Belaian cintaku ini

Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa menyambar walau ku di tolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki

Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu rela ku pujuk

Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya

Usahlah kau bersedih di hadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu oh
Apakah kali ini bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku…



Ok sudah..jangan terus berjiwang..hahahaha..

2) Endless Love - Diana Ross & Lionel Richie



Lagu ni pula mama teringat masa mama majlis potong kek. Aishhhh mesti korang cakap, MamaQaireen ni jiwang rupe2nye.. (serius..cabaran ni punye pasal..habis pecah tembelang ku, saya Mama yang garang tau!hehee)

Sebelum potong kek, dewan ni bergema dengan lagu Endless Love...awww malu ai.
3) Bahagiamu Deritaku - Hafiz
Yang no 3 ni tak de kaitan dengan sape2..walaupun nama Baba Qaireen = Hafiz..hehee.. Entah, mama suka dengan lagu ni. Lagi2 suara Hafiz, alahai sedap betul.

No 4 dengan 5 jenuh pulak mama nak fikir..lagu apa yek? 

Cumanye sekarang ni mama suka sangat dengar Lailaha Illalah - Hafiz Hamidun (Zikir Terapi Diri)..rasa tenanggggggggg sangat! 

Pastu Doa Solat Dhua bila dengar tu rasa macam nak nangis pun ada, sebab mama mmg bergantung 100% kepada Allah. Mama yakin, setiap rezeki dan kesenangan yang mama perolehi sekarang ni hanya datang daripada Allah. 



Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh, Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552

Kebaikan Minyak Ikan Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee adalah antara Minyak Ikan yang Terbaik di dunia. Omega Guard Shaklee diekstrak dari laut air sejuk di perairan negara Jepun. Ia juga bukan dihasilakan melalui hati ikan. Malah, Omega Guard Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati ikan. Tahukan anda khasiat Omega 3?


Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA. Tahukah anda akan kebaikan bahan-bahan ini?

EPA MENCEGAH
  • Kanser
  • Pembekuan Darah
  • Pembekuan Lemak dalam Darah
  • Kadar Kolestrol berlebihan
  • Penyakit Jantung
  • Tekanan Perasaan
  • Tekanan Darah Tinggi
TUGAS DHA
  • Mencegah Radang Sendi
  • Mencegah Asma
  • Meningkatkan Daya Seks
  • Mengelakkan Kanser PAYUDARA, USUS, PANKREAS DAN PROSTAT
  • Mencegah Penyakit Kulit
  • Mengelakkan MIGRAIN ,RASA KEBAS DI ANGGOTA BADAN SERTA KESEJUKKAN PADA KAKI DAN TANGAN.
Sumber OMEGA3 Daripada?
  • Telur
  • Ikan salmon
  • Ikan Tuna
  • Ikan sardin
  • Ikan bilis
  • Ikan makarel

Kebaikan Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Berbanding dengan produk lain di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu Sajian Omega Guard Shaklee dapat membekalkan hampir 1000mg asid-lemak omega-3 EPA dan DHA

Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee
Perbandingan Omega Guard Shaklee dengan produk lain

Ultratulen Bergred Farmaseutikal

Kebanyakan pengusaha - pengusaha kilang menggunakan kaedah menyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Malangnya dengan menggunakan kaedah tersebut ia akan memusnahkan sesetengah nutrien. Selain itu juga ia boleh menipiskan kandungan logam yang boleh membahayakan kesihatan.

Tetapi berlainan dengan Shklee, Shaklee menggunakan kaedah Ultratulen Bergred Rarmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Proses penyulingan ini adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan semulajadi yang bermafaan di bawah suhu rendah yang terjaga.

Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak omega yang asli dan menghilangkan pencemaran serta menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.


Omega Guard Shaklee



Berminat untuk dapatkan Omega Guard Shaklee? Hubungi.....

Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh, Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552

Siapa Ibubapa MamaQaireen? | 30 days ENTRY CHALLENGE!!! ; Day 4

Dalam banyak2 tugasan yang mama kena buat, mama rasa day 4 ni lah paling SUSAH sekali. Daripada mula baca semua tajuk yg mama kena share..day 4: All about your parents buat mama penin.

Sebab apa mama mmg jarang cerita pasal ibubapa mama? Actually mereka dah tiada di dunia ni. Mereka dah meninggal dunia. Tapi tak pe..jangan sedih, jom mama akan cerita serba sedikit ttg mereka.

Arwah ibu mama lahir pada 17hb Jun 1957 (tahun merdeka tau). Dia anak sulung daripada 7 adik beradik. Kawan2 dia panggil dia Kak Ita. Arwah meninggal dunia pada tahun 2006

Apa yang bestnye ttg awah ibu mama ni? Haaaaaa....arwah ni, seorg super duper mak dan isteri tau. Sebab apa? Walaupun dia bekerja 8am - 6pm, tapi setiap hari dia mesti akan masak untuk kami. Kami dulu masa kecik mmg jarang makan di luar lah...pastu arwah ni suka berniaga. Ya Allah selagi ada barang, semua nak jual..hahaha (sebab tu mama pun macam tu gak kot :P).

Birthday Adik Mama - Melissa

Birthday Adik Mama - Qayyum
Sorrylah gambar mama je tak de..sebab banyak gambar tak menutup aurat..huhu...


Paling best sekali arwah mmg suka buat "makan - makan". Tak kira lah apa pun, birthday party ke..kenduri doa selamat ke..kenduri arwah ke..rumah terbuka ke..janji ada je makan - makan dia tu.

Yang super dupernye arwah ibu mama ialah, dia.....
- pandai masak
- pandai menjahit
- pandai berninga
- dan semua benda dia boleh buat sendiri. 
Seronok kami dulu, tak payah nak order dekat orang..sebab semua arwah yang buat.

Ok seekarang mama nak cerita ttg arwah ayah mama pula. Arwah ayah mama lahir pada 18hb Jan 1952. Beliau anak kedua daripada 7 adik beradik dan meninggal dunia pada tahun 1997.

Arwah ayah mama, the best ayah! dia seorang "mat smart"..hehee. Mama ingat lagi masa mama darjah 5, mama dengan arwah gi shopping baju raya (sebab arwah ibu mama dalam pantang) so masa ukur baju dekat belakang bahu dia..dia nak ngam2 sama dengan baju yang dia pakai. Lepas tu, bila dah try baju tu..boleh pulak dia tanye mama.. "handsome tak baba..ada macam datuk tak?" hahahahaha..adehhhh..mama masa tu budak lagi..so puji melambung jelah..kekeke....

Arwah Ayah belah kiri sekali (tengoklah dia dgn kawan2..sape paling smart) ^__^

Lagi satu arwah ayah mama ni seorang yang kuat berjalan (ok..mama ikut dia juga, jenis kuat berjalan :P) Masa kecik dulu, kami mmg selalu sangat pergi bercuti. Kadang tu, langsung tak rancang..tiba2 je..jom kita gi PD. So kami satu family kelam kabut kemas baju..hehee.

Gambar ni, arwah pergi rombongan apa entah..dah tak ingat mama. (beliau belah kiri)
Arwah ayah mama orang yang jenis cool dan tak banyak cakap (ok..yg ni comfirm mama tak ikut dia..muahahaha). Cuma apa yang mama tahu, dia seorang ayah terbaik di dunia ni. Seorang yang sangat bertanggungjawab ke atas keluarga beliau.

Semoga arwah ibu dan ayah mama ditempatkan dengan orang2 yang beriman. Jom semua kita sedekahkan Al-Fatihah.



Al-fatihah.......


DAY 1
DAY 2
DAY 3

Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh, Perak
Dilla Jalil )852451)
017-5657552

Saturday, December 14, 2013

Bercuti Bersama Family Di Universal Studios Singapore (USS) | 30 days ENTRY CHALLENGE!!! ; Day 3

Untuk cabaran 30 days entry challenge hari ke 3 ni, mama nak cerita percutian mama bersama baba dan Qaireen di Universal Studios Singapore (USS).

Mama dgn Baba excited..Qaireen boleh garu kepala..hahaha.

Masa tu, Qaireen baru 11bulan. Alhamdulilah perjalanan kami sekeluarga berjalan dengan lancar sekali. Dalam flight pun Qaireen tak menangis. Masa tu risau sangat kalau dia nangis..habislah satu flight dengar suara dia je..huhu...nasib baik tak nangis, lagi pun tak lama pun perjalanan dari LCCT ke Changi Airport tak sampai 1 jam.

Elok je duduk diam baca book dalam flight.

Mama share sikit beberapa gambar di USS



Jom menyusu di mana sahaja ^_^

Kami sekeluarga pergi ke Singapore selama 4 hari 3 malam. Selama 3 hari dekat sana, Qaireen baik sangat. Sikit pun tak nangis. Cuma hari terakhir semasa di airport je dia meragam skit. Mungkin dia dah penat sangat.

Qaireen berkampung dekat Changi Airport.
Dan selepas beberapa jam selepas itu..suara Qaireen satu airport dengar, sebabnye nak susu je..hahahaha..

Tu dia.....dapat susu terus diam.

Untuk membaca entry sebelum ini, boleh klik di bawah.


Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh, Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552

Friday, December 13, 2013

Apakah Maksud MamaQaireen Blog? | 30 days ENTRY CHALLENGE!!! ; Day 2



Apa maksud blog mama? Emmmm..penin gak nak menjawab ni..hahaha.

1) Mama
- Mama lah....saya Dilla Jalil. Ibu kepada anak saya. (boleh tak jawab mcm tu?)

2) Qaireen
- Nama anak mama Nur Qaireen Syaza.

Macam mana boleh terfikir nak letak nama mamaqaireen.blogspot.com tu?

Actually masa mama mula2 nak berblog, mama cari gak nama2 yang bestlah kan...kononnye..tapi cari2 tak jumpe pula. Semangat nak berblog dah berkobar2 ni..tapi nama blog tak de..jenuh gaklah sampai berapa hari nak pilih. Last2..mama letak je MamaQaireen.

Tapi yang uniknye pulak, (cehhhhh puji blog sendiri ni) ejaan yang mama selalu tulis ialah = MamaQaireen. Perkataan Mama dengan Qaireen tu satu perkataan, tak de jarak.

Dulu blog mama ni lah tempah mama bebel sorang2 dan share macam2 dgn ibu diluar sana ttg susu ibu dan kehidupan mama. Masa tu mmg "giler" tau..sehari kalau tak update blog rasa libang libu..haaaa tau tak apa libang libu tu? kekekeke..tu bahasa orang Perak. Libang Libu = Tak Tentu Arah. :P

So anda semua..Maksud blog anda apa? Nak join ENTRY CHALLENCE ni tak? jom lah..kalau nak klik je dekat day 1 tu.

DAY 1

Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh, Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552

Thursday, December 12, 2013

Faham Tingkah Laku Anak

Dalam perkembangan mental kanak-kanak, selain daripada perkembangan kognitif iaitu pemikiran dan fungsi otak, aspek perasaan dan tingkah laku emosi tidak kurang penting. Ia boleh diklasifikasikan dalam dua perkara iaitu:

Faktor luaran - kanak-kanak sering menunjukkan emosi melalui riak muka seperti ketawa, senyum, menangis, bermasam muka, tidak berkata-kata dan sebagainya.


Faktor dalaman - perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkah laku emosi yang berubah-ubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan sebaya.

Emosi adalah penggerak pada tingkah laku kanak-kanak dan merupakan cara termudah untuk mereka melahirkan apa yang difikirkan dan dirasakan. Segala situasi yang berlaku di sekeliling dan perubahan yang dilalui akan mempengaruhi tingkah laku emosi seperti meradang, marah, naik angin, takut, benci dan sebagainya.

Situasi yang melibatkan tingkah laku emosi kadang kala sukar dinilai terutama di kalangan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana perubahan yang berlaku dalam diri kanak-kanak tidak seimbang.

Setiap perubahan yang berlaku adalah disebabkan perubahan luaran dan dalaman yang berkait rapat dengan perubahan biologi yang kurang konsisten. Seorang kanak-kanak dalam masa yang sama harus mengimbangi perubahan diri dan juga penyesuaian faktor luarannya.

Ia mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap reaksi kanak-kanak. Sekiranya ibu bapa kurang sensitif dengan perubahan emosi dan biologi kanak-kanak itu, kanak-kanak yang bijak akan mula memanipulasi ibu bapa untuk memenuhi kehendak mereka.

sumber : Pa&Ma



Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552

Siapa MamaQaireen? | 30 days ENTRY CHALLENGE!!! ; Day 1

Disebabkan dah lama mama tak berceloteh, tak membebel, tak apa2 lagilah..hehee. So mama nak sahut cabaran kawan mama "30 days ENTRY CHALLENGE!!!"

Actually kawan mama suruh start hari Isnin, tapi sibuk dengan kerja lain (cehhh nak cakap bz sgt lah tu?) mama pun mulalah hari ni. Bukan sebab busy, tapi saje je tunggu hari ni..sebab hari ni genap 3thn 2bln 1hari mama buat blog MamaQaireen. (cantikkan no. 3,2,1)

Oh ye..sebelum tu..ni haaa senarai yang mama kena share bersama anda semua selama 30hari

*****************************************

day 1: introduction and a little bit about you. Recent picture of yourself.

day 2: meaning behind your blog name

day 3: A place or thing that you are in love with. (Pick one)

day 4: All about your parents

day 5: Your top 5 songs of all time.

day 6: A picture, scene from a movie or a joke that makes you crack up.

day 7:A book you’d recommend.

day 8: The best place you’ve traveled to.

day 9: A Goal you are working on.

day 10: You are now ruler of the world what do you do with your new found power?

day 11: A quote that means a lot to you.

day 12: On do overs, what in your life would you want to do over?

day 13: A Cause, belief or something you are passionate about.

day 14: favorite place to eat

day 15: something you miss

day 16:The best things to happen to you this week.

day 17: 3 things you are proud of about your personality.

day 18:Things that make you scared.

day 19:If you could change one thing about the world, what would you change and why?

day 20:If you could turn into any animal for a day, which one would you pick?

day 21:What did you want to be when you were a kid, teenager, now?

day 22:Things you want to say to 5 different people.

day 23:Write a letter to yourself in 30 years.

day 24:Take a photo of something in the same room as you and tell us a little bit about it.

day 25:Who do you consider your best friend right now in life?

day 26:Talk about your obsessions.

day 27:What are your bad habits?

day 28: The most important person in the world.

day 29: 10 ways to win your heart.

day 30: Your GOAL for next 30 days.

*************************************************


Bermulalah kisah mama... Siapa MamaQaireen?

Nama mama yang sebenar ialah Nordalila binti Abdul Jalil. Mama mula berkenalan dengan Baba Qaireen sewaktu kami sama2 bekerja di DRB Hicom Kampar Site Office. 



Gambar selepas merisik..curi2 tangkap, sebab opah tak bagi tangkap berdua..kekeke
Selepas beberapa tahun kenal..akhirnya kami pun bernikah pada 5hb Jun 2009. Alhamdulillah pada 19hb Mei 2010..hari Rabu jam 2.32pm mama selamat melahirkan seorang baby perempuan yg comel secara normal. Kami namakan baby tu Nur Qaireen Syaza. 

pc ibu menyusu
Salah Sorang PC Yang Bertauliah Di Ipoh, Perak.
Dulu mama aktif dengan Persatuan susuibu di Perak. Tiap2 bulan ada je perjumpaan (SGM) di Padang Polo Ipoh. Akhirnye pada bulan Jun 2011 mama mula sertai kursus penyusuan untuk menjadi salah seorang Peer Counselor (PC). Alhamdulillah mama salah seorang MBfPC di Malaysia ni, khususnya di Ipoh Perak.

Mama mmg terlalu mencintai dunia susuibu. Alhamdulillah mama dapat menyusukan Qaireen sehingga dia berusia 2 tahun 7 bulan. Macam2 dugaan dan rintangan tau..hukhuk..


Budak Pipi Labuh Nur Hasya Imani
Dan kini mama masih lagi menyusukan...................bukan Qaireen, tetapi adik Qaireen pula.. Pada 23hb Ogos 2013 yang lepas, mama telah melahirkan seorang puteri dan diberi nama Nur Hasya Imani.

Kalau nak tahu cerita Hasya dari dalam perut sehingga lahir, anda boleh ikuti di entry lain pula..heheee.. Macam2 mama akan share..tungguuuuuu......


Alhamdulilla, mama sangat happy dengan Baba, Qaireen dan Hasya. Hasya dan 3 bulan lebih..tapi kami tak sempat lagi nak tangkap gambar berempat..huhu...

Buah Hati Mama - Qaireen & Hasya

Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh, Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552

Friday, December 6, 2013

Pedih Ulu Hati Semasa Mengandung

pedih ulu hati semasa mengandung

Kebanyakan wanita hamil akan mengalami masalah ini buat pertama kali. Terasa pedih sangat ulu hati. Sebenarnya ia masalah biasa dan tidak memudaratkan tetapi kurang menyelesakan.

Pedih ulu hati merupakan rasa angin yang berlarutan dari tulang di bawah dada hingga ke bawah kerongkong.

Ia disebabkan oleh sesetengah perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda. Terdapat banyak punca berlakunya masalah pedih ulu hati.

Plasenta mengeluarkan hormon progesteron yang mengendurkan otot lembut dalam rahim. Hormon itu juga mengendurkan injap yang memisahkan esofagus dari perut, membenarkan asid gastrik untuk naik ke atas, di mana menyebabkan rasa yang kurang menyenangkan.

Progesteron juga mengurangkan gelombang kontraksi esofagus dan usus perut, menjadikan penghadaman menjadi lembap. Bayi yang semakin membesar memenuhkan rongga abdomen, menekan asid perut kembali ke esofagus, membuatkan rasa pedih di dada.

Tip mengatasinya

* Bagi mengelakkan rasa pedih ulu hati, elakkan daripada makan dalam kuantiti yang banyak terutama makanan pedas dan bergoreng. Sebaliknya makan sedikit demi sedikit sepanjang hari.

* Ambil masa semasa makan dan kunyah dengan betul. Elakkan daripada minum dalam kuantiti yang banyak semasa makan. Cuba kunyah gula-gula getah sebaik selepas menikmati makan.

* Jangan membongkok atau baring selepas makan.

* Jangan pakai pakaian untuk wanita mengandung yang ketat.

* Sekiranya kerap berlaku pada waktu malam, ambil segelas air sebelum tidur. Sebaiknya tidur dengan menaikkan sedikit bahagian atas badan anda (letakkan bantal di bahagian belakang).

Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
017-6767552

Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ramai yang masih keliru dan bertanya-tanya. Omega Guard Shaklee ni boleh dimakan seisi keluarga ke?

Jawapannya.. YA.

Kenapa mama cakap ya? Ini kerana Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran.

Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

minyak ikan omega guard shaklee
Minyak Ikan Omega Guard Shaklee

  • Kanak - Kanak : Pada peringkat umur dari bayi sehingga 2 tahun adalah peringkat umur yang sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yang pintar perlukan makanan yang kaya dengan asid Omega 3, DHA dan EPA serta bagus juga untuk sistem imunisasi kanak - kanak, asma, eczema dll.
  • Lelaki Yang Pentingkan Kesihatan : Membantu dalam memelihara jantung dan penyakit jantung,  mengawl kolestrol, strok, obesiti, kencing manis, kesihatan prostat dan banyak lagi.
  • Wanita Yang Pentingkan Kecantkan : Omega galakkan kulit yang cantik (flawless skin) dan kesihatan (sendi dan tulang)
  • Kawal Berat Badan : Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yan mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat.
  • Ibu Hamil : Untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan, kurangkan risiko lahir pramatang dan mengurangkan alahan bayi selepas bayi dilahirkan.
  • Ibu Menyusu / Berpantang : Untuk perkembangan otak bayi.
  • Lain - Lain : Asma, batuk dan alahan - omega bertindak sebagai pemanas badan. Selalu kebas - omega melancarkan pengaliran darah.
Untuk lebih info berkaitan Omega Guard Shaklee klik DISINI.


Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...