MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Tuesday, July 8, 2014

Resepi Puding Roti Sos Kastard Sedap

Bulan puasa tahun ni mama cuba nak cabar diri sendiri dengan masak setiap hari. Kalau boleh tak nak beli lauk di Bazar Ramadan. Ikutkan hati ni, macam - macam nak masak. Tapi mama tak berapa pandai sangat masak kuih.....tulah..masak pun beralasan, tak tahu masak kuih..google je resepi, betul tak?hehee..

Untuk resepi kali ni..(ni adalah percubaan pertama tau). Mama namakan, Puding Roti Sos Kastard Sedap. Sebab apa sedap? Sebab sangat mudah untuk dibuat dan sangat sedap bila dimakan..serius sedap!! (sendiri masak, sendiri puji diri sendiri..tak malu..kekekeke)

Mama masak Puding Roti Sos Kastard Sedap ni dalam pemanggang ajaib. Nak tahu camne mama masak? Jom terjah sekarang juga.....


Antara bahan - bahannya :

Resepi Puding Roti Sos Kastard Sedap


Bahan A : Rendam untuk seketika

- 7 keping roti (tapi kalau dapat guna roti buku yang belum potong tu lagi sedap)
- 2 atau 3 cawan susu segar


Bahan B : Pukul sehingga sebati, tapi mama malas nak pukul jadi mama ambil blender dan blend. Lebih mudah dan jimat masa.


- 4 sudu gula
- 2 biji telur saiz A
- 2 sudu besar buttercup
- 1 sudu teh tepung jagung
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara nak masak, mula - mula masukkan Bahan A ke dalam pemanggang ajaib, lepas tu Bahan B pula. Sebelum tutup, taburkan kismis.
Buka api kecil, tutup pemanggang ajaib tersebut. 
Masak selama 30 minit.



Puding yang telah siap masak dan dah sejuk.



Untuk membuat Sos Kastard pula. Kacau dengan api yang pelan. Masak sehingga pekat dan ikut selera masing - masing.


- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula


Dan hasilnya.......tadaaaa......... 
Puding Roti Sos Kastard Sedap.
Serius SEDAP! :)



Cuba tau jangan tak cuba. Mama ni memang suka masak. Kalau ikut kan siang malam pagi petang nak masak. Sebab kesian dekat anak2 kita makan dekat luar. Kalau masak sendiri kita tahu kebersihan tu macam mana.. kalau dekat luar bukan kita tahu. Dekat rumah kita guna bahan2 yang eloklah sikit, minyak pun 1 atau 2 kali je guna..dekat kedai tu selagi tak hitam, selagi tulah diorang akan guna...kan??

Tapi tulah, disebabkan kena masak, buat kerja rumah, menyusukan anak, buat bisnes lagi semuanya nak buat dalam satu masa..penat gak! Mesti korang pun faham kan? Korang pun mesti macam mama gak kan..hukhuk.

Apa kata korang tengok video ni sampai habis, luahan hati mama ni....dan macam mana baba Qaireen dulu2 tak faham dengan mama.

Tengok muka baba Qaireen tu, bengis betul..mcm nak makan orang!



Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.


Jadi retis jap..ok tak lakonan kami? kekekke.. Tapi sekarang baba Qaireen dah ok..tak macam dulu lagi ;)

Kalau nak tahu, Puding Roti Sos Kastard Sedap ni makanan kegemaran baba Qaireen tau.

So lepas ni kalau korang buat Pudding Roti, ingat2 lah dekat mama ye..heeee..

Selamat Mencuba! ^___^



Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451) 

017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail) 

mamaqaireen.com (blog shaklee) 

 COD : KFC Medan Gopeng

Saturday, July 5, 2014

7 Tips Beli Vitamin Shaklee Secara Online Dengan Esell

Berita gembira bagi pengguna tegar shaklee. Bermula pada hari Selasa yang lepas iaitu bersamaan 1hb Julai 2014, Shaklee Malaysia telah memperkenalkan satu keadah baru untuk beli vitamin shaklee secara online  dengan eSell. Dengan adanya eSell ini, ia memudahkan lagi para pengguna shaklee untuk membuat pembelian. Anda tidak perlu untuk menghubungi SID atau saya sendiri sekiranya anda ingin membeli barangan Shaklee.
Anda boleh membuat pembelian secara online dengan menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit anda. Anda hanya perlu KLIK sahaja link yang akan saya berikan pada setiap entry atau pada gambar di bawah. Tetapi sebelum itu, sila layari blog shaklee saya di mamaqaireen.com
Pengedar Shaklee Ipoh
Klik pada “Kesihatan Diri” “Kesihatan Kediaman” “Kesihatan Wajah”

Setelah anda KLIK pada pilihan anda, anda akan dibawa ke link yang lain untuk beli vitamin shaklee secara online dengan eSell. Sekiranya anda ingin membeli, sila klik Agree dan Next
order atau membeli shaklee secara online dengan esell
beli vitamin shaklee secara online dengan esell
Sila Pilih dan Klik pada barangan yang anda ingin membeli.
order atau membeli shaklee secara online dengan esell
beli vitamin shaklee secara online dengan esell
Seterusnya sila isi Data tersebut, seperti Nama, E-mail, No. tel, dan Alamat untuk penghantaran ke rumah anda.
order atau membeli shaklee secara online dengan esell
beli vitamin shaklee secara online dengan esell
Jika semua maklumat tepat sila klik “Proceed for Payment” untuk membuat pembayaran.

“Freight Charges” adalah “Kos Penghantaran” atau postage yang dikenakan.

Semenanjung Malaysia, kos penghantaran adalah RM10.00
Sabah dan Sarawak, kos pengantaran adalah RM20.00
Barangan yang bernilai RM800.00 ke atas dan setiap pembelian bersama – sama dengan Vivix kos penghantaran adalah PERCUMA. 
beli shaklee secara online dengan esell
beli vitamin shaklee secara online dengan esell
Pembelian Online eSell hanya boleh dilakukan dengan menggunakan Kad Kredit / Debit sahaja. Tak kisah bank apa pun, janji ada Kad Kredit / Debit. :)
 1) Sila Klik dibahagian “Credit Card/Debit card”
2) Pilih Jenis Kad “Visa/Master”
3) Nama Pemegang Kad
4) 16 digit No. Kad yang berada di depan kad anda.
5) Tarikh Luput
6) Kod Keselamatan (3 digit yang berada di belakang kad)
Bila sudah selesai, sila klik Confirm Payment
order atau membeli shaklee secara online dengan esell
beli vitamin shaklee secara online dengan esell
Apabila selesai pembayaran, eSell akan memberi “order receipt” kepada anda. Anda boleh print maklumat yang terdapat di situ seperti nama, alamat, no.hp, belian dan lain – lain.
order atau membeli shaklee secara online dengan esell
beli vitamin shaklee secara online dengan esell
Senangkan? Sekiranya anda rasa segan atau malu untuk hubungi saya, sila KLIK sahaja DI SINI untuk membuat pembelian ;)
Tetapi sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerena anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

Kenapa saya suka dan cintakan Shaklee? Saksikan Video saya..kisah saya mula bershaklee :)



Berminat untuk membeli barangan Shaklee atau Berbisnes dengan saya?
Cepat hubungi saya sekarang juga!


Dilla Jalil 017-5657552 (Pengedar Shaklee Di Ipoh)

COD : KFC Medan Gopeng, Ipoh

E-Mail : admin@mamaqaireen.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...