Doa Akhir
Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada
akhir bulan Zulhijjah.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah
kami di sepanjang tahun ini".
Doa Akhir Tahun:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke
atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam
tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya
dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak
melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau
berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas
keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon
keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian
daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas
yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang
Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan
janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan
Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
_______________________________________________________________________
Doa Awal
Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan
terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke
atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang
qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang
melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami
memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan
pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri
yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu
Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang
mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi
dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas
mereka.