MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label DIET. Show all posts
Showing posts with label DIET. Show all posts

Monday, March 10, 2014

Cinch Energy Tea Mix Shaklee - Teh Istimewa Menambah Tenaga

Dalam banyak2 produk sahklee, ada satu lagi produk yang saya belum cerita iaitu CINCH ENERGY TEA MIX SHAKLEE. Apa hebatnya Cinch Energy Tea Miz Shaklee ni?

CINCH ENERGY TEA MIX adalah adunan Propretari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang hebat dan istimewa. Malah Cinch Energy Tea Mix juga dapat Menambah Tenaga secara semulajadi dan bagus untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.

Cinch Energy Tea Mix Shaklee
Cinch Energy Tea Mix Shaklee



* Selamat, Istimewa dan MENAMBAH TENAGA semulajadi
* Ditambah dengan Taurina bagi meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
* Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
* TANPA GLUTEN , tanpa perisa, pewarna dan bahan pemanis tiruan.


Ekstrak Utama CINCH ENERGY TEA MIX 

Campuran Teh Di dalam Cinch Energy Tea Mix Shaklee
Campuran Teh Di dalam Cinch Energy Tea Mix Shaklee 
Bahan2 Yang Terdapat Di Dalam CINCH ENERGY TEA MIX :
  • Taurina
    * menggalakkan metabolisme
    * lebih bertenaga
    * larutkan lemak
    * membantu menghasilkan otot tanpa lemak

  • Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dai Jepun (the greener than green superfood)
    * antioksida yang sangat tinggi
    * energy booster
    * metabolisme booster
    * bakar kalori up to 4x

  • White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
    * membakar lemak-lemak berlebihan
    * menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
    * meningkatkan metabolisme
    * juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau

  • Rooibos Red Tea Extract –tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
    * melarutkan lemak
    * meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
    * agen detox yang kuat

  • Red Tea Extract
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat
* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
*merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak


PELBAGAI KHASIAT CINCH ENERGY TEA MIX 

1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)
2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
3) Mengurangkan kolestrol
4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
5) Menguatkan tulang
6) Antibakteria dan antiviral
7) Menggalakkan kulit yang sihat
8) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
10) Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan

Banyak kan fungsi CINCH ENERGY TEA MIX ni. So kesimpulannya sangat2 bagus untuk mereka yang nak Menambah Tenaga. Selain daripada itu, sesiapa yang kurang bersenam juga digalakkan mengambil CINCH ENERGY TEA MIX ini untuk membantu boostkan lagi metabolisma kita serta bagus untuk sesiapa yang ingin Mengurangkan Berat Badan.

Satu paket mengandungi 28 sticks, harganya RM131. Memang mahal, tapi berbaloi-baloi! Ia bagus dan bertindak sebagai energy booster juga.

Saya dah cuba, anda bila lagi? ^__^


Cinch Energy Tea Mix Shaklee - Teh Istimewa Menambah Tenaga
Cinch Energy Tea Mix Shaklee - Teh Istimewa Menambah Tenaga 
(Nak sedap tambah LEMON & MADU)
Boleh minum Panas, Suam atau Sejuk.

Berminat? 

Hubungi saya :
Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552
Kawasan COD Shaklee Ipoh : KFC Medan Gopeng.

Monday, November 26, 2012

Tips | Cara Muda Diet Seimbang dan Semulajadi


1. Makan Makanan Seimbang
Pengambilan pelbagai jenis makanan mengikut panduan piramid makanan perlu ada bagi memastikan kesemua khasiat serta nutrien yang berguna dapat diambil bagi memastikan badan menyerap segala khasiat-khasiat tersebut.
Pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida.

2. Makan Perlahan-lahan
“MAKAN CEPAT!”, mungkin inilah perkataan yang kita sering dengar daripada ibubapa kita sewaktu kecil dulu. Mungkin kerana mereka tidak sabar menunggu kita menghabiskan makanan kita secepat yang mungkin.
Akan tetapi, kita tidak sedar bahawa makan makanan dengan perlahan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Ia boleh merangsang pengeluaran lebih banyak air liur yang mengandungi enzim emilase yang membantu menghancurkan dan menghadamkan makanan.
Makan perlahan-lahan membantu kita mengawal jumlah makanan yang masuk ke dalam perut. Ini penting bagi mereka yang hendak mengurangkan berat badan.

3. Susu Kacang Soya

Umum mengetahui kebaikan susu kacang soya. Kacang ajaib ini telah menjadi bahan tenusu yang baru, iaitu neo-protein untuk diet masakini.
Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita. Antara sebabnya ialah kerana ia mempunyai index glycemic yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat.
Soya juga merupakan sumber protein  rendah lemak yang membantu membina kandungan otot.

4. Buah-buahan
Buah-buahan merupakan satu keperluan bagi memastikan keperluan tubuh badan kita dipenuhi bagi memastikan kesihatan  tubuh badan kita terjaga dan diet yang seimbang.
Jus buah-buahan khususnya merupakan satu menu yang perlu ada di dalam menu pemakanan kita kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin yang baik untuk tubuh badan kita.
Contohnya jus epal banyak mengandungi megnesium, zat besi dan silikon, potasium, fosfor, sodium, kalsium, belerang, vitamin A, B dan C yang dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh.

5. Kurma
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.
Kurma merupakan antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Bayangkan hanya dengan memakan kurma sahaja, ia telah mencukupi untuk membekalkan kita tenaga untuk menjalani kehidupan seharian kita.

6. Daging
Daging juga merupakan satu keperluan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. tetapi, itu tidak bermakna kita boleh memakan dan memilih daging sesuka hati mengikut keperluan kita.
Seharusnya, kita perlu mengelak memakan daging yang boleh meningkatkan tekanan darah kita iaitu daging merah seperti daging lembu. Daging yang elok untuk kita makan bagi menjaga diet yang seimbang ialah daging putih seperti daging arnab dan kambing baka boer.
Walaupun begitu, kita perlu juga mengawal kuantiti daging yang diambil untuk diet yang seimbang.

7. Madu
Madu merupakan satu menu yang penting di dalam pemakanan kita kerana ia dapatmemenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga. Jika diamalkan minum madu setiap hari, ia akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup, terutamanya kepada mereka yang sedang berdiet.
Madu lebih elok jika digunakan untuk sampingan sarapan agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Bagi mereka yang mahu mengamalkan diet yang sihat, pengambilan madu adalah satu langkah yang bijak dan selamat.

8. Sayur-sayuran
Bagi sesetengah orang, sayur merupakan pilihan terakhir untuk menu pemakanan mereka. Ada juga yang sanggup mengetepikan sayur-sayuran yang terdapat di dalam hidangan mereka setiap kali mereka menjamu selera.
Walaupun begitu, sayur-sayuran merupakan satu hidangan yang popular dikalangan mereka yang ingin berdiet. Ada yang sanggup menjadi “vagetarian”, hanya memakan dan mengambil sayur di dalam hidangan mereka sedangkan mengamalkan diet seperti itu adalah tidak baik untuk kesihatan kita.
Sayur mengandungi kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.

9. Bubur Gandum & Oat

Bubur Gandum & Oat mengandungi serat larut (soluble fiber) yang boleh menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) anda. Soluble fiber juga boleh ditemui pada makanan lain seperti kacang buncis, epal, buah pir, barli dan buah prun.
Serat yang larut diyakini mampu menurunkan penyerapan kolesterol dalam proses pencernaan anda. Mengambil 10 gram lebih serat larut setiap hari dapat menurunkan kadar LDL.
Setiap 1 ½ cawan oat yang anda makan mengandungi 6 gram serat. Jika anda tambahkan buah-buahan seperti pisang, anda menambah 4 gram lebih serat.

Credit to : MamaQaireen Shaoppe

Untuk lebih info berkaitan kesihatan dan Shaklee, boleh layari www.mamaqaireen.com

Friday, April 27, 2012

Set Diet Untuk Menurunkan Berat Badan..Ikut Budget Anda.

Ingin kelihatan kurus dan slim? Benci lemak2 yang ada di lengan, perut dan paha? Hari ni mama nak kongsikan bersama set2 yang ada untuk semua golongan, lelaki, perempuan, ibu menyusu dan lain - lain.

Tapi tadi sebelum entry ni "dihasilkan" mama pergi "berjalan2" macam biasa..heheee..lepas tu mama singgah dekat blog Sha / Whitey Mommy rakan alam maya dan rakan shaklee mama ni jap. So mama terjumpa dengan entry dia berkenaan dengan diet. Actually mama lebih tertarik dengan hasil kerja dia. So mama ambil keputusan untuk copy jelah apa yang dia buat ye..heeee..so lepas ni kalau ada sesiapa yang nak cantikkan lagi blog..bolehlah hire Whitey Mommy.
________________________________________________________________________

Menurut akhbar pada 15 November 2011
"MALAYSIA berada pada kedudukan tertinggi di kalangan negara ASEAN yang berhadapan dengan masalah obesiti, manakala yang keenam di rantau Asia Pasifik. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata masalah itu berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan di kalangan rakyat negara ini. "

Takut tak bila baca? Sebab bila sebut tentang berlebihan berat badan. Itu menandakan badan kita sudah bersedia untuk menerima atau menjemput segala jenis penyakit. Betul tidak? Malaysia sangat kaya dengan makanan yang sedap-sedap jadi tak mustahil bila penduduknya ramai yang mengalami obesiti.

Mencegah sebelum merawat, ini yang selalu kita dengar dan baca kan? Jadi kalau badan kita sudah melebihi tahap berat ideal. Haruslah kita mula untuk mencari penyelesaian supaya berat badan kembali kepada berat ideal. Saya juga tidak terlepas daripada masalah ini. Akibat tabiat makan yang tidak terkawal, berat badan naik dengan mendadak.

Shaklee ada vitamin yang boleh membantu anda untuk mengurang kan berat badan secara ideal. Tapi apa yang penting, anda haruslah berdisiplin dalam menjaga pemakanan, minum air 3L sehari (ini sememangnya keperluan asas setiap manusia, juga membantu untuk membakar lemak )dan untuk mendapat kesan yang cepat dan badan yang firm .



Set diet Shaklee menekan kan konsep "bakar, buang dan bina" 

3 Langkah untuk Menurunkan Berat Badan dengan Shaklee

Langkah Pertama : Detox

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.


Langkah Kedua : Memecahkan lemak

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.


Langkah ketiga : Membina otot dengan Protein

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu,


Set Diet Shaklee

Sekilas tentang Cinch Shake:
Cinch Shake adalah serbuk protein yg diperkaya dgn Leucine iaitu asid amino yg memberi signal kepada badan utk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. 






Set Asas sesuai bagi mereka yang mempunyai kekangan budget. Cuma saya ingatkan, jika anda mengambil set Asas. Anda haruslah berdisiplin ketat terutama dalam menjaga soal pemakanan. Banyakkan memakan makanan yang berasaskan protein. 

Boleh baca pelbagai testimoni :
2) Kak N

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Monday, April 16, 2012

Diet Atkins? Ok ke?

Diet Atkins?? Apa tu?? Actually mama pun tak tahu..heheee (apa teruk aku ni??)..tapi lepas baca kisah sahabat mama Along barulah mama tahu apa itu Diet Atkins. Nak diringkaskan cerita, yang tak berapa nk ringkas ni,hehee..jom kita baca kisah Along berdiet untuk kuruskan badan.
________________________________________________________________


Gambar Along yang comel 
(along..jangan marah dilla ye? jangan "meroyan" ye..kekekeke)

 Berat nanti saya update ye (90++kg)
Hari ini saya nak share mengenai program diet yang telah pun bermula pada 13 April 2012 di mana saya memilih untuk apply Diet Atkins yang sememangnya agak kijam dan strict pemakanannya. Untuk makluman saya telah pun membaca blog SAYA NAK KURUS semenjak tahun lepas lagi dan hati saya terbuka untuk melakukannya semalam (Jumaat).  Apakah DIET ATKINS? Saya share di bawah ye (malas nak taip hahahah so copy paste je).

************************************************************


Thanx kpd penulis asal yg perkenalkan diet ni Galabriel dan lepas aku buat research betul2 pasal diet ni dan tawu lebih lanjut lagi pasal diet ni,baru aku buat blog ni,so,kalau nk tahu ape2 pasal diet ni,tgk blog ni ok..edited by dzul on 25 mac 2010...
SELAMAT DATANG KE taknakgemuk.blogspot.com .....woohooO!!

Peringatan: Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini...!

Atkins Diet ialah jenis pemakanan sihat yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins untuk membantu korang mengurangkan berat badan dengan menggunekan konsep mengurangkan karbohidrat...Cerite banyak pun tak gune kan kalo takde bukti? Nanti korang kate aku saje je wat crite sebab nak standby April fool untuk korang..aiseh..tgk nih...
Gamba di bawah ialah gamba aku sendiri,kalo korang rase aku tipu dan ini gamba korang,tahniah,korang ialah kembar aku:

Bile kite mengurangkan pegambilan karbohidrat,badan kite akan mule membakar lemak sebagai tenage...macam yg kite slalu blaja kat skula rendah yg diajar oleh cikgu sains kite,badan kite perlukan karbohidrat sebagai tenage...seperti ape yg rakyat malaysia amalkan sekarang,kite mengambil jumlah karbohidrat yg amat tinggi...TINGGI PUNYE!!!
So,ape yang berlaku?bile kite melakukan keje atau pun bersenam,badan akan membakar karbohidrat sebagai bahanapi(betul ke aku eje).... so,ape jadi dengan lemak2 dalam badan kite? Ia akan maintain dalam badan kite,,,plus,kite makan lagi lemak,lagi la bertambah....kan3?
Jadi,bile badan kite membakar lemak sebagai bahanapi ataupn tenage,automatik la lemak dalam badan kite akan berkurang dan menyebabkan!!! Kite lebih hensem dari dulu...:D

Dr. Atkins dah pn perkenalkan diet ni dari taon 70an lagi,tp tak dpt sambutan sebab ketike itu ramai menggunekan diet Low Fat...bile mengamalkan low fat,kite akan berase lebih lapar dan susa untuk kite maintainkan berat badan...plus,walaupun kite menggunekan low fat,tapi kite stil mengambil karbohidrat yg tnggi,jadi,lemak tak akan bertambah dan tak akan berkurang...so,macam mane nk kurus?? jumpe bomoh?

Atkins diet terbahagi kpd 4 peringkat

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
*Induction sekurang kurangnye 2 minggu..itu kalau setakat nak kurang 2-3 kg boleh la...kalau banyak nak turun,lame la induction ok?

Induction ialah bahagian yang paling penting dalam atkins kerane ia ialah tapak asas kepade diet ini...tak buat induction,sori,gemuk la smpai bebile...huhu...

Ape yang berlaku tyme induction? Berlakunye proses KETOSIS..proses dimane badan menukar daripade menggunekan karbohidrat sebagai tenage kepade menggunekan lemak sebagai tenage..waktu ni memang biase kalau korang rase lapa sebab ini adelah perubahan drpd pemakanan x senonoh yang korang buat...tapi percaye cakap aku,korang takkan rase lapar da selepas itu sebab dalam diet atkins nih,calory tak dikire...jadi,makanlah seekor ayam pun kalau suke dan banyak duet...huhu..:D

Untuk induction,20 gram karbohidrat sehari sahaje dibenarkan..
Biasenye penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku ketike induction,dan lebih bagus jike diteruskan berterusan untuk jangke mase yg lame...

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan 

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam.... 

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..

6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..

8.) *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan. - bab ini saya akan kongsi dengan anda yang ingin cepat turun kerana saya sedang mengamalkannya.

Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...
Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !


InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu,hasil yg mendadak akan kelihatan...fuyoh! 
Suplemen Untuk Membantu Percepatkan Proses Induction 

Omega Guard - untuk memecahkan lemak jahat dan mengUPkan lemak-lemak baik di dalam tubuh badan. Omega juga memanaskan badan so saya memang terasa ingin minum air sahaja di mana AIR KOSONG sangatlah penting untuk percepatkan proses penurunan di samping segala racun, toksin akan dibuang dan ia akan bantu memudahkan serapan suplemen. Bila kita banyak ambil air masak maka secara automatik kita kurang rasa lapar. Omega juga bagus untuk kita yang selalu hilang fokus, menguatkan ingatan dan masalah kegatalan saya juga sebenarnya makin kurang kerana di dalam Omega ada EPA yang mengurangkan inflamasi atau keradangan pada kulit sprt pesakit eczema, fungus, alergik. Ia juga bagus untuk mereka yang ada bronkitis, asthma, paru-paru berair, kerap selsema dan juga untuk kuatkan antibodi kita.

Alfafa - ia adalah sejenis tumbuhan herba dan juga bersifat fiber di mana ia akan angkut segala lemak-lemak jahat melalui proses pembuangan air besar maknanya perut kita akan lawas. Tetapi bukan itu sahaja ia juga membantu kurangkan keputihan, mengetatkan ehem ehem kerana ia berfungsi seperti kacip fatimah (mak suka nokSSS bab ketat-ketat ni), mengurangkan gout, diabetis, cuci darah, meningkatkan kesihatan pencernaan dan juga buang angin-angin dalam badan. Tapi AWAS ye Alfafa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan bagi mereka yang punya masalah darah pekat kerana ia tinggi vitamin K. U have to drink lot of water ye!

Herba Lax - ia diambil seminggu sekali sahaja untuk proses detoks ataupun senang cakap untuk mengeluarkan segala mak nenek toksin dan racun di dalam badan. Pengambilannya adalah 4 biji sehari tetapi untuk diri saya yang terlebih comel ni saya amalkan 5-6 biji dan selepas 6 jam kita akan terasa nak membuang dengan lancar gila-gila huhu. Ambil air masak banyak juga ye kalau tidak perut anda akan memulas-mulas kesakitan. Tidak boleh makan hari-hari sebab nanti kita mengajar perut kita malas membuang dengan sendiri. Tetapi saya buat hehari kalau saya terasa saya terambil lebih makan hihi. Do with ur own risk ok!

B Complex - ramai orang kata B Complex ni menaikkan nafsu makan tapi jika kita kaji betul2 penggunaannya ia sangat membantu untuk proses turunkan berat badan. Ia berfungsi sprt spark plug iaitu ia membakar gula menjadi tenaga dan YES ia mmg sesuai dgn diet ATKINS ni kerana kita nak bakar lemak2 yang ada di dalam badan secepat mungkin. Lain fungsi ia bagus untuk saya yang mudah panik, kelam-kabut, mudah stress (no stress anymore ye nanti cepat kedut), perbetulkan hormon yang selalu swing dan untuk kecantikan dalaman. Kalau rasa murung ambillah 2-3 biji ye. So far untuk 2 hari ini saya tidaklah rasa macam nak makan orang sebab saya serasi dengan diet ini.

Air Masak  - saya pastikan sebelum makan saya habiskan 1 liter dahulu untuk kurangkan rasa lapar dan baru makan. Saya akan pastikan saya minum sehari 4 liter ye.

MENU HARI PERTAMA

Pagi
air masak 1 liter + telur rebus 2 biji (putih shj)

Tengah hari 
air masak 1 liter + cencaru bakar 1 ketul + telur rebus 2 biji (putih sahaja)

Malam
air masak 1 liter - ayam sup rebus 2 ketul (sup jgn hirup no no no)

_______________________________________________________

Tu dia..seksa gak ye. Tapi apa2 pun mama harap along dapat menurunkan berat badan dengan jayanya!InsyaAllah ^_^
Untuk kisah Along hari ke dua..anda boleh baca Di Sini.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...