MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label TIPS BABY PINTAR. Show all posts
Showing posts with label TIPS BABY PINTAR. Show all posts

Monday, October 10, 2011

RAHSIA ANAK PINTAR DARI SEGI PERSPEKTIF ISLAM


INFO: Tip untuk ibu bapa
  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
  • Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
  1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Wednesday, March 9, 2011

TIPS AJAR ANAK PANDAI BERBAHASA INGGERIS

Perkembangan antara seorang bayi dengan bayi yang lain sememangnya tidak sama. So, janganlah runsing-runsing sangat kalau kawan-kawan terasa bayi kawan-kawan agak 'lambat'. Kesian budak tu. Sebagai ibubapa, kita perlu tahu setakat mana kemampuan anak kita, kebolehan dia, kekuatan dia, kelemahan dia, keistimewaan dia, kekurangan dia dsb. Jangan bandingkan anak-anak kita dengan anak-anak orang lain. Cuma, kalau ada tips menarik dan berguna daripada mereka yang advanced - sila implement. Itu juga satu usaha.


credit to Google pic

Suplemen yang bagus adalah satu usaha untuk melahirkan anak-anak yang berkualiti. Namun sebenarnya, ia lebih daripada itu. Usaha dan doa kita sendiri dalam mendidik mereka untuk dapat buat apa kita mahu lihat, inshaALLAH.

Kali ni saya nak share tips nak didik anak berbahasa Inggeris (dan lain-lain bahasa). Source chedet.
1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam

2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik satu Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua-dua bahasa, InsyaAllah.

3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.

4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku-buku dan lain-lain sumber untuk mengajar.

5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar atau imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.

6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.

7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.

8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.

9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.

10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.

11. Dapatkan sokongan suami atau isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang-sorang . Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama-sama membantu. Kadang-kadang mereka ini lagi fasih dari kita.

12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.

13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.

14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber-sumber yang telah anda bayar. Pilih rancangan-rancangan di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder etc.Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.

15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik-teknik pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila diaorang boleh beri lebih tumpuan.

16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. lepas tu tearngkanlah kepada mereka dan kemudian anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.

17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!

18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula-mula saja v dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.

19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.

20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.

21. Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.

22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kadang-kadang kita ni tak sempurna. atau kadang-kadang benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.

23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni suapaya ada imej atau gambar. Senang sahaja nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.

24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang di gunakan setengah orang. Ini boleh membantu anda berfikir bahasa Inggeris.

25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat-tempat yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.

            : hadha


Saturday, March 5, 2011

TIPS BABY PINTAR - 18 aktiviti menarik rangsang minda anak kecil


Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama ke hidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran.Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:

1. Bertentang mata. 
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.

2. Bercakap-cakap dengannya. 
Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.

3. Susu badan
Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. Jelirkan lidah
Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.

5. Hasilkan buku binatang
Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.

6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya
Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. Tunjukkan perbezaan
Pegang dua keping gambar be berapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8. Berkongsi pandangan
Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbenda haraan kata.

9. Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mem pelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran ma tematik.

10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya.
Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

11. Beri kata kunci
Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.

12. Beri kejutan
Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.

13. Sediakan banyak tisu
Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.

14. Baca buku berulang kali. 
Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta mem bantunya mempelajari bahasa.

15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. 
Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

16. Main dengan warna
Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.

17. Biarkan dia bermain dengan makanannya
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

18. Jangan lupa rehat
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

*boleh print nota ni dan apply mana yg patut yerr...sharing is caring ^_^


kredit: mommy icha 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...