MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

Monday, April 28, 2014

Cara Mudah Kumpul Stok Susu (EBM)

Hari ni saya tergerak nak bercerita tentang EBM (expressed breast milk) pula. Kebetulan saya sekarang tengah mula nak kumpul stok untuk Hasya. Ramai yang mengeluh dekat saya, mereka kata susah nak kumpul stok bila anak sentiasa berada di sisi.

Ok, ada beberapa tips yang saya nak kongsikan bersama. Sejak saya dah tak bekerja ni, saya memang tak buat stok langsung. Lepas lahirkan Hasya sehingga sekarang saya bagi dia direct je susu ibu. Dah 24jam dengan Hasya kan? tak kuasa nak pam! :P

Kenapa saya nak KUMPUL STOK SUSU (EBM)? InsyaAllah bulan Ogos nanti saya dan suami akan ke US selama 10hari (nak gi trip FREE tajaan SHAKLEE..yabedabedu.......excited tak tentu pasal dah aku ni) >_<

Kembali pada tajuk asal CARA MUDAH KUMPUL STOK SUSU (EBM) heheee..

1) TANDEM NURSING & PUMPING

cara mudah kumpul stok susu (ebm)

Ok lihat gambar di atas betul2..sebelah kita menyusukan baby kita, sebelah lagi kita pam. Kenapa kena buat macam tu? Anda perasan tak bila anda tengah menyusukan bayi anda, payudara sebelah lagi mesti akan mengeluarkan sedikit susu...betul tak? 

i) Daripada susu tu membazir macam tu je, baik anda tadah dan simpan untuk buat stok. Dapat 1 atau 2 oz pun, siapa nak bagi..betul tak?

ii) Hisapan bayi adalah ransangan terbaik..bila bayi anda tengah mengisap susu, secara tidak langsung bayi anda telah meransangan payudara anda. Maka dengan itu, susu lebih mudah dikeluarkan atau lebih mudah untuk menghasilkan "Let Down Reflex (LDR)". 

Apakan itu LDR? LDR terjadi sebabkan oleh hormon. Bila anda menyusukan bayi anda, anda boleh terasa satu denyutan pada payudara anda dan dengan secara tiba2 susu anda akan terkeluar dengan banyaknya. Anda boleh baca berkenaan dengan hormon DISINI <---- SILA KLIK

2) PAM MENGIKUT JADUAL

Sekiranya anda bekerja, anda perlu pam 3 jam sekali. Tapi kalau dah duduk di rumah dengan anak..camne pulak nak pam? anak asyik nak mengempeng je. Jangan risau. Anda masih boleh pam cuma caranya berbeza sedikit.

Saya bagi contoh :
Jam 8am anda beri bayi anda isap susu - Payudara Kanan
Jam 10am anda beri bayi anda susu - Payudara Kanan juga!

Selepas selesai susukan bayi anda, anda pam. Maka dengan itu InsyaAllah anda akan dapat hasil seperti gambar di bawah.

cara mudah kumpul stok susu (ebm)
Sebelah saya dapat tak sampai pun 1oz, dan sebelah lagi saya dapat 5oz.

3) PAM WAKTU MALAM

Jika bayi anda jenis malam memang tidur lama, silalah pam! Jika bayi anda jenis tidurnya..kejap2 nak susu, maka anda perlu menggunakan kaedah No.1 atau No.2 tadi. Anda kena disiplin, jika anda malas memang tak cukuplah stok untuk bayi anda (kan dah keluar bahasa kasar..opssss!)

Lagi satu, kenapa perlu pam waktu malam? Waktu malam kadar hormon prolaktin dalam tubuh kita tinggi. Sebab apa tinggi? Sebab waktu malam kita lebih tenang berbanding waktu siang.

Kena ingat 2 perkara penting dalam penghasilan susu :

i) Anda perlu tenang - ini kerana, apabila anda stress, hormon stress tersebut akan menghalang pengeluaran hormon oksitosin.

ii) Susu anda mengandungi Feedback Inhibitor of Lactation "FIL" (faktor menghalang penyususan) - bila anda tidak pam atau selalu membiarkan payudara anda penuh dengan susu, lama kelamaan FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. So jangan ingat dah penuh, tunggu sampai 4 ke 6 jam baru nak pam. Salah tu ye! Pam 3 jam sekali sekiranya anda tidak bersama bayi atau anda bekerja.

4) KUMPUL EBM

Ada sesetangah orang sedih bila pam, dapat 2 oz je. Saya nak tanye sikit....2 oz tu kira banyaklah juga tau. Syukur dengan apa yang kita dapat. Kalau Allah langsung tak bagi apa - apa, lagi kita sedih kan? (emmmm...laser lagi mulut aku ni -__-" )

Kita pam dari pagi sampai malam, so EBM seharian tu kita boleh campurkan. Tapi pastikan suhu EBM yang pagi dengan malam sama baru campurkan sekali tau. Nanti rosak EBM anda. Sebab, EBM yang baru dipam, sedikit panas. EBM yang pagi tu dah lama dalam peti ais, so suhu EBM tersebut sudah sejuk.

5) DISIPLIN & BERHATI KENTAL

Apa sahaja yang anda buat, anda kena disiplin. Ikut jadual pam susu. Hati pun kena kental gak. Peduli apa yang orang nak cakap. Set dalam kepala tu "SUSU AKU CUKUP UNTUK ANAK AKU!"

Boleh baca entry saya yang terdahulu MENAMBAH STOK EBM, ada jadual saya pam di pejabat dan di umah sewaktu bekerja dahulu.

Tak susah sebenarnya nak kumpul stok susu (EBM) kan? Nak atau tak je sekarang ni.


cara mudah kumpul stok susu (ebm)
Ni Stok Susu (EBM) saya yang terkini, yang dalam botol tu saya MARMET yang lain ada 3oz setiap satu breastfeeding storage bag. 

Sekarang ni saya tengah buat MISI 1 HARI 6oz. Hehee..cukuplah banyak tu. Lagi pun nanti Hasya dah nak masuk 1 tahun, So dia dah mula kurang isap susu. Dia pun dah boleh makan. InsyaAllah CUKUP! (kena berfikiran positif je sekarang ni ^_^)

Lain - lain info berkenaan dengan EBM..cara nak simpan, cara nak panaskan, cara nak simpan bila blackout atau apa saja berkenaan dengan Stok Susu (EBM) boleh KLIK DISINI.

Ramai ibu mula rasa down bila stok susu tak banyak. Pastu tengok plak orang lain punye stok berlambak2. Ada yang sampai kena beli deep fridge. Mulalah moral bertambah down..betul tak?

Jangan down..jangan sedih. Saya pun tak de beli fridge baru. Jangan samakan rezeki anak kita dengan rezeki orang lain. Banyakkan berdoa kepadaNya. Allah yang akan beri rezeki kepada kita semua. Kalau penat asyik nak kena pam je..cuba amalkan makanan yang seimbanga, ambil suplemen yang secukupnye dan dapatkan rehat yang cukup. Nak tahu apa rahsia saya kumpul stok masa mula2 menyusukan Qaireen?

Saksikan Video ni ;)




So..camne? heheee..Doa saya semoga anda semua berjaya kumpul stok untuk anak anda. Kalau berminat nak dapatkan Shaklee, boleh hubungi saya DILLA JALIL 017-5657552. 

Cepat, jangan buang masa..sms/whatsapp sekarang juga!

Selamat MENGUMPUL STOK SUSU (EBM)..bye ^__^







Tuesday, April 8, 2014

Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

Dah lama saya tak bercerita tentang susuibu. Mulai bulan ni, saya nak cuba update blog dengan lebih kerap lagi. So bolehlah saya teruskan lagi berkongsi pelbagai info tentang penyusuan susuibu kan? Harap2 berjaya! kekeke....

Hari ni saya nak bercerita tentang Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet.


Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet
Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet 
Sejak dan ada anak dua ni, nak pula sekarang ni duduk di rumah. Saya memang dah lama tak pam susu. Dah ada anak depan mata, so saya lebih senang bagi direct je. Malas nak pam.

Tetapi atas sebab2 tertentu saya terpaksa pam balik susu utk kali ni. Maka dengan itu, bermula bulan April ni, saya dah nak start pam susu untuk kumpul EBM. Minggu lepas...percubaan pertama saya setelah lama berpencen..hehee.

Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet
Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet 

Ok lah..Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan, dengan hanya menggunakan tangan iaitu menggunakan kaedah "TEKNIK MARMET " saya dapat 4oz!! saya buat marmet tak sampai 10 minit tau. Ok lah kan? Ok sangat kan? Tak kiralah banyak mana pun..rezeki ni Allah yang bagi.


***************************************************


MACAM MANA NAK PERAH SUSU GUNA TANGAN ATAU TEKNIK MARMET?

Sebelum memulakan teknik mamet seharusnya anda melakukan urutan terlebih dahulu bagi memastikan proses perahan berjalan lancar.

MENGURUT

✎ Pastikan tangan dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan urutan. Setelah itu, tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam. Dan kemudian, urutlah payudara dengan mengikut langkah-langkah berikut :

Massage
❤ Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. Tangan kanan mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payu dara kanan

Stroke
❤ Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payudara secara lembut. Selain daripada itu, anda boleh 'menyikat' payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke aerola

Shake
❤ Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membnatu meransang pengeluaran susu ibu

MEMERAH

Langkah 1



Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet
1) buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola, manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dibahagian bawah aerola (kedua-dua jari berfungsi menampung bawah payudara) memandangkan payu dara setiap ibu adalah berbeza anggaplah payu dara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6


Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

2) tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah tadi


3) seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas

4) ulang langkah 1-3 sehingga aliran susu berkurangan


Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

5) kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9,8 dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5,4,3,2 dan 1. lakukan gerakan memerah sama sepperti langkah 1-4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya

6) tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpan yang bersih

7) beralihlah ke payu dara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara



Langkah 2


Melancarkan aliran susu
1) Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain

2) Usap payu dara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu

Elakkan Pergerakan ini!

✘ Jangan picit puting payu dara. Ini akan menyebabkannya lebam
✘ Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payu dara
✘ Jangan geselkan tangan anda ke payu dara kerana boleh menyebabkannya melecet

Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit - 30 minit. Perah setiap sebelah payu dara antara 5- 7 minit. Setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake). Kemudian perah lagi setiap sebelah payudara dalam 3 - 5minit. Dan ulang semula rutin urutan dan di akhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payu dara

Cubalah praktikkannya! InsyaAllah banyak membantu


sumber:pa&ma


Apa yang penting anda jangan sesekali stress atau paksa susu anda untuk keluar. Sekiranya anda berada di hospital, minta tolong dengan nurse. Suruh nurse ajarkan cara Perah Susu Guna Tangan dengan betul. Pastikan anda juga jaga menjaga kesihatan dan makan makanan berkhasiat. Ambil apa2 suplemen untuk menampung sebarang kekurangan pada dalam badan. Minum banyak air masak.

Seperti kisah seorang ibu ni yang menyusukan anak pramatang. Nak tahu apa yang dia buat, saksikan sehingga habis.



Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Hebatkan cabaran menyusukan anak ni. Apa yang penting kita sebagai ibu kena banyakkkkkkkk bersabar. Kuatkan semangat!

Kalau anda ada masalah berkaitan dengan penyusuan anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552. Saya salah seorang Peer Counselor di Ipoh Perak. Kalau duduk di Ipoh saya boleh datang ke rumah dan ajar anda menyusukan baby dengan betul. Saya pun boleh ajar anda Teknik Marmet dengan betul. FOC je ;)


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017-5657552 (whatsapp / sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

mamaqaireen.com (blog bisnes shaklee saya)

COD Shaklee : KFC Medan Gopeng


Wednesday, January 25, 2012

BERAPA LAMA EBM BOLEH BERTAHAN


Secara ringkasnya mama ingin berkongsi bersama cara penyimpanan 

EBM (Expressed Breast Milk).



Suhu bilik biasa (25'c - 37'c) = 4 jam

Suhu bilik beraircond (15'c - 25'c) = 8 jam





Peti Sejuk (2'c - 4'c) = 3 - 5 hari

(kalau boleh jangan letak di pintu peti sejuk, ini kerana kita sering buka dan tutup pintu tersebut..suhu jadi tidak stabil)





Peti Sejuk 1 pintu (bahagian beku) = 2 minggu

(Ini kerana kita "berkongsi" satu pintu bahagian beku dan sejuk dan sering buka tutup pintu peti sejuk)




Peti Sejuk 2 pintu (bahagian beku) = 3 bulan




Deep Freezer = 6 bulan


Tuesday, March 8, 2011

RAHSIA STOK SUSU BANYAK

Ramai ibu-ibu yang runsing memikirkan bagaimana hendak menambah stok susuibu!
-
-
-
-

Apa rahsianya??
Apa caranya??
Bagaimana boleh banyak??
-
-
Hari ni mama nak kongsikan bersama dengan ibu - ibu semua cara Pn. Farah. Seorang Kaunselor Laktasi muda yang mempunyai 3 orng anak. 
Malah dia juga salah seorang pakar yang sering mama jadikan rujukan. 

Antara tips yang saya nak kongsikan melalui pengalaman saya:
1) Mula memerah dari hari ke 4 selepas kelahiran Adrian. Ini bergantung kepada pada hari keberapa susu matangnya keluar. Semasa awal kelahiran dan susu masih dalam colostrum form, susukan bayi sekerap yang mungkin. setelah susu matang keluar, dah boleh mula memerah susu selepas bayi tidur selama 3 jam sekali. Jika bayi terjaga dalam semasa memerah, utamakan bayi. Berhenti memerah dan susukan bayi terlebih dahulu. Setelah selesai, barulah sambung semula.
2) Tidak memberikan anak saya susu perahan semasa tempoh berpantang dan dia hanya disusukan secara terus. Stok susu yang disimpan hanyalah untuk kegunaan jika ada perpisahan sementara dgn bayi (bekerja, keluar sebentar dan lain2). Bayi tidak didedahkan dengan botol susu seawal 50 hari kelahiran bayi.
3) Percaya pada konsep supply and demand. Semakin banyak saya mengosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan. Susu tidak akan dihasilkan semula jika tiada permintaan dari bayi.
4) Lihat gambar di bawah:


Setiap kali memerah susu di sebelah kanan, saya akan pakai milk collecter/milk collection shell di sebelah kiri. Begitu juga sebaliknya.
Semasa kita menyusukan bayi, atau memerah, selepas beberapa ransangan oleh bayi atau pam, hormon oksitosin (hormon yang memancutkan susu) akan dibebaskan ke dalam darah ke kelenjar susu. hormon ini akan meransang semua otot di sekeliling payudara untuk memancutkan susu secara tiba2. Ia dipanggil Let Down Reflex atau Milk Ejection Reflex.














Antara contoh Let Down Reflex.
1-2 oz boleh dapat. Sayangnya kalau kita biarkan ianya basah di baju begitu saja. 1 oz kalau di kumpul 3 kali, bukankah dah lengkap utk sekali penyusuan untuk anak?


Ini sewaktu kami keluar bersiar2. Saya susukan adik adrian di sebelah kiri dan di sebelah kanan, saya menakung susu semasa Let Down reflex. Indah betul ciptaan Allah, mmg tak boleh nak cerita! Dan bila saya menyusukan anak, saya takkan sampai hati nak buang begitu saja. Saya akan simpan.


Susu yang terhasil semasa Let Down Reflex adalah lebih CAIR kerana minit2 pertama menyusukan anak, susu yang terhasil adalah FOREMILK, yang mana susu ini lebih tinggi kandungan air, rendah protein dan rendah lemak. Susu inilah AIR untuk menghilangkan dahaga bayi. Itu sebabnya, sepanjang 6 bulan pertama umur anak, mereka tidak perlukan AIR MASAK kerana dah ada air di dalam susu ibu itu di awal2 penyusuannya 
5) Displin dalam penyusuan.
Bila ckp pasal displin, ianya melibatkan diri sendiri. Cara mengurus penyusuan. Waktu memerah. Tidak skip waktu memerah. Memerah 3 jam sekali. Kalau tinggalkan stok susu untuk anak 12 oz (waktu siang), ibu seharusnya membawa pulang sekurang-kurangnya 12 oz atau lebih. Andaikata mmg hari tersebut terlalu sibuk, ibu seharusnya mengganti waktu memerah waktu malam (bangun malam) supaya tiada stok NEGATIF (contoh: anak minum 13 oz, ibu bawa balik 10 oz, ibu digalakkan bangun malam untuk mendapat lagi 3 oz).
Kunci: Jangan LEKA, jangan LALAI.
6) Pengurusan EBM yang betul
Ini penting untuk memastikan stok susu cukup sehingga penyusuan boleh berlangsung selama 2 tahun.
Saya menerima banyak kes, pengasuh/ibu/ibu mertua meminta susu lebih kerana anak tak cukup susu. Contoh: Ada yang minum sampai 18-20 oz waktu siang (ibu bekerja) sedangkan ibu hanya boleh bawa pulang 15 oz (memerah secara konsisten). Kalau begini, setiap hari negatif, stok susu 1 peti pun akan habis cepat.
Latihan yang berterusan kepada individu yang ingin menjaga anak-anak amat penting.
Beritahu pengasuh, ibu, pembantu rumah:
Keperluan susu ibu untuk anak sejak 1 bulan hingga 6 bulan adalah SAMA dan TIDAK BERUBAH.
Malah, selepas umurnya 6 bulan, keperluan susu nya makin berkurang kerana bayi perlu belajar makan 
2-3 oz sekali minum, dan dalam 5- 6 kali sepanjang siang, dan tidak lebih dari itu!
Ketahuilah, perut bayi dari 1-6 bulan adalah sebesar telur puyuh dan dia kenyang bila minum amaun yang ditinggalkan oleh ibu.
Saya faham, kadang2 sukar untuk memberitahu ibu/pengasuh tentang hal ini, kerana mereka seringkali berkata “baby mcm nak lagi, tak cukup 3 oz. dia asyik menangis mcm nak menyusu”, tetapi kita cuba pendekatan lain. Beritahu ibu, pengasuh, susu untuk bayi adalah cukup dan anak telah kenyang. Mungkin dia mahukan perhatian, dia mahu bermain dan bosan ditinggalkan seorang diri, dia mahu didukung dan lain2. Mungkin boleh provide flash cards, rattle dan toys atau dukung bayi.
Anda lebih kenal ibu/pengasuh/pembantu rumah anda. Cari cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej ini 
** Kdangkala, lebih baik menjadi sedikit ‘kedekut susu’ daripada anda beri ikut corak yang diminta oleh pengasuh – bimbang jika kita terlalu mengikut, lama kelamaan bukit yang ditarah hari kehari akan menjadi gondol dan stok susu HABIS kesemuanya dan end up terpaksa mengalah pada susu formula. Saya tak mahu  itu terjadi jadi kita harus manage betul2 stok susu.
Dan, itu antara RAHSIA bagaimana ibu berjaya menyusukan sehingga umur anak 2 tahun. 
7) Makan makanan penambah susu – ini adalah salah satu alternatif jika ibu mahu menambah susu (provided jika anda menyusu sepenuhnya dan memerah susu mengikut jadual anda).
8) Doa yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan kedua2 payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.
9) Percaya pada diri. Redha. Bertenang dan bersabar jika ditimpa dugaan semasa dalam tempoh menyusukan. Sentiasa berfikiran positif. Kita menyusukan anak untuk anak kita, bukan sebab terpaksa, atau trend atau hina atau untuk membandingkan dengan sesiapa. semuanya kerana Allah.
10) Berjumpalah dgn rakan2 yang menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kita lebih bersemangat waja dalam misi kita 




Monday, February 28, 2011

INILAH AKIBATNYA BILA ORANG MALAS

Ibu - ibu yg fully bf..silalah update EBM ye..jangan jadi mcm mama.
Inilah akibatnya bila tak update..hari Jumaat lepas mama nak turunkan EBM,  untuk dibawa ke tempat pengasuh Qaireen.
Rupa - rupanya.....



Bulan December 2010 punye pun ada lagi!
Lusa dah 1st March.
So apa lagi..macam nilah jadinya mama punye frezzer.



Bila dah susun baru lah cantik dan kemas!! 

Tengok..EMB mama pelbagai warna.

Ada yang terang..
Ada yang pekat..
Ada yang kuning..
Ada yang putih..
-
-
-
-
Itu semua sebab faktor permakanan kita ye.
Jom bila berikan yang terbaik untuk anak kita. ^_^


Friday, January 28, 2011

EBM - Bagaimana nak cairkan??


Info : Alin

1.  Pilih botol frozen EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku.

2.  Turunkan frozen EBM ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. keesokkan harinya susu akan cair… InsyaAllah ATAU....


3. ... lalukan frozen EBM di bawah aliran air paip.

4. Bila dah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air panas/suam.
5. AMARAN KERAS !!!
  • JANGAN cairkan frozen EBM at room temperature
  • JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan frozen EBM kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
  • JANGAN masak frozen EBM di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.
  • Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos… kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
  • Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, so kene pandai budget supaya tak membazir.
TIPS
  • Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
  • Hold your baby when feeding EBM
  • Jadikan feedings an enjoyable time for you and your baby. Rangsang bayi anda dengan berborak bersama baby dan berikan banyak senyuman.
  • Sesudah minum, BURP kan baby anda.
INFO... INFO...


Chilled EBM (Susu yg dah perah, disejukkan dibahagian sejuk (bukan beku)) normally akan terbahagi kepada 2 lapisan… atas dia bhgn lemak, bwh dia air.. this is perfectly normal, jangan pulak korang ingat susu tu basi and buang plak. Wat u need to do, is masa panaskan susu tu, GENTLY SWIRL the bottle to mix the lapisan.



Rujukan : 
Gambar dari http://mom2muzz.blogspot.com/2009/12/storing-breast-milkthawing-frozen.html
http://sweetstory.yuitsumuni.com/2010/03/bagaimana-nak-cairkan-ebm/

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan Susu Ibu


Info : blog kak N & Alin

Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH 

  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey
  • Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni  boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel. 
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?
  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
  (sebelum dibekukan) - 3-7 hari
  (selepas dibekukan) - 24 jam
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
PERINGATAN: 
  • susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula 
  • susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku. 
  • Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. 

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

Rujukan : 
http://sereniety.blogspot.com/2009/08/penyimpanan-asi-ebm.html
http://www.momschoice.com.my/blog/
http://mom2muzz.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...