MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Monday, December 24, 2012

Bayi Tantrum..Apakah Itu Tantrum?

Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri.  Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:

Bayi Tantrum


1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek

Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.



FAKTOR PENYEBAB TANTRUM

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:

1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.

4)Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.

5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

7) Trauma @ Fobia
Anak disiksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa. 
Sumber : disini

Cara mengatasi tantrum


Cara Mengatasi Bayi Tantrum


Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
Sumber : FB   Prof. Dr. Rozieta Shaary 


Monday, December 10, 2012

Memupuk Pemikiran Kreatif

Memupuk Pemikiran Kreatif
Adakah menonton program pendidikan seperti Sesame Street
dapat membantu menjadikan anak anda lebih kreatif?
Profesor Madya Dr Teoh Hsien-Jin, Pakar Psikologi Klinikal.

Kanak-kanak dilahirkan dengan potensi untuk menjadi kreatif. Mereka berhak diberi peluang untuk mengasah bakat dan kreativiti mereka, dan menggunakan sepenuhnya potensi mereka. Sebagai ibu bapa, kita boleh memainkan peranan penting untuk menggalakkan mereka. Meskipun kreativiti tidak boleh diajar, kita boleh menyediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti anak-anak kita.
Manfaat Kreativiti
Kreativiti memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam banyak cara. Mereka lebih banyak menggunakan imaginasi mereka, bersedia untuk mencuba perkara yang berlainan, dan berani memperlihatkan ekspresi diri dan berfikiran terbuka. Di samping itu, mereka dapat membina ketabahan, keyakinan diri, keupayaan untuk berdikari, toleransi terhadap kekaburan, dan mungkin juga, suka berjenaka.

Cara-cara Ibu Bapa untuk Menggalakkan Kreativiti
  • Biarkan mereka bermain dan meluahkan idea. Bermain adalah sebahagian penting daripada pembelajaran yang membantu memupuk kemahiran pemikiran kreatif kanakkanak. Ia membolehkan mereka menghayati kreativiti menerusi lima deria mereka – penglihatan, pendengaran, rasa, bau, dan sentuhan. Ibu bapa boleh merangsang imaginasi dan menggalakkan kreativiti si manja melalui lakonan dan imaginasi.
  • Sediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti. Ini boleh dilakukan dengan memastikan anak-anak merasa selesa untuk memperlihatkan idea mereka tanpa rasa takut ia akan ditolak, dan memastikan keselamatan mereka terjamin supaya mereka boleh meneroka dunia di sekeliling tanpa gangguan.
  • Tanya soalan yang membina dan jangan bataskan soalan mereka. Ibu bapa juga perlu fleksibel menerima jawapan atau respons daripada anak-anak mereka. Walaupun salah, mereka tidak perlu dimarah. Sebaliknya, gunakan kesempatan itu untuk mengajar anak mencari jawapan yang betul. Menyelesaikan masalah adalah komponen penting pemikiran kreatif.
  • Rangsang pemikiran kreatif dengan aktiviti yang sesuai dengan usia. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak, termasuk aktiviti seni, muzik, sukan dan memasak. Aktiviti lain seperti membaca buku dan menonton program pendidikan dan multimedia juga boleh membantu memupuk kreativiti kanak-kanak.


Potensi Kreativiti yang Merosot…?
Sekolah dan rumah adalah dua tempat paling penting yang boleh membantu, sama ada untuk menggalakkan atau membantutkan kreativiti kanak-kanak. Namun, sering kali, orang dewasa secara tidak disedari membantutkan kreativiti kanak-kanak dengan amalan biasa seperti berikut:
  • Buat penilaian – Penilaian ibu bapa atau guru kerap mengelirukan kanak-kanak. Sebagai contoh, apabila ibu bapa mengkritik lukisan anak atau memuji semata-mata untuk memberi galakan, si anak akan mula menghasilkan lukisan sebagai percubaan untuk menggembirakan ibu bapa. Lukisannya bukan lagi merupakan ekspresi kreativiti. Ia menjadi alat untuk mendapatkan pujian. Sebaliknya, teguran negatif yang terlalu kerap boleh menyebabkannya berhenti melukis sekaligus.
  • Enggan lepaskan – Ada ibu bapa yang terlalu mengawal, menekan, atau mengongkong anak-anak mereka, hingga tidak memberi ruang kepada anak-anak untuk memupuk kreativiti atau ruang untuk mereka menyelesaikan persoalan dan/atau masalah mereka sendiri.
  • Teladan yang tidak memberangsangkan – Orang dewasa adalah teladan kepada kanak-kanak. Jika ibu bapa sendiri tidak menunjukkan minat dalam idea objek atau inovatif dan pengalaman baru, kanak-kanak tidak dapat meneroka dunia yang penuh idea dan pemikiran kreatif dari awal lagi. Maka, kehidupan mereka turut sebegitu sahaja.
Info dari mypositiveparenting.



Sunday, December 9, 2012

Collagen Powder | Promo Disember 2012


Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

pengedar shaklee collagen powder di ipoh perak

Tujuh bahan utamanya termasuk,
#  ekstrak biji benih Camellia japonica,
# ekstrak Pfaffia,
# kolagen ikan,
# ekstrak kerangkerangan,
# Lactobacillus Acidophilus,
# vitamin C
# vitamin B
yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.
Kesan dan faedah pengambilan Collagen Powder:
  • ANTI PENUAAN – mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus.
  • MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit
  • MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulir anjal, lembut dan tegang
  • MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit
  • MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
  • MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata
  • MENEGANG – Membantu menegang dan menganjalkan payudara
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).

Hubungi saya:
Dilla Jalil | 017-5657552 [SMS/WhatsApp dialukan] | admin@mamaqaireen.com
||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari MamaQaireen Shoppe||
* Berat molekul diukur dalam unit Dalton

Layari : www.mamaqaireen.com untuk mengetahui lebih banyak tentang Shaklee Collagen Powder.

Friday, November 30, 2012

Petua Menjaga Alat Sulit Wanita



1. Disyorkan agar kaum wanita membersihkan bahagian luar faraj selepas membuang air kecil atau air besar, seeloknya menggunakan air.

2. Ketika haid, anda dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah. Ini kerana darah merupakan media yang paling sesuai untuk kuman membiak.


3. Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4. Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit dan akan menjadi gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada kandungan pewangi serta buih sabun.

5. Pasangan suami isteri diggalakkan membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin bagi menjamin kebersihan yang optimum. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.

6. Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari yang mengalami keputihan, lebih baik memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

7. Selain dari itu, bengkak nanah juga dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk menggeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik. Bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.

8. Wanita yang mengalami keputihan pada alat sulit seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu–waktu seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, kehamilan dan klimakterik ataupun selepas menopause.

9. Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil, gatal dan berbau, tanda-tanda bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.

10. Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan samaada dia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit menjadi lebih serius.


11. Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Anda dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan, yang tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya.

Untuk mendapatkan supplemant bagi mengurangkan keputihan, anda boleh mencuba Alfalfa Shaklee. Alfalfa sangat bagus untuk mengurangkan masalah keputihan.

Untuk lebih lanjut, boleh layari mamaqaireen.com


Monday, November 26, 2012

Tips | Cara Muda Diet Seimbang dan Semulajadi


1. Makan Makanan Seimbang
Pengambilan pelbagai jenis makanan mengikut panduan piramid makanan perlu ada bagi memastikan kesemua khasiat serta nutrien yang berguna dapat diambil bagi memastikan badan menyerap segala khasiat-khasiat tersebut.
Pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida.

2. Makan Perlahan-lahan
“MAKAN CEPAT!”, mungkin inilah perkataan yang kita sering dengar daripada ibubapa kita sewaktu kecil dulu. Mungkin kerana mereka tidak sabar menunggu kita menghabiskan makanan kita secepat yang mungkin.
Akan tetapi, kita tidak sedar bahawa makan makanan dengan perlahan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Ia boleh merangsang pengeluaran lebih banyak air liur yang mengandungi enzim emilase yang membantu menghancurkan dan menghadamkan makanan.
Makan perlahan-lahan membantu kita mengawal jumlah makanan yang masuk ke dalam perut. Ini penting bagi mereka yang hendak mengurangkan berat badan.

3. Susu Kacang Soya

Umum mengetahui kebaikan susu kacang soya. Kacang ajaib ini telah menjadi bahan tenusu yang baru, iaitu neo-protein untuk diet masakini.
Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita. Antara sebabnya ialah kerana ia mempunyai index glycemic yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat.
Soya juga merupakan sumber protein  rendah lemak yang membantu membina kandungan otot.

4. Buah-buahan
Buah-buahan merupakan satu keperluan bagi memastikan keperluan tubuh badan kita dipenuhi bagi memastikan kesihatan  tubuh badan kita terjaga dan diet yang seimbang.
Jus buah-buahan khususnya merupakan satu menu yang perlu ada di dalam menu pemakanan kita kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin yang baik untuk tubuh badan kita.
Contohnya jus epal banyak mengandungi megnesium, zat besi dan silikon, potasium, fosfor, sodium, kalsium, belerang, vitamin A, B dan C yang dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh.

5. Kurma
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.
Kurma merupakan antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Bayangkan hanya dengan memakan kurma sahaja, ia telah mencukupi untuk membekalkan kita tenaga untuk menjalani kehidupan seharian kita.

6. Daging
Daging juga merupakan satu keperluan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. tetapi, itu tidak bermakna kita boleh memakan dan memilih daging sesuka hati mengikut keperluan kita.
Seharusnya, kita perlu mengelak memakan daging yang boleh meningkatkan tekanan darah kita iaitu daging merah seperti daging lembu. Daging yang elok untuk kita makan bagi menjaga diet yang seimbang ialah daging putih seperti daging arnab dan kambing baka boer.
Walaupun begitu, kita perlu juga mengawal kuantiti daging yang diambil untuk diet yang seimbang.

7. Madu
Madu merupakan satu menu yang penting di dalam pemakanan kita kerana ia dapatmemenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga. Jika diamalkan minum madu setiap hari, ia akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup, terutamanya kepada mereka yang sedang berdiet.
Madu lebih elok jika digunakan untuk sampingan sarapan agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Bagi mereka yang mahu mengamalkan diet yang sihat, pengambilan madu adalah satu langkah yang bijak dan selamat.

8. Sayur-sayuran
Bagi sesetengah orang, sayur merupakan pilihan terakhir untuk menu pemakanan mereka. Ada juga yang sanggup mengetepikan sayur-sayuran yang terdapat di dalam hidangan mereka setiap kali mereka menjamu selera.
Walaupun begitu, sayur-sayuran merupakan satu hidangan yang popular dikalangan mereka yang ingin berdiet. Ada yang sanggup menjadi “vagetarian”, hanya memakan dan mengambil sayur di dalam hidangan mereka sedangkan mengamalkan diet seperti itu adalah tidak baik untuk kesihatan kita.
Sayur mengandungi kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.

9. Bubur Gandum & Oat

Bubur Gandum & Oat mengandungi serat larut (soluble fiber) yang boleh menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) anda. Soluble fiber juga boleh ditemui pada makanan lain seperti kacang buncis, epal, buah pir, barli dan buah prun.
Serat yang larut diyakini mampu menurunkan penyerapan kolesterol dalam proses pencernaan anda. Mengambil 10 gram lebih serat larut setiap hari dapat menurunkan kadar LDL.
Setiap 1 ½ cawan oat yang anda makan mengandungi 6 gram serat. Jika anda tambahkan buah-buahan seperti pisang, anda menambah 4 gram lebih serat.

Credit to : MamaQaireen Shaoppe

Untuk lebih info berkaitan kesihatan dan Shaklee, boleh layari www.mamaqaireen.com

Monday, November 5, 2012

Promosi Alfalfa Shaklee

Bulan Novermber 2012..Promosi Alfalfa Complex Shaklee

Buy 6 Free 1!!

Emmmmm bagi peminat Alfalfa mesti termimpi2 dengan promosi ni..Sape yang tak suka dangan Alfalfa Shaklee ni kan? Ada customer saya, setiap hari 10bj dia ambil..katanya..best sbb badan rasa ringan, tiap2 hari membuang dan yg paling best susu banyak! Tu dia..mcm2 customer ku..heheee

Dan paling best sekali Alfalfa ni sangt sesuai bagi sesiapa yang ada masalahn Alahan dan Resdung..mmg best! Amalkan dengan Vitamin C, InsyaAllah anda boleh rasa kelainannya.

Bagi perempuan yang mengalami keputihan pun bagus ambil Alfalfa Shaklee ni..bukan sahaja mengurangkan keputihan..tapi........awwwwww "macam anak dara u!" hik..hik..suami mesti senyum sampai ke pagi lah  ^_^

Ok, untuk lebih maklumat tentang Alfalfa Shaklee, boleh layari blog Shaklee saya.

www.mamaqaireen.com
atau
KLIK DI SINI

Dapatkan Alfalfa terbaik dari Shaklee!

Hubungi Saya Pengedar Shaklee Anda di Ipoh No. ID 852451

Dilla Jalil | 017-5657552 | admin@mamaqaireen.com


Wednesday, October 10, 2012

Menjana Pendapatan Melalui Bisnes Online


Salam semua, hari ni saya nak share serba sedikit tentang shaklee dengan anda. Dan tentunya lebih kepada group HEBAT shaklee saya.   Kenapa saya cakap group saya HEBAT? Semestinya HEBAT! Sebab kami mempunyai 3 Master Coordinator yang ternama! (ohhh saya sayang Mentor2 saya)
Sebenarnya ramai yang nak berbisnes online, soalan lazim… ” saya nak buat bisnes tapi saya tak retilah, boleh tolong tak?” “saya nak bisnes tapi saya malu!” Ini adalah soalan yang sering diungkapkan sebelum memulakan perniagaan. Tidakkan anda sedar, perniagaan online tidak memerlukan kita untuk berjumpe dengan customer. Kita hanya bercerita dan share cerita melalui blog, FB dan lain-lain sahaja.
Anda juga tidak perlu risau atau takut, sekiranya anda mengikuti group HEBAT kami. Ini kerana kami akan sentiasa memberi sokongan secara berterusan untuk anda mendalami bisnes online..tentunya bisnes Shaklee lah kan. Pelbagai tutorial secara online di group tertutup juga akan diberikan. Malah kelas dan coaching secara offline pun ada. Yang bestnye bukan orang  di KL je yang dapat, malah kita2 yang duduk luar dari KL pun boleh join. Masters kami ada buat seminar atau gathering luar dari kawasan KL juga. Bulan depan di Kuantan dan Ipoh, bulan lepas di Johor.  Jangan tak percaya, orang Sabah & Sarawak pun berpeluang untuk sertai sekali tau.
Biasanya bila Masters ni turun utk buat gathering, kami akan sama2 berbincang berkenaan bisnes shaklee tidak kiralah bisnes secara offline ataupun online. Nak bawa anak dan suami pun boleh. Sebab macam2 aktiviti menarik akan dilakukan. Anak kita biar mereka main dengan anak kawan kita.. hehee
Jika anda masih bekerja lakukan bisnes online ni sebagai part time, dan jika income part time melebihi pekerjaan tetap..terpulanglah pada anda untuk memilih jalan yang mana satu. Jika anda salah seorang suri rumah pula, saya rasa andalah kumpulan yang paling berpotensi untuk menjana pendapatan melalui online tanpa mengganggu tugasan harian. Seronokkan, kita bekerja sambil melihat anak membesar depan mata. Tak perlu hantar ke baby sitter, apa sahaja yang mereka lakukan kita tahu..makan, minum, pakai, main dll.
Saya ingat lagi seorang kawan saya masa sekolah dulu. Dia kawin pada usia yang sangat muda dan pada masa yang sama juga dia tidak bekerja. Malang tidak berbau, suaminya meninggal dunia selepas 2tahun perkawinan mereka. Kesian saya tengok sahabat saya tu. Lepas kejadian tu, barulah dia mula untuk berniaga sikit2. Alangkah baiknya jika dia mula lakukan perniagaan kecil2an sewaktu arwah suami dia masih ada.
Walaupun saya masih bekerja disyarikat swasta, saya masih menjalankan bisnes shaklee secara part time. Ini kerana, saya nak berikan yang terbaik untuk family saya. Tentunya untuk anak saya Qaireen! Selalu kita tengok orang2 kaya je boleh hantar anak2 ke sekolah yang best2, pergi Hospital yang best2, pergi bercuti sana sini. Saya pun nak juga! Saya pun nak rumah besar, kereta besar, bercuti ke luar negara. Sampai bila saya nak jadi biasa – biasa je?
Tapi senjak mula berbisnes online dengan shaklee, kehidupan saya sedikit demi sedikit berubah. Alhamdulillah pendapatan bisnes online saya lebih banyak dari gaji yang bos bagi.  Saya mula berbelanja dan bercuti bersama keluaga denga happy, tak kiralah walaupun masa tu baru 20hb (hari paling kering utk orang makan gaji kan?) Yang paling bestnye, sekarang ni..bos saya pun dah “ketagih” dengan Vitamin Shaklee..heheee.

Persoalannya sekarang..BAGAIMANA NAK MULA PERNIAGAAN SHAKLEE SECARA ONLINE?
Anda boleh memilih modal yang diperlukan :-
* Membayar yuran RM75
* Membuat pembelian RM660 untuk mendapat keahlian PERCUMA
* Mengeluarkan modal sebanyak RM300
* Pembelian 2 botol Vivix, ATAU 3 kotak Collagen Powder.

GROUP HEBAT KAMI
ANAK SENTIASA BERSAMA IBU
PERBEZAAN KAMI :
# Perniagaan berasaskan produk Shaklee
# Sistem yang halal
# Gabungan 3 elemen RAHSIA dalam perniagaan
OFFER BEST ini hanya terdapat dalam kumpulan kami sahaja!
Hubungi saya Dilla Jalil, Pengedar Shaklee di Ipoh untuk maklumat lanjut.
E-Mail : admin@mamaqaireen.com | WhastApp / SMS : 017-5657552
Web Bisnes Shaklee saya : www.mamaqaireen.com

Friday, September 14, 2012

Top MLM Haram Jadah

Tengah bosan2 di tghari Jumaat ni..saje jalan2 dekat blog Lyna (mentor saya dalam Shaklee) nak tergelak bila baca kisah MLM yang Lyna tulis ni.. 

Jom baca...........
____________________________________________________________________________

Kenal MLM bukan sehari dua. Dari zaman kanak2 dah biasa dengan katalog2 barang MLM bersepah kat rumah. Join mak ikut ‘party’ MLM di rumah-rumah tu memang dah biasa. MLM, at orang panggil ‘direct selling’ ni memang dah sebati rasanya dalam diari mana2 umat manusia yang kenal perkataan MLM ni.
Saya mula sign up sebagai ‘entrepreneur’ MLM semasa di zaman universiti. Kenapa? Sebab ia MUDAH je… kau cari beberapa orang je. Lepas tu kau jadi kaya raya. Beberapa kali saya cuba. 4-5 jenis MLM cuba. Tapi kenapa ntah. Blur.
Jumpa upline, dia suruh senaraikan nama2 kawan2 kita yg boleh jadi prospek. Lepas tu sama2 buat business presentation. Tapi aku sendiri pun blur, macamana nak present kat orang?
Baca buku Rich Dad Poor Dad, tapi tak dapat nak relate dengan apa yang dibuat masa tu.
Lagi best bawa balik member kit ke rumah. Ayah jumpa kit tu. Dia tanya “Apabenda kau buat ni?” Dengan tak bersalahnya menjawab “Bisnes, ayah”. Lalu dia kata “Ayah cabar Along jadi kaya-raya dengan benda ni”
Hehehe. Malangnya cabaran ayah tak tersahut. Mana taknya, upline masa tu jauh di utara. Dan orang tu kita tak kenal pun. Lagipun saya ni pemalu. Nak jual barang tak reti, apa lagi cari downline. Lepas berkurun2 akhirnya expired camtu je.
Banyaklah lagi kalau nak story. Tengok kawan2 pun.. kata MLM tip top tapi apsal sengkek macam aku jugak :D
Fed up dengan MLM. Lagi2 bila keluar macam2 pendapat. MLM haram. Belum masuk yang haram jadah. Kena tipu dengan upline dan sebagainya.
Akhirnya bila saya menceburkan diri dalam bisnes online.. (bukan MLM) barula nampak terang bisnes tu sebenarnya macamana. Selama ni aku tercari2 dalam MLM-MLM yang pernah disertai… yakni makna BISNES tu.
Mungkin juga Allah nak tunjuk, akhirnya terjebak dalam MLM yang saya ceburi sampai hari ni. Mula2 taktau pun ia adalah sejenis bisnes MLM. Maklumlah, dah banyak sangat pengalaman pahit dengan MLM ni. Cari prospek, buat presentation, sudahnya barang dimakan sendiri. Tapi yang ni takde pun suruh cari prospek ke apa. Jual barang je. Taknak jual pun takpe. Tapi kau sendiri tanggunglah. Jual dapat untung, tak jual, tadek untung.
Masa tu pula saya sibuk setup benda2 lain. Yela konon2 nak jadi bisneswoman berjaya try semua benda. Tapi rasa macam tak larat nak pegang banyak sangat. Ditambah masih lagi makan gaji berkhidmat untuk negara… Jadi saya pilih satu untuk difokuskan. Dan mungkin sebab saya ni pemalas, saya pilih untuk fokus pada sesuatu yang saya tak payah nak keluar2, tak payah nak jumpa2 orang, tak payah nak hadapi karenah orang :)
Dan itulah dia MLM yang  saya ceburi hingga kini.
Apa istimewanya MLM yang ni? Apakah ia berbeza dengan MLM yang biasanya memfobiakan orang?
Sebenarnya, MLM adalah satu sistem pemasaran utk memasarkan barang… nak meluaskan pasaran. Samalah macam Makcik Peah buat nasi lemak lepas tu suruah anak dia yang 7 orang tu hantar ke kedai sana, kantin sini dan sebagainya. Dah buat kerja tu haruslah Makcik Peah bagi upah sedikit sebanyak. Atau Ah Chong tukang baiki paip masukkan pamplet dia dalam suratkhabar yang Maniam hantar hari2. Semuanya kaedah untuk PEMASARAN.
Saya pernah menulis tentang MLM haram VS MLM haram jadah di sini. MLM haram itu jelas. Skim cepat kaya entah apa-apa, itu satu bentuk MLM. Bagi duit, barang takde, pelaburan kononnya. Tapi sudahnya masuk ke poket orang paling atas.
MLM haram jadah, ia bermula dari syarikat MLM yang halal biasanya. Tapi penggiat2 MLM haram jadah ni yang buat sedikit kedajalan. Banyak mungkin. Misalnya cari downline beramai2, janji macam2, bayar banyak2… lepas tu lesap. Yang kawan ni siap pinjam duit AhLong bagai lah kononnya lepas ni boleh dapat berganda2… sudahnya membayar hutang berganda2 (kena interest maa… hehe).
Itu belum lagi yang hilang kawan, hilang saudara sebab MLM.
Jadi bila saya dah mula bisnes MLM kali ni, dah nampak jalan yang sebenarnya macamana.. ya.. MLM (selain yang haram) tu tak salah langsung. Malah ia satu sistem marketing yang sangat bagus dan low cost. Kos utk pengiklanan yang berjuta2 dijimatkan. Berkenaan dakwaan barang murah dijual mahal, itu dah termasuk dalam masalah syarikat tersebut secara khusus, bukan MLM itu sendiri.
Hakikatnya, boleh dikatakan sebenarnya hampir 90% orang yang register masuk MLM dengan niat nak jana pendapatan, tapi akhirnya balik dengan poket berlubang. Ada juga yang rasa ditipu.
MLM yang sebenar adalah satu sistem -jamaie. Yang mana timbal-balik antara upline dengan downline. Upline tugasnya membimbing downline, dan bukan memperalatkan downline untuk kepentingan dirinya, seperti amalan MLM haram jadah. Manakala downline  pula kenalah ikut apa yang upline tunjukkan. Barulah faham apa yang diperjuangkan.
Ya, ada orang yang register MLM lepas tu mengharapkan duit masuk ke poket tiap2 bulan tanpa berbuat apa2. Jangan macam tu… nak untung kenalah buat kerja.
Macamana pun, berhati2 bila nak merealisasikan niat menjadi KAYA… orang kaya tanggungjawabnya banyak. Sebab tu orang kaya lambat masuk syurga. Jangan dikaburi biji mata dengan ketamakan dan janji2 kereta besar rumah besar, sampai sanggup buat apa saja tanpa fikirkan halal-haram.
Yang pertama sekali, elakkan dari terjebak dalam MLM haram. Yang kedua, elakkan dari MLM haram jadah.
Inilah antara sebab kenapa saya di sini. Membetulkan persepsi tentang MLM dan membetulkan pelakuan MLM yang haram jadah. Oleh sebab itu saya berkongsi segala kaedah pemasaran online yang saya praktikkan selama ni agar sistem MLM yang kita buat ni benar2 multi-level marketing, bukan multi-level mampusthing. Di mana ia cuma dilaksanakan di rumah saja…

_____________________________________________________________
So anda di MLM mana? Kalau berminat untuk berniaga dan manjana pendapatan secara halal..boleh hubungi saya:
Dilla Jalil | SMS / WhatsApp : 017-5657552 | www.mamaqaireen.com | ID Shaklee : 852451
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...