MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label HAL QAIREEN. Show all posts
Showing posts with label HAL QAIREEN. Show all posts

Wednesday, October 22, 2014

Dunia Sebenar Disebalik Bergambar Bersama Keluarga

Saya nak tanye, korang selalu tak bergambar bersama keluarga? Bestkan bergambar bersama keluarga. Tapi rasa2nye senang ke tidak nak bergambar bersama keluarga? hahahha..mesti macam2 bermain difikirankan? Hebat tak cabaran nak bergambar bersama keluarga? kekeke...


Dunia Sebenar Disebalik Bergambar Bersama Keluarga
Jangan ambil gambar saya.

Bila tengok gambar orang lain bukan main cantik lagi kan? So kita bersama suami dan anak2 nak lah juga bergambar bersama. Kadang tu bila mak ayah dah ok..anak2 pula tak ok. Bila anak2 ok..mak ayah pulak gambar tak berapa nak cun dan hensem..ahaks!

So banyak kali jugalah tangkap untuk dapatkan hasil yang mantop ala2 gambar model gitu. Tapi disebalik gambar yang cantik tu..cabarannya bukan main hebat lagi. Kalau anak sorang, kita melayan sorang anak tu jelah..kalau dah 2..3..4 orang. Rasa2nye?? hahaaaa....sape yang ada anak lebih dari sorang je faham kan? Saya yang baru 2 ni pun, kekeke...nak tangkap gambor pun dah macam berperang.

Bukan apa, kadang anak ni penat..so diorg malaslah nak layan mak ayah yang nak bergambar ni. Kalau yang kecil tu biasalah, habis2 pun menangis je. Yang besar lagi hebat cabarannya. Siap tak mo pandang camera atau buat muka bikin hati mak panas..hahahaha..alahai anak2 bijak ni.

Tengoklah dunia sebenar disebalik bergambar bersama keluarga seperti gambar dibawah ni ;)

Dunia Sebenar Disebalik Bergambar Bersama Keluarga
 Qaireen tak nak tangkap gambar..tak nak..tak nak..tak nak........
(Muka mak ayah dah menten lawa sambil menahan kesabaran)


Dunia Sebenar Disebalik Bergambar Bersama Keluarga
Qaireen tak nak kawan baba, mama dengan Hasya!
(mak cuba pujuk tapi anak tak makan saman)

Haaaa tu dia..lakonan anak bijak ku. Lepas je habis bergambar..terus mood ok. Allahuakbar sabor jelah..hehee. Budak2 yang umur sebaya dengan Qaireen ni tengah fasa Tantrum. So kami layankan ajer, cara terbaik kami lebih banyak mendiamkan diri. Kalau dilayan lagi hebat aktifnya..hahaha.

Dunia Sebenar Disebalik Bergambar Bersama Keluarga

Kan best kalau dapat bergambar bersama keluar macam ni. Actually gambar ni pun entah gambar yang ke berapa pun tak tahu lah :P


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng

Friday, October 17, 2014

Bila Anak Demam dan Bapa Demam, Ibu Pula?

Ibu dan bapa mana yang tak risau kalau anak demam betul tak? Ok kisah seharian hari ni..tapi bermula dari semalam 15hb Oktober (sekarang dah 2am 17hb). Lepas ambil Qaireen dari school, saya bawa anak2 pergi ke JJ. Nak beli barang sikit..barang - barang dekat rumah banyak dah habis. So dah alang2 keluar, kami pun pergilah lunch. Masa lunch tu Qaireen memang tak aktif macam biasa. Dia kata penat, so saya suruh dia tidur jelah dekat stroller (tak larat woooo nak dukung dia)



Nak dipendekkan cerita, rupa2nya Qaireen demam. Sampai je dekat rumah check suhu badan dah 39.5. Qaireen ni kalau demam mmg selalu tinggi. Mungkin bakteria yang menyerang dia jenis super dooper kuat kot. So antibodi pun kenalah naikkan suhu sampai macam tu punye tinggi..sebab nak lawan kan? Sebab dah tinggi sangat saya pun bagilah ubat demam. Sebelum makan ubat demam bagi dia fresh milk + Mealshake Shaklee (boleh klik disini) Pastu dia pun tidur sampai ke petang.

Bila baba Qaireen balik, check suhu makin naik pula..dah sampai 40.1....apa lagi..melompatah kami. Tepaksa juga ambil ubat ponggong tu. Pastu terus mandikan dia dan basahkan kepala dia dengan ais. Alhamdulillah pelan2 suhu turun..sehingga 38.8..

Yang bestnye..malam tu saya punyelah sakit kepala. So baba Qaireen yang jaga anak2. Sampailah dia pun terkena tempias anak. Subuh tadi 16hb Oktober..tiba2 pula Qaireen cirit. (cirit pulakkkk kann?) Seharian dalam 4x juga.

Qaireen tak bagi mama ambil gambar dia, dia tak nak makan Vitamin C doktor bagi..
katenye tak sedap..Chew Vitamin C Shaklee nak pulak makan..sekali 2 biji masuk dalam mulut.

Petang lepas baba Qaireen balik kerja, kami pun siap2lah untuk ke klinik. Tapi dsebabkan baba demam,  kami pun keluar rumah lepas Maghrib. Baba Qaireen tak larat sangat nak drive. Sian baba. Tapi baba Qaireen ni "degil" suruh makan ubat tak nak..last2 dia ambil 1 sachet Nutriferon (klik disini) dengan 2 biji Garlic (klik disini). Oklah, dah jual Shaklee mestilah ambil Shaklee kan?? ;)

Sekarang ni dekat rumah..Hasya Alhmadulillah sihat..mama Qaireen pula dah mula rasa macam ting tonggggg..hahahaha...macam ni lah kalau anak demam, nak pula sekarang ni Qaireen siap sakit perut dengan cirit lagi. Biasanya Mama dengan baba mesti akan demam sekali. Tapi selalunye jadi orang yang terakhir dekat dalam rumah lah..hehee. Tapi kalau boleh tak nak lah demam sekali. Segala suplemen saya dah ambil. Orang cakap mencegah lebih baik daripada mengubati. Tapi kalau dah sakit..kenalah ambil ubat..nanti lain pula jadinya.

Tapi dalam dok ting tong ni..masih sempat update blog, kekekeke..actually tengah tunggu kul 2.30am ni. Nak bagi Qaireen makan ubat. So dari tak buat apa, baik update.

Esok pagi nak bagi Qaireen minum Nutriferon. Nasib dia suka dengan Nutriferon ni. Ubat teh katenye...hehee.

Harap2 mereka berdua cepat sembuh, hari Sabtu ada kenduri akad nikah di Kedah..alahaiiii....susah hati tau..hukhuk..

Klah..itu saje coretan subuh ni..bila anak demam dan bapa demam.

Bai....  ^_^


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng

Friday, December 16, 2011

ANAKKU DAH PANDAI BERGAMBAR

Senjak dah besar ni, Cik Qaireen kita bukan main lagi..pantang tgk mama pegang camera! Mula lah dia excited tak tentu pasal. nyampah i..hahahhaha...




Buah hati mama yang dah macam2 akalnye..



Friday, November 18, 2011

MENDIDIK ANAK SOLAT


Senjak mama terbaca "bagaimana Wardina mendidik anak solat 5 waktu" mama rasa excited sangat! Kalau boleh mama pun nak Qaireen macam tu juga, InsyaAllah! Mama percaya semua ibu mahukan yang terbaik untuk mereka..betul tak?

Mama tak sangka..rupa2nya setiap hari disebalik pemerhatian Qaireen (Qaireen mmg suka mengacau semasa mama tengah solat) Rupa2nya....

Minggu lepas mama "cuti" so waktu malam relax jelah kan..tiba2 Qaireen tunjuk sejadah dan cakap "olat" terkejut mama! Ya Allah masa tu macam2 perasaan yang wujud..happy, terharu, nak nangis ( mama mmg kuat nangis..kekeke) semua ada. Tak sangka dia suruh mama solat, sebab dia tgk mama relax je kot..hahahaha...

Mama ajar dia pakai tudung bila solat..tapi dia tak nak. Tak pelah, dia pun kecil lagi. Kalau paksa nanti dia terus tak nak..lagi susah kan?

Qaireen tgh sujud..bukan main kusyuk lagi..mulut siap buat2 baca doa..heheee

Jom mama nak konsikan bersama Tips Mendidik Anak Solat, mama dapat dari Didik Solat

Tips Solat:

1. Fokuskan minda anak pada ibadat sembahyang sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu dia baik-baik yang solat tu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti. 

2.Jangan paksa dia, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa & mindanya

3.Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk dia fasih membaca bacaan sembahyang spt niat, tahiyyat, iktidal, ruku' dsbnya. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdal.

4.Ajar dan perhatikan dia ambil wudhu'...begitu juga lafaz niat.

5. Beritahu dia Nabi suruh anak-anak berlatih sembahyang dari umur 7 tahun, dan pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar utk mengajar) kalau ingkar dan malas.

6.Belikan dia telekung /songkok yang dia suka.

7.Pada awal latihan solat, biar dia baca kuat-kuat..kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya waktu itu. Perhatikan pergerakan tubuh dia, ajar cara duduk,qiam, takbir, ruku', sujud dan sbgnya.

8. Jangan limitkan tempat utk dia berlatih memperbaiki bacaan solatnya...pada bila2 masa saja, uji kefasihan dia...sambil aku masak, sambil sikat rambut dia, sambil jalan-jalan dlm kereta suruh dia baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyyat dsbnya.

9.Dorong dia dgn pujian kalau dia semakin fasih membaca dan semakin rajin solat. Beritahu Allah sayang dan mak ayah pun sayang sangat2.

10. Ajak dia dan adik beradiknya solat jamaah sama-sama kalau ada kelapangan masa di rumah.

11. Bersabar lihat karenah dia masa peringkat awal mengajar sembahyang...kadang2 tu kita tengah solat pun tak khusyuk sbb dia baca sekuat hati, nak tergelak pun ada kadang tu.

12. Doa pada Allah agar dia tiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak kita.

13. Atur jadual harian dia, ada waktu tengok TV, main, belajar dan solat...pastikan dia tak buat mcm2 alasan...budak-budak biasa arr kadang tu dia cakap sakit kakilah, sakit perutlah...

14.Beritahu dia sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar...so, jgn menipu dalam solat walaupun ibu bapa tak nampak ketika tu.

15. 2-3 bulan selepas dia semakin mahir membaca bacaan solat, ajar dia untuk baca pelan-pelan seperti 
orang dewasa. Awasi selalu ketika dia solat sbb budak-budak ni cepat lupa...kadang tu solat maghrib pun 2 rakaat jer, tahiyyat awal rakaat ketiga pun ada...biasalah tu.

16.Mula bawa bersama telekung dia kalau ke mana2 mcm kita juga, so kalau jalan jauh, ajak dia solat sekali kat R& R atau masjid/surau.

17.Jangan paksa dia cepat pandai dalam sekelip mata...kena sabar banyak2...Nabi beri tempoh yang cukup dr umur 7 thn ke 10 tahun untuk mahir.....so, 3-4 tahun tu cukup untuk pengisian latihan dan didikan yang berpanjangan..."Practice Makes Perfect".

18. Ibu bapa adalah contoh terbaik anak-anak...jgn suruh dia solat, tapi kita leka tengok TV atau main komputer.


Qaireen pun ada sejadah sendiri ^_^
Ya Allah pada mu aku memohon semoga anak ku menjadi seorang yg beriman dan menjadi anak yang soleh.


Wednesday, November 2, 2011

QAIREEN DAH MULA PANDAI CAKAP

Dah lama mama tak bercelotak pasal Qaireen di blog..tp kalau dekat FB selalu lah..heheee.
Bulan ni 19hb Qaireen 1tahun 6bulan..penin juga melayang kerenah dia. Dah pandai cakap sikit2. 
Yang paling geram sekali asyik nak naik motor je..suka sangat naik motor.


Selepas lahir 19hb Mei 2010


Beberapa Bahasa Qaireen : (dia suka sebut pangjang2 perkataan belakang tu..hehee)


Kenderaan
Car : kaa
Bus : bash
Motor : otoo
Lorry : loyii


Bahasa di rumah
Tak nak : nanak
Sedap : dap
Air : aaayi
Susu : tutu
Tutup : tup
Duduk : dok


Haiwan
Dog : dog
Cat : meow
Fish : ishhh
Bird : bird


Family
Baba : babaa
Mama : mamaa
Ibu Cha : chaa
Opah : paah
Atuk : tok


Gosok gigi : eeee (dengan isyarat tunjuk gigi)
Bila nampak benda kotor / poo poo : eee yek yek


Hehee..macam2 akalnye sekarang ni.


Sekarang.

Tengoklah tu..bersama best friend dia Barney & Angry Birds. 


Wednesday, March 2, 2011

ANAK BAPAK


Hampir setiap malam mama akan masak untuk baba. So bila mama masak di dapur..Baba lah yang akan melayan Qaireen.


Qairenn tak pakai baju sbb asyik berpeluh je....


Disebabkan Qaireen sekarang terlalu aktif (syukur pada mu ya Allah) 
Kadang2 dah tak larat nak kejar dia. Akhirnya baba main gitar dengan dia. (dekat bilik uncle Ayum)

Qaireen pun sibuk nak main gitar juga..sabo ajelah.... ^_^




Wednesday, December 29, 2010

KUASA SUSUIBU & VITAMIN C

Beberapa hari lepas Qaireen demam, 1st time demam tau! mama mmg gelabah

Mama nak story sikit..cuba tengok date & time dekat gambar.

26bh Dis 2010 :
Mama ada kenduri kawin hari Ahad 26hb lepas. Dalam pukul 10.30am mama nak mandikan Qaireen tiba2 mama rasa badan Qaireen panas. Kebiasaannye tiada apa2, coz badan Qaireen mmg selalu panas. Tapi hari tu mama rasa tak sedap hati. 

Nak dekat pukul 11am, mama periksa suhu Qaireen. Sekali naik 37.7..alamak....Qaireen demam!! Daripada nak mandikan dia..terus tak jadi mandi. Mama terus suruh baba beli cool fever untuk Qaireen..Cancel pergi kenduri.

Lepas tu mama rasa, makin lama..makin panas badan Qaireen ni. So kami pun pergilah klinik. Bila doc cek temperature..dah naik sampai 39!!Ya Allah risaunye mama!! Doc terus bagi ubat dekat buntot dia. Nasib dia tak nangis..Qaireen budak kuat! ^_^

Tetap ceria walaupun demam

Nak di ringkaskan cerita..kawan baru mama Azrin (ceh!kawan baruhttp://arissazoela.blogspot.com/ (mama tak pandai nak link kan terus ke blog Azrin) bagi tahu..ambil Vitamin C Shaklee 2biji.  So mama pun ambillah 2biji dan bf Qaireen sekerap yang mungkin..2 jam sekali mama bf Qaireen.

27hb Dis 2010 :
Alhamdulillah dengan izin dr Allah suhu Qaireen turun sehingga 36.5..sangat2 mengakjubkan! Doc suruh mama bagi Qaireen banyak air masak. Tapi setitik air masak pun mama tak bagi. (mama lupa nak bagi air masak sebenarnya). Hanya susuibu sahaja yg mama bagi. Betapa hebat ciptaanNya!


28hb Dis 2010 :
Qaireen dah sihat..cuma dia masih tak selesa dan nak bermanja dengan mama je..Tak pelah, janji Qaireen sihat, aktif & ceria seperti biasa.

Thursday, December 16, 2010

CUAI..CARELESS..CUAI..CARELESS..


CUAI..CARELESS..perkataan yang boleh diberikan untuk mama.

Semalam mama banyak kerja, so nak dekat pukul 7 ptg baru mama ambik Qaireen. Macam biasa setiap hari mama akan letak Qaireen dekat car seat, lepas tu bila tutup pintu kereta mama akan kunci secara manual (tekan guna tangan..kebetulan pintu belah kiri kereta mama mmg dah rosak). Entah mcmn semalam..lepas mama kunci kereta, baru mama perasan kunci kereta ada dekat atas dashboard kereta.

Apa lagi menggelabahlah mama. Nak nangis rasanya, kesian tengok Qaireen sorang2 dlm kereta. Nasib kejadian berlaku dekat rumah pengasuh Qaireen. Qaireen pulak dalam kereta asyik ketawa - ketawa, ialah dia bukan tau apa pun yang berlaku. Mama, "mak", "abang" dan jiran - jiran "mak" cuba bermain dengan dia. Sampai berpeluh - peluh dia duduk dalam kereta.

Nasib "abah" Qaireen dan jiran - jiran ada tolong bukakan pintu. Hampir 15 minit jugalah mereka "bertarung"..masa tu mama dah rasa macam nak pecahkan tingkap kereta je.

Alhamdulilah..Qaireen selamat..maafkan mama ye sayang..mama tak sengaja (T_T)

Wednesday, December 8, 2010

MERANGKAK

Rasa macam sekejap je anak mama dah besar. 

Sekarang ni Qaireen dah mula nak belajar merangkak. 



Alhamdulillah Qaireen seorang baby yang sihat dan aktif. 

Harapan mama Qaireen akan menjadi anak yang soleh bila dah besar nanti ye. Lagi satu harapan mama, agar Qaireen berjaya di dunia dan di akhirat.


Jangan lupa beriman kepada Allah serta hormati mama&baba..sayang anak mama  ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...