MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label KENCING MANIS. Show all posts
Showing posts with label KENCING MANIS. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014

Kepentingan Kalsium dan Magnesium

kalsium magnesium


Sangat sedikit masyarakat yang sedar, tahu, dan memperhatikan peranan magnesium dalam metabolisme tubuh manusia. Magnesium telah diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh dapat berfungsi dengan baik.

Peranan magnesium sangat penting. Namun ironisnya, peranan magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5-Cent Miracle Tablet”. Mengapa jadi begitu? Kerana kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dengan jangka waktu yang singkat.

Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa kesan penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause. Selain itu, bila keperluan megnesium tidak dipenuhi, akan terjadi denyutan jantung yang tidak normal. Dari data mangsa serangan jantung mendadak yang dilaporkan oleh majalah Science tahun 1980, diketahui bahawa hanya magnesium yang ditemukan dalam jumlah sangat kurang dalam serum darah pada otot-otot jantung, dari jumlah yang seharusnya.

KEPENTINGAN KALSIUM DAN MAGNESIUM
Kalsium dan magnesium akan saling membantu dalam penyerapannya bila terdapat dalam jumlah yang cukup dan seimbang. Ditinjau dari lingkungan fungsi dan prosesnya, kedua mineral tersebut bekerja secara berlawanan (antagonistik). Magnesium terdapat di dalam sel (intraselular), sedangkan kalsium banyak terdapat di luar sel (ekstraselular). Fungsi magnesium dalam metabolisme sel ialah meningkatkan tenaga dalam tubuh.

Angka kalsium yang diperlukan oleh tubuh adalah sebanyak 800mg setiap hari, manakala magnesium pula antara 400-450mg setiap hari. Keperluan magnesium harian bagi wanita hamil disarankan supaya ditambah, begitu pula wanita yang telah mengalami menopause serta tubuh yang sedang mengalami stress.

PENYAKIT DEGENERATIF AKIBAT KEKURANGAN MAGNESIUM
Dianggarkan, 200 juta wanita di dunia mengalami kehamilan setiap tahun. Setiap minit, seorang dari wanita tersebut mengalami eclampsia atau meninggal dunia ketika melahirkan.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh WHO, UNICEF, dan WORLD BANK, hampir dipastikan para ibu yang meninggal ketika melahirkan tersebut mengalami kekurangan magnesium dalam tubuhnya.

Pada 1hb September 1999, kongres tahunan ke-21 persatuan ahli jantung se-Eropah juga menyimpulkan bahawa penyakit pre-eclampsia dan eclampsia yang menyebabkan kematian selama kehamilan di Britain, Amerika dan Eropa Utara disebabkan oleh makanan harian yang kaya kalsium namun kurang magnesium. Akibatnya, komposisi jumlahnya tidak memenuhi kalsium dan magnesium yang disarankan, iaitu 2:1.

Selain gangguan pada ibu melahirkan, kekurangan magnesium juga dapat menyebabkan gangguan pada fungsi pusat saraf yang akan memunculkan beberapa penyakit. Pelbagai penyakit atau permasalahan kesihatan yang dapat dibantu dengan pemberian suplementasi magnesium adalah sebagai berikut.

PENYAKIT JANTUNG
sakit jantung

Magnesium merupakan salah satu nutrien paling penting untuk kesihatan jantung. Tugas utama magnesium adalah membantu otot jantung untuk relaksasi. Fungsi ini berlawanan dengan fungsi mineral kalsium yang membuat jantung berkontraksi. Kerja duet dari magnesium dan kalsium inilah yang berguna untuk mempertahankan irama jantung tetap normal dengan relaksasi dan kontraksi otot jantung.

Selain itu, magnesium juga memiliki fungsi sebagai penghalang kalsium yang berlebihan di dalam tubuh sehingga dapat mencegah kalsium yang tidak diserap tubuh agar tidak menggumpal dan menyumbat arteri sehingga meningkatkan risiko serangan jantung. Magnesium juga diperlukan untuk metabolisme kalsium yang sesuai. Kekurangan magnesium menyebabkan terjadinya perubahan metabolisme yang berperanan terhadap serangan jantung.

Magnesium dapat digunakan sebagai suplemen untuk membantu mengubati penyakit jantung koronari kerana memiliki kesan membantu dalam melebarkan arteri koronari, memperbaiki aliran darah ke jantung, meningkatkan kolesterol baik (HDL), mencegah penggumpalan trombosit, mengatur kontraksi dan relaksasi otot jantung serta menstabilkan irama jantung.

TEKANAN DARAH TINGGI
tekanan darah tinggi

Kelompok DASH (The Dietary Approaches to Stop Hypertension) telah melakukan pelbagai kajian yang menyimpulkan bahawa mengamalkan magnesium dalam jumlah tinggi dapat menurunkan tekanan darah.

Penyakit darah tinggi ini berhubungan langsung dengan kandungan kalsium dan magnesium. Peningkatan kalsium dan penurunan magnesium berperanan dalam menyebabkan penyakit hipertensi (darah tinggi

DIABETES
diabetes

Penderita diabetes harus mempertahankan batas magnesium yang cukup dalam darahnya kerana mineral magnesium berpengaruh terhadap kemampuan metabolisme karbohidrat. Mineral ini juga berpengaruh terhadap pelepasan dan aktiviti insulin yang berfungsi sebagai pengawal kadar gula dalam darah.

DENYUTAN JANTUNG TIDAK NORMAL
denyutan jantung tidak normal

Kira-kira 1 % manusia di bawah usia 60 tahun dan 5— 10% di atas 65 tahun memiliki denyutan jantung lebih dari 100 kali perminit (normalnya 60—100 kali perminit). Magnesium yang bekerja sama dengan kalium akan membantu mengawal kecepatan dan ketidakteraturan denyutan jantung tersebut.

ASMA
asma

Serangan penyakit dapat dikenal pasti dengan serangan sesak napas berulang kali disertai dengan nafas yang berbunyi kerana kejang otot di bahagian tekak.

Beberapa kajian menunjukkan hubungan antara asma dengan defisiensi magnesium. Banyak penelitian yang menunjukkan bahawa ubat yang digunakan untuk terapi asma telah menyebabkan kehilangan magnesium. Pemberian suplemen magnesium terbukti dapat memperbaiki saluran pernafasan.

EPILEPSI
epilepsi

Penyakit ini terjadi kerana adanya gangguan sistem saraf pusat yang terjadi kerana letusan pelepasan muatan litrik sel saraf secara berulang dengan gejala penurunan kesedaran, gangguan motor saraf dan mental disertai atau tanpa kejang-kejang. Sebuah kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pada kondisi ayan, ada defisiensi magnesium di dalam darah pasien. Pemberian suplementasi magnesium dosis tinggi (450 mg) dapat mengatasi ayan dalam waktu singkat.

AUSTISME
autisme

Gangguan ini ditunjukkan dengan fikiran dan perilaku seseorang yang cenderung ke arah diri sendiri dan tidak dapat diperbaiki melalui bantuan orang lain. Ujian klinikal yang dilakukan di Amerika Syarikat dan Kanada menunjukkan bahawa penyakit autisme dapat diperbaiki dengan terapi pemberian vitamin B6 dengan dos tinggi (300—500 mg setiap hari). Tetapi terapi ini menimbulkan defisensi nutrien lain yang mengakibatkan pesakit mengalami lemah deria rasa dan gatal-gatal. Pemberian suplemen magnesium terbukti dapat menghilangkan kesan samping tersebut.

HIPERAKTIF
hiperaktif

Dalam istilah kedoktoran, ianya disebut Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD) yang banyak terjadi pada kanak-kanak. Dalam satu kajian, didapati bahawa kanak-kanak yang menderita ADHD mengalami kekurangan banyak mineral, paling dan magnesium. Khasiat magnesium secara signifikan dapat menurunkan gejala-gejala hiperaktivi kepada kanak-kanak.

SENGGUGUT
senggugut

Sindrom ini disebabkan kerana adanya kekurangan magnesium yang dtunjukkan dengan gejala-gejala seperti pening, lenguh sendi, sembelit, jerawat, insomnia dan stress. Dengan mengamalkan magnesium, ia dapat membantu melegakan kontraksi otot sehingga dapat meringankan atau menghilangkan gejala-gejala senggugut.

OSTEOPOROSIS
osteoporosis

Penyakit ini ditunjukkan dengan kereputan tulang kerana kehilangan mineral. Biasanya osteoporosis sering terjadi kepada wanita yang usia lanjut. Kekurangan magnesium pula akan menyebabkan osteoporosis. Mengamalkan magnesium telah terbukti dapat mencegah dan mengubati penyakit osteoporosis. Dalam hal ini, fungsi magnesium adalah membantu tubuh dalam metabolisme kalsium. Kajian klinikal yang dilakukan terhadap sebahagian wanita menopause selama 2 tahun menunjukkan bahawa pemberian magnesium dapat mencegah terjadinya retak tulang dan secara signifikan dapat menguatkan struktur tulang.

INSOMNIA
insomnia

Insomnia atau sukar tidur disebabkan ketegangan sistem saraf dan terganggunya sistem transmisi saraf yang membantu untuk mengawal tidur. Magnesium dan kalsium adalah mineral yang digunakan dalam pergerakan setiap otot, sehingga pengamalnya dapat mengendurkan otot saraf dan menstabilkan kimia otak yang berkaitan dengan tidur sehingga dapat membantu penderita insomnia untuk mudah tidur.

SAKIT SENDI
skit sendi lutut pinggang

Sakit sendi ini disebabkan kekurangan magnesium. Tidak seimbangnya fungsi kalsium dan magnesium dalam kontraksi dan relaksasi otot sehingga mengakibatkan timbulnya sakit sendi. Mengamalkan magnesium dapat mengimbangi ketidakseimbangan otot sekaligus dapat menghilangkan sakit sendi.

STRESS
stress

Stress merupakan emosi perasaan yang tidak keruan sehingga menyebabkan putus asa yang berpanjangan. Punca stress banyak, antaranya misalnya kekejangan otot, ketidakseimbangan hormon dan kelainan biokimia. Stress umumnya mengalami kekurangan magnesium sehingga mengamalkan magnesium dapat membantu mengurangkan atau menghilangkan stress.

MAKANAN YANG KAYA DENGAN KALSIUM
makanan magnesium

Hampir seluruh keperluan magnesium kita berasal dari tumbuh-tumbuhan. Magnesium yang diperolehi daripada klorofil sangat penting bagi tanaman dalam melakukan fotosintesis. Oleh sebab itu, sayuran berdaun hijau gelap merupakan sumber magnesium yang terbaik. Hampir semua jenis kekacang, biji-bijian dan kacang panjang merupakan sumber magnesium yang tinggi. Kacang soya, kacang almond, kacang Brazil dan buah keras adalah contoh makanan lain yang mengandung magnesium.

Garam laut asli yang diproses secara tradisional dan garam bukit juga mengandungi magnesium yang tinggi. Garam laut asli juga mengandungi 84 unsur mineral termasuk magnesium.

Kalsium Yang Lengkap Dengan Magnesium 
OsteMatrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Untuk mengetahui lembih lanjut berkenaan dengan OsteMatrix Shaklee, boleh KLIK DISINI



Hubungi saya :
Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552
Kawasan COD Shaklee Ipoh : KFC Medan Gopeng.

Tuesday, May 17, 2011

DIABETES ATAU KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG

credit to Hayati Hanapi
Apakah Diabetes Melitus?
Diabetes Melitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus

Apakah yang dimaksudkan Diabetes Melitus semasa kehamilan?
Diabetes Melitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita.

Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain?
Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan kepada 2 jenis iaitu:-
  1. Jenis 1 (Diabetes Melitus bersandarkan insulin, IDDM)-Sebanyak 10% pesakit 
  2. iabetes menghidap Diabetes jenis IDDM. Bagi kes IDDM, insulin yang dihasilkan oleh sel b-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung
  3. Jenis 2 (Diabetes Melitus tidak bersandarkan insulin, NIDDM)-Manakala bagi NIDDM, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit NIDDM biasanyagemuk.
Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan "human placental lactogen" akan menyekat pengeluaran insulin. 

Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Ia berlaku sebanyak 3-12% daripada semua kehamilan. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.

Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:
  • Sejarah keluarga menghidapi diabetes.
  • Wanita berumur (>35 tahun).
  • Wanita gemuk dengan indeks jisim badan >30.
  • Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios)(←faktor ini yg saya alami semasa mengandung anak ke-2), keguguran.
  • Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar sebelumnya, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat.
  • Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada Kulit.

Bagaimana penyakit ini dikesan?
Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko. Sesetengah pusat rawatan menyediakan ujian saringan antara 24-28 minggu kehamilan.

Namun dicadangkan anda menjalani ujian saringan glukosa (ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai, MOGTT) jika terdapat faktor risiko.Dalam perkataan lain, ujian saringan glukosa juga dikenali sebagai ujian minum air gulaSaya pernah terpaksa lalui saat 'manis'  minum segelas air gula yang sangat 'sedap'. Cukuplah sekali seumur hidup. (^-^)v 

Bagaimana diabetes memberi kesan ke atas kehamilan?
- Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri anda sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah.

- Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi uri. Janin akan bertindak balas dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan bayi akan menjadi terlalu besar (makrosomia). Bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika proses kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean. 

- Sebagai tambahan kepada makrosomia, GDM akan meningkatkan risiko hipoglisemia (paras gula yang rendah di dalam darah) semasa bayi baru dilahirkan. Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah.

- Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis, ketidakimbangan bahan kimia di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah,masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi. Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Semasa dewasa, mereka juga akan cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 (diabetes yang tidak bersandarkan insulin).

Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz janin dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan janin. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, Diabetik Ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar. 
Adakah GDM menjejaskan proses pelahiran dan kelahiran?
GDM itu sendiri bukanlah merupakan penunjuk bagi pembedahan Caesarean. Namun jika bayi terlalu besar untuk menjalani kelahiran normal melalui faraj, atau jika bayi dalam tidak dapat dilahirkan secara normal, maka kelahiran secara Caesarean sangat diperlukan. Jika bayi sangat besar, ia kemungkinan akan mengalami trauma semasa kelahiran, terutamanya kecederaan tulang dan saraf di sekitar bahu.



Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan, anda akan diberi suntikan insulin pada waktu pagi semasa pelahiran bermula atau diberi melalui intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi dilahirkan paras gula di dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan lagi.

Bagaimana rawatan terhadap GDM?
  1. Kawal paras glukosa di dalam darah dengan pengubahsuaian diet.
  2. Senaman sederhana secara tekal juga berguna untuk memperbaiki tolerans glukosa.
  3. Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, terapi insulin diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan.
Jika anda memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, anda perlu berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat.



Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:
  • Elakkan gula dan makanan yang tinggi kandungan gulanya (kek, aiskrim, minuman ringan, buah-buahan di dalam tin, jem, coklat dan lain-lain).
  • Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji).
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
  • Elakkan makanan yang bergoreng.
Source : Info Sihat

_________________________________________________________

Bagi anda yang mengidap GDM atau Diabetes semasa kehamilan, berita baik untuk anda!!
Sebagai permulaan, saya mencadangkan at least Shaklee Fiber Plan Unflavored dan B-Complex untuk anda.
Fiber
Tambah kandungan serat di dalam badan, elak sembelit, serap kolesterol, lebihan gula (buat pesakit diabetes) dan asid urik (bagi pesakit gout).

Info tambahan : Adalah lebih baik untuk ambil Fiber Plan Unflavored berbanding Fiber Plan Tablets, kerana yang serbuk lebih mudah diserap ke dalam badan.

→ Bancuh 1/2 sudu teh dengan sejug air atau jus kegemaran sekali sehari.
B-Complex
Tukar makanan kepada tenaga. Kandungan Biotin nya akan metabolisme kan lemak di dalam badan! Sebenarnya, B-Kompleks sangat-sangat membantu dalam Weight Reduction, kalau betul caranya. Ini kerana, B-Kompleks akan membakar makanan untuk keperluan badan. Negatifnya, anda akan berasa cepat lapar! Jadi, waktu nie perlu berhati-hati lah, jika tak kawal nafsu lapar sebaik-baiknya, anada akan mudah terjurus untuk makan lebih banyak, di mana menyebabkan berat badan anda naik. Saya cadangkan anda makan healthy snack seperti buah-buahan & kekacang apabila sentiasa rasa lapar tue.
→ Di ambil sebiji sehari selepas makan.


Anda boleh dapatkan Fiber Plain Unflavoured (300gm) dengan harga RM135(JIMAT RM33!!) dan B-Complex (120 tablet) dengan harga RM43 (JIMAT RM10!!). Plus RM10 flat rate shipping ke seluruh semenanjung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...