MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label KECANTIKAN. Show all posts
Showing posts with label KECANTIKAN. Show all posts

Saturday, September 6, 2014

GLA Shaklee Boleh Menyebabkan Rahim Bengkak?

Beberapa hari ni saya dikejutkan dengan satu berita berkenaan dengan Rahim Bengkak. Seorang guru telah membuat pendedahan di laman sosial facebooknya berkenaan dengan rahim bengkak akibat daripada pengambilan GLA Shaklee.
Saya bersimpati dengan apa yang telah menimpa guru terbabit. Mengikut pembacaan saya, guru tersebut baru sahaja mengambil GLA Shaklee selama 2 bulan. Persoalannya, adakah dengan pengamilan GLA Shaklee selama 2 bulan akan menyebabkan rahim beliau bengkak?

Untuk kepastian, saya akan kongsikan apa yang menyebabkan rahim seseorang wanita tersebut menjadi bengkak. Disebabkan saya bukan seorang doktor, maka saya akan kongsikan disini huraikan dan penerangan yang telah dilakukan oleh Dr. Malinda yang saya ambil di Facebook dan Blog beliau.

********************************************

Rahim Bengkak
Rahim Bengkak
Ini adalah gamba rajah struktur rahim seorang wanita. Ini ‘rumah’ kita semua selama 40 minggu. Kalu anda lahir tak cukup bulan, kurang la sikit minggu nya.. hihi :)
Secara anatominya, sistem reproduktif kita terdiri dari :Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
Kilang telur = Ovari.
Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata ‘rahim’.So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak? Ini memudahkan anda untuk mendapatkan konsultansi atau pandangan dari pakar. Lebih baik jika dapat disertakan gambar dari ultrasound yang telah dibuat.
Ok,Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai ‘rahim bengkak’.
Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. 
(Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.
[ gambar yang ketumbuhan yang putih-putih dibawah ini adalah contoh fibroid ]
Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor.
Antara 4 Faktor Utama adalah  :
1. Hormon Estrogen yang berlebihan.- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.
Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.
2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah ‘estrogen sintetik’ yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.
3. Obesiti.
- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil ‘Endocanabinoid system’. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.
Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.
Peningkatan 5kg sahaja dari berat badan ideal juga menyebabkan risiko kematian pramatang meningkat.
4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.
Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?
Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.
Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
- sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal
Perlukah Pembedahan?Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan atau menyebabkan gangguan kepada fungsi sistem lain seperti saluran kencing, sistem usus dan sebagainya. Berbincanglah dengan doktor pakar anda, kemungkinan besar  anda perlu melakukan pembedahan.
Huhu… kalu boleh tak mau la di bedah kan? Sakit tuh…
So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?
Kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah sebenarnya. Ini sangat penting jika anda telah di diagnosis mempunyai  fibroid atau cyst. Antara langkah yang dapat membantu adalah :
1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, karbohidrat ringkas , salt, kafein dan alkohol.
2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan – fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
4. Kawal berat badan
5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif. Minta tolong pada suami untuk berhenti jika dia masih merokok.
6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber xenoestrogen.
 

Ok, selain itu, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?
Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang positif dan ada yang tidak menyokong.
Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.
Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.
(Michael T. et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan’anti-estrogen’ di mana ia membantu mengecutkan fibroid. 
 Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).
Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 – 90mg soy sehari.Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.
Antara Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :
1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen – melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
2. Immune enhancing nutrient – coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
3. Omega 3 (EPA + DHA) – antiinflammasi.
4. Liver enhanced detox supplements – milk thislte, dandelion dan artichoke.
5. Vitamin B – membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
6. Grape seed extract – strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
7. Green tea – powerful antioxidant
GLA boleh ke?- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.
- GLA dari sumber minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO.  Epo juga omega 6 yang bagus tetapi mengandungi kandungan GLA yang lebih rendah. Pastikan anda memperoleh supplements dari sumber yang premium dan natural. 
- Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.
Ramai yang tanya nak guna minyak masak apa yang terbaik?
Ok, frankly, semua minyak masak yang terproses atau ‘refined oil’ adalah tidak baik untuk kesihatan. The best memanglah gunakan cara rebus, steamed atau roasted. Tapi saya faham, sebab kita dah dibesarkan dengan cara orang melayu yang menggoreng, nak cari yang bergoreng juga..huhu
The best memang la olive oil for cooking dan Unrefined coconut oil. Ideally jika dapat menggunakan minyak ini. Minyak ini adalah lebih stabil pada suhu yang tinggi dan seperti biasa, yang baik mmg la agak mahal berbanding minyak biasa.
Untuk itu, anda boleh menggunakan minyak sawit tetapi pastikan hanya digoreng sekali sahaja. Jangan  gunakan berulang-ulang. Minyak yang digoreng berulang-ulang telah bertukar sifat menjadi transfatty acid. Becareful of that.
Ataupun, sekarang ni kan dah ada advances in cooking method, gunakanlah ‘Air Fryer’ – much better, sebab goreng tidak menggunakan minyak.
Carta di bawah ini adalah details explaination tentang jenis-jenis minyak yang sihat. Nampak berserabut sikit, tapi very good explaination.
Ok,
Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua. Feel free utuk kongsikan info ini jika anda rasa ia boleh membantu rakan-rakan dan keluarga tersayang anda.Take care of your health.
‘Kesihatan Adalah Kekayaan’
Wallahualam.
*****************************************************************

Semoga dengan penerangan dari Dr. Marlinda dapat menjawab pelbagai persoalan yang terbuku dihati kita. Tak sangka, rupa -rupanya minyak masak yang kita guna setiap hari tu pun bahaya dan penyumbang terbesar kepada masalah cyst dan fibroid. Maka sama – samalah kita menjaga kesihatan untuk kehidupan yang lebih produktif.
Sekiranya selepas beberapa hari atau dalam masa 1 atau ke 2 minggu setelah mengambil suplemen tiba – tiba anda merasa kelainan dalam badan. Itu adalah proses Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan. Anda boleh baca DISINI untuk lebih maklumat.
10600491_10152468268088710_3286005759185150739_n
Produk shaklee sentiasa selamat dan 100% semulajadi. Malah saya dan keluarga saya telah menggunakan produk shaklee lebih dari 10 tahun. Saya sendiri sudah 4 tahun menggunakan Shaklee. Nenek saya yang berusia lebih 80 tahun juga menggunakkan Shaklee terlebih dahulu sebelum saya menggunakan Shaklee.
Nenek yang berusia punmasih makan produk Shaklee, kenapa pula saya yang masih muda tak makan. Betul tak? ;)
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Shaklee boleh layari blog shaklee saya mamaqaireen.com


Wednesday, March 5, 2014

Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin?

Risau setiap hari ada sahaja rambut yang gugur? Bukan sahaja wanita selepas bersalin, malah gadis - gadis yang belum berkahwin pun ramai yang mengalami MASALAH RAMBUT GUGUR. Mengapa agaknya?


masalah rambut gugur lepas bersalin
Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin



Bagi anda yang baru sahaja lepas bersalin, masalah rambut gugur bukanlah satu benda yang aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. 

Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara Perlu Anda Tahu :

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa yang perlu anda lakukan?



  • Anda tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
  • Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
  • Berjumpa doktor sekiranya maslah rambut gugur semakin serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.


Untuk memudahkan anda, anda juga boleh mengamalkan suplemen daripada shaklee. Sebabnya shaklee juga mempunyai pelbagai vitamil yang lengkap untuk kesihatan anda.

maslaah rambut gugur lepas bersalin
Set Budget Rambut Gugur
Kenapa kena ambil ESP & Zinc (paling min) untuk Masalah Rambut Gugur ni?

ESP [ESP merupakan sumber daripada protein non-GMO (tidak diubah secara genetik) ]
  • Sebahagian besar rambut berasal daripada protein
  • Protein merupakan sumber penting unutk rambut
  • Protein menjadikan rambut anda lebih kuat dan tahan kerosakan
  • Membantu memperbaiki masalah rambut gugur dan beruban
  • Baik untuk menguatkan akar rambut

  • Kekurangan zinc akan menyebabkan folikel rambut menjadi lemah dan pertumbuhan semula rambut yang sangat perlahan
  • Mengekalkan kelenjar yang merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut sekali gus mengurankgan peluang bagi masalah rambut gugur
  • mengaktifkan lebih 200 jenis enzim termasuk untuk pertumbuhan rambut

Sekiranya ada budget lebih, anda boleh juga mengambil :

vitalea shaklee
Vitalea Shaklee
  •  Mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah
  • Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  • Lengkap dengan zat besi (iron) yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

  Revitalizing Shampoo Shaklee
Revitalizing Shampoo

Revitalizing Shampoo
  • Bebas daripada bahan kimia
  • Bebas daripada paraben
  • Bebas daripada SLS

Sekiranya anda mengalami Masalah Rambut Gugur Lepas Besrsalin dan ingin merawat dengan cara Vitamin Semulajadi. Secara jujurnya saya sangat - sangat cadangkan anda mencuba dengan Shaklee. Selain daripada rambut terjaga, malah anda juga akan lebih bertenaga dan dapat menyusukan anak anda dengan gembiranya. ESP sangat bagus untuk ibu menyusu juga tau. Saya sendiri pun mengamalkan ESP setiap hari. ^_^

Boleh baca di sini : Set Penyusuan Shaklee


Berminat? 

Hubungi saya :
Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552
Kawasan COD Shaklee Ipoh : KFC Medan Gopeng.

Thursday, September 13, 2012

Kisah Gastrik Saya Dengan Bakteria Baik Dalam Collagen Powder Shaklee


Ok apa yang ingin saya kongsikan bersama ialah..saya mengalami masalah gastrik dari sekolah rendah lagi. So setiap tahun mmg susah sangat nak puasa penuh. Start puasa tahun lepas saya mula ambik ESP secara istiqamah, oklah ada nampak perubahan sikit. Saya dapat berpuasa selama 1 minggu tanpa ada apa2 sakit. Mula dari tahun ni pula, saya secara istiqamah mengambil  Mighty 3 Gems (ESP + Mealshake + PD) dan juga Collagen Powder sewaktu sahur dan berbuka. Alhamdulillah..saya dapat berpuasa selama 10hari tanpa sakit perut! Dan paling mengejutkan tahun ni saya hanya tinggal puasa selama 10hari sahaja! itu pun sebab period, terkena diarrhea dan terkena satu kali gastrik sebab masa berbuka makan terlalu banyak makanan yang pedas dan berangin..heheee.. (saje cari pasal kan?)
So seminggu sebelum raya, saya mengambil keputusan untuk membuat Endoscopy. Sangat..sangat..sangat mengejutkan!! Selama 20thn saya mengalami gastrik..saya tiada ulser! Alhamdulillah..tetapi malangnye ada bakteria dalam perut. Actually bakteria tu punca ulser. Tapi saya TIADA ulser! Doc pun terkejut tau! Sebab perut ok..Alhamdulillah.So apa yang dapat saya buat rumuskan..keadaan dinding perut saya elok mungkin disebabkan saya sering minum ESP. Bila dinding perut atau sel2 dalam perut di baiki, so ulser tak mungkin akan terjadi. Cumanye..selagi tak hapuskan bakteria tu..selagi tulah dia mengganggu ketenteraman perut ku! huhu…
# ESP kan fungsinya untuk membaiki sel..
Hari ni saya ke klinik tersebut lagi untuk mebuat rawatan susulan dan doc telah memberi saya ubat angin (sebab beberapa hari ni selalu sangat perut berangin, makan tak pantang..semua benda ku bedal) dan Probiotik sahaja.
Bila sampai di rumah, saya pun tengok2 lah apa kandungan yang ada di dalam probiotik ni..rupa2nya ada 6 jenis bakteria baik yang terdapat di dalamnye. Dan paling buat saya terkejut lagi, salah satunya ialah….. Lactobasilus AcidophilusBakteria baik yang juga terdapat di dalam Collagen Powder Shaklee lahhhh!!

Dalam hati terus bekata – kata. ”Patutlah tahun ni aku dapat pose banyak hari”  
Rupanya perut saya “di jaga” oleh bakteria baik ni! Ngam2 pula saya ambik Collagen Powder sahari 2x..so mmg bestlah kan? Niat di hati nak cantik..tapi dengan dalam perut sekali jadi cantik >_<
Berminat? Untuk mengetahui pelbagai produk shaklee, boleh layari Web Shaklee saya di www.mamaqaireen.com
Boleh hubungi saya:
♡ Dilla Jalil / MamaQaireen Shoppe
♡ ID Shaklee : 852451
♡ SMS / Whatsapp : 017-5657552
♡ E-Mail : admin@mamaqaireen.com
♡ Web : www.mamaqaireen.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...