MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label BABY MAKAN. Show all posts
Showing posts with label BABY MAKAN. Show all posts

Friday, May 23, 2014

Resepi Bubur Nasi Bersama Salmon + Brokoli + Carrot

Hari ni 1st time buat bubur nasi Hasya dengan Salmon. Biasanya saya guna ikan merah je. Tak sangka, rupa2nya Salmon jauh lebih sedap daripada Ikan Merah. Lagi pun Salmon ni rasa dia macam lemak2 sikit.

Jom..saya share camne saya masak bubur nasi bersama salmon + brokoli + carrot (tu diaaaa..punyelah panjang nama makanan Hasya ni.. >_<)

Bahan2 :

Resepi Bubur Nasi Bersama Salmon + Brokoli + Carrot
Isi Ikan Salmon, Brokoli & Carrot

Rendam Beras Perang dalam beberapa minit. Lepas tu masak seperti biasa dengan api yang pelan. Tutup periuk untuk mempercepatkan proses melembutkan nasi. Tapi kena tengok2 juga..sebabnya bila dah mendidih, nanti habis buih2 nasi tu terkeluar dari dalam periuk.

Resepi Bubur Nasi Bersama Salmon + Brokoli + Carrot
Beras Perang Yang Direndam (biasanya saya rendam dalam 20 ke 30 minit)

Bila nasi dah mendidih saya masukkan carrot, lepas tu saya tambah lagi sedikit air dan biarkan nasi tersebut mendidih untuk kali yang ke-2. 

Selepas nasi betul2 dah lembut saya masukkan pula salmon dan brokoli..pas tu bolehlah tutup periuk dan pelankan api. Lepas beberapa minit, tutup api dan biar nasi tu kering sendiri. 


Resepi Bubur Nasi Bersama Salmon + Brokoli + Carrot
Ini gambar selepas mendidih kali ke-2


Resepi Bubur Nasi Bersama Salmon + Brokoli + Carrot
Bila dah sejuk sikit, bolehlah blend...dan akhirnya jadilah rupe seperti ini.


Resepi Bubur Nasi Bersama Salmon + Brokoli + Carrot
Dapat 8 bekas, jadilah untuk 4 hari makan.

Senang je kan? So lepas ni ibu2 bolehlah try. Tanpa garam, tanpa pengawet dan tanpa pewarna. InsyaAllah selamat untuk anak kita. ^_^





Saturday, April 12, 2014

Resepi Puri Keledek Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas.



Pejam celik..pejam celik..Hasya dah 7 bulan. Bila dah 7 bulan, maka Hasya pun dah boleh mula dengan solid food.

Tapi untuk anak saya yang no 2 ni, saya mula solid food lambat sikit. Bukan apa..mama malas malas!hahahaha...

Ok..berbalik semua berkenaan dengan solid food. Biasanye mula2 saya akan buat bubur nasi kosong. Nak biasakan dia dengan solid food.


Lepas tu saya buatkan puri keledek purple. Sedap tau keledek ni, susah sangat nak dapat. Kadang tu sampai ke Cameron cari keledek purple.

Masa nak buat puri Hasya ni, berapa banyak gak saya makan, sambil - sambil...hehee.


OK, Resepinye....



1) Buang kulit dan potong kecil - kecil. Lepas tu kukus. 



2) Saya ni malas nak pakai periuk kukus..so saya buat macam tu je. Isi air..lepas tu letak penapis. biar sehingga mendidih. 




3) Lepas dah mendidih biarkan keledek tu dalam 5 minit. bergantung pada kita juga. Besar mana kita potong keledek tu. Sebabnya, keledek tu agak keras juga. Kalau nak tahu dah masak ke belum, ambil garpu pastu cuba cucuk.




4) Akhir sekali kita kisarlah semua keledek tu..kalau rasa blander tu macam malu - malu je nak bergerak, tambah air masak sikit.




5) Dah siap puri keledek..bolehlah letak dalam bekas makanan bayi. Lepas tu letak dalam freezer. boleh tahan untuk 1 minggu, tak lah penat nak masak setiap hari. 

Nak makan, panas kan sahaja. Senang kan? 

Selamat mencuba ^_^

Sunday, June 19, 2011

RESEPI HOMEMADE NUGGET & CHICKEN BALL

Dah lama mama tak kongsi resepikan..hari ni mama nak kongsi resipi buat Nugget dan Chicken Ball pula.

Bahan - bahan:
Isi Ayam
Telur 1 biji
Breadcrumbs
Sedikit Lada Sulah
Sedikit Garam
Sedikit Carrot & Celery / Daun Sup (potong kecil - kecil)

Cara - cara:
1) Kisar isi ayam sehingga betul - betul hancur. Kalau malas..beli je ayam kisar Ramly.
2) Masukkan lada sulah, garam dan sayur.
3) Bentuk ikut kesukaan masing - masing..kalau ada acuan lagi cantik.
4) Celup ke dalam telur, lepas tu salutkan pula dengan breadcrumbs.
5) Goreng dengan api yang sederhana, jangan guna api kuat..nanti hangus dekat luar tapi belah dalam mentah.


Ini dia breadcrumbs, telur dan isi ayam (mama tak letak sayur..sayur dekat rumah dah habis..heheee)


Nugget yang belum di goreng.

Nugget & Chicken Ball yang dah siap di goreng..buat sendiri lebih berkhasiatkan.  ^_^

Thursday, May 12, 2011

BIHUN SINGAPORE UNTUK BABY 1 TAHUN


Bahan - Bahan:
1 biji bawang merah (hiris halus)

1 ulas bawang putih (tumbuk)
2 biji lada hitam (ketuk sikit je, jgn bg hancur sgt..takut pedas)
Sedikit isi ayam
Sedikit brokoli dan carrot

Cara - cara:
1) Tumis bawang dgn 1sudu teh minyak sayur, kalau dpt minyak zaiton lagi bagus..guna pan senang sikit..supaya tak melekat.
2) Lepas tu masukkan isi ayam..biar sampai masak.
3) Last sekali masuk bihun dan sayur.
4) Garam ambil secubit sahaja, lagi pun isi ayam dan lada hitam tu dah jadi perisa kepada bihun tersebut. Kalau nak guna garam, better kita pakai garam bukit.

** kalau untuk kita yang nak makan..boleh letak udang dll..sedap tuuu... ^_^




Gambar Garam Bukit
Mama guna yang warna hijau

Tuesday, April 12, 2011

BOSAN DENGAN BUBUR NASI..CUBA BERI ANAK ANDA OAT.

Senjak Qaireen dah ada banyak gigi ni, dia tak berapa suka makan bubur nasi. So mama mulalah mencari idea untuk pelbagaikan lagi menu Qaireen. Mama try bagi Qaireen oat + ebm. Tak sangka..rupa - rupanya Qaireen suka!!habis licin dia makan, siap marah dekat mama sebab bagi dia sikit sangat..heheeee anak mama kuat makan macam mama juga rupanya..kekeke

Ambil 3 sudu besar oat dan tambah dengan secawan air. Masak sehingga aot tersebut menjadi lembut.


Ini dia oat yang telah di masak.


Mama tambah dengan EBM, disebabkan oat tu panas..so mama tak payahlah nak panaskan EBM lagi. Ambil je terus dari fridge dan tuangkan kedalam mangkuk.

Gaul EBM dengan oat..siap untuk Qaireen makan. Jangan tak percaya, oat ni tak cukup untuk anak mama! So mama terpaksa umpan dia dengan nenen pulak..sebab mama malas nak masak lagi..kekekeke ^_^


Thursday, April 7, 2011

RESEPI MASAK AYAM UNTUK BABY


AYAM + BROKOLI + BAWANG

Cara - cara :
1) Mula - mula tumis bawang (tanpa minyak) kalau nak letak minyak, letak minyak zaiton ye..idak pun letak minyak jagung..sikit je tau.
2) Lepas tu masukkan pula ayam, goreng sehingga garing. 
3) Kemudian masukkan sayur brokoli, gaul seketika. 
4) Siap!!

* kalau nak sedap, boleh campurkan dengan stok ayam




Wednesday, March 16, 2011

SUP BAYAM + AYAM

Pagi tadi mama masak ni utk Qaireen

 Sayur bayam mama potong kecil - kecil + ayam + celery sikit + bawang merah.

Senjak Qaireen dah besar dan banyak gigi ni. Mama senang sikit, tak payah masak bubur nasi. Mama masak lauk je. 


Kalau tak masak lauk nanti "mak" Qaireen bagi makan kari ikan pulak!! ^_^


Sunday, March 13, 2011

MENU QAIREEN HARI INI


Hari ni mama malas nak masak..so mama bagi Qaireen breakfast ini sahaja.

EBM + Roti Gandum


Lunch, makan yang ini pula.

Nasi Putih + Sup Ikan Nyok Nyok.


Bahan2:
Ikan Nyok Nyok
Bawang Merah
Celery
Brokoli
Carrot


Cara2:
Rebus semua bahan sehingga masak.


Sedap, walaupun tanpa garam. Bawang merah & brokoli buat sup ikan jadi manis.


Friday, January 28, 2011

RESEPI BUBUR NASI + KURMA + PISANG + EPAL

1st time mama buat untuk Qaireen. Bubur nasi perisa buah.


Nasi + 2 biji buah kurma + 1 biji pisang emas + 1/2 biji epal merah (dibuang kulit)


Bubur dah siap masak. Manis..sedap..


Tambah air suam sikit.


Dah siap ^_^

Tuesday, January 25, 2011

INTRODUCING SOLIDS TO BREASTFEEDING BABIES



Hari Ahad lepas pada 23hb Jan 2011 mama pergi SGM di Ipoh. Tajuk SGM kali ni ialah  INTRODUCING SOLIDS TO BREASTFEEDING BABIES. Ok mama nak tanya ibu2 semua..

bilakah waktu yg paling sesuai kita boleh bagi baby start makan bubur nasi???

- 4 bulan??
- 6 bulsn??
- 8 bulan??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ok sebenarnya tanda2 baby dah bersedia di beri solids food ialah :

1. Pertama sekali mestilah baby tersebut dah boleh DUDUK...tidak kiralah samada baby itu duduk sendiri atau pun sudah stabil apabila didudukkan. Ini kerana ESOFAGUS berada dekat dengan tulang belakang baby..so kalau baby dah boleh duduk maknanya makanan akan masuk dgn selamat ke dlm perut mereka. Dihasihatkan juga, ibu2 jangan sesekali memberi solids food dgn cara baring (mama juga pernah beri Qaireen secara baring) BAHAYA! Takut tercekik atau orang selalu ckp tersedak susu. Sebab apa baby boleh tersedak susu? Macam kita org dewasa..bila kita memasukkan sesuatu benda atau jolok tekak kita, kita akan rasa nak termuntah kan?? tapi baby tidak..sebab tu mereka boleh tersedak. 

2. Kedua baby dah  boleh MENGGELENGKAN KEPALA. Apabila baby mampu utk menggelengkan kepala maka baby sudah boleh utk mencuba dan menghabiskan saki baki makanan di dalam mulutnye sebelum kita menyuapkan lagi makanan. Malah dengan menggelengkan kepala, mereka akan memberi tanda bahawa mereka tidak mahu makan atau sudah kenyang.

Kesimpulannya selepas umur 6 bulan, susu ibu bukan lagi makanan utama dan baby perlu diperkenalkan dgn mknn pejal (bukan makanan pelengkap) yg bertujuan mengajar baby merasai pelbagai tekstur dan rasa. Namun, kalau baby menolak, just sabar dan jgn memaksa baby utk makan sebab mungkin baby belum betul bersedia. ^_^

Tambahan : 
Kalau boleh jangan lah beri baby kita makanan di dalam botol atau tin ye..sebab makanan tersebut mempunyai bahan pengawet. 
Yang paling penting..beri mereka makanan semulajadi, tanpa bahan perisa. 
Beras perang juga amat bagus untuk baby.


Thx Doc Nadrah Arifin (MBfPC)

Friday, January 7, 2011

RESEPI MASHED POTATO UNTUK BABY

Dah lama mama tak menulis di blog ye..mama sibuk sgt sekarang ni. Tak habis2 dengan kerja. 
Last week masa mama dekat rumah, mama buat mashed potato untuk Qaireen. Ialah asyik bg mkn bubur nasi je. So kali ni mama tukar resepi pulak.

Inilah dia....
-
-
-
yang belum siap..hehe...


Kebetulan setiap minggu mama akan buat stok ayam sendiri. So baki stok ayam tu mama tambah dengan isi ayam sikit, carrot dan kentang.
Rebus sehingga lembut.

Bila dah masak & lembut..mama pun blend seperti biasa.

Siap...Qaireen suka sangat mashed potato ni tau.
Nanti mama buat lagi ye ^_^

Monday, December 13, 2010

BUBUR NASI + IKAN + SAYUR


Mama kena ajar Qaireen makan macam - macam, so kali ni mama nak dia makan ikan pula.


Mama masak nasi + ikan tenggiri + brokoli + carrot + celery.
Nasi mama agak kering seperti orang dewasa yang nak makan..kan??
Mama leka bermain dengan Qaireen..hehehe...

Bila dah masak, mama masukkan ke dalam blender.

Siap di blend


Setelah siap di blend..macam ni lah rupa makanan Qaireen.

Wednesday, December 8, 2010

BUBUR NASI + KURMA

Seperti yang mama semua tahu, buah kurma mmg banyak khasiat untuk kita. So apa kata kita berikan juga kepada baby.

Masak segenggam nasi bersama 3 biji buah kurma yang telah dibuang biji.


Lepas tu kita blend.


Akhir sekali siap untuk dimakan..tp babylah yang makan ye.. ^_^

Friday, November 26, 2010

BUBUR NASI UNTUK BAYI

Mama nak kongsi resepi lagi..mama mmg suka sangat masak untuk baba & Qaireen. Pagi tadi mama buat ni untuk Qaireen


Dalam bekas dadih ni mama bubuh isi ayam (cincang halus) dan daun sup...itu sahaja ^_^
Lepas tu mama masak dengan stok ayam. Barulah sedap!! ish..ish..mama ni mmg perasan tau, suka sangat puji masakan sendiri..kekekeke.....


Ini dia nasi yang sudah di masak..siap untuk di blend


Dah siap..Qaireen dah boleh makan, makan banyak - banyak yang sayang, biar bertambah debab dengan makan yang berkhasiat ^_^

RESEPI STOK AYAM

Bagi ibu - ibu yang bekerja mesti mencari cara mudah untuk menyediakan makanan utk baby 6bln ke atas, betul tak?? So mama nak kongsikan bersama mama punye resepi dengan ibu - ibu semua.

Mula - mula kita buat stok ayam, cara yang sangat mudah dan berkhasiat untuk anak kita. Actually baba yang bagi cadangan dekat mama. Bagus juga baba selalu tgk channel AFC dkt Astro ye, so macam - macam idea baba boleh bagi..tapi mama juga yang kena masak..hehehe. Tak pe, makanan di rumah mmg berkhasiat.


Rebus RANGKA AYAM + BAWANG MERAH + CELERY selama 20 minit..lagi lama lagi bagus. Biar kuah tu pekat.


Ok..bila dah sejuk masukkan air rebuasan tadi ke dalam mana - mana bekas & bekukan. Macam mama, mama masukkan dalam bekas dadih. Senang bila nak masak ambil 1. 

Bila kita pakai stok ayam ni, makanan tersebut akan menjadi lebih sedap. Tak payah letak garam atau gula. Ialah baby mana boleh makan garam lagi..betul tak?? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...