MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label BREASTFEEDING. Show all posts
Showing posts with label BREASTFEEDING. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Kenapa Semua Bayi Dilahirkan Kena Bagi Susuibu?

Tahukah anda kenapa kita sebagai ibu perlu menyusukan bayi kita selepas dilahiran dengan susuibu? Susuibu adalah hadiah yang terbaik untuk bayi anda. Lepas mereka dilahirkan, anda tak perlu untuk belanja banyak wang untuk mendapakan susu. Semuanya telah tersedia..dah ada dekat badan kita.

Ok secara fitrahnya bayi masa dalam perut, mereka akan mendengar  denyutan jantung dari ibu, so mereka akan rasa tenang.  Lepas tu mereka akan rasa nyaman sangat seperti dipeluk dengan penuh kasih sayang. Malah setiap bayi juga diberikan kebolehan membuka mulut dan menghisap jari daripada dalam kandungan lagi.


Lihatlah betapa tenangnya bahagianya mereka berdua

Oleh yang demikian, setelah bayi dilahirkan (sekiranya bayi tersebut sihat dan cukup matang) mereka dah boleh terus menyusu tanpa sebarang masalah. Cuba anda letak bayi tersebut di atas badan anda, selepas bersalin. Secara automatiknya bayi anda dengan sendirinya akan mencari payudaya anda untuk hisap susu. Hebatkan? ;)

Maka disebabkan itulah semua bayi yang telah dilahikan kena beri susuibu. Cuba banyangkan selepas bayi anda dilahirkan, anda biarkan saje bayi anda tanpa dipeluk, tanpa disusu, tanpa didakap, tanpa diusap..kesian bayi anda. Betul tak? Selama 9 bulan mereka "dah terbiasa" dengan keadaan yang nyaman, gelap dan tenang di dalam rahim. Tiba2 bila lahir semuanya berubah. Bising, cerah, sejuk, panas dan macam2 lagi. Maka belailan bayi anda dan susuilah bayi anda.

Cumanya, kadang2 tu bila bayi baru lahir sentiasa menangis, mereka bukannya mahukan minum susu sahaja. Tetapi mereka inginkan belaian dari seorang ibu. Maka, ibu dalam pantang jangan cepat susah hati k. Apa yang penting! Dalam masa 1jam bayi dilahirkan..cepat2 susuikan bayi anda. Beri bayi anda kolstrum (klik sini). Terlalu banyak khasiat di dalam kolostrum susuibu.

Tahukan Anda?
Artifak2 yang dijumpai semasa zaman Babylon menunjukkan, penyusuan ibu dipandang tinggi oleh masyarakat itu. Dewi2 suci digambarkan sedang menyusukan anak menyusukan anak mereka.

Mamalia Dan Penyusuan

Manusia antara mamalia paling primitif semasa dilahirkan. Bayi manusia tidak perlu terus berjalan ataupun menjaga diri sendiri. Mereka juga memerlukan susu tinggi lemak dan protein bagi mengimbangkan suhu badan dan memperkuatkan otot, kerana bayi manusia dijaga dengan baik slepas lahir.

Perkara yang lebih penting adalah pembentukan otak. Dua tahum pertama selepas kelahiran adalah tempoh kritikal bagi perkembangan otak yang optimum. Susu ibu mengandungi asid lemak dan laktosa yang sangat penting demi pertumbuhan otak bayi.

Info Mamalia Dan Penyusuan




Fitrah semua 5000 spesies mamalia menyusukan anaknya sendiri. Contohnya, protein tinggi yang terkandung dalam penting bagi membentuk otot anak lembu yang terus berjalan selepas dilahirkan.



Ikan paus menyusukan anaknya di dasar laut. Kelenjar susunya tersorok di dalam lapisan lemak yang tebal dan kandungan susunya sangat tinggi dengan lemak yang pekat seperti ubat gigi.



Platipus ialah sejenis mamalia yang menyerupai itik dan tidak mempunyai payudara ataupun puting susu. Anak Platipus menyusu dengan menjilat susu daripada kelnjar susu yang terletak di bawah kulit dan bulu ibunya.

Maka dengan ini, anda faham kan..kenapa semua bayi dilahirkan kena bagi susuibu? Sebagai seorang ibu, secara fitrahnya wajiblah kita menyusukan bayi kita selepas dilahirkan dan sekurang2nya 6 bulan pertama selepas itu diteruskan sehingga 2 tahun.





Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng


Thursday, October 9, 2014

Hari 4 ~ Set Menyusu Vitamin Shaklee Pertama Saya Makan | Cabaran 7 Hari Entry

Biasa tak dengan perkataan ni.. "Tak kenal maka Tak cinta". Jadi sebelum mengambil Vitamin Shaklee, saya memang tidak tahu kelebihan dan kebaikan Shaklee. Tapi bila dan makan dan dah rasa sendiri barulah saya tahu bahawa hebatnye Vitamin Shaklee ni (serius best sangat shaklee ni)

Sebenarnya saya mula ambil Vitamin Shaklee sewaktu menyusukan Qaireen. Masa tu bukan sebab susu kurang atau susu tak de. Tapi saya cepat penat dan perlukan makanan tambahan. Jadi saya pun mula mencuba Set Menyusu Vitamin Shaklee.


Dalam Set Menyusu Shaklee (basic) ni mengandungi 4 Vitamin.

Vitalea@ Multivitamin 

Sangat diperluakan bagi  memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.

B complex 
Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

Vitamin C 
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

Alfalfa 
Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasialn susu.

Sekiranya anda ibu yang menyusukan bayi, ambillah apa2 makanan tambahan untuk diri anda. Sayangi diri anda (jangan nanti suami pula nampak jauh lebih sihat, muda n hensem..susah hati woooo..hehe). Kadang2 bila menyusu ni..kita kurang tidur, pastu penat, dan selalu terkejar2 nak buat kerja..betul tak?

Untuk mereka yang bekerja lagi lah. Nak kena pam, balik rumah dah bagi direct pun nak kena pam lagi utk buat stok EBM. Lepas tu busy dengan urusan di pejabat dan di rumah. Stress dengan pejabat, lalu lintas, dekat rumah (sebab kain baju tinggi menggunung..3 bakul tak berlipat..ahaks!) dan macam2 lagi. Pas tu makan pun tak ikut waktu. Itu semua akan menyebabkan badan kita menjadi lemah dan tidak sihat. Secara tidak langsung susu kita juga akan berkurangan dengan aktiviti harian kita.

Tapi ambil vitamin ni dengan syarat, jangan pula anda tak pam susu. Kalau tak pam susu, memanglah susu tu tak nak keluar. Ingat konsep asas penyusuan. Lebih kerap anda susukan bayi anda atau kosongkan payudaya ketika bayi tidak bersama..maka lebih banyak susu dapat dihasilkan.

Anda harus ketahui, susu mengandungi FIL (feedback inhibitor of lactation) iaitu faktor yang menghalang penyusuan. Bila payudara dipenuhi dengan susu, makan FIL akan bertindak memperlahankan pengeluaran susu. Sebab tu lah anda tidak boleh biarkan susu penuh dalam payudara. Ada orang dah bengkak merening bagai baru nak pam..ohhhh..salah ok cara tu. Jangan sesekali buat macam tu especially kalau baby anda bawah 6 bulan. 

Semoga dengan sedikit perkongsian tentang penyusuan, dapatlah anda pratikkan. 

Qaireen menyusu sehingga 2 tahun 7 bulan & Hasya masih menyusu (1 tahun 1 bulan)


Mudah je..

Kerapkan sesi penyusuan (direct feeding)
Pam susu (bila tidak bersama baby)
Sentiasa Happy
Amalkan pemakanan yg seimbang atau cara mudah ambil je Shaklee ;)

Kesihatan kita adalah tangjungjawab kita sendiri.
Sekiranya berminat, anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 atau klik sahaja icon di bawah.

order-sekarang-juga
ATAU
Pengedar Shaklee dan Cod Shaklee Ipoh
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog Shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng, Ipoh Perak.







Tuesday, April 8, 2014

Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

Dah lama saya tak bercerita tentang susuibu. Mulai bulan ni, saya nak cuba update blog dengan lebih kerap lagi. So bolehlah saya teruskan lagi berkongsi pelbagai info tentang penyusuan susuibu kan? Harap2 berjaya! kekeke....

Hari ni saya nak bercerita tentang Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet.


Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet
Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet 
Sejak dan ada anak dua ni, nak pula sekarang ni duduk di rumah. Saya memang dah lama tak pam susu. Dah ada anak depan mata, so saya lebih senang bagi direct je. Malas nak pam.

Tetapi atas sebab2 tertentu saya terpaksa pam balik susu utk kali ni. Maka dengan itu, bermula bulan April ni, saya dah nak start pam susu untuk kumpul EBM. Minggu lepas...percubaan pertama saya setelah lama berpencen..hehee.

Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet
Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet 

Ok lah..Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan, dengan hanya menggunakan tangan iaitu menggunakan kaedah "TEKNIK MARMET " saya dapat 4oz!! saya buat marmet tak sampai 10 minit tau. Ok lah kan? Ok sangat kan? Tak kiralah banyak mana pun..rezeki ni Allah yang bagi.


***************************************************


MACAM MANA NAK PERAH SUSU GUNA TANGAN ATAU TEKNIK MARMET?

Sebelum memulakan teknik mamet seharusnya anda melakukan urutan terlebih dahulu bagi memastikan proses perahan berjalan lancar.

MENGURUT

✎ Pastikan tangan dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan urutan. Setelah itu, tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam. Dan kemudian, urutlah payudara dengan mengikut langkah-langkah berikut :

Massage
❤ Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. Tangan kanan mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payu dara kanan

Stroke
❤ Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payudara secara lembut. Selain daripada itu, anda boleh 'menyikat' payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke aerola

Shake
❤ Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membnatu meransang pengeluaran susu ibu

MEMERAH

Langkah 1



Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet
1) buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola, manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dibahagian bawah aerola (kedua-dua jari berfungsi menampung bawah payudara) memandangkan payu dara setiap ibu adalah berbeza anggaplah payu dara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6


Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

2) tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah tadi


3) seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas

4) ulang langkah 1-3 sehingga aliran susu berkurangan


Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

5) kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9,8 dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5,4,3,2 dan 1. lakukan gerakan memerah sama sepperti langkah 1-4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya

6) tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpan yang bersih

7) beralihlah ke payu dara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara



Langkah 2


Melancarkan aliran susu
1) Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain

2) Usap payu dara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu

Elakkan Pergerakan ini!

✘ Jangan picit puting payu dara. Ini akan menyebabkannya lebam
✘ Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payu dara
✘ Jangan geselkan tangan anda ke payu dara kerana boleh menyebabkannya melecet

Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit - 30 minit. Perah setiap sebelah payu dara antara 5- 7 minit. Setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake). Kemudian perah lagi setiap sebelah payudara dalam 3 - 5minit. Dan ulang semula rutin urutan dan di akhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payu dara

Cubalah praktikkannya! InsyaAllah banyak membantu


sumber:pa&ma


Apa yang penting anda jangan sesekali stress atau paksa susu anda untuk keluar. Sekiranya anda berada di hospital, minta tolong dengan nurse. Suruh nurse ajarkan cara Perah Susu Guna Tangan dengan betul. Pastikan anda juga jaga menjaga kesihatan dan makan makanan berkhasiat. Ambil apa2 suplemen untuk menampung sebarang kekurangan pada dalam badan. Minum banyak air masak.

Seperti kisah seorang ibu ni yang menyusukan anak pramatang. Nak tahu apa yang dia buat, saksikan sehingga habis.



Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Hebatkan cabaran menyusukan anak ni. Apa yang penting kita sebagai ibu kena banyakkkkkkkk bersabar. Kuatkan semangat!

Kalau anda ada masalah berkaitan dengan penyusuan anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552. Saya salah seorang Peer Counselor di Ipoh Perak. Kalau duduk di Ipoh saya boleh datang ke rumah dan ajar anda menyusukan baby dengan betul. Saya pun boleh ajar anda Teknik Marmet dengan betul. FOC je ;)


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017-5657552 (whatsapp / sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

mamaqaireen.com (blog bisnes shaklee saya)

COD Shaklee : KFC Medan Gopeng


Thursday, August 2, 2012

Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu

Kepada semua ibu2 yang menyusukan bayi anda..tahniah saya ucapkan..tak kiralah walaupun sehari..sebulan..setahun..mahupun ada yang berjaya sehingga 2 tahun.


Alhamdulillah saya juga masih menyusukan anak saya sehingga kini (2thn 2bln).


Susu ibu adalah susu terbaik di dunia! tiada susu lain lagi yang boleh menandingi khasiat susu tersebut..ingat kon
sep asas penyusuan..






LEBIH KERAP ANDA NENYUSUKAN BAYI ANDA, LEBIH BANYAK SUSU DAPAT DIHASILKAN..kalau tidak bersama bayi,sila PAM..jangan biarkan!


Dalam pantang susukan bayi sekerap yang mungkin..secara purata 2jam sekali..sila ikut kehendak bayi,bukan ikut mood anda! kalau penat ambiklah apa2 utk tambah tenaga.

Jangan beri apa2 air, susu formula dalam masa 6bulan pertama..terutamanya dalam pantang.

Ohhhhhh..terharunya rasa, mcm nak nangis pulak..kalau di beri peluang bnyk lagi nak ku bebelkan..apa2 pun, Selamat Hari Susu Ibu Semua ♥♥



Monday, April 2, 2012

Surah Amalan Sepanjang Penyusuan & Mengandung

Untuk menjayakan penyusuan, ibu perlu kuat dari segi mental dan fikizal. Namun penyusuan bukan berkisar kepada hasil tuaian susuibu semata2 tetapi lebih kepada bonding.


Pembentukan hati dan perasaan si anak berkait rapat dengan emosi ibu semasa menyusukan atau memerah. Maka jom amalkan beberapa surah ini agar hati anak yang terhasil adalah hati yang tawaduk pada Ilahi.


Malah amalan ini juga harus di mulakan senjak daripada bayi dalam kandungan ibu lagi.

InsyaAllah
________________________________________________________


Surah Al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati

Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

(Ruj dari Ustazah Siti Nor Bahayah)


Alhamdulillah dah besar anak mama..19hb Mei 2012 Qaireen 2 Tahun ^_^

Tuesday, March 20, 2012

Tips Untuk Ibu Yang Mengepam Secara Eksklusif


Siapa kata ibu yang tidak menyusukan bayi secara terus tidak boleh memberi susuibu sepenuhnya selama 2 tahun? Alhamdulillah ramai kawan mama berjaya menyusukan anak mereka selama 2 tahun hanya dengan pam susu sahaja. Apa2 pun mama mmg kagum sangat dengan mereka ni. 

Bukan nak cakap apa, mama yang menyusukan Qaireen secara direct pun kadang - kadang wujud juga perasaan malas tu..(heheee..alamak kantoi!! :P) tambahan pula sekarang ni Qaireen isap susu 2 x 2.5oz sahaja waktu siang. Tapi kalau anda 

Ok mama nak kongsikan bersama beberapa tips untuk ibu exclusive pumping.

(1) Jenis Pam Yang Sesuai
Agak subjektif sikit bila bercakap tentang pam yang sesuai. Masih ramai ibu exclusive pumper (EP) yang menggunakan pam manual sahaja. 


Tapi secara peribadi mama mencadangkan pada anda (jika ada rezeki lebih) investlah dalam pam yang mahal sikit. Lebih baik gunakan pam elektrik dan pada yang sama mama nasihatkan anda membuat double pumping. Contoh pam yang ada dipasaran seperti Ameda, Medela Freestyle, Spectra dan sebagainya.

Kenapa mama katakan begitu, ini kerana bila anda pam kiri dan kanan secara serentak, maka kedua - dua belah payudara akan mengeluarkan susu. Maka lebih cepat dan banyak kita dapat kumpul stok kan?

2) Mula Mengepam!

AWAS: Jika anda baru melahirkan anak, mulakan dengan memberikan bayi susu di payudara anda. Anda akan mendapati breast masih ‘kosong’ dan susu badan ‘tiada’. Sebenarnya ia sedang mengeluarkan cecair likat kolostrum yang tidak mengalir tapi keluar bila dihisap oleh bayi. Biar bayi anda hisap untuk meransang pengeluaran susu tersebut.
Kecuali kalau baby masuk SCN/NICU, susukan bayi anda sekerapnya.


Bagi ibu2 yang tidak dapat menyusukan bayi secara direct di awal kelahiran, anda perlu mengepam sebanyak 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam skali dalam masa 24 jam untuk establish-kan supply susu ibu.


Anda boleh pam selama 15 minit (atau lebih, bila dah tak keluar susu lagi) dan akhiri dengan marmet (mengepam dengan tangan). Kaedah Marmet dikatakan kaedah terbaik untuk mengosongkan payudara. Mengepam dan memerah menggunakan tangan (bersama2) adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengeluaran susu (bagi ibu EP).


Selain itu, ada lagi satu cara yang agak berkesan iaitu anda 'membantu' meransang payudara anda dengan cara anda gentel nipple anda selama beberapa minit. Biasanya selepas 1-2 minit susu akan mula keluar. Dengan cara ini ia memudahkan lagi untuk anda mengepam.

3) Nipple Cream
Lumrah bagi ibu yang menyusu akan merasa sakit pada bahagian puting susu, merekah, luka dan sebagainya. Terutama pada awal kelahiran, ini kerana setiap hari, siang malam kita pam susu atau cara hisapan bayi anda tidak betul. 


Jadi apa nak buat? Anda boleh guna nipple cream yang sesuai dan sapu selepas pam susu, bukan sebelumnya ye!!
Susu ibu juga boleh digunakan. sapukan susu ibu pada nipple dan biarkan kering. 

4) Menyimpan Susu Perahan
Stok susu adalah sangat penting kepada ibu EP, kerana itu sajalah sumber dan back-up yang ada untuk bayi. Kena ingat demand bayi kadang2 berubah, bila dia mengalami growth spurt, kurang sihat, mungkin mengurangkan/menambahkan permintaan dia terhadap susu.


So, untuk stok susu ibu boleh gunakan tips ini:
- tandakan tarikh dan masa mengepam pada botol susu : Supaya kita dapat tahu sampai bila kita boleh gunakan susu tersebut.


- tandakan kalau anda ada mengambil ubat pada hari2 tertentu : Misalnya 31/1/2012 ada demam & makan antibiotik. Tandakan yang anda ada ambil antibiotik, so di suatu hari bila baby minum susu yang tarikh 31/1/2012, dan kalau baby lain macam, mungkin sebab kandungan antibiotik dalam susu anda. 


Itu contoh la.. kalau makan makanan2 yang pedas ke, berangin ke, tandakan juga.. so kalau baby lain macam bila minum susu tu, kita mungkin boleh suspect sebabnya.

5) Membersihkan Alatan Mengepam
Disebabkan penggunaan yang tegar, anda tak perlu nak basuh & sterile setiap kali lepas pam. Steril yang wajibnya masa mula2 beli pam & botol, sebelum guna kena steril dulu. Tapi lepas tu memadai cuci dengan pencuci yang sesuai (bebas fosfat, triclosan, etc!). Dan untuk EP mom, boleh gunakan bekas kedap udara atau ziplock bag, then masukkan dalam fridge. Sebelum simpan lap dulu sisa2 susu.


Di pejabat, lepas pam anda simpan corong pam di dalam cooler beg sahaja.


PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN:

  • Ponteng sesi mengepam. ohhh ini disaster! Jangan sesekali ponteng!!
  • Tak jaga makan minum
  • Pakai bra yang ketat
  • Tak cukup tidur
  • Stress
  • Ambil pil perancang yang kurangkan susu (noriday sahaja yang boleh ye!!)


TIPS MAKSIMUMKAN SUPPLY SUSU IBU:

  • Makan mengikut keperluan ibu menyusu, extra kalori, extra protein, extra kalsium, extra water, etc.
  • Rehat secukupnya
  • FIkiran positif
  • Mendapatkan supplement agar badan sentiasa fit
  • Buat urutan pada breast
  • Tengok muka/gambar baby & lahirkan perasaan sayang
  • Tuam payudara
  • Buat power pumping
  • Double pumping+marmet


Akhir sekali, dapatkan sokongan dari suami, keluarga dan rakan2 yang boleh terus memberikan motivasi. Ramai ibu EP yang berjaya menyusukan anak mereka sampai 2 tahun.. malah ada yang sampai 4 tahun, walaupun mereka bekerja!
 Set dalam fikiran kita SUSU AKU CUKUP UNTUK ANAK AKU.


Bayi yang minum susu ibu ni pada 6 bulan pertama sahaja mereka sangat kerap menyusu. Bila dah berusia 6 bulan keatas mereka dah mula kurang, lepas 1 tahun lagi kurang sebab mereka dah mula makan macam - macam.

InsyaAllah, teruskan pam dan berdoa kepada Allah. Anda mesti boleh! ^_^



Terima Kasih Spectra 3..Luv U!!
(ni pam mama ke 4)


Saya faham apa yang ada rasakan. Sebab saya juga pernah melalui zaman mengumpul stok susu (EBM) untuk anak saya sewaktu saya bekerja dahulu. Saya sangat kagum dengan Ibu yang fully EP. Biasalah manusia, saya sendiri pun kadang2 ada perasaan malas untuk pam susu sebab terlalu penat. Tapi Alhamdulillah ianya tidak berlarutan. 

Saksikan Video kisah saya dahulu sewaktu menyusukan Qaireen. ;)




Jika anda rasa sedih dan tidak dapat sokongan suami, nasihat saya ialah teruskan berdoa. Rezeki kita dan hati suami kita Allah yang pegang. Teruskan berdoa tanpa henti. Kalau badan selalu penat, amalkan suplemen untuk kekal bertenaga. Bahaya tau kalau badan selalu penat dan stress, susu pun tak nak keluar. Penyakit pun mudah datang.

Jika anda ingin mengetahui tentang Produk Shaklee yang saya makan, anda boleh hubungi saya DILLA JALIL 017-5657552.

Jangan berlengah lagi. Bertindak sekarang juga. Saya menunggu panggilan dari anda.

Selamat maju jaya dan semoga anda dapat berikan yang terbaik untuk anak anda.

Salam sayang dari saya

MamaQaireen xoxo

Sunday, March 18, 2012

Sungguh HEBAT SusuIbu Ni kan???

Tak nak celoteh pangjang..klik gambar terus dapat jawapan k.

Happy Breastfeeding....  ^_^



Thursday, March 1, 2012

Susui Bayi Seawal Mungkin


JALINAN...hubungan   ibu dan anak tiada penghujungnya.
JALINAN...hubungan ibu dan anak tiada penghujungnya.
DR WAN MAZIAH...pemberhentian susu  ibu lebih awal dikaitkan dengan risiko si ibu menghidap penyakit kemurungan selepas bersalin.
DR WAN MAZIAH...pemberhentian susu ibu lebih awal dikaitkan dengan risiko si ibu menghidap penyakit kemurungan selepas bersalin.
TIDAK dapat dinafikan segala perancangan penyusuan bayi harus bermula dari peringkat awal iaitu semasa mengandung yang mana si ibu perlu melengkapkan dirinya bukan saja dengan pemakanan seimbang tetapi juga melengkapi emosi diri.
Namun, ramai juga ibu yang sering tertanya-tanya kaedah untuk menghasilkan susu yang banyak supaya tidak perlu dicampur dengan susu formula.
“Pemakanan seimbang yang tinggi kalsium seharusnya diteruskan ketika menyusukan bayi untuk memenuhi keperluan zat dan tumbesaran bayi.

“Malah, si ibu terbabit perlu menyambung pengambilan vitamin prenatal dan minum air yang mencukupi untuk menampung kedua-dua ibu dan anak,” kata Pakar Kanak-Kanak, KPJ Seremban, Dr Wan Maziah Wan Mohamed.

Selain itu katanya, si ibu juga memerlukan waktu rehat yang mencukupi dan perlu sentiasa berada dalam keadaan tenang. Ia mungkin tidak begitu mudah jika si ibu berkenaan perlu juga menjaga anak yang lain oleh itu, sokongan keluarga sangat penting.

Kadangkala si ibu juga perlu mengambil ubat untuk masalah kesihatan lain justeru, mereka seharusnya merujuk kepada doktor untuk memastikan ia selamat digunakan sewaktu proses penyusuan (laktasi).

“Menyusu bayi seawal mungkin (sebaik-baiknya dalam jam pertama selepas bersalin) akan membantu pengeluaran susu lebih cepat dan banyak.

“Ini disebabkan setiap kali bayi menyusu, ibunya akan dirangsang dan pengeluaran hormon prolaktin dan oxytocin akan membantu menambah susu,” katanya.

Oleh itu katanya, lebih kerap bayi menyusu pada peringkat awal, lebih cepat terhasil pengeluaran susu yang mencukupi.

Namun, jika bayi diberi susu formula untuk menampung keperluan bayi pada minggu pertamanya, rangsangan kepada si ibu menjadi kurang dan pengeluaran susu ibu juga akan tergendala.

Malah, manfaat susu ibu untuk memberi perlindungan kepada usus bayi berkenaan juga akan terjejas kerana koloni bakteria baik akan berkurangan.

Di samping itu, Dr Wan Maziah berkata, pemberhentian susu ibu lebih awal ataupun tidak menyusu ibu dikaitkan dengan risiko lebih tinggi untuk si ibu menghidap penyakit kemurungan selepas bersalin (postpartum).

Kemurungan postpartum ialah ketidakseimbangan kimia yang secara amnya berlaku antara dua hingga lima minggu selepas seseorang wanita melahirkan anak.

Tekanan perasaan tahap kedua ini dikategorikan sebagai sederhana, juga dikenali sebagai kemurungan dan biasanya dialami sekitar 10 hingga 15 peratus wanita bersalin.

Masalah kemurungan ini boleh berpanjangan jika tidak dirawat. Selalunya, ia menyerang dalam tempoh pantang atau enam bulan pertama selepas bersalin.

“Antara gejala kemurungan ini adalah rasa sedih berpanjangan, rendah diri dan berasa dia bukan ibu yang baik bagi anak dilahirkan, tidak boleh menumpukan perhatian, letih dan tertekan, kurang selera makan serta sukar tidur malam.

“Namun, masalah ini boleh dirawat melalui perubatan dan terapi jika berjaya dikesan pada peringkat awal. Tetapi paling penting adalah sokongan keluarga terutama suami yang banyak membantu menangani gejala ini daripada berterusan,” katanya.

Baginya, menyusukan bayi dengan susu ibu adalah salah satu langkah bijak yang boleh diambil sepanjang proses tumbesaran anak.

Katanya, banyak kajian dilakukan sama ada menggunakan kaedah epidemiologi dan teknik makmal yang canggih menunjukkan terdapat banyak manfaat terhadap penggunaan susu ibu kepada anak jika ia diberikan sejak awal kelahirannya.

Antaranya merangkumi faedah kesihatan, imunologi, perkembangan dan tumbesaran anak, psikologi serta faktor sosio ekonomi namun begitu, masih ramai golongan ibu yang tidak menyusukan bayi mereka secara khusus.

“Keadaan ini mungkin disebabkan masih ramai tidak mengetahui atau tidak begitu yakin dengan khasiat susu ibu ataupun disebabkan proses menyusukan anak memerlukan dedikasi dan disiplin yang tinggi daripada kedua-dua ibu bapa.

“Ada golongan ibu yang melihat penyusuan susu ibu hanya dilakukan oleh orang kampung saja lantas mereka enggan meneruskan penyusuan apatah lagi adanya pelbagai faktor kekangan seperti kerjaya,” katanya.

Menurutnya, penyusuan ibu sebaik-baiknya secara eksklusif dilakukan selama enam bulan dan diteruskan hingga satu tahun untuk meraih sebanyak mungkin manfaat daripadanya.

Apakah sebenarnya khasiat susu ibu? Kenapa ia dikenali sebagai makanan terbaik bagi bayi dan digunakan sebagai ‘standard emas’ untuk pembuatan susu formula?

Dr Wan Maziah berkata, susu ibu adalah satu produk ‘hidup’ yang mengandungi pelbagai antibodi, enzim dan hormon yang tidak mungkin mampu dihasilkan secara buatan.

Malah, kandungan susu ibu berkenaan berbeza mengikut individu dan peringkat perkembangan mereka. Disebabkan itu, golongan ibu mengeluarkan susu paling sesuai untuk bayi mengikut kematangan bayi mereka dan kesan daripada penyusuan susu ibu ini akan kekal hingga dewasa.

“Kajian menunjukkan penurunan risiko penyakit akut otitis media, cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan yang teruk, dermatitis atopi, asma (kanak-kanak), obesiti, diabetes jenis 1 dan 2, leukemia, sindrom kematian mengejut bayi dan necrotising enterocolitis.

“Malah, tidak dinafikan masih banyak lagi kajian sedang dilakukan untuk mengenal pasti kandungan lain susu ibu dan khasiatnya yang mampu mempengaruhi tumbesaran terbaik bagi bayi,” katanya.

Manfaat penyusuan ibu bukan hanya tertumpu kepada bayi kerana ia membentuk jalinan rapat antara si ibu dan bayi.

Proses berkenaan juga berupaya mempercepatkan pengecutan rahim kepada normal selain boleh mengurangkan berlakunya diabetes jenis 2, osteoporosis, kanser payudara dan kanser ovari.

“Malah, penyusuan ibu juga baik daripada segi sosio ekonomi kerana selain diperoleh secara percuma, ia juga menjimatkan kos rawatan hospital disebabkan anak lebih sihat.

“Anak yang sihat mempunyai minda lebih cerdas serta mampu menjadi insan lebih sempurna, berjaya dan menghasilkan generasi akan datang yang lebih cemerlang,” katanya.

Selepas ibu mula bekerja, disarankan supaya si ibu meneruskan penyusuan susu ibu dengan cara menyimpan perahan susu dalam peti sejuk beku dan digunakan bila perlu ketika waktu bekerja.

Selain itu, tekanan pekerjaan juga boleh mengurangkan pengeluaran susu, namun terdapat ubat yang boleh membantu menambahkan susu tetapi golongan ibu seharusnya mendapat nasihat daripada doktor sebelum mencubanya.

Pengambilan ubatan untuk menambah susu seperti ini harus digunakan sebagai langkah terakhir jika semua ikhtiar yang dilakukan tidak berhasil dan diingatkan, rangsangan terbaik masih daripada bayi yang menyusu badan.

“Terdapat juga keadaan tertentu seperti masalah kesihatan yang memaksa golongan ibu untuk memberi susu formula. Si ibu terbabit perlu memilih susu formula yang tidak membuatkan bayi sembelit atau cirit-birit serta tidak menimbulkan alahan.

“Jika keadaan ini berlaku maka si ibu tidak perlu bersedih kerana tidak mampu memberikan makanan terbaik (susu ibu) kepada bayi kerana bayi masih lagi mampu membesar sebaiknya jika cara dan langkah yang dilakukan mengikut aturan yang betul,” katanya.

sumber : myMetro


Tuesday, February 14, 2012

Hebatnya Penyusuan Susu Ibu

Kasih Sayang Ibu untuk Bayi




Petikan ni mama dapat dari Mega – Utusan Malaysia (Khamis, 9hb Februari 2012. Mama telah ringkaskan serba sedikit.

Setiap bayi yang dilahirkan di muka bumi ini berhak untuk mendapat susu dari ibu. Susu ibu yang Allah ciptakan ini adalah makanan terbaik untuk bayi malah susu ibu juga sebagai symbol kasih sayang utuh seorang ibu kepada bayi.

1)Kebaikan susu ibu memang tidak syak lagi bahawa tiada susu lain yang boleh menggantikan khasiat yang terdapat dalam susu ibu itu sendiri.

2) Walaupun kini terdapat pelbagai khasiat yang terkandung dalam susu formula seperti yang di dakwa, ia masih tidak boleh menandingi kebaikan susu ibu dalam memenuhi keperluan bayi.

3) Tiga hari pertama selepas seorang ibu melahirkan bayi, susu yang dikeluarkan mengandungi kolestrum yang mana di dalamnya kaya dengan antibody untuk meningkatkan system pertahanan tubuh bayi. Bukan itu sahaja, susu terawal ini juga kaya dengan protein yang membekalkan tenaga untuk bayi, malah kolestrum juga memberikan kesan yang baik buat system penghadaman si kecil. Mungkin ramai yang belum tahu bahawa kolestrum membantu mengeluarkan najis bayi yang pertama di mana proses tersebut amat penting bagi “membersihkan” bilirubin yang berlebihan.

4) Selepas tiga hari, konsistensi pengeluaran susu ibu akan berkurangan di mana susu akan berubah sifat menjadi sedikit cair dan ada unsur manis serta semakin hari rasanya semakin pekat.

5) Selain itu penyusuan terus dari payu dara kepada bayi mewujudkan satu pertalian istimewa yang kukuh antara ibu dan anak, malah ikatan ini akan terus kukuh walaupun anak tidak lagi menyusu dari si ibu tebabit.

6) Kajian telah dilakukan sejak dahulu lagi bahawa bayi yang disusukan ibu menjadi rapat dengan ibu sendiri walaupun mereka telah dewasa berbanding dengan bayi yang tidak menyusu badan

Memberi susu ibu adalah tanggungjawab si ibu, namum suami atau bapa juga harus memainkan peranan penting sepanjang proses ini. Bantuan yang boleh diberikan oleh para bapa ialah dengan melancarkan lagi proses tersebut.


Tuesday, December 13, 2011

BAYI SAYA SUKA MENYUSU BELAH KANAN SAHAJA!



Assalammualaikum semua. Beberapa hari lepas mama dapat satu panggilan. Ibu ni ada masalah (bukan besar mana pun..bagi mama lah). Masalah dia ialah, anak beliau nak isap susu belah kanan je..belah kiri tak nak! 


Ada beberapa cara untuk kita pujuk untuk menarik minat bayi tersebut mengisap kedua - dua belah payudara. Proses memujuk dan melatih bayi untuk menerima payudara yang tidak digemarinya memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Jangan sesekali memaksa bayi untuk menerima dan menyukai payudara bermasalah dalam masa singkat.


Tips memujuk bayi yang gemarkan menyusu pada sebelah payudara


Mulakan dengan sentuhan kulit ke kulit antara bayi dan anda. Biarkan bayi  meneroka tubuh agar dia dapat mengenal dan mengecam bau anda. Proses ini harus dilakukan sekerap mungkin.

Susukan bayi menerusi payudara yang digemarinya terlebih dahulu. Apabila susu mula dirembes laju di kedua-dua belah payudara,secara perlahan-lahan,tukar posisi bayi ke payudara yang kurang digemarinya. Dengan cara ini, bayi tidak akan menolak payu dara tersebut kerana aliran susu adalah lancar.

Anda juga boleh memulakan penyusuan dengan payudara yang bermasalah setiap kali penyusuan. namun lakukannya ketika bayi di dalam keadaan hampir tertidur, selesa atau tidak terlalu lapar.

Anda digalakkan untuk memerah payudara yang kurang digemari terlebih dahulu bagi menggalak bayi menyusu dengan selesa daripada payudara tersebut. Malah sepanjang proses menggalak bayi menerima payudara yang tidak disukainya, jangan lupa untuk memerah susu daripada payudara sebelah lagi agar rangsangan sentiasa ada dan mencukupi.

Lokasi penyusuan memainkan peranan penting. Suasana di sekeliling lokasi yang tenang dan selesa banyak mempengaruhi kejayaan anda melalui proses memujuk bayi.

Proses ini tidak berhasil dengan sekelip mata. Ia memerlukan beberapa hari atau minggu. Jangan sesekali berputus asa. Yakinlah diri bahawa anda boleh! hati perlu cekal dan minda mesti kuat..

Artikel pa&ma Edisi April 2010 (Tips dari Kaunselor Laktasi- Aishah Mariam)



Salah satu cara adalah dengan mengubah posisi penyusuan.. dari cradle hold kepada football position


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...