MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label SUSU KURANG. Show all posts
Showing posts with label SUSU KURANG. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

5 Sebab Vitamin Tak Beri Kesan


Alhamdulillah, sehari dua ni ramai yang order Eu Four Pack Plus termasuklah mereka yang nak kumpul stok dengan membeli set 3M.


Terlebih dahulu, saya ingin tekankan bahawa vitamin ini tak banyakkan susu. Vitamin cuma bantu penghasilan susu dengan lebih baik. Vitamin ini ibarat pelincir kereta...namun jika kereta tidak dihidupkan masakan kita dapat melihat kelancaran kereta ini dan manfaat pelincir tadi kan?

Pengambilan vitamin tak beri kesan kepada :

1. Mereka yang kuat minum kopi. Ini kerana kandungan kafein akan merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan kita.

2. Mereka yang tak suka minum air. Air sangat perlu dalam penyerapan semua nutrien.

3. Makan tanpa ilmu. Ada sesetengah vitamin tidak boleh dimakan pada masa yang sama. Maka perlu tahu cara makan yang betul untuk kesan yang optimum.

4. Vitamin tidak boleh makan serentak dengan ubat doktor. Ubat doktor akan membuatkan badan kita imun dan ini menghalang penyerapan vitamin dengan baik.

5.  Ibu menyusu yang mengharapkan peningkatan susu tetapi tidak mengepam mahupun tidak menyusukan anak secara langsung. Vitamin bantu penghasilan susu dengan lebih efesien dengan jadual pam atau penyusuan langsung yang kerap. Makan vitamin tetapi tidak pam maka tiada kesan apa-apa pada penyusuan.

credit




Wednesday, January 11, 2012

Susu Makin Sikit..Macam Mana Nak Banyakkan Susu?

Assalammualaikum mommies..dah lama tak berceloteh berkaitan dengan penyusuan dan supplement kan. Entahlah senjak akhir - akhir ni mood ke laut, tu yang bersawang blog MamaQaireen ni..atau pun, mungkin juga mama dah kena pergi bercuti di tepi pantai kot??..heheee.
Ok..Berbalik semula kepada tajuk kita. "macam mana nak banyakkan susu?"
Ramai yang mengadu :
“Susu saya makin sikit. Macam mana saya nak banyakkan balik susu saya? Saya dah pam setiap 3jam sekali di pejabat."
Sebelum kita mencari jawapan untuk memperbanyakan semula susu kita. Kira cari dulu punca - punca yang menyebabkan susu kita kurang. Kenapa dan bagaimana susu kita boleh jadi kurang?

Ada beberapa sebab yang menjadikan susu kita mula kurang atau merudum. Antaranya ialah :
- Haid
- Pengambilan pil perancang (ibu menyusu hanya boleh ambil Noriday sahaja)
- Stress
- Puasa 
- Sakit
- Mengandung
- Kurang minum air masak tetapi kuat minum ais dan berkafin)
- Letih dan kurang tidur
- Anak dah mula menigkat usia (hampir 2 tahun)

Sekiranya senarai di atas memang ada dengan anda, so apa yang perlu anda lakukan?

1) POWER PUMPING
Power pumping adalah salah satu kaedah sangat membantu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu dengan meniru gaya ‘cluster feeder’ di kalangan bayi menyusu. Boleh buat dalam 2 atau 3 kali sehari, InsyaAllah. 
Cara membuat power pumping ialah: (dalam masa 1 jam)
(double pumping)
10 minit pam, 10 minit rehat, 
10 minit pam, 10 minit rehat
(single pumping)
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat

2) KERAPKAN PAM DI WAKTU MALAM
Hormon prolaktin meningkat secara natural pada waktu malam. Jadi anda digalakkan untuk mengepam pada waktu malam agar penghasilan susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.

3) KERAPKAN LAGI SESI MENGEPAM DI PEJABAT / RUMAH
Kalau sebelum ni hanya 2 kali sahaja pam di pejabat, cuba lebihkan menjadi 3 kali pula. Jangan biar susu "tinggal lama" dalam payudara. Ini kerana susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan). 
- Bila payudara dipenuhi susu, FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. 
- Bila payudara kosong, FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat. 
So jangan biar lama - lama atau biar betul - betul bengkak baru nak pam. Kesimpulannya bila payudara kosong, maka lebih cepatlah susu dapat dihasilkan.

4) PAM DENGAN LEBIH LAMA
Kalau biasa pam 10 minit, cuba tambah lagi 10 minit. Mungkin dalam tempoh mengepam yang extra tu boleh dapat letdown berkali-kali. Biar je corong pam tersebut berada di payudara walaupun susu masih belum keluar. Nanti bila "letdown sudah datang" jeng..jeng..banyaklah susu tu akan keluar. 

5) RANSANG PUTING PAYUDARA
Sebelum pam, cuba anda gentel - gentel puting selama 5 minit. Bila susu dah mula nak keluar baru letakkan corong pam. Sambil - sambil tu anda juga boleh mengurut payudara iaitu dengan cara dari dada ke puting, cuba bayangkan anda menolak susu tu keluar.Kadang - kadang minda bawah sedar sangatlah powerful InsyaAllah.

6) AMBIL MAKANAN BERKHASIAT
Untuk membantu bagi meningkatkan lagi penghasilan susu ibu, anda bolehlah mengambil apa - apa milk booster atau galactagogue sebagai conton makanan yang tinggi protin, serat dan kalsium.
Qaireen masa dalam pantang..debab!

Tuesday, November 15, 2011

SUPPLEMENT BUAT SUSU SAYA JADI SIKIT!


Perkongsian ilmu tentang beberapa kajian kes yang boleh dijadikan panduan kita bersama.

Kes pertama :
Aisyah seorang surirumah dan mempunyai seorang bayi berusia 3 bulan. Beliau berusaha menyusukan anaknya walau dalam keadaan beliau sakit di bahagian tempat pembedahan semasa melahirkan anaknya itu. Namun adakala beliau merasa sangat ngilu ditempat bahagian pembedahan itu dan disebabkan kerana itu beliau terpaksa adakala memberi anaknya dengan susu formula sementara menunggu kesan sakitnya hilang. Lama kelamaan suami beliau meminta agar penyusuan berlangsung untuk setakat itu kerana tidak mahu isterinya merasa sakit terutama mengiring untuk menyusukan anaknya dengan susuibu.

Punca masalah :
Sakit ditempat bekas pembedahan. Apabila sakit hormon menjadi tidak stabil. Otak akan lebih tertumpu kepada kesan sakit dan sistem tidak dapat berfungsi dengan baik kerana otak tidak fokus kepada penyusuan.


Penyelesaian :
Dapatkan rawatan agar luka tersebut cepat baik. Apabila tiada lagi kesakitan, otak akan lebih fokus kepada apa yang sedang diusahakan.

.............................................................................................................................................

Kes Kedua
Fatim adalah seorang pegawai salah sebuah syarikat swasta. Beliau menyusukan anaknya yang berusia 7 bulan. Sejak akhir-akhir ini beliau merasakan susunya merundum dengan teruk sekali walaupun beliau telah membuat perahan yang konsisten setiap hari iaitu setiap 3 jam.Kehidupan beliau sangat hectic, yang mana biasanya beliau akan memanaskan lauk yang dibeli dari luar untuk makan malam atau memasak lauk yang sangat simple untuk makan berdua bersama suami. Beliau cuba mencari alternatif iaitu apa jua milk booster bagi mengatasi masalah kerunduman susu yang dilaluinya.

Punca masalah.
Fatim sangat keletihan dan mungkin pengambilan makanannya sangat tidak seimbang dan tidak mengikut saranan dalam piramid makanan yang dicadangkan oleh kementerian kesihatan.

Penyelesaian :
Fatim digalakkan untuk memastikan beliau mendapat cukup zat melalui pengambilan makanan hariannya. Jika wujudnya kekangan melalui makanan, pengambilan supplement merupakan salah satu alternatif. Ianya boleh dibeli atau dapatkan melalui klinik kesihatan yang berdekatan.

.............................................................................................................................................

Kes ketiga :
Saerah baru sahaja memulakan kerjanya selepas bercuti dua bulan kerana berpantang melahirkan anak keduanya. Beliau berniat untuk menyusukan anaknya dengan susuibu setelah mendapat pendedahan kebaikan susuibu. Namun beliau memberi alasan sibuk dan tidak mampu untuk mengepam di pejabat. Namun beliau teruja dengan cadangan kawan-kawannya yang mengamalkan pengambilan supplement brand XXXX yang dikatakan boleh membanyakkan susuibu. Beliau mencubanya dan kesannya sangat hampa dan mengatakan brand XXXX tidak bagus.

Punca masalah :
Saerah tidak memahami konsep asas penyusuan susuibu. Penghasilan susuibu berlandaskan konsep  permintaan dan pengeluaran. Lebih banyak yang diminta maka lebih banyak yang ditawarkan. Bermaksud lebih banyak penyusuan secara langsung @ direct feeding / kekerapan perahan @ consistantly pumping maka lebih banyak susu yang dihasilkan. Makanan tambahan atau milk booster tidak akan memberi kesan apa2 ke atas penghasilan susuibu jika konsep asas ini tidak difahami.

Penyelesaian :
Saerah perlu pandai membahagikan masa dipejabatnya untuk membuat jadual perahan berkala iaitu perahan yang konsiten supaya penghasilan susuibu telah berlangsung dengan berterusan.

........................................................................................................................................

Kes Keempat
Rohaiza seorang kakitangan kerajaan dan beliau seorang yang kuat semangat untuk menyusukan anaknya. Beliau sangat yakin dengan amalan pemakanan yang sihat demi memastikan susuibu yang dihasilkan memberi kesan yang sangat baik pada perkembangan anaknya. Namun satu hari beliau telah disahkan mendapat penyakit kurap kulit di belakang badannya. Beliau diminta oleh doctor menghentikan penyusuan susuibu kerana beliau terpaksa bergantung dengan kesan ubat yang sangat tinggi untuk membaik pulih kesihatan beliau.

Punca masalah
Penyakit yang dilaluinya berpunca dari pemakanan yang tidak seimbang hakikatnya beliau mungkin kekurangan zat terutama vitamin yang berkaitan dengan sistem imunisasi. Beliau hanya bergantung dengan seorang panel doktor tanpa mencari alternatif lain untuk merawat penyakitnya itu.

Penyelesaian
Sebenarnya beliau boleh mendapatkan beberapa pendapat doctor bagi merawat sakitnya itu. Setiap doktor mempunyai pandangan dan cara perawatan yang berbeza. Beliau boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar pemakanan jika mahu menggunakan perawatan melalui pemakanan dan bukan semata bergantung dengan perubatan sahaja.
........................................................................................................................................

Kes Kelima
Suzi seorang peminum coffee tegar. Beliau mendapati penghasilan susuibunya semakin merosot dan makin merosot walaupun membuat perahan yang konsisten. Suzi mudah penat dan stress walaupun bekerja hanya seorang guru sekolah.

Punca masalah 
Coffee mengandungi kafien. Sifat kefien merosakkan semua zat vitamin yang sedia ada dalam tubuh manusia. Sifat vitamin sangat fragile. Ianya mudah musnah apabila pengambilan kafien yang banyak, keletihan melampau, panas terik dan stress. Secara tidak langsung ia boleh mengganggu penghasilan susuibu.

Penyelesaian
Suzie boleh kurangkan pengambilan minuman coffee dan menggantikan dengan teh yang rendah kafien bagi membantu menjaga semua zat makanan yang sedia ada dalam badan si ibu.

Sumber: Ibu Addinnasa

Tepuk dada tanya akal ya...


Thursday, October 20, 2011

OSTERMATRIX MEMBANTU ATASI MASALAH SUKAR BANGUN TIDUR DAN SUSU MERUNDUM

Ostemarix = kalsium.

Anda mengalami sakit belakang? sakit lutut? gusi berdarah sewaktu mengandung? kejang kaki?
Tahu tak sebab apa semua itu terjadi. Ini adalah kerana anda kekurangan kalsium. 

Mama masa mengandungkan Qaireen 3 bulan dah mula sakit lutut, belakang, gusi berdarah dan kaki selalu krem. So lepas ambil kalsium barulah rasa kurang. Kebetulan mama tak lalu minum susu, sebab mama alah teruk. Apa yang mama makan semua keluar balik sehingga kandungan mama berusia 5 bulan, baru lah tak muntah2.

Apa yang bestnye bila ambil kalsium ni, anak yang lahir pun "kuat dan tak lembik". Badan Qaireen mmg tegap, dan lengkuknya juga tidak mudah terlentuk seperti baby2 yang lain. Hari ke-4 di NICU Qaireen dah boleh angkat tengkuk sendiri. Terkujut mama!! masa tu Qaireen kena kuning teruk. So bila nurse meniarapkan dia, dia tak nak. Sambil angkat kepala dia menangis..heheee..bila teringat waktu tu, sedih sangat!

Sekarang ni pula mama menyusukan Qaireen sepenuhnya. Lagilah banyak kalsium yang mama perlukan untuk disalurkan kepada Qaireen melalui susu mama. Setiap hari mama akan ambil 2 biji Ostematrix dan kalau period mama akan ambil 4 biji. Kadang tu bila mama rasa macam susu mama "kurang" mama mulalah ambil 4 biji balik.

Bulan lepas mama jumpa dentist, dentist tu pun fully breastfeed juga. Dia terkejut sebab Qaireen dah ada 16batang gigi walaupun baru berusia 1 tahun 4 bulan. Dia cakap Qaireen dapat cukup kalsium. Mama happy sangat! Ialah, dari Qaireen dalam perut mama ambil kalsium..sampailah sekarang. Kalau terlupa nak ambil Ostematrix, mama mesti sakit pinggang dan susah nak bangun pagi! Sampai baba naik bosan kejutkan mama tiap2 pagi..kekekeke....



Mama sedihlah sebab ramai yang mengambil remeh tentang keperluan kalsium dalam diet harian ditambah ramai yang alah dengan minuman tenusu terutamanya susu. Apatah lagi kalsium banyak terdapat dalam keju, sayuran hijau sepert brokoli, kekacang, soya , ikan bilis dan sardin. Namun cara pengamalan kita memasak makanan tersebut hakikatnya telah sedikit sebanyak mengganggu khasiat kandungan bahan tersebut.

Bagaimana untuk anda ketahui adakah anda perlu mencuba Ostematrix Shaklee? Cuba muhasabah diri anda dengan keadaan ini ;

  1. sering keletihan
  2. sering mengalami sakit belakang
  3. anggota badan sering cramp
  4. sakit bahagian leher dan tengkuk
  5. tumit kaki pecah dan kasar
  6. susah bangun tidur
  7. sakit kepala yang kerap @ migraine
  8. sering sakit gigi
  9. Ibu yang menyusu : anak yang disusukan sepenuhnya dengan susuibu lambat tumbuh gigi.
  10. Ibu yang menyusu : perlukan kalsium, susu berkurang terutama semasa PMS atau mula menurun
Tepuk dada tanya badan anda dan baby anda..sayangilah diri kita. Macam mana nak jadi SuperMak kalau kita asyik letih dan asyik sakit2 je?

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh email ke mamaqaireen@yahoo.com atau sms/WhatsApp 017-5657552 atau PM mama dia FB Dilla Jalil untuk pesanan dan consultasi percuma serta promosi terkini.


Monday, September 19, 2011

KENAPA SUSU SAYA SIKIT WALAUPUN SAYA MASIH DALAM PANTANG


Mama nak bercerita lagi tentang masalah penyusuan yang sering di utarakan terutamanya bagi ibu - ibu yang pertama kali melahirkan bayi. Bagi sesiapa yang mengikuti coretan mama sebelum ni berkenaan dengan penyusuan tentunya anda tahu konsep asas penyusuan. 
Perlu diingatkan..lebih kerap kita menyusukan anak kita..lebih banyak susu kita dapat dihasilkan. Kenapa jadi macam tu??

Contoh : Masalah seorang ibu.
"saya masih dalam pantang, tapi susu saya tak banyak..anak pula asyik nak mengempeng je..hampir setiap jam nak susu, siang malam pagi petang. Bila saya bagi susu formula waktu malam, baru dia tidur lena" 

Persoalannye..adakah betul tindakan ibu tersebut??
SOALAN :
1. KENAPA BAYI ASYIK NAK MENGEMPENG?
2. KENAPA BILA BAGI SUSU FORMULA BARU TIDUR LENA?
3. KENAPA SUSU SIKIT?

JAWAPAN :
1. Adalah biasa bagi bayi yang baru lahir kerap menghisap susu. Kadar purata bagi bayi baru lahir, terutama yang masih dalam pantang atau 3 bulan pertama ialah setiap 2 jam sekali. Sila baca di siniQaireen dulu tak sampai 1jam sekali nak isap susu. Kadang tu..tiap2 jam..  

2. Ini terjadi kerana, susu ibu sangat mudah hadam dan ia akan membuat bayi cepat lapar dan tidak akan menyebabkan masalah sembelit dan lain - lain penyakit. Susu formula tidak mudah hadam..ia memerlukan masa yang lama untuk dihadam dalam perut bayi. 

3. Susu dihasilakn daripada hormon dan otak memainkan peranan penting dalam penghasilan susu tersebut. Bila ibu tersebut kurang menyusukan bayi, maka otak akan menghantar isyarat dan mengatakan bahawa tiada permintaan. Boleh baca di sini.

Qaireen baru habis pantang..debab!

Selain itu cuba perhatikan juga.

Kencing dan najis bayi
Secara logiknya, kalau intake ada, sure output pun ada kan. So kalau bayi anda ada kencing dan berak..tentunya dia cukup minum dan susu anda cukup untuk anak anda. Lagi pun bayi baru lahir, sikit je dia minum. Maklumat di sini.

pembuangan air kencing: 6-8 kali dalam tempoh 24jam 
pembuangan air besar : 3-8 kali dalam tempoh 24jam (semakin berkurang bila usia meningkat) tidak cair, tidak berketul dan berwarna kuning keemasan

Periksa teknik lekapan (latching)
Pelekapan tidak sempurna menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya. Dan ini menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan efektif.. apabila payudara tidak dikosongkan, maka hormon FIL (feedback inhibitor of Lactation) akan bertindak dan menyebabkan kurang susu. Apa itu FIL? sila klik di sini

Pertumbuhan bayi dan fizikal bayi.
Berat bayi bertambah dari minggu ke minggu dan meningkat bulan ke bulan, biasanya selepas lahir bayi akan hilang berat badan sebanyak 7% dan mula bertambah semula apabila mencecah usia 6-10 hari. So jangan risau. Qaireen dulu pun macam tu juga.
Berat bayi akan bertambah 100-200g setiap minggu dalam 6 bulan pertama, 85-140g antara 6 bulan - 1 tahun. Berat bayi berganda pada usia 6 bulan, dan 3x ganda pada usia 1tahun.

Kalau bayi anda sihat, ceria, muka tidak pucat, kulit bersih dan sihat, InsyaAllah, susu anda cukup untuk anak anda.
Cuma mungkin ada beberapa ketika bayi anda secara tiba - tiba menangis, tiba - tiba kuat menyusu dari biasa dan kelihatan tidak selesa..itu juga normal. Mungkin bayi anda mengalami Growth Spurt. 
Paling penting ibu kena bertenang dan jangan stress. Lagi satu, biasanya kalau berpantang dengan orang tua..mereka sering menyuruh anda memberi bayi air masak kan?? Tolong jangan beri apa - apa sahaja air! melainkan susu ibu. Susu ibu mengandungi 80% air, so bayi anda tidak akan sembelit. Susu ibu juga mengandungi fore milk dan hind milk.

Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim dihujung penyusuan. Susu ini dipanggil 'susu akhir'. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu iibu berikut:

susu pertama (foremilk) 
kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga.

susu pertengahan
mengandungi lebih khasiat protein.

susu akhir (hind milk) 
kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi memerlukan susu ini untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya.



Wednesday, July 13, 2011

FAKTOR YANG MENYEBABKAN KURANG PENGELUARAN SUSU IBU



Ramai yang bertanya apa pemakanan atau tindakan yang boleh menambah pengeluaran susu ibu, tetapi tidak ramai yang sedar mereka juga perlu mengetahui faktor yang menjadi punca kekurangan susu ibu. Dengan mengetahui punca sesuatu masalah kita dapat mencari penyelesaian bagi masalah tersebut.

Berikut disenaraikan faktor yang mungkin boleh menjadi punca kekurangan pengeluaran susu ibu menurut pembacaan saya :-

(1) Tekanan @ stress
Tekanan ini bukan sahaja boleh berpunca dari pelbagai masalah yang dihadapi dalam hidup sehari-hari malah ramai ibu-ibu yang secara tidak sedar akan berasa tertekan apabila mendapati pengeluaran susu mereka berkurangan.
Diakui adalah amat sukar untuk tidak berasa tertekan, tetapi sebolehnya elakkan terlalu memikirkan masalah kekurangan susu ibu lebih-lebih lagi sewaktu memerah susu atau menyusukan bayi. Dakap bayi dan tenangkan fikiran. Jika tidak bersama bayi lihat gambarnya atau bayangkan saat-saat ketika bersama dengan bayi anda bagi membantu pengeluaran.

(2) Keletihan atau kurang tidur
Tugas menjadi seorang ibu bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa bangun pada waktu malam untuk menyusukan bayi atau menenangkan bayi yang terjaga kerana lampin yang basah. Walau bagaimana pun ini tidak bermakna ibu-ibu boleh menjadikan ini sebagai alasan untuk kurang tidur.
Keletihan bukan sahaja boleh mengganggu pengeluaran susu malah ia boleh mengganggu fungsi badan yang lain. Termasuk juga sistem pencernaan. Dapatkan bantuan suami untuk membantu menyalin lampin bayi secara bergilir-gilir pada waktu malam. Bagaimana pun anda masih perlu bangun pada waktu malam untuk menyusukan bayi. Tetapi perlu berasa bertuah kerana tidak perlu bangun untuk memanaskan air dan membancuh susu.
Tidur siang dalam jangka masa yang singkat boleh membantu mengurangkan keletihan tetapi pastikan anda tidak tidur berlebihan.

(3) Kurang minum air
Badan kita menggunakan banyak air untuk pelbagai fungsi termasuk untuk menghasilkan susu yang mencukupi. Pengambilan air yang terlalu kurang boleh mengganggu pengeluaran susu.

(4) Kehamilan
Biasanya pengeluaran susu selepas bulan keempat kehamilan akan mengalami sedikit kemerosotan. Walau bagaimana pun pengeluaran akan kembali normal selepas kelahiran bayi.

(5) Pengambilan pil perancang

Walau pun ia jarang berlaku terdapat juga kebarangkalian pengeluaran berkurangan apabila ibu mengambil pil perancang kehamilan.

Terdapat juga faktor lain yang tidak dinyatakan seperti masalah ketidakstabilan hormon yang tidak dapat saya nyatakan di sini kerana tidak begitu pasti bagaimana ianya terjadi. Walau bagaimana pun, saya akan update sebaik sahaja mendapat maklumat mengenainya. Sebagai alternatif anda juga boleh bertanya dengan mana-mana pakar laktasi mengenai perkara tersebut.

Pastikan anda bertanya di tempat yang betul sekiranya mengalami masalah penyusuan.

PENYUSUAN SUSU IBU


Sunday, July 3, 2011

KENAPA SUSU SAYA KURANG??


PUNCA :

·         Kurang meyusukan / tidak menyusukan baby selepas kelahiran.
Seperti yang kita tahu, setelah baby dilahirkan kita kena menyusukan dia selepas 1jam. Ini bertujuan untuk meransang penghasilan susu, sebenarnya bayi yang baru lahir atau berusia sebulan ke bawah memang normal kalau kerap menyusu. Purata kekerapan baby yang baru lahir menyusu ialah 8 – 12 kali sehari.  Dengan kata lain, lebih kurang setiap 1jam 30 minit hingga 2jam sekali baby nak susu.
Kita harus tahu tentang konsep suppy & demand dalam proses menghasilkan susu. Jangan risau selagi baby menyusu, susu akan tetap terhasil! 

·         Kekeliruan puting dan Hisapan tidak betul
Masalah kekeliruan putting juga menjadi punca kenapa susu kita kurang. Bila baby dah di biasakan dengan puting botol susu, maka baby akan mengalami masalah kekeliruan. Tentunya bayi lebih gemar menghisap susu dengan menggunakan botol, ini kerana baby tidak perlu bersusah payah untuk menghisap kerana susu tu dengan sendirinya akan keluar.
Hisapan tidak betul juga boleh mengganggu pengeluaran susu. Bila baby isap dengan cara salah, tentunya susu kurang keluar, dan nipple ibu akan berasa sakit. Ini akan menyebabkan ibu mula putus asa. Pastikan baby isap dia areola dan bukannya di puting.

·         Emosi ibu kurang stabil
Bila kita dalam pantang, kita akan rasa letih, stress dan macam – macam lagi. Pastikan ibu - ibu dapat rehat denagn secukupnya, kalau boleh biarlah suami atau ahli keluarga yang buat kerja rumah. Bila anak tidur ibu pun tidurlah juga, ini kerana masa baby tidurlah ibu dapat berehat! Sekiranya ibu tidak dapat rehat dengan secukupnya, ia akan mengundang stress dan tekanan lantas mengganggu proses penghasilan susu.

·         Bayi beralih bulan (growth spurt)
Growth spurt ni, lain baby..lain keranahnya. Ada baby bila growth spurt mereka kerap menyusu, seperti tak cukup – cukup atau seperti kita dah “tak ada susu”. Ada pula tak mahu susu dan asyik menangis je. Biasa baby yang baru masuk 10 hari, 3 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan (mengikut umur baby + – ) akan mengalami growth spurt.

·         Kurang menyusu waktu malam
Bagi baby awal 2bulan, mereka agak kerap menyusu. Malah pada waktu malam juga kita harus menyusukan mereka. Teruskan menyusu tidak kira siang atau malam.

·         Ibu tidak mengosongkan breast (tidak pam)
Sekiranya baby tidak mahu menyusu, maka ibu perlulah pam. Ini kerana, susu mengandungi FIL (feedback inhibitor of lactation) iaitu faktor menghalang penyusuan. Bila breast dipenuhi susu, maka FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. Bila breast kosong, FIL akan berkurangan.

·         Ibu datang bulan (period)
Ini memang biasa dan sering terjadi kepada ibu – ibu yang menyusu.

·         Pengambilan ubat / kafin
Ada sesetengah antibiotic dan pil perancang menyebabkan gangguan kepada pengeluaran susu, malah dengan pengambilan kafin yang terlalu banyak juga ia boleh mengurangkan penghasilan susu.

·         Memperkenalkan terlalu awal Solid Food / FM / Pacifier

Jangan offer any nestum / food (untuk baby below 6 months) / formula milk / pacifier (puting getah tiruan) kerana ini definitely akan menghalang baby menyampaikan mesejnya kepada breast. Bila dah start dengan solid food baby akan kenyang dan kurang menyusu.

·         Ibu merokok / alcoholic
Tentu sekali akan mengurangkan susu..betul tak??



CARA ATASI:

ü  Kerapkan meyusu bayi / pam
ü  Massage breast / tuam
ü  Makan makanan seimbang / ambil supplement
ü  Minum air secukupnya
ü  Berfikiran positif
ü  Memilih pam susu yang sesuai
- hospital grade, teknik yang betul – cepat dan berkesan.
- strategi – power pumping, pam waktu malam, tandem nursing.
ü  Skin to skin
ü  Offer both breast.



Tuesday, May 10, 2011

Kenapa susu saya makin sikit bila makan vitamin?


Ada sesetengah ibu - ibu yang mengambil vitamin merasakan susu mereka semakin kurang. Kenapa ini terjadi??

Mama sering katakan kepada ibu - ibu yang mengambil vitamin shaklee terutama yang mengambil set B supaya lebihkan pengambilan air masak. Malah mama juga ada mengatakan bahawa tindakbalas vitamin shaklee ini juga bergantung kepada badan individu itu sendiri. 

Ada setengah individu, perubahan dapat dilihat sejurus sahaja sehari selepas pengambilan vitamin. Tak kurang juga ada yang mengambil masa berminggu-minggu dan berbulan. Badan mama sendiri memerlukan masa sehingga 1

ke 2 minggu baru mama nampak akan perubahan tersebut! Y

ang penting kita perlu banyak bersabar, teruskan pengambilan vitamin seperti yang disarankan mengikut jadual..InsyaAllah, vitamin bukan macam makan ubat ye. Makan terus baik. Makan vitamin kena banyak bersabar.


Seperti menanam pokok, tak kan hari ni kita tanam..esok dah tumbuh tinggi betul tak?? Kita mestilah kena siram setiap hari seperti mengikut jadual dan memberi baja. Barulah pokok tersebut tumbuh dengan tinggi.


Berbalik kepada set B tadi..ini contoh masalah yang pernah di katakan:

"Tolonglah saya, kawan bagi tahu tak boleh minum air banyak sangat nanti kecairan nutrien dalam badan secara langsung efek pada susu saya...tapi akak kata kena minum banyak air jika amik vitamin. Mana yang betul ni?"


Penyataan yang dikeluarkan oleh teman kepada yang menghantar email ini...

"tak boleh minum air banyak sangat nanti akan berlaku kecairan nutrien dalam badan "

Statement ini BETUL pada keadaan individu yang tidak mengambil APA-APA supplement.


Namun jika anda seorang pengamal supplement, badan anda memerlukan lebih banyak air dari kadar biasa...bermaksud lebih banyak air lebih baik agar vitamin tadi dapat disalurkan ke dalam tubuh secara menyeluruh dan lebih baik.


Ibu mendapat panggilan dari auntie Ina yang berada di Penang, beliau mengakui beliau mengamalkan minum air sebanyak 6 liter sehari kerana apa yang beliau belajar selama mengambil produk kesihatan H****L***, air perlu banyak supaya badan dapat me-nyah segala toksin dan vitamin dapat diserap dengan baik oleh tubuh. Beliau berkata ingin mencuba produk Shaklee kerana ingin mendapatkan kesihatan yang optimum.

Namun ini tidak bermaksud ibu meminta semua pengamal vitamin meng "consume" 6 liter air setiap hari, memadai lebih dari 2 liter adalah penyataan terbaik dapat ibu berikan.

Bagaimana saya nak tahu air cukup untuk badan saya setelah mengambil vitamin?

Indicator terbaik boleh kita lihat sama ada kita kurang air atau cukup air ialah dengan melihat warna urin. Jika terlalu kuning maka bermaksud terlalu kurang air. Memang betul pengambilan vitamin B complex akan membuatkan urin kita bewarna kuning namun itu juga sebagai SATU TANDA bahawa badan perlukan lebih air.

Mengapa selepas amik supplement susu saya berkurang?

Ianya boleh berlaku jika PENGAMBILAN AIR YANG KURANG dan tidak selari dengan vitamin intake.

Jika dahulu tanpa pengambilan vitamin mungkin boleh dapat sekali sesi ialah 4oz, suddenly lepas amik supplement, production per sesi ialah 2 oz....ini boleh berlaku kerana pengambilan vitamin akan membuatkan darah kita lebih pekat. Maka jika sebelum ini si ibu dapat 4 oz namun jika diperhati betul2, susu itu adalah sedikit cair berbanding dengan 2 oz selepas amik vitamin dan ianya kelihatan SANGAT PEKAT.

Ini bermakna si ibu perlukan lebih air untuk memastikan susunya lebih banyak.

Sangat penting pengambilan air yang banyak untuk memastikan badan kita sihat dan dapat menyerap segala vitamin yang diambil dengan baik.

Tanda kekurangan air antara lain ialah:

1. Kerap sakit kepala

2. Muka berjerawat

3. Senang moody dan susah hati.

4. Badan senang sakit2.

Semoga entry ini membantu ibu2 yang mengambil supplement memastikan pengambilan air yang cukup demi kesihatan diri dan keluarga tersayang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...