MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label PERIHAL KANAK2. Show all posts
Showing posts with label PERIHAL KANAK2. Show all posts

Friday, October 31, 2014

5 Cara Tidak Boleh Memukul Anak Cara Islam

Anak adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Sebagai ibu dan bapa kita seharusnya bijak untuk mengajar anak kita ilmu di dunia dan akhirat. Kita yang mencorakkan kehidupan mereka, tetapi sebagai manusia biasa. Tentunya kadang2 kita akan diuji dengan cabaran menjaga anak2 kita. Nak buat macam mana kan? Anak2 yang bijak memang aktif dan duduk tak diam ;)



Bila anak2 bijak ni aktif, kita boleh menasihati mereka. Tetapi ingat, jangan melampaui batas untuk memarahi atau memukul mereka. Budak2 ni hatinya bersih, kalau dari kecil dah biasa dipukul atau diherdik. Tak mustahil dah besar nanti akan memberontak pula (nauzubillah). 

So hari ni saya akan share serba sedikit 5 Cara Tidak Boleh Menghukum Anak Cara Islam.

1. Memukul Pada Wajah 
Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

2. Kemarahan Melampau
Menampakkan kemarahan yang ketara Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah.” 

3. Memukul Di Dalam Keadaan Sangat Marah 
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). 

Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini.” 

4. Bersikap Terlalu Keras & Kasar 
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.” 

5. Memukul dengan benda keras 
Sekiranya anda memukul anak anda dengan benda keras atau tajam sehingga berbekas. Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak. 

Sumber: Detik Islam 


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

mamaqaireen.com (blog shaklee)

COD : KFC Medan Gopeng



Wednesday, October 15, 2014

Bila Anak Bijak Dah Pandai Bercakap

Setiap ibubapa mesti inginkan anak yang sihat dan bijak betul tak? Daripada mengandung lagi kita akan berdoa dengan Allah semoga anak yang kita kandungkan tu menjadi anak yang soleh / solehah, sihat dan bijak. Masa mengandung pelbagai surah yang kita boleh amalkan. Macam saya dulu, saya amalkan membaca buku arwah nenek Qaireen. Anda boleh KLIK DISINI untuk melihat beberapa surah yang elok anda amalkan ketika mengandung.


Apa yang saya nak cerita hari ni..pasal anak saya yang sulung tu Qaireen. Sekarang ni dia dah 4 tahun. Ingat lagi blog ni mula dibuat masa tu umur dia baru 4 bulan rasanya..hehee. Cepatnyelah hai masa berlalau. Sekarang Qaireen dah sekolah. Memag nak dia sekolah umur 4 tahun pun. Duduk rumah pun bukan buat apa. Sekurang2nya dia pergi ke sekolah, dia dapat berkawan dengan ramai orang. So dia tak lah bosan sangat kan?

Tengok Qaireen pakai tudung? aduyaiii......hahhahaha

Si Qaireen ni dia memang suka kacau adik dia tau. So 2 hari lepas..lepas dia tengok Hi5 masa tu Hi5 tengah nyanyi lagi Dinosaur. Lepas je habis lagu tu..dia menyakat adik dia. Siap buat gaya ala2 macam Dinosaur siap dengan suara garau lagi. (bertuah betul tau..nak marah, tapi nak tergelak pun ada). 

Masa tu saya ada dekat bilik belakang nak iron baju. Sampai ke belakang adik dia merangkak sebab takut dekat kakak..hehee. Pastu dengan muka tak bersalah Qaireen cakap.......

Qaireen : Mama, Qaireen jadi Dinosaur..warghhhhh!!!

Mama : Kakak, adik takut..kesian dekat adik..taknak lah buat macam tu.

Qaireen : Warghhhhhhh! Warghhhhhhh!

Mama : Ok kalau kakak jadi Dinosaur, mama jadi Giant!

Qaireen : Kalau mama jadi Giant..mama tak boleh masuk dalam rumah. (dengan bangganye nak bagi tahu dia lagi berkuasa)

Mama : * terdiam sambil ada bunyi dekat belakang telinga krik..krik..krik..krik....
Mama : Tak pelah mama tak boleh masuk rumah, mama duduk luar rumah..pastu mama intai kakak dekat tingkap..pastu mama cakap "hai kakak, tengah buat apa tu?"

Qaireen : *terus menangis..TAK NAK!!!!!!

Mama : hhahahahahaha...

Tengoklah si Qaireen tu..bukan main lagi dia menjawab kan? Camne pulaklah dia boleh dapat idea nak cakap macam tu? Saborrrr jelah..hahahha

Last2 kita sebagai mak, apa yang boleh cakap..... "anak bijak memang macam tu" ;)

Ok ni saya kongsikan bersama 20 Tips Mendidik Anak Bijak Cemerlang

Lepas ni giliran Hasya pula, sekarang ni umur baru nak masuk 1 tahun 2 bulan pun..dah nampak hebatnye..jalan pun belum lagi. Alamakkk lagi lambat jalan, lagi panjanggggggg akalnye!kekekeke...

Pengsan~~~~ ^_^


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng

Wednesday, December 18, 2013

Jangan Ajar Anak Cakap Pelat.


Memang seronok melayan bayi bercakap. Dalam bahasa bayi yang kedengaran lucu pasti kita tak kering gusi mendengarnya. Apatah lagi ia disertakan dengan mimik muka si comel yang tidak puas dipandang. Rasa terhibur sangat.
Bayi anda akan mula bercakap dalam bahasanya sendiri tidak kira malam, siang, pagi atau ketika terjaga dari tidur. Keinginannya untuk meningkatkan kemahiran pertuturan perlu diberi galakan. Bagaimanapun jangan sekali-kali anda turut meniru gaya si kecil bercakap. Misalnya ‘aaa’, ‘aaau’, ‘uuu’ dan sebagainya. 
Tanpa anda sedari perbuatan tersebut akan menggalakkan bayi belajar bercakap secara pelat. Anak-anak kecil mudah terpengaruh dengan perkara pertama yang mereka dengar. Untuk merangsang kemahiran pertuturan si kecil, anda perlu rajin bercakap dengan mereka sejak usia bayi lagi.
Walaupun ketika itu bayi anda tidak faham apa yang dituturkan tetapi bayi boleh menyimpan apa yang didengar dalam kotak memorinya. Pastikan anda sentiasa bercakap dalam bahasa yang betul iaitu tidak pelat dengan anak kerana mereka akan meniru kata-kata yang keluar dari mulut ibu bapa. 
Sumber : PaMa

Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh, Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552

Tuesday, December 17, 2013

Wow!! Bagusnya Khasiat OMEGA-3 Untuk Budak Sekolah

Tiada seorang ibu pun mahukan anak mereka gagal dalam pelajaran. Oleh itu salah satu cara terbaik untuk meransang minta anak kita adalah dengan memberi makanan yang mengadungi Omega-3. 

Kenapa Omega-3?

Omega-3 sangat berkesan untuk Fungsi Otak setiap manusia.

Mengapa Omega-3 dikatakan 'Brain-booster'?


Sebahagian besar otak manusia terdiri daripada lemak 'baik' atau dikenali sebagai asid lemak. Dan kebanyakan lemak baik adalah Omega-3. Kajian telah membuktikan yang diet yang kaya dengan Omega-3 dapat meningkatkan  keupayan belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, daya tumpuan, daya ingatan dan kemahiran berkomunikasi. Omega-3 juga terbukti mampu memberikan mood positif dan keseimbangan emosi, dan dapat mengekalkan kesihatan mental semakin kita berumur.

Bagaimana Omega-3 Membantu Fungsi Otak?

Di dalam otak kita terdapat banyak neuron (sel yang menghantar mesej dari otak ke bahagian tubuh lain). Dinding neuron inilah yang terdiri daripada lemak 'baik' ini. Bagi memastikan neuron-neuron ini dapat berkomunikasi dengan baik, dinding neuron mestilah cukup fleksibel untuk membenarkan molekul-molekul penting menembusinya. Faktor-faktor seperti penuaan, diet yang tinggi kolestrol dan lemak tepu akan menjadikan dinding neuron ini mengeras. Ini mengakibatkan molekul-molekul penting tidak dapat menembusi dinding neuron dengan baik dan akibatnya berlakulah ketidakseimbangan emosi, kesukaran untuk belajar, daya ingatan menjadi tumpul, dan pelbagai kemerunduman fungsi otak.

Dengan menambah Omega-3 dalam diet harian, kita dapat memulihkan sifat lentur dan fleksibel dinding neuron dalam otak, seterusnya meningkatkan komunikasi sel dan fungsi otak.

Selain itu, khasiat Omega-3 juga adalah mencairkan darah di mana lebih banyak oksigen dapat disalurkan kepada otak dengan lebih baik, seterusnya meningkatkan fungsi otak itu sendiri.

Jom tengok video di bawah ni..anda pasti teruja!



Shaklee juga ada produk yang menghasikan Omega-3 iaitu Omega Guard Shaklee. Sila klik DI SINI untuk pelbagai info berkenaan dengan Omega Guard Shaklee.

Berminat dengan Omega Guard Shaklee? Boleh hubungi....

Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh, Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552

Thursday, December 12, 2013

Faham Tingkah Laku Anak

Dalam perkembangan mental kanak-kanak, selain daripada perkembangan kognitif iaitu pemikiran dan fungsi otak, aspek perasaan dan tingkah laku emosi tidak kurang penting. Ia boleh diklasifikasikan dalam dua perkara iaitu:

Faktor luaran - kanak-kanak sering menunjukkan emosi melalui riak muka seperti ketawa, senyum, menangis, bermasam muka, tidak berkata-kata dan sebagainya.


Faktor dalaman - perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkah laku emosi yang berubah-ubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan sebaya.

Emosi adalah penggerak pada tingkah laku kanak-kanak dan merupakan cara termudah untuk mereka melahirkan apa yang difikirkan dan dirasakan. Segala situasi yang berlaku di sekeliling dan perubahan yang dilalui akan mempengaruhi tingkah laku emosi seperti meradang, marah, naik angin, takut, benci dan sebagainya.

Situasi yang melibatkan tingkah laku emosi kadang kala sukar dinilai terutama di kalangan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana perubahan yang berlaku dalam diri kanak-kanak tidak seimbang.

Setiap perubahan yang berlaku adalah disebabkan perubahan luaran dan dalaman yang berkait rapat dengan perubahan biologi yang kurang konsisten. Seorang kanak-kanak dalam masa yang sama harus mengimbangi perubahan diri dan juga penyesuaian faktor luarannya.

Ia mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap reaksi kanak-kanak. Sekiranya ibu bapa kurang sensitif dengan perubahan emosi dan biologi kanak-kanak itu, kanak-kanak yang bijak akan mula memanipulasi ibu bapa untuk memenuhi kehendak mereka.

sumber : Pa&Ma



Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552

Friday, November 15, 2013

Menconteng Rangsang Kreativiti


Mesti anda biasa menjerit apabila si kecil sudah pandai menconteng. Siapa yang tak naik angin bila lihat dinding rumah yang cantik berseri penuh dengan hasil seni lukis anak tersayang.
Oh! Bersabarlah bila berhadapan dengan situasi ini kerana sebenarnya anak anda sedang  mengasah bakat dan kreativitinya. Kanak-kanak usia dua hingga tiga tahun memang gemar menconteng. Bila terjumpa pensil warna, dia akan terus menconteng tak kira di mana.
Jadi, untuk memastikan si manja dapat terus berkarya dan dalam masa yang sama, anda tidak naik angin melihat ‘kecantikan’ dinding rumah, berikan dia ruang untuk mengasah kreativitinya.
  1. Sediakan kertas lukisan besar
Kadang kala anak lebih suka melukis di dinding rumah yang luas. Jadi, apa kata anda lekatkan kertas lukisan bersaiz besar di dinding. Biarkan anak mengekspresi dirinya kerana aktiviti menulis dan melukis mampu merangsang kreativitinya.

  1. Kotak warna putih
Rasanya, anak-anak kecil berminat menconteng ruang berwarna putih bersih. Apa kata anda sediakan sebuah kotak putih yang boleh dihiasi mengikut kreativitinya.

  1. Pakaian lama
Kadang-kala anak gemar menconteng baju. Oleh itu sediakan baju lama yang sudah tidak digunakan sebagai tempat dia melukis dan menconteng. Sebaiknya baju yang tidak bercorak atau lebih baik berwarna putih.

Saturday, March 9, 2013

Lambat Bertutur, Adakah Si Manja Anda Normal?

lambat cakap

Anak anda sudah menjangkau usia tiga tahun tetapi masih belum bertutur? Mungkin dia mampu melafazkan beberapa perkataan tetapi masih jauh ketinggalan jika dibandingkan kanak-kanak seusianya yang lain. Adakah ini normal atau satu isyarat lain yang mana anda perlukan pandangan pakar?

Tahap perkembangan pertuturan si manja biasanya siring dengan peningkatan usianya atau sebaliknya. Jadi, penting untuk para ibu bapa mengenal pasti keupayaan anak bertutur agar si kecil seiring perkembangannya. Sebagai insan paling rapat dengan mereka, sudah tentu anda boleh merasakan sesuatu jika ada yang ‘kurang’ pada anak ini. Jadi, lebih mudah untuk ibu bapa membincangkan dan mendapatkan pandangan pakar tentang teknik meningkatkan keupayaan komunikasi kanak-kanak ini.

Bagaimana cara menilai keupayaan kanak-kanak ini bertutur atau berkomunikasi? Berikut beberapa panduan yang boleh membantu anda :

Sebelum 12 Bulan
Sangat penting untuk anda mengenal pasti sama ada si manja anda sedang menggunakan suara mereka untuk berhubung dengan persekitarannya. Berdekut (bercakap secara lembut) dan mengagah adalah peringkat awal perkembangan pertuturan si manja. Apabila semakin membesar (sekitar 9 bulan), bayi anda mula menggabungkan bunyi yang dihasilkan seperti “mama” dan “papa” (walaupun masih belum benar-benar memahami perkataan yang dilafazkan itu).

Dalam usia ini juga si manja anda perlu peka kepada bunyi dan mula mengenali nama-nama objek yang biasa diperhatikannya seperti botol susu dan puting. Bayi yang bersungguh-sungguh memerhati tetapi tidak bertindak balas kepada bunyi yang terhasil menunjukkan tanda-tanda hilang pendengaran.

Dari 12 Hingga 15 Bulan
Dalam usia sebegini si manja perlu menghasilkan pelbagai bunyi pertuturan ketika diagah seperti p, b, m, d, atau n. Mereka mula meniru bunyi yang lebih kurang dengan perkataan yang diucapkan oleh ahli keluarganya. Biasanya satu atau lebih perkataan yang diucapkannya (tidak termasuk “mama” dan “papa”) secara spontan. Kata nama seperti “bayi” dan “bola” adalah perkataan awal si manja. Anak anda juga berupaya untuk memahami dan mengikut arahan mudah seperti “berikan mama bola itu.”

Dari 18 Hingga 24 Bulan
Keupayaan kanak-kanak adalah pelbagai. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 18 bulan mampu menyebut 20 perkataan. Apabila menginjak usia dua tahun pula mereka boleh menyebut 50 perkataan atau lebih.

Sewaktu di usia dua tahun si manja anda mula menggabungkan dua perkataan untuk membuat ayat-ayat yang mudah seperti “baby menangis“ atau “lori besar.”

Dari 3 Hingga 4 Tahun
Ibu bapa sering menjadi saksi kebijaksanaan anak-anak menggunakan perkataan dalam komunikasi mereka. Perbendaharaan kata kanak-kanak di usia ini perlu menunjukkan peningkatan seiring dengan kefahamannya .

Pada usia tiga tahun, anak anda perlu memahami maksud “letak cawan itu di atas meja” atau “simpan permainan itu di bawah katil.” Anak anda juga harus tahu mengenal pasti warna dan memahami konsep deskriptif seperti; banyak berbanding sedikit.

Perbezaan Pertuturan Dan Bahasa
Pertuturan: Ungkapan bahasa lisan yang jelas bunyinya di mana bunyi dan perkataan terbentuk. Bahasa: Lebih luas dan merujuk kepada seluruh sistem penyataan dan penerimaan maklumat dengan cara yang bermakna. Ia memahami dan difahami melalui komunikasi lisan, bukan lisan dan bertulis.

Si manja mungkin bermasalah jika...
• Tidak menggunakan gerak isyarat, seperti menunjuk atau melambai selamat tinggal ketika usianya sudah menjangkau 12 bulan.
• Lebih gemar membuat gerak isyarat berbanding lisan dalam komunikasi meskipun usianya telah menginjak 18 bulan.
• Memiliki masalah untuk meniru bunyi sewaktu usianya menjangkau 18 bulan.
• Mempunyai kesukaran memahami permintaan lisan yang mudah.
• Hanya mampu meniru ucapan atau tindakan orang lain dan tidak mengeluarkan perkataan atau frasa secara spontan.
• Hanya menghasilkan bunyi atau perkataan-perkataan tertentu secara berulang kali dan tidak boleh menggunakan bahasa lisan untuk berkomunikasi dengan serta-merta.
• Tidak mampu mengikut arahan mudah.
• Mengeluarkan nada yang luar biasa (seperti berbunyi parau atau dari hidung).

Punca Lambat Bercakap
Banyak faktor yang boleh menyebabkan si manja lambat bercakap dan lemah perkembangan bahasanya. Antaranya mungkin disebabkan oleh gangguan secara lisan, seperti masalah dengan lidah atau lelangit. ‘Frenulum’ (tali lidah) pendek juga boleh mengehadkan pergerakan lidah untuk bercakap.

Kebanyakan kanak-kanak lambat bercakap adalah disebabkan oleh masalah motor-oral, bermakna ada komunikasi di kawasan otak yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan percakapan mereka tidak cekap. Mereka menghadapi kesukaran menggunakan dan menyelaras bibir, lidah dan rahang untuk menghasilkan bunyi pertuturan. Ucapan mungkin satu-satunya masalah atau boleh diiringi dengan masalah motor-oral lain seperti kesukaran menyusu.

Masalah pendengaran juga biasanya berkaitan dengan percakapan yang lewat. Sebab itulah pendengaran kanak-kanak perlu diuji oleh seorang ahli audiologi apabila timbulnya masalah pertuturan. Di kalangan mereka. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran mungkin mempunyai masalah untuk menjelaskan, memahami, meniru dan menggunakan bahasa.

Jangkitan telinga (jangkitan kronik) boleh menjejaskan keupayaan pendengaran. Jangkitan telinga yang ringan perlu diberi rawatan segera. Jika tidak, masalah ini boleh meninggalkan kesan kepada pertuturannya.

Rawatan
Jika doktor anda merasakan bahawa si manja mempunyai masalah pertuturan, penilaian awal oleh seorang pakar patologi pertuturan bahasa adalah amat penting. Sekurang-kurangnya, menerusi pemeriksaan terperinci daripada seorang pakar ia boleh meredakan kebimbangan anda.

Jika anda tidak tahu untuk mencari ahli patologi pertuturan bahasa sendiri, sila bertanya kepada doktor yang biasa memeriksa kesihatan anak anda. Mereka boleh membantu mendapatkan seorang pakar bertauliah untuk rujukan anda.

Dalam menjalankan penilaian, patologi pertuturan bahasa ini akan meneliti pengucapan kanak-kanak yang bermasalah dan menilai kemahiran bahasa dalam konteks pembangunan jumlah. Patologi pertuturan bahasa juga akan menjalankan ujian dan skala yang seragam. Mereka akan berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah pertuturan dan perkembangan bahasa pesakit.

Pakar patologi pertuturan bahasa juga akan menilai :
• Sejauh mana pemahaman si manja anda (Receptive Language)
• Perkataan yang boleh dilafazkan oleh anak anda (Expressive Language)
• Sama ada anak anda sedang cuba untuk berkomunikasi dengan cara lain seperti; menunjuk, menganggukkan kepala, isyarat dan sebagainya.
• Perkembangan bunyi dan kejelasan pertuturannya.
• Status motor-oralnya (sama ada mulut, lidah, lelangit dan sebagainya berfungsi seiring sewaktu bercakap, makan dan menelan)
• Jika pakar patologi mendapati anak anda memerlukan terapi pertuturan, kerjasama anda adalah sangat penting. Anda perlu memerhatikan sewaktu sesi terapi dilakukan dan belajar untuk menyertai proses tersebut. Ahli terapi juga akan menunjukkan cara yang anda boleh lakukan dalam membantu perkembangan pertuturan anak anda di rumah.

Apa Yang Anda Boleh Lakukan?
Menghabiskan banyak masa berkomunikasi dengan anak anda seperti ceramah, menyanyi dan menggalakkannya meniru bunyi dan gaya badan.

Membaca untuk anak anda, bermula seawal 6 bulan. Anda tidak perlu menghabiskan seluruh buku, tetapi mencari buku lembut bergambar yang bersesuaian dengan umurnya bagi menggalakkan si manja untuk melihat semasa anda menamakan setiap gambar yang terdapat dalam buku tersebut. Cuba mulakannya dengan buku-buku klasik (seperti Pat the Bunny) di mana si manja boleh meniru pergerakan menepuk atau menyentuh buku yang mempunyai tekstur. Kemudian, biarkan anak anda biasa dengan gambar-gambar yang dilihatnya itu dan cuba untuk menamakannya. Si manja anda mungkin mula menghafal cerita kegemarannya.

Gunakan situasi harian untuk memperkukuhkan ucapan serta bahasa anak anda. Dalam erti kata lain, bercakap dengannya sepanjang hari. Contohnya; nama makanan, nama kedai runcit, terangkan apa yang anda lakukan apabila anda memasak makanan atau membersihkan bilik, titik objek di sekitar rumah dan kerap bertanyakan soalan kepada si manja. Bualkan perkara-perkara yang mudah dan jangan sesekali menggunakan ‘bahasa bayi.’


Info dari : Pa&Ma



Monday, December 24, 2012

Bayi Tantrum..Apakah Itu Tantrum?

Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri.  Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:

Bayi Tantrum


1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek

Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.



FAKTOR PENYEBAB TANTRUM

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:

1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.

4)Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.

5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

7) Trauma @ Fobia
Anak disiksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa. 
Sumber : disini

Cara mengatasi tantrum


Cara Mengatasi Bayi Tantrum


Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
Sumber : FB   Prof. Dr. Rozieta Shaary 


Monday, December 10, 2012

Memupuk Pemikiran Kreatif

Memupuk Pemikiran Kreatif
Adakah menonton program pendidikan seperti Sesame Street
dapat membantu menjadikan anak anda lebih kreatif?
Profesor Madya Dr Teoh Hsien-Jin, Pakar Psikologi Klinikal.

Kanak-kanak dilahirkan dengan potensi untuk menjadi kreatif. Mereka berhak diberi peluang untuk mengasah bakat dan kreativiti mereka, dan menggunakan sepenuhnya potensi mereka. Sebagai ibu bapa, kita boleh memainkan peranan penting untuk menggalakkan mereka. Meskipun kreativiti tidak boleh diajar, kita boleh menyediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti anak-anak kita.
Manfaat Kreativiti
Kreativiti memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam banyak cara. Mereka lebih banyak menggunakan imaginasi mereka, bersedia untuk mencuba perkara yang berlainan, dan berani memperlihatkan ekspresi diri dan berfikiran terbuka. Di samping itu, mereka dapat membina ketabahan, keyakinan diri, keupayaan untuk berdikari, toleransi terhadap kekaburan, dan mungkin juga, suka berjenaka.

Cara-cara Ibu Bapa untuk Menggalakkan Kreativiti
  • Biarkan mereka bermain dan meluahkan idea. Bermain adalah sebahagian penting daripada pembelajaran yang membantu memupuk kemahiran pemikiran kreatif kanakkanak. Ia membolehkan mereka menghayati kreativiti menerusi lima deria mereka – penglihatan, pendengaran, rasa, bau, dan sentuhan. Ibu bapa boleh merangsang imaginasi dan menggalakkan kreativiti si manja melalui lakonan dan imaginasi.
  • Sediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti. Ini boleh dilakukan dengan memastikan anak-anak merasa selesa untuk memperlihatkan idea mereka tanpa rasa takut ia akan ditolak, dan memastikan keselamatan mereka terjamin supaya mereka boleh meneroka dunia di sekeliling tanpa gangguan.
  • Tanya soalan yang membina dan jangan bataskan soalan mereka. Ibu bapa juga perlu fleksibel menerima jawapan atau respons daripada anak-anak mereka. Walaupun salah, mereka tidak perlu dimarah. Sebaliknya, gunakan kesempatan itu untuk mengajar anak mencari jawapan yang betul. Menyelesaikan masalah adalah komponen penting pemikiran kreatif.
  • Rangsang pemikiran kreatif dengan aktiviti yang sesuai dengan usia. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak, termasuk aktiviti seni, muzik, sukan dan memasak. Aktiviti lain seperti membaca buku dan menonton program pendidikan dan multimedia juga boleh membantu memupuk kreativiti kanak-kanak.


Potensi Kreativiti yang Merosot…?
Sekolah dan rumah adalah dua tempat paling penting yang boleh membantu, sama ada untuk menggalakkan atau membantutkan kreativiti kanak-kanak. Namun, sering kali, orang dewasa secara tidak disedari membantutkan kreativiti kanak-kanak dengan amalan biasa seperti berikut:
  • Buat penilaian – Penilaian ibu bapa atau guru kerap mengelirukan kanak-kanak. Sebagai contoh, apabila ibu bapa mengkritik lukisan anak atau memuji semata-mata untuk memberi galakan, si anak akan mula menghasilkan lukisan sebagai percubaan untuk menggembirakan ibu bapa. Lukisannya bukan lagi merupakan ekspresi kreativiti. Ia menjadi alat untuk mendapatkan pujian. Sebaliknya, teguran negatif yang terlalu kerap boleh menyebabkannya berhenti melukis sekaligus.
  • Enggan lepaskan – Ada ibu bapa yang terlalu mengawal, menekan, atau mengongkong anak-anak mereka, hingga tidak memberi ruang kepada anak-anak untuk memupuk kreativiti atau ruang untuk mereka menyelesaikan persoalan dan/atau masalah mereka sendiri.
  • Teladan yang tidak memberangsangkan – Orang dewasa adalah teladan kepada kanak-kanak. Jika ibu bapa sendiri tidak menunjukkan minat dalam idea objek atau inovatif dan pengalaman baru, kanak-kanak tidak dapat meneroka dunia yang penuh idea dan pemikiran kreatif dari awal lagi. Maka, kehidupan mereka turut sebegitu sahaja.
Info dari mypositiveparenting.



Saturday, April 28, 2012

Testimoni~Anak anda Picky Eater?

Benarkah Meal Shake boleh membantu menambah selera makan anak-anak anda? 


Mari kita lihat apa kata ibu2 yang telah mencuba!
FB Name: Azra Balqis Irdina
“bgus jugak mealshake nie ye..ank sy dlu x mo mkn..ble nk bg mkn msti nyorok blakang pintu..skrg lepas sy bg die mealshake..mkn mcm x ingt dunia..ble x bg mkn msti mrh..skrg sayur2 pon die mkn..dlu die paling benci kt sayur..gembira hati sy tgk die da berselera..pipi pon da berisi..”
FB Name: Zabrina Ar.
“Baru 2 hari bagi zara mealshake…selera makan dia bertambah..asyik nak nyam2 je…hehehe…”
FB Name: Haslina Hamat
“anak sy 5 thn sblm ni pun mmg xnak mkn ns..lepas amik mealshake , terus ada slera mkn.alhamdulillah..tp bdn xder la terus gemukss..ok la..slera mkn mbuak2 tu ada..siap kul 12 mlm minta ns lg…huhu..sahur pun bgn mkn ns..kuikuikui…thank to Nur Hidayu.”
FB Name: Lydzar Rusman
“Sambil-sambil saya bervitamin, saya beri juga anak-anak saya vits for kids. Vitalea, chewable vita-C, mealshake dan Omega guard. Saya suka sgt sbb since dorang makan mealshake, selera anak dah mula bertambah. Tak perlu dh saya kejar sane sini nk suapkan makan. Malah dorang boleh duduk dan makan sendiri..Alhamdulillah..”
FB Name: Rini Shariff.
“Anak saya mikail mmg susah sgt nak makan.sgt2 cerewet…nasi tu mmg tak makan la…badan mmg kurus sgt 6 tahun. so saya bancuh mealshake + susu dugro coklat bagi dia minum…alhamdulillah selera semakin ok..”
Ni Testimoni mama sendiri di FB:
klik paga gambar untuk gambaran lebih jelas
Teruja? Qaireen sendiri mama bagi Mealshake seminggu 2 kali. Apa kata anda cuba berikan anak anda Vanilla Meal Shake ini.. Rasa dan Aromanya yang lazat mampu membuka selera makan anak-anak anda.
Cepat..promosi Meal Shake tinggal 3 hari sahaja lagi!




Meal Shakes Shaklee

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...