MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label NUTRIFERON. Show all posts
Showing posts with label NUTRIFERON. Show all posts

Friday, October 17, 2014

Bila Anak Demam dan Bapa Demam, Ibu Pula?

Ibu dan bapa mana yang tak risau kalau anak demam betul tak? Ok kisah seharian hari ni..tapi bermula dari semalam 15hb Oktober (sekarang dah 2am 17hb). Lepas ambil Qaireen dari school, saya bawa anak2 pergi ke JJ. Nak beli barang sikit..barang - barang dekat rumah banyak dah habis. So dah alang2 keluar, kami pun pergilah lunch. Masa lunch tu Qaireen memang tak aktif macam biasa. Dia kata penat, so saya suruh dia tidur jelah dekat stroller (tak larat woooo nak dukung dia)



Nak dipendekkan cerita, rupa2nya Qaireen demam. Sampai je dekat rumah check suhu badan dah 39.5. Qaireen ni kalau demam mmg selalu tinggi. Mungkin bakteria yang menyerang dia jenis super dooper kuat kot. So antibodi pun kenalah naikkan suhu sampai macam tu punye tinggi..sebab nak lawan kan? Sebab dah tinggi sangat saya pun bagilah ubat demam. Sebelum makan ubat demam bagi dia fresh milk + Mealshake Shaklee (boleh klik disini) Pastu dia pun tidur sampai ke petang.

Bila baba Qaireen balik, check suhu makin naik pula..dah sampai 40.1....apa lagi..melompatah kami. Tepaksa juga ambil ubat ponggong tu. Pastu terus mandikan dia dan basahkan kepala dia dengan ais. Alhamdulillah pelan2 suhu turun..sehingga 38.8..

Yang bestnye..malam tu saya punyelah sakit kepala. So baba Qaireen yang jaga anak2. Sampailah dia pun terkena tempias anak. Subuh tadi 16hb Oktober..tiba2 pula Qaireen cirit. (cirit pulakkkk kann?) Seharian dalam 4x juga.

Qaireen tak bagi mama ambil gambar dia, dia tak nak makan Vitamin C doktor bagi..
katenye tak sedap..Chew Vitamin C Shaklee nak pulak makan..sekali 2 biji masuk dalam mulut.

Petang lepas baba Qaireen balik kerja, kami pun siap2lah untuk ke klinik. Tapi dsebabkan baba demam,  kami pun keluar rumah lepas Maghrib. Baba Qaireen tak larat sangat nak drive. Sian baba. Tapi baba Qaireen ni "degil" suruh makan ubat tak nak..last2 dia ambil 1 sachet Nutriferon (klik disini) dengan 2 biji Garlic (klik disini). Oklah, dah jual Shaklee mestilah ambil Shaklee kan?? ;)

Sekarang ni dekat rumah..Hasya Alhmadulillah sihat..mama Qaireen pula dah mula rasa macam ting tonggggg..hahahaha...macam ni lah kalau anak demam, nak pula sekarang ni Qaireen siap sakit perut dengan cirit lagi. Biasanya Mama dengan baba mesti akan demam sekali. Tapi selalunye jadi orang yang terakhir dekat dalam rumah lah..hehee. Tapi kalau boleh tak nak lah demam sekali. Segala suplemen saya dah ambil. Orang cakap mencegah lebih baik daripada mengubati. Tapi kalau dah sakit..kenalah ambil ubat..nanti lain pula jadinya.

Tapi dalam dok ting tong ni..masih sempat update blog, kekekeke..actually tengah tunggu kul 2.30am ni. Nak bagi Qaireen makan ubat. So dari tak buat apa, baik update.

Esok pagi nak bagi Qaireen minum Nutriferon. Nasib dia suka dengan Nutriferon ni. Ubat teh katenye...hehee.

Harap2 mereka berdua cepat sembuh, hari Sabtu ada kenduri akad nikah di Kedah..alahaiiii....susah hati tau..hukhuk..

Klah..itu saje coretan subuh ni..bila anak demam dan bapa demam.

Bai....  ^_^


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng

Thursday, March 24, 2011

NUTRIFERON SEBAGAI PERISAI?

Badan seorang ibu apabila ia telah melahirkan anaknya maka dengan sendiri akan dapat menghasilkan susu hakikatnya namun tidak dinafikan setiap tubuh itu mempunyai keperluan yang berbeza antara satu sama lain. Sebab itu ada yang memerlukan "galaktogue" seperti alfalfa mahupun fenugreek@ halba. Pengambilan alfalfa juga berbeza mengikut tubuh si ibu. Ada yang memberi kesan yang besar walaupun hanya mengambil 2 biji sehari manakala ada yang memerlukan lebih banyak penggalak untuk menghasilkan susu dengan banyak.

Begitu juga dengan antibodi...ada ibu memerlukan makanan tambahan demi memastikan susuibu tadi mempunyai antibodi yang tinggi. Walaupun kita sedia maklum bahawa susuibu itu sudah mengandungi antibodi tersendiri namun masih terdapat ibu2 yang mengalami masalah apabila anaknya masih mudah sakit hatta memberi susuibu dengan sepenuhnya. Rata2 ibu ini disarankan mengambil 4-5 jenis buah sehari agar keperluan vitamin C 500-1000mg dipenuhi. Bagi yang mempunyai kekangan untuk memakan 4-5 jenis buah2an maka pengambilan tablet vitamin C sangat disarankan.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa kes ibu2 yang menyusu anak yang mempunyai masalah anak sakit melebihi seminggu hatta pengambilan vitamin C ditingkatkan pengambilannya. Apabila ini berlaku ibu akan sarankan si ibu mengambil "immune booster" iaitu Nutriferon.


 Inilah Nutriferon atau " immune booster" . 

Ibu sendiri hanya akan mengambil ini apabila ibu rasakan badan ibu terlalu imun dengan vitamin C dimana pengambilan Vitamin C tidak memberi kesan seperti yang ibu harapkan sebagai contoh dimana ibu , abah dan Addin dan Nasa mendapat conjunctivitis. Ibu mengamalkan pengambilan nutriferon agar ianya ada di dalam susuibu dan agar Nasa mendapat manfaatnya supaya cepat recover. Alhamdulillah berhasil. 
Baru2 ini seorang customer ibu , seorang guru di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur... cikgu Nani. Beliau mengadu dengan ibu bahawa anaknya telah mendapat selsema dan berlarutan melebihi seminggu iaitu 9-10 hari . Ibu mana yang tidak risau apabila anaknya sakit dan lambat beransur baik? Maka oleh kerana pengambilan 2 biji vitamin C sehari tidak memberi kesan ke atas anaknya maka ibu menyarankan cikgu Nani mengambil Nutriferon as "immune boster". Alhamdulillah setelah mengambil 2 peket , selsema anaknya reda. Seandainya seorang ibu itu mengambil sepeket Nutriferon maka pengambilan vitamin lain boleh diabaikan pada hari tersebut. 

Walaubagaimanapun ibu hanya akan menyarankan ianya diambil setelah mendapati pengambilan vitamin C tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi. Ianya boleh diambil oleh ibu2 yang menyusu dan menghantar anak mereka ke pusat atau rumah penjagaan, ini kerana pengambilan sepeket seminggu insyaAllah membantu antibodi anak menjadi lebih kuat dalam menghadapi cabaran pelbagai virus penyakit yang dibawa oleh kanak2 lain di pusat penjagaan kanak2 tadi.


Nutriferon telah dihasilkan oleh seorang doktor dari Jepun iaitu ,Immunologist Dr. Yasuhiko Kojima.Ianya bagus untuk mengukuhkan sistem imun kita. Ianya selamat diambil oleh ibu yang menyusu dan mereka yang mempunyai masalah imunne system.


Boleh klik di sini untuk mengetahui lebih detail...Nutriferon.







Ia didatangkan dalam bentuk peket yang senang dibawa ke mana2....

credit to kak N



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...