MamaQaireen Shoppe
Search This Blog
Showing posts with label SUSU FORMULA. Show all posts
Showing posts with label SUSU FORMULA. Show all posts
Tuesday, September 20, 2011
SUSU IBU vs SUSU FORMULA
Tahukah anda bahawa sebelum susu formula dicipta, ibu-ibu di seluruh dunia menyusukan bayi mereka dengan susu ibu, dan kalaupun mereka tak boleh menyusu, atau tak mahu menyusu, akan dicari (diupah) ibu susuan bagi menyusukan bayi itu? Di negara Barat ia dipanggil wet-nurse. Dan seterusnya bayi tersebut akan diberi makanan mengikut peringkat usia, daripada sumber2 yang boleh didapati di sekeliling mereka. Tapi pada tahun 1867, seorang pakcik yang sangat pakar dalam bidang kimia telah mencipta makanan bayi ‘dari kilang’. Namanya Justus Von Liebig. Bermula dari itu, banyak syarikat2 dan kilang2 yang mula berebut2 mencipta makanan untuk bayi sehinggalah menghasilkan satu produk yang terdiri dari susu lembu, krim, gula dan air = susu formula.
Henri Nestle pula telah mencipta makanan bayi (susu) yang berbentuk tepung yang mendapat sambutan menggalakkan.Mungkin ia memudahkan mereka pada masa tu (yang mana orang2 kaya biasanya tak menyusukan anak).
Namun demikian, bayi-bayi yang diberi susu formula pada masa tu selalu sakit, disebabkan kekurangan nutrisi (walaupun katanya susu formula tu untuk ‘menggantikan’ susu ibu), dan kadar kematian bayi yang tinggi disebabkan pemberian susu formula. Namun para pengilang tetap jugak mengeluarkannya secara besar-besaran sebab keuntungan berlipat ganda yang mereka perolehi. Sampai satu tahap baby semua tu terpaksa diberi jus oren (campur dalam susu) untuk mendapatkan khasiat vitamin C. Tapi mereka tetap claim susu formula adalah yang paling bagus untuk baby.
Kemungkinan revolusi penyusuan pada masa itu telah ‘memberi idea’ kepada ibu bapa zaman tu untuk memberi bayi mereka apa saja jenis susu. Termasuk susu cair yang kita buat kuih tu.
Bagi meninggikan ‘class’ susu formula, syarikat2 pembuat susu telah mengiklankan susu2 buatan mereka dengan tagline “susu pilihan orang kaya” dan susu ibu hanya untuk golongan miskin sebab ia adalah PERCUMA.
Istilah ‘susu formula’ diperolehi dari Encik Thomas Morgan Botch, yang cuba mencari fraction terbaik untuk susu tersebut. Pada masa tu mereka menggunakan konsep 2% lemak, 6% karbohidrat dan 2% protein.
Susu formula mula diterima dengan meluas di seluruh dunia dalam tahun-tahun di pertengahan abad ke -20. Hinggalah ke hari ni susu formula masih menjadi pilihan sebahagian ibu bapa. Mungkin kerana iklan yang begitu meriah tentang susu formula berbanding susu ibu. Tambahan pula susu formula hari ini jauh lebih baik dari susu formula di awal penciptaannya, dengan diperkaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, dewasa ini kebanyakan masyarakat dunia sudah kembali kepada yang asas, kepada natural living di mana penyusuan susu ibu kembali mengambil tempat. Malah, konsep wet-nursing atau ibu susuan kini mula diterima ramai. Namun masih ada mereka yang mempunyai pemikiran seperti 100 tahun yang lampau yang mana menganggap susu ibu hanya untuk orang miskin kerana ia percuma. Akan tetapi dengan promosi yang diadakan terhadap penyusuan ibu, kebanyakan ibu bapa muda sudah menyedari hakikat kebaikan susu ibu, mungkin ibu-ibu di peringkat ‘nenek’ sekarang masih mengagungkan susu formula.
Di negara-negara dunia ketiga, penyusuan ibu sangat-sangatlah penting, malah ibu yang menghidap AIDS juga digalakkan menyusukan anak mereka. Kerana pemberian susu formula lebih memudaratkan… di sana kadar kematian bayi yang tinggi disebabkan pemberian susu formula yang dicairkan, ataupun yang tercemar kerana persekitaran dan air yang kotor. Maklumlah dalam keadaan sebegitu mungkin mereka terpaksa mencatu pemberian susu formula kepada bayi mereka.
Memang, mana2 ibu mahu memberikan yang terbaik kepada anaknya. Yang beri susu formula, adalah kerana maklumat yang mereka perolehi “susu terbaik untuk bayi”. Bukan sebab tak sayang anak atau ‘nak seksa baby’ dan sebagainya. Mungkin ada segelintir ibu yang tahu kebaikan susu ibu tapi saja nak kasi susu formula sebab mungkin ‘malas’ nak menguruskan hal2 susu ibu yang leceh. Tapi kebanyakan yang beri susu formula mempunyai sebab2 tersendiri yang kukuh yang tak membolehkan mereka menyusukan anaknya sendiri.
Tapi berdasarkan sejarah, ayuhlah kita kembali kepada breastfeeding dan wet-nursing ^_^
Labels:
INFO,
SUSU FORMULA
Friday, June 17, 2011
Khasiat susu lembu China seperti susu manusia
Hangin betul....kembang kuncup hidung ku!! ada ke nak samakan susu manusia dgn susu lembu, hish!
_______________________________________________________________
Info dari Berita Harian Online
BEIJING: Saintis China menghasilkan sekumpulan lembu yang diubah suai secara genetik dan mampu mengeluarkan susu seperti susu manusia, menghasilkan formula alternatif di sebuah negara yang dilanda skandal pencemaran susu tepung.
Penyelidik Makmal Utama Negeri bagi Afrobioteknologi di Universiti Pertanian China memperkenalkan kod genetik manusia dalam DNA embrio lembu tenusu Holstein sebelum memindahkan embrio terbabit kepada lembu lain.
Pada 2003, selepas bertahun-tahun menguji tikus, mereka berjaya menghasilkan lembu pertama yang boleh menghasilkan susu dengan kandungan khasiat sama seperti susu manusia, tetapi dengan rasa lebih kuat dan lebih manis.

“Susu yang diubah suai secara genetik adalah 80 peratus sama dengan susu ibu manusia,” kata Li Ning, profesor dan pengarah projek yang juga ketua penyelidik.
“Susu lembu yang diubah suai mengandungi beberapa khasiat utama susu manusia terutama protein dan antibodi yang dipercayai baik untuk kesihatan dan boleh meningkatkan sistem imunasi badan.”
Lebih 300 klon ternakan itu kini hidup di sebuah ladang eksperimen di Beijing dengan anak baru dilahirkan setiap minggu.
Kumpulan Li yang disokong oleh sebuah syarikat bioteknologi China utama menyasarkan untuk memiliki susu yang mampu dimiliki di pasaran dalam masa tiga tahun.
Hasil usaha mereka menyusuli skandal toksin dan racun yang menjejaskan kepercayaan pelanggan dalam sektor tenusu China dan produknya. – Reuters

Subscribe to:
Posts (Atom)