MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label BILA KURANG AIR. Show all posts
Showing posts with label BILA KURANG AIR. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

Kenapa Perlu Minum Banyak Air Bila Ambil Suplemen?





KES 1:
Serena sering mengadu berasa panas dan dahaga sejak mengambil vitamin-vitamin dalam set breastfeeding Shaklee.


KES 2:
Azman mengadu pening, sakit pinggang dan lemah badan sejak mengambil vitamin dalam set Shaklee untuk lelaki.


KES 3:
Rini mengadu susu badannya semakin berkurangan sejak mengamalkan vitamin dalam set breastfeeding Shaklee.


Setelah diselidiki ketiga2 kes di atas, hanya satu jawapan saja:


KURANG AIR


Baik Serena, Azman mahupun Rini, mereka tidak meningkatkan pengambilan air selepas mengambil suplemen vitamin. Lalu menyebabkan mereka mengalami healing crisis yang teruk.


Mengapakah perlu banyak air apabila mengamalkan suplemen?


(1) Suplemen vitamin adalah dalam bentuk dos yang pekat, berbanding vitamin dalam makanan yang biasa kita makan. Vitamin dalam makanan memerlukan masa untuk diuraikan oleh tubuh, dan ada yang tak terurai pun. Sebaliknya suplemen vitamin terus dalam bentuk yang ringkas.


Analoginya, satu gelas air cukup untuk melarutkan 1 sudu gula, tapi kita perlukan lebih air untuk melarutkan 1 senduk gula.


(2) Suplemen vitamin memerlukan air untuk membuang toksin dalam badan.


Analoginya, bila kita basuh kotoran dengan air sabun, kita perlu lebih air untuk membersihkan sisa sabun itu pula.

Jadi, pengambilan air bukan main-main bila anda mengamalkan suplemen. Pastikan melebihi 3 liter sehari. Jangan risau kalau asyik rasa nak ke tandas (sebenarnya cuma persepsi saja).


Jadi, minumlah air secukupnya, agar kebaikan vitamin yang anda ambil dapat dioptimumkan sebaiknya.


Vitaminsemulajadi 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, November 29, 2011

SEKIRANYA ANDA MENGAMBAIL ALFALFA DAN LECITHIN? SILA BACA!

Perkara yang perlu tahu tentang Alfalfa dan Lecithin?

Gabungan dua vitamin ini iaitu Alfalfa dan Lecithin oleh individu yang mempunyai niat untuk pengurusan berat badan malah ibu menyusu sekalipun adalah sangat sesuai. Namun seperkara yang perlu kita tahu tentang dua vitamin ini, pengambilan vitamin ini memerlukan kita minum banyak air. Banyak air yang dimaksudkan bukanlah di minum sekaligus tetapi secara berperingkat atau sedikit-sedikit yang berkadaran dengan masa.

Bagaimana kita nak tahu kita masih kurang air dengan pengambilan vitamin vitamin ini? Sekiranya anda mengambil salah satu dari vitamin ini iaitu Alfalfa ataupun Lecithin atau kedua duanya sekali, maka anda perlu pastikan antara tanda-tanda kekurangan air ialah
  • badan kita ditumbuhi ruam,
  • tekak mudah rasa haus, 
  • kulit wajah ditumbuhi jerawat halus,
  • kulit menjadi kering dan gatal,
  • kulit bibir kering, 
  • ulser mulut 
  • mudah rasa nak demam.
  • sembelit

Maka apa yang dapat saya kongsikan ialah, pengambilan dua vitamin ini tidak digalakkan sama sekali diambil pada kuantiti yang banyak secara sekaligus kecuali anda memang pengamal tegar air kosong. Ini kerana air kosong membantu melancarkan penyerapan vitamin dan perjalanan darah itu sendiri.

Sekiranya anda ingin mengamalkan dua vitamin ini, dapatkan nasihat dari pengedar yang benar-benar arif tentang cara pengambilannya supaya anda akan dapat menikmati kesihatan yang sebenar seperti yang anda idamkan.



*p/s: setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter... so kira berat anda & ketahui berapa banyak air yang anda perlukan dalam sehari...

Dengan setiap pembelian dari web mamaqaireen.blogspot.com atau fanpage MamaQaireen Shoppe anda berpeluang untuk mendapat hadiah percuma!

Sebarang pertanyaan boleh email kepada mamaqaireen@yahoo.com atau sms/WhatsApp 017-5657552 atau PM di Facebook Dilla Jalil untuk pesanan dan konsultasi secara percuma.

Friday, June 3, 2011

KENAPA KITA KENA MINUM BANYAK AIR BILA AMBIL SUPPLEMENT??

Ada daripada kawan2 mama yang mengambil shaklee mengalami pening, nak termuntah, loya dan lain2. Itu semua adalah disebabkan oleh kekurangan air





Setiap orang yang mengambil supplement Shaklee (tak kira jenis apa) dinasihatkan minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 3L sehari. Kenapa begitu banyak?
Lebih-lebih lagi bila mengambil vitamin untuk tambah susu, kenapa kena minum air banyak? Bukankah nak banyakkan susu memang kena minum banyak air? Kalau dah memang kena minum banyak air buat apa ambil supplement lagi? 

Fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan supplement semulajadi Shaklee:
  1. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
  2. Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?
Oleh itu, apabila mengambil supplement Shaklee, takat pengambilan air mestilah ditambah, melebihi kadar biasa. Biasanya kami mencadangkan 3L air sehari. Saya sendiri minum 2L air kosong hanya sebelum waktu tengah hari. Jadi bolehlah bayangkan berapa banyak air saya minum sehari. 

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tak mengambil sebarang supplement, dinasihatkan agar tidak meminum air dengan kadar sedemikian, kerana ia boleh mencairkan nutrient dalam tubuh. Dalam beberapa keadaan, air yang berlebihan boleh mengurangkan susu badan.



Friday, May 6, 2011

KESAN MENGAMBIL VITAMIN TANPA AIR YANG CUKUP



Credit to MommyLyna



Ini adalah pengalaman saya sendiri. Biasanya saya minum air masak 3-4L sehari, tidak termasuk minuman lain seperti ESP, mealshake, teh, milo dan sebagainya.
Pada hari berkenaan, saya dalam misi pulang ke kampung bersama keluarga. Disebabkan kalut dengan anak-anak, maka saya tidak sempat minum air dengan banyak pada pagi tersebut. Namun saya membawa sebotol air 2L sebagai bekal. Dalam perjalanan, air minuman tersebut telah tumpah dengan tidak sengaja yang hanya tinggal 1/8 saja. Jadi dalam perjalanan tu saya tak minum cukup air. Kami pun tak berhenti di R&R sebab nak cepat.
Akibatnya saya telah mengalami sakit kepala dan tidak sedap badan.
Adakah ini kesan pengambilan vitamin? Tidak, sebab saya dah ambil Shaklee bertahun-tahun.
Penyebabnya adalah kerana kekurangan air. Apabila tubuh kita kurang air, dan kita ambil supplement, umpama cuba melarutkan gula dalam kuantiti air yang sedikit. Bukankah lebih mudah melarutkan gula dalam air yang banyak? Apabila kita mengambil supplement, kita mengambil zat dalam bentuk ‘concentrated’ berbanding dengan mengambil vitamin dari sumber seperti buah, sayur dan sebagainya. Vitamin yang lebih ‘cair’ umpama gula dalam kuantiti sedikit, jadi kita tak memerlukan jumlah air yang banyak untuk melarutkannya, berbanding gula dalam kuantiti yang banyak.
Oleh itu, apabila anda mengalami sakit kepala, tak sedap badan, rasa nak demam, badan panas dan sebagainya selepas mengambil supplement, minumlah air yang mencukupi (sekurang-kurangnya 3L sehari) untuk mengelakkan anda mengalami healing krisis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...