MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label SET MENYUSU. Show all posts
Showing posts with label SET MENYUSU. Show all posts

Thursday, October 9, 2014

Hari 4 ~ Set Menyusu Vitamin Shaklee Pertama Saya Makan | Cabaran 7 Hari Entry

Biasa tak dengan perkataan ni.. "Tak kenal maka Tak cinta". Jadi sebelum mengambil Vitamin Shaklee, saya memang tidak tahu kelebihan dan kebaikan Shaklee. Tapi bila dan makan dan dah rasa sendiri barulah saya tahu bahawa hebatnye Vitamin Shaklee ni (serius best sangat shaklee ni)

Sebenarnya saya mula ambil Vitamin Shaklee sewaktu menyusukan Qaireen. Masa tu bukan sebab susu kurang atau susu tak de. Tapi saya cepat penat dan perlukan makanan tambahan. Jadi saya pun mula mencuba Set Menyusu Vitamin Shaklee.


Dalam Set Menyusu Shaklee (basic) ni mengandungi 4 Vitamin.

Vitalea@ Multivitamin 

Sangat diperluakan bagi  memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.

B complex 
Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

Vitamin C 
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

Alfalfa 
Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasialn susu.

Sekiranya anda ibu yang menyusukan bayi, ambillah apa2 makanan tambahan untuk diri anda. Sayangi diri anda (jangan nanti suami pula nampak jauh lebih sihat, muda n hensem..susah hati woooo..hehe). Kadang2 bila menyusu ni..kita kurang tidur, pastu penat, dan selalu terkejar2 nak buat kerja..betul tak?

Untuk mereka yang bekerja lagi lah. Nak kena pam, balik rumah dah bagi direct pun nak kena pam lagi utk buat stok EBM. Lepas tu busy dengan urusan di pejabat dan di rumah. Stress dengan pejabat, lalu lintas, dekat rumah (sebab kain baju tinggi menggunung..3 bakul tak berlipat..ahaks!) dan macam2 lagi. Pas tu makan pun tak ikut waktu. Itu semua akan menyebabkan badan kita menjadi lemah dan tidak sihat. Secara tidak langsung susu kita juga akan berkurangan dengan aktiviti harian kita.

Tapi ambil vitamin ni dengan syarat, jangan pula anda tak pam susu. Kalau tak pam susu, memanglah susu tu tak nak keluar. Ingat konsep asas penyusuan. Lebih kerap anda susukan bayi anda atau kosongkan payudaya ketika bayi tidak bersama..maka lebih banyak susu dapat dihasilkan.

Anda harus ketahui, susu mengandungi FIL (feedback inhibitor of lactation) iaitu faktor yang menghalang penyusuan. Bila payudara dipenuhi dengan susu, makan FIL akan bertindak memperlahankan pengeluaran susu. Sebab tu lah anda tidak boleh biarkan susu penuh dalam payudara. Ada orang dah bengkak merening bagai baru nak pam..ohhhh..salah ok cara tu. Jangan sesekali buat macam tu especially kalau baby anda bawah 6 bulan. 

Semoga dengan sedikit perkongsian tentang penyusuan, dapatlah anda pratikkan. 

Qaireen menyusu sehingga 2 tahun 7 bulan & Hasya masih menyusu (1 tahun 1 bulan)


Mudah je..

Kerapkan sesi penyusuan (direct feeding)
Pam susu (bila tidak bersama baby)
Sentiasa Happy
Amalkan pemakanan yg seimbang atau cara mudah ambil je Shaklee ;)

Kesihatan kita adalah tangjungjawab kita sendiri.
Sekiranya berminat, anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 atau klik sahaja icon di bawah.

order-sekarang-juga
ATAU
Pengedar Shaklee dan Cod Shaklee Ipoh
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog Shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng, Ipoh Perak.







Thursday, November 28, 2013

TESTIMONI TERBAIK SET PENYUSUAN SHAKLEE

Assalamualaikum w.b.t,

Saya ingin kongsikan pengalaman saya sepanjang menjadi pengguna Shaklee. Saya mula menggunakan produk Shaklee sejak Julai 2010. Produk pertama yang saya cuba ialah trial set B dan ESP. Sebelum mengambil produk ini, hasil perahan susu saya pada masa bekerja ialah 18 oz. Setelah mencuba produk ini, hasil perahan saya meningkat kepada 22-24 oz. Dalam masa 24 jam saya boleh mendapat sehingga 30 – 40 oz. 

Semasa bulan puasa, saya telah mengambil Performance Drink semasa sahur dan berbuka. Saya tidak lupa meneruskan puasa dengan pengambilan set B dan ESP. Hasilnya memang memberangsangkan…hasil perahan lebih banyak daripada hari-hari sebelum berpuasa. Saya meneruskan pengambilan Performance Drink walaupun di luar bulan puasa.
Walaupun umur anak dah setahun lebih, saya masih mendapat kuantiti perahan yang sama
. Selain daripada pengambilan suplemen Shaklee, saya juga mengamalkan beberapa perkara yang saya ingin kongsi bersama.

Antaranya ialah:

Pengambilan air yang banyak


Dalam sehari saya mengambil sebanyak 2-3 liter air. Pengambilan air yang banyak terutama pada waktu malam amat membantu penghasilan susu yang banyak pada siang hari. Mungkin sebab inilah kuantiti susu yang diperah lebih banyak pada bulan puasa. Pengambilan air suam atau panas lebih baik daripada air sejuk kerana air suam atau panas membantu ‘letdown’ yang banyak setiap kali perahan. Melalui pengalaman saya yang tak seberapa ini, jika saya banyak minum air sejuk, kuantiti susu perahan akan menjadi kurang sedangkan breast masih lagi ada susu. Jika ini diamalkan susu akan semakin berkurangan kerana tidak diperah habis.

Pemakanan 

Dari segi pemakanan, saya akan pastikan pengambilan kalori mencukupi. Sarapan, makan pagi, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam semua dipenuhi. Kadang-kadang kalau lepas memerah tengah malam pun saya tetap ambil sedikit makanan atau minuman, biasanya sekeping dua biskut atau roti. Pengambilan sayuran tidak saya abaikan terutama sayuran berdaun hijau kerana sayuran ini kaya dengan ferum. Kecukupan ferum terutama dari sumber asli membantu penghasilan susu. Jika terasa lapar antara waktu makan saya sering mengambil oat dan buah-buahan.

Kekerapan memerah susu


Saya mempunyai jadual yang tetap untuk memerah. Di pejabat saya akan memerah sebanyak 4 kali iaitu pada pukul 7.00 am, 9.30 – 10.00 am, 12.30 – 1.00 pm, dan 3.00 pm. Pada waktu antara 12.00 am – 5.00 am saya membuat tandem nursing (sebelah menyusukan dan sebelah lagi dipam). Secara purata, saya memerah atau mengepam sebanyak 8 kali sehari. Jika terasa susu agak kurang, saya akan melakukan power pumping 1 jam sehari selama 3 hari berturut-turut. Kadang-kadang untuk menambah kuantiti susu yang dipam, saya akan mengepam 10 minit, tunggu 5 hingga 10 minit, kemudian pam lagi selama 10 minit untuk setiap kali sesi perahan. Hasilnya lebih banyak berbanding jika memerah selama 20 atau 30 minit secara berterusan. Mungkin banyak penggunaan dari segi masa tetapi hasilnya lebih lumayan dan production susu akan lebih banyak kerana badan mendapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Akhir kata, untuk menjadi ibu yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya untuk jangkamasa 2 tahun bukanlah perkara yang mudah kerana melibatkan pengorbanan dari segi masa, wang ringgit dan tenaga. Namun, bila memikirkan ingin memberi yang terbaik buat anak semuanya tidak menjadi halangan malah ini membuatkan kita lebih tough untuk menempuhi cabaran seterusnya

Salam sayang,
Aida




Wednesday, May 30, 2012

Tips mudah memilih set penyusuan


Ramai ibu menyusu tidak tahu set mana yang sesuai untuk mereka ambil dan apa fungsi mereka ambil vitamin tersebut? Macam ni lah..vitamin ni lebih kurang macam "water pump" tau. Kalau kita dah tahu, water flow rumah kita tu slow dan kita juga memang berkemampuan untuk membeli "water pump" untuk naikkan pressure air, so baik kita beli je "water pump tu kan? Untuk kesenangan di kemudian hari. 


"Set mana yang sesuai dengan saya ya?"


 

Set 3M*
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.
 
Ia menjadi set PALING LARIS. Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?
1. Ibu kepada bayi kembar
2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.
3. Ibu yang nak kumpul stok.
4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.
5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini.



Set E*
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa & Ostematrix 

Siapa yang sesuai ambil?
1. Ibu yang sering keletihan melampau.
2. Ibu yang alah dengan susu lembu.
3. Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium.
4. Ibu yang stress dengan kerja seharian.


Set B*
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C & Alfalfa 

Siapa yang perlukannya?
1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/ perah hasilnya melebihi 3oz.
2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susuibu.
3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.


Set Eu Four Pack*
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C & Ostematrix.

1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susuibu.
2. Ibu yang keletihan.
3. Ibu yang anaknya mempunyai yang alah pada herba.
4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp.


Untuk Set B dan Set Eu Four Pack, anda juga boleh add on dengan ESP. 

Ada apa dengan ESP?? dan kenapa pula ibu menyusu perlu ambil ESP?? Komposisi vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.


Protien sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protien yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri. 


Setiap set mempunyai aturan makan yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, May 10, 2012

Soalan Kuiz Untuk Ibu Menyusu..Yang Mana Satu Pilihan Anda??

Semalam mama saja tanya dekat group Shaklee GBS.
Macam ni soalannya..

Pertanyaan :
ibu menyusu..nak tanya, mana yang best?
1) Alfalfa
2) ESP
3) Ostematrix

klik pada gambar untuk gambaran lebih jelas

Macam2 jawapan yek? Kalau di suruh pilih..mama mmg blur..sbb bagi mama, semua tu penting! Sebab apa?

Alfalfa : Raja segala tumbuhan. boleh kurangkan rasa gatal2 sebab resdung, eczema, allergy  melawaskan perut, As a galactagouge (meransang dan menambah pengeluaran susu ibu ) dan yang paling best merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan alfalfa berfungsi seperti kacip Fatimah, so sangatlah membantu dalam "hubungan" suami isteri..pastu kita rasa macam anak dara tau!awwwwww.. tu yang nak "mengikat" suami tu..hehee.

Lagi cerita Alfalfa, DI SINI

*****************************************************

ESP Ada apa dengan ESP?? dan kenapa pula ibu menyusu perlu ambil ESP?? Komposisi vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protien sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protien yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Lagi cerita ESP, DI SINI

*****************************************************

Ostematrix Apakah kebaikannya? Dalam susuibu, antara kompisis vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali.

Lagi cerita Ostematrix, DI SINI

******************************************************
So yang mana satu pilihan anda?? ^_^

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, March 28, 2012

Anda ibu menyusu? Perlu produk tambah susu?Jom baca rahsia susu banyak. Apa Pn Zab buat semasa mengandung, berpantang dan sampai sekarang baby 8 bulan"

Majoriti customer mama terdiri daripada golongan ibu menyusu..sekarang ni ramai betul ibu menyusu mencari milk booster. Bagi mama Set 3M adalah set yang terbaik untuk anda dan diri mama sendiri. Ok mama nak share rahsia Pn Zabrina berkongsi bagaimana susu beliau banyak!!Jom baca..Sumber asal kredit ke blog Pn Zabrina
__________________________________
"Banyak PM serta SMS yang saya terima nak tau apa rahsia saya banyak susu..Meh saya nak kongsi dengan anda semua...


Semasa mengandung...

  • Niat ' Aku nak fully breastfeed' anak ni..
  • Baca surah Al Hujarat selalu..
  • Doa berpanjangan hingga sekarang
  • Sembahyang Hajat.
  • cuci nipple hari2
  • buat persediaan awal-google psl bf
Sejurus selepas bersalin..
  • Minta nurse bagi anak secepat mungkin utk bf (Breastfeed)
  • Dalam wad susukan sejam sekali
Berpantang
  • Minum air 3 liter atau lebih
  • Minum susu Anmum Lacta
  • Ambil vitamin Shaklee set berpantang
  • Mula mengepam 2 minggu dalam pantang..
  • Jadual pam yang konsistem (jika tak dapat pam saya akan bagi baby df)
  • rehat secukupnya-walaupun memang tak cukup sebenarnya..
  • susukan anak sekerap mungkin
  • Train anak guna botol umur 1 bulan (nak kerja kan..)
Sekarang
  • Pam 2 kali di tempat kerja
  • Balik pam sebelum tido
  • df anak bila balik kerja (df=Direct Feeding)
  • kat rumah df je tak bagi botol..
  • suruh anak doa susu kita banyak..
  • sokongan suami n keluarga..juga pengasuh..
  • kongsi pengalaman dengan ibu2 menyusu lain (InsyaAllah rezeki anakbertambah)
  • minum air 3 liter atau lebih..(ni air suam je tau..air manis tak kira ye)
  • jaga makan
  • Ambil vitamin shaklee jugak..set 3M +pd
  • kurang minum kafein
  • minum milo, soya, esp, pd, mealshake (zara punye)..saya tak minum ais..
  • sentiasa positif n tenang walaupun banyak keje...huhu...
  • senyum..sambil pam baca doa ibu menyusu n selawat banyak2...
Ha tu le rahsia saya..bukan ape pun saya buat..saya cuma pegang konsep SUPPLY vs DEMAND...susu kalau di keluarkan makin banyak dihasilkan..pokok pangkalnya kita ibu2 ni kena rajin..kena korban masa n tenaga sikit le..penat memang lah kalau ikutkan..tapi kita akan rasa puas hati bila tgk anak membesar dgn susu kita sendiri..Alhamdulillah..Zawir hampir 8 bulan lebih saya susukan..

____________________________________________________________
Wahhhh teruja mama baca!! rasa macam nak mengandung n beranak lagi..kekeke..tunggu dulu lah ye.. :P


Alhamdulillah berkat sabar, tabah dan berusaha berjaya juga! Apa yang penting kerapkan sesi penyusuan, bila baby tak de dengan kita pam setiap 2-3jam sekali, lepas tu konsisten, disiplin, sabar dan setia mengambil set 3M.. mengandungi ESP, vitalea, bcomplex, vita C Alfalfa dan Ostematrix..yang bestnye ada customer mama "takut" ambil ESP sebab takut Bengkak Susu..heheee, senyum sorang2 mama.. Set 3M Terbaikkk!! Alhamdulillah...
Anda bagaimana?

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama :

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe 
2. PM saya di fb, Dilla Jalil
3. Emel admin@mamaqaireen.com
4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Wednesday, March 14, 2012

Testimoni ~ Berat Badan Dah Turun..Sekarang Dah Boleh Pakai Kebaya Lama!

Alhamdulillah Emma dapat turunkan berat badan dengan jayanya!
Bukan main seronok lagi dia..heheee..Emma ni regular customer mama. Dia pun tak pernah kenal erti kalah. berusaha..berusaha..dan terus berusaha untuk menurunkan berat badan. Bagus Emma! dan kini hasilnya..taraaaaa.....

Thanks Emma di atas testimoni mu yang best!
Suami Emma tegur :
"Abg tengok ayang ni makin kurus!. Dah boleh pakai baju kebaya nampak"

Wah gitu....pujian best dari suami tercinta..I Like tau! ^_^
Sila klik di sini untuk testimoni Emma yang terdahulu. 

Untuk gambaran jelas sila klik pada gambar

Dan yang ni comment Emma yang paling mama suka :
"Dilla Jalil dulu selepas habis pantang anak ke-2 berat badan sungguh lambat nak turun mengambil masa 1thn lebih sbb belum kenal dgn produk Shaklee nie. Tapi sekarang..utk anak ke-3...belum setahun berat badan sudah menurun hampir 7kg..inci pun sudah banyak menurun especially part perut dgn peha...:)"

Emma hanya mengambil Set E + Lecithin dan Omega. Nak ketahui harga atau cara mengambil Emma setiap hari? Jangan risau, mama ada sediakan Pack Mini untuk harga yang ISTIMEWA 


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama :

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe 
2. PM saya di fb, Dilla Jalil
3. Emel admin@mamaqaireen.com
4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.



Wednesday, February 8, 2012

Testimoni ~ Dari 1.5oz ke 7oz! Alhamdulilah bestnye!!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*


Klik untuk perbesarkan imej

Farha Damia
nk share slpas 3 bln amik shaklee..sblm amik shaklee pam dpt 1.5oz - 2 oz jer..tp pg ni dpt 7oz..sgt happy.tq atas consult dgn kak Azrina Mohd Tajul Ariffin.kak..dulu bw blk rmh plg byk 12oz(tu pun jrg)skrg dh blh bw blk 18-20oz. ;)
Saya kenal ibu ini semasa beliau sms kepada saya melalui WhatsApp mengenai permasalah beliau yang mana sudah pun mengamalkan set B tetapi hasil susu masih sedikit, katanya sekali pam dapatlah paling banyak 3oz dan sehari bekerja bawa pulang 7oz (itupun tak selalu). Bila saya korek, gali, cangkul permasalahan beliau ialah kerana beliau mengamalkan jamu *A* yang mana ada setengah badan kita tidak boleh tolerate dan ia akan sebabkan susu merundum. Kini beliau mampu menghasilkan 18oz-20oz sehari berkat kesabaran dan tidak pernah kenal erti putus asa. Kesan lain ialah bayi beliau kerap mengalami kekembungan (apa yang ibu makan samada berkhasiat atau tidak ia akan pergi ke perut bayi dahulu ya). Pada saya memang 'taff' lah masalah ibu ini dan ia membuatkan saya belajar sesuatu iaitu "MAKAN APA PUN KENA DENGAN ILMU". Kini ibu ini telahpun menjadi keluarga Shaklee dan beliau seronok untuk berkongsi kebaikan di luar sana. Oh ye, apa yang saya kagum tentang ibu ini ialah, beliau mempunyai seorang lagi anak yang usianya agak rapat dengan no 2, bekerja sambil belajar dan juga buat biz Shaklee macam saya juga...wow sungguh SUPERWOMAN kan? Apa pun saya doakan ibu ini terus suksess dunia dan akhirat.
"TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN MAMPU MENGHAYUN DUNIA JUGA"
PERINGATAN : Vitamin Shaklee tidak memperbanyakkan susu, ibu kena istiqomah dengan konsep asas perbanyakkan penghasilan iaitu Demand and Supply
credit
_________________________________________________________________

Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

 2. PM mama di fb, Dilla Jalil

 3. Emel mamaqaireen@yahoo.com

 4. SMS/ Whatsapp mama di 017-5657552.
 

Wednesday, January 25, 2012

4 Set Penyusuan yang sangat POPULAR!!



Ramai yang bertanya dan masih lagi tidak tahu akan Set Penyusuan yang di sediakan oleh pengasas Euphoria GBS ShakleeIngin saya kongsikan bersama 4 set penyusuan yang benar-benar mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Empat set itu ialah :

1. Set B
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa. 

2. Set Eu Four Pack
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.

3. Set E
  • Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.

4. Set 3M
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha. 

Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Buat renungan bersama....
” Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”. 

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
FB : Dilla Jalil
SMS / WhatsApp : 017-5657552
Email : mamaqaireen@yahoo.com



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...