MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label CABARAN BLOG. Show all posts
Showing posts with label CABARAN BLOG. Show all posts

Saturday, October 11, 2014

Hari 6 ~ Kedai Kegemaran Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh | Cabaran 7 Hari Entry

Hari ni kebetulan saya nak renew road tax. So sebelum renew road tax pagi tadi, saya cakap dengan adik saya. "Apa kata kita breakfast dulu dekat Stadium". Apa yang menariknya di Medan Selera Stadium ni ialah Nasi Kerabu makcik Kelantan yang mulut bising tu..hehee. Dalam banyak2 tempat Nasi Kerabu yang pernah saya makan, kedai makcik ni paling terbaiklah. Kalau nak cari Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh, try makan di kedai makcik ni No 59 Medan Selera Stadium Ipoh.. Kedai makcik ni tepi sekali. Betul2 dekat dengan bahagian selekoh..kiranya dah nak dekat penghujung Medan Selera.

Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh
Gambar daripada www.ipohecho.com.my

Biasanya saya kalau pergi kedai makcik ni, saya suka ambil lauk Rendang Daging atau Kuah Kari Ikan untuk Nasi Dagang tu..ikan ape entah? Ikan kayu kot..ke ikan tongkol? ishhhh entah lah..tak reti sangat pasal ikan ni..bila gi pasar saya tengok semua ikan macam sama je..hahahaha..tapi ada ikan saya reti gak lah..(dah 5 tahun kawin..tak reti pilih ikan mmg saje jelah kan?)

Selain Nasi Kerabu, ada juga Nasi Dagang dan Nasi Lemak.


Nasi Kerabu Lauk Rendang Daging
Banyakkan? Makan memang kenyang sampai ke tengah hari ;)

Kalau ada sape2 yang teringin nak makan Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh..boleh lah datang di Stadium Ipoh Perak. Berdekatan dengan Pak Tam Place (saya pun tak pernah gi Pak Tam Place ni..kekekeke). Cumanye Kedai Nasi Kerabu Sedap ni belah hujung Kiri berhadapan dengan parking kereta Kompleks Renang..Kedai Pak Tam ni hujung Kanan berhampiran Bomba.

Ni saya sertakan Google Maps untuk mempermudahkan anda mencari Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh Perak. 






Kalau nak lagi senang..guna je WAZE ;)



Ni muka puas dapat makan Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh ^__^


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng

Friday, October 10, 2014

Hari 5 ~ Resepi Sotong Goreng Kunyit Sedap | Cabaran 7 Hari Entry

Untuk cabaran hari ke 5 ni ialah Homemade Resepi. So hari ni saya akan share Resepi Sotong Goreng Kunyit Sedap yang saya sendiri cipta dan reka. Resepi ni mulanya terjadi lepas saya makan Sotong Goreng Kunyit dengan kawan opis dulu. Masa tu bos belanja lunch di Syuen Hotel Ipoh. Lauk yang saya rasa betul2 sedap ialah Sotong Goreng Kunyit tu. Ya Allah memang sedap sangat. Pastu saya siap berteka teki ala2 macam chef gitu. Rasanya chef ni letak susu segar, sebab ada rasa lemak2 sikit.

 Sotong Goreng Kunyit


Pastu bila balik rumah, saya pun try lah masak. Tapi tak jadilah pulak macam chef tu masak..hahahaha..tapi rasa Sotong Goreng Kunyit yang saya masak kira oklah juga. Sedap gak, sekali makan sampai 2 pinggan. Lagi best kalau makan sekali dengan budu. Mak mertua panggil pun..tak dengar..heheee..

Bahan - Bahannya :

1/2 kg Sotong Basah
2 Ulas Bawang Merah (ditumbuk)
3 Ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 Ulas Bawang Basar (dihiris)
2 Batang Serai (diketuk)
2 Biji Cili Merah (ditumbuk)
Sayur (ikut selera masing2)
5 Biji Cili Padi
2 Sudu Santan
1 Sudu Teh Serbuk Kunyit
Garam Secukup Rasa
Lada Hitam Secukup Rasa


Cara - Caranya :

1) Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga hancur. Tapi saya punya tak berapa hancur sebab nak cepat.

 Sotong Goreng Kunyit

2) Tumis bahan - bahan yang yang sudah ditumbuk tadi sehingga garing.


 Sotong Goreng Kunyit

 Sotong Goreng Kunyit


3) Masukkan pula serai dan sotong, biar sehingga sotong masak. Bila sotong kelihatan masak, masukkan bawang besar. Gaul seketika dan masukkan pula serbuk kunyit.


 Sotong Goreng Kunyit

4) Bila serbuk kunyit sudah sebati, bolehlah masukkan santan, sayur, cili padi, garam dan lada hitam

5) Gaul sehingga sebati dan sehingga sayur masak. Sayur ni jangan masak lama sangat. Nanti lembik tak sedap. Gaul sikit2 je.

6) Siap untuk dihidang.


Mudah je kan Resepi Sotong Goreng Kunyit Sedap ni..InsyaAllah Sedap!

Selamat mencuba ^__^

Thursday, October 9, 2014

Hari 4 ~ Set Menyusu Vitamin Shaklee Pertama Saya Makan | Cabaran 7 Hari Entry

Biasa tak dengan perkataan ni.. "Tak kenal maka Tak cinta". Jadi sebelum mengambil Vitamin Shaklee, saya memang tidak tahu kelebihan dan kebaikan Shaklee. Tapi bila dan makan dan dah rasa sendiri barulah saya tahu bahawa hebatnye Vitamin Shaklee ni (serius best sangat shaklee ni)

Sebenarnya saya mula ambil Vitamin Shaklee sewaktu menyusukan Qaireen. Masa tu bukan sebab susu kurang atau susu tak de. Tapi saya cepat penat dan perlukan makanan tambahan. Jadi saya pun mula mencuba Set Menyusu Vitamin Shaklee.


Dalam Set Menyusu Shaklee (basic) ni mengandungi 4 Vitamin.

Vitalea@ Multivitamin 

Sangat diperluakan bagi  memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.

B complex 
Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

Vitamin C 
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

Alfalfa 
Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasialn susu.

Sekiranya anda ibu yang menyusukan bayi, ambillah apa2 makanan tambahan untuk diri anda. Sayangi diri anda (jangan nanti suami pula nampak jauh lebih sihat, muda n hensem..susah hati woooo..hehe). Kadang2 bila menyusu ni..kita kurang tidur, pastu penat, dan selalu terkejar2 nak buat kerja..betul tak?

Untuk mereka yang bekerja lagi lah. Nak kena pam, balik rumah dah bagi direct pun nak kena pam lagi utk buat stok EBM. Lepas tu busy dengan urusan di pejabat dan di rumah. Stress dengan pejabat, lalu lintas, dekat rumah (sebab kain baju tinggi menggunung..3 bakul tak berlipat..ahaks!) dan macam2 lagi. Pas tu makan pun tak ikut waktu. Itu semua akan menyebabkan badan kita menjadi lemah dan tidak sihat. Secara tidak langsung susu kita juga akan berkurangan dengan aktiviti harian kita.

Tapi ambil vitamin ni dengan syarat, jangan pula anda tak pam susu. Kalau tak pam susu, memanglah susu tu tak nak keluar. Ingat konsep asas penyusuan. Lebih kerap anda susukan bayi anda atau kosongkan payudaya ketika bayi tidak bersama..maka lebih banyak susu dapat dihasilkan.

Anda harus ketahui, susu mengandungi FIL (feedback inhibitor of lactation) iaitu faktor yang menghalang penyusuan. Bila payudara dipenuhi dengan susu, makan FIL akan bertindak memperlahankan pengeluaran susu. Sebab tu lah anda tidak boleh biarkan susu penuh dalam payudara. Ada orang dah bengkak merening bagai baru nak pam..ohhhh..salah ok cara tu. Jangan sesekali buat macam tu especially kalau baby anda bawah 6 bulan. 

Semoga dengan sedikit perkongsian tentang penyusuan, dapatlah anda pratikkan. 

Qaireen menyusu sehingga 2 tahun 7 bulan & Hasya masih menyusu (1 tahun 1 bulan)


Mudah je..

Kerapkan sesi penyusuan (direct feeding)
Pam susu (bila tidak bersama baby)
Sentiasa Happy
Amalkan pemakanan yg seimbang atau cara mudah ambil je Shaklee ;)

Kesihatan kita adalah tangjungjawab kita sendiri.
Sekiranya berminat, anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 atau klik sahaja icon di bawah.

order-sekarang-juga
ATAU
Pengedar Shaklee dan Cod Shaklee Ipoh
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog Shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng, Ipoh Perak.







Wednesday, October 8, 2014

Hari 3 ~ Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya | Cabaran 7 Hari Entry

Hari ke 3 untuk cabaran berblog ni pula berkenaan dengan Handbag pula, tajuknya Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya. Tu dia..saya selalu panggil handbag saya Tool Box..hahahaha. Mana idaknye, segala benda mak nenek ada dalam tu. Pastu yang pentinya handbag saya mesti bersaiz besar. Kalau yang kecil2 tu memang tak layan lah. Dari zaman anak dara lagi, kalau beli handbag mesti saiz bagak umpamanye kalau bawa masuk anak panda pun muat..muahaha!



Actually saya ada beberapa handbag (cehhh nak cite ada banyak handbag lettew). Bukan apa, senang sikit kan? 1 untuk pelasah dan kegunaan harian..1 lagi untuk Dinner dan kenduri kawin (ok..gi kenduri kawin kenalah cun2 sikit..heee). Dan yang lain2 tu..tengok pada tempat.

Ok..ni adalah contoh Handbag saya yang saya buat pelasah. Boleh tengok contoh bila dipakai. Syarat utama mesti BESAR, KULIT & TIDAK MUDAH KOTOR.

Contoh bila pakai

Sendiri punye

Handbag ni memang besar dan best sangat (bagi saya lah, memang bestlah, tapi orang lain tak tahulah pula..hehee). Segala mak nenek saya boleh letak. Ye ler...dah ada anak kecil ni, tak boleh nak berhias bagai..nak buat kerja dengan sopan santun pun susah. So apa yang teradap je..heheee..semuanye nak cepat. So cara terbaik..apa yang ada depan mata semua bawa masuk dalam handbag.

Gambar ni diambil selepas balik dari
coaching anak didik Shaklee :)

Pastu dah alang2 handbag ni besar, saya tak perlu bawa banyak bag. Semua benda letak dalam 1 bag. Sampaikan MacBook Pro pun boleh masuk!hahahaha..suami saya mula2 tengok saya letak Mac dalam handbag, terkejut dia..wakakakaka...



Saya ni pula bukan minah makeup bagai, so dalam tu memang tak delah. Yang ada pun minyak wangi..kot2 tiba2 berbau masam dekat baju ni..spray je lah..hehee. Pastu diary dan pen wajib ada, wallet saya ada 2. 1 untuk peribadi, 1 lagi untuk duit COD barangan Shaklee. Pastu lain2 ada stokin, barang anak, pampes tu mmg ada je..senang! Dan selebihnye syiling, resit dan sampah lah kot..hahahaha

Ok, itu saje lah kot apa yang ada dalam handbag saya.

Anda sharelah pula khazanah yang ada dalam handbag anda ;)


Tuesday, October 7, 2014

Hari 2 ~ Percutian Idaman Saya | Cabaran 7 Hari Entry

Wahhhh..best tajuk ni..Percutian Idaman Saya. Saya ni kalau ikutkan hati banyak tempat nak pergi bercuti. Yelah kan..sape yang tak nak bercuti. Doktor Azizan Osman pun pernah berkata, kita perlu bercuti 3 atau 4 bulan sekali untuk rehatkan badan dan minda kita. Kita ni kerja siang malam pagi petang, tentunya badan kita letih betul tak? So cara terbaik adalah bercuti.




Percutian Idaman Saya :

Percutian Idaman Bersama Family - New Zealand

Sebenarnye dah lama sangat2 saya teringin nak pergi ke New Zealand especially di "perkampungan orang kecil" yang dipanggil Hobbiton sempena nama Hobbit dalam cerita Lord of The Ring. Serius teringin sangat tau..nak jalan2 dekat situ dan tengok sendiri tempat pengambaran Lord of The Ring dan The Hobbit. Rumah2 yang dibina disana bersaiz kecil ala2 real Hobbit gitu.



Ohh...bestnye bila dapat tengok air sungai yang berarus deras dengan air terjun yang tenang, lepas tu pula penuh dengan rumput2 hijau..ada pula biri2 tengah makan rumput..ohhhhh nyamannye, damainye rasa...... (ok dah terbanyang dah ada dekat sana sekarang).

Cumanya saya tak dapat nak cerita banyak dan lelebih dalam entry kali ni sebab saya tak pernah pergi lagi. So saya akan share beberapa gambar yang saya dapat hasil dari Google Image. Entah2 lepas tengok gambar ni, korang pun terjebak sekali nak gi New Zealand..keekekeke....jom..jom! ;)









Cantikkan??? Saya memang suka kalau hijau2 macam dalam gambar tu. So sekarang ni kena buat Vision Board dan letak dekat SOHO. Kalau angan2 je susah nak dapat, cara terbaik kita tulis dan tampal dekat dinding "Percutian Idaman Saya New Zealand 2016" (alamak...macam banyak je tempat nak pergi bercuti pada tahun 2016 ni) (^__~)

Tiap2 hari tengok dan cakap, InsyaAllah impian tersebut mesti menjadi kenyataan. InsyaAllah..mesti boleh!!

Percutian Idaman Anda dimana pula?? ;)





Monday, October 6, 2014

Hari 1 ~ 3 Fakta Manarik Tentang Saya | Cabaran 7 Hari Entry

Biasanya anda akan lihat cabaran 30 hari berblogkan? Ha.... tapi kali ni pelik sikit. Saya sekarang tengah mengajar anak didik Shaklee saya yang zero pasal berblog. So mula2 ni kita buat Cabaran 7 Hari Entry dulu. Sebabnya bagi yang baru berblog, mereka rasakan berblog ni satu benda yang susah. So saya senangkan mereka dengan cara ni ;)

Ada 7 tajuk yang saya berikan, iaitu :

Hari 1 | 3 Fakta Menarik Tentang Saya & Gambar
Hari 2 | Percutian Idaman Saya
Hari 3 | Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya
Hari 4 | Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan
Hari 5 | Homemade Resepi
Hari 6 | Restoran Kegemaran Saya
Hari 7 | Pengedar Shaklee & COD Shaklee Di... (tempat anda)


Untuk menjadi adil kepada semua..saya juga akan membuat Cabaran 7 Hari Entry ini. Barulah adil kannnn??hehee.

Untuk hari ni, saya akan cerita 3 fakta menarik tentang saya. Emmmm..apa yang menarik sangat tentang ai ni uolls..kekekekee



Saya rasa yang menarik tentang saya ialah...

1) Saya Isteri kepada En. Hafiz serta Ibu kepada Qaireen dan Hasya.
Alhamdulillah bukan senang untuk menjadi seorang isteri dan ibu. Sebabnye masih ramai lagi diluar sana yang masih belum mendapat jodoh dan zuriat. Maka dengan jodoh dan rezeki yang Allah berikan kepada saya..saya rasa bertuah sangat. 

Sebab dengan adanya Qaireen lah maka wujudnya blog ni..dengan adanya Hasya lah saya menjadi seoang yang penyabar (waktu malam setiap 1 jam Hasya bangun nak susu, minum pula tak sampai 5 minit..hehehe)

Malah dengan adanya Suami saya, maka saya juga menjadi Mrs. Cool (^__~)

2) Saya seorang WAHM (Work At Home Mama)
Cerita bab WAHM ni..hanya orang yang dah adi WAHM je faham macam mana "hebat" kami ni..hahahhahaaha (ok serius memang tergelak besar). So hari ni saya nak pecahkan sedikit rahsia geng2 WAHM ni lah.. Actually jadi WAHM ni lagi penat dan banyak kerja tau.

Dekat rumah waktu pagi kita akan jadi suri rumah sepenuh masa, lepas suami pergi kerja kita nak siapkan anak2 pula. Tu belum lagi bab kemas rumah, masak, lipat kain (serius aku paling malas nak lipat kain), melayan kerenah anak, bab bisnes, anak2 shaklee, customer dan macam2 lagi. 

So sebagai WAHM ni..saya memang kena pandai uruskan masa dan buat semua benda tu dalam 1 masa juga. (Hebat aku ni kan? :P)

3) Leader yang hebat! (Puji diri sendiri)
Dalam Shaklee rank terkini saya ialah Sr. Key Coordinator. Sebagai seorang Sr. Key Coordinator yang mempunyai lebih daripada 35 orang leaders (1st - 6th level) bukan kerja senang jugalah. Tu belum lagi downline saya yang belum jadi leaders. Rasanya kalau campur semua tu melebihi 500 orang yang masih aktif ambil shaklee dan menjalankan bisnes Shaklee. 

Sebab kami di Shaklee menjalankan bisnes secara betul dan bukannye menindas orang bawah. Kiranye macam....lagi tinggi rank, lagi banyaklah tanggungjawab. So baru lah adil dan berkat duit yang Shaklee bagi tu kan? Shaklee bagi untuk didik orang2 di bawah group kita. Tapi kalau nak cerita lebih lanjut..kena jadi Ahli Shaklee under saya lah dulu. Baru anda tahu macam mana bestnye shaklee ni! ;)

Ok lah..saya rasa ni jelah dulu bebelan saya kali ni. Kalau anda berminat nak beli barangan Shaklee atau nak jadi Ahli Shaklee hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 (ok..sempat lagi aku promote shaklee dekat entry ni..mua..mua..mua)

K bai... ^____^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...