Uncle Ayum, Mama, Baba, Qaireen & Ibu Cha
Rasanya masih belum terlambat mama
ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada pembaca2 blog
mama. Lama sungguh mama tak berceloteh ye?? Penuh bersawang blog mama ni! Hik..hik..
Seperti biasa, setiap tahun..makanan
wajib di rumah mama ialah Lontong. Yang paling best
sekali raya ke – 3 adik beradik, anak beranak, saudara mara belah arwah opah
dan arwah atuk Qaireen datang! (ingatkn sikit je yang datang..rupa2nye yang
datang bagai……)
Entry ni mama nak bercerita bukan nak tunjuk2 atau nak bagi tahu yang mama ni macam SuperMak! wah...supermak lagi tu. Mama sedikit kecewa sebab ada hamba Allah ni tak percaya yang mama boleh buat semua tu. Ialah Qaireen kan nyusu.
Apa susah..bila anak kita dah 1 tahun ke atas lagi senang. Tak yah risau nak kumpul stok ebm, nak bagi bubur nasi, nak bagi susu je. Bagi anak kita makan apa yang kita makan. Pagi sebelum masak, mama menyusukan Qaireen, lepas tu mama bagi Qaireen roti jala, spaghetti, kuih raya, kerepek dan air soya. Pukul 3 baru mama menyusukan dia semula. Biarkan dia bermain dengan saudara mara kita. Dia pun tak lah ingat nak mengempeng je..betul tak??
Macam – macam mama masak..spaghetti,
roti jala, lontong, bihun goreng dan nasi goreng (sebab makanan dah habis). Orang lain pakai lawa2..mama pakai baju rumah je. Tak sempat nak pakai baju raya. asyik masakkkkk.....je..heheee.
Sebahagian daripada keluarga belah arwah mak mama
12.30pm :
1 kereta (6org) : wancik, paklang, muneerah, fazlan, sham,
ali
1 kereta (4org) : acu, maksu, harith, angah.
1 kereta (5org) : uncle sudin, aunty nurul, anak, anak, anak
(tak ingat nama sbb jarang sgt2 jumpe) hik..hik..
1 kereta (8org) : pak nan, m’cik liza, azryl, fisha, amir,
adam, adib, amar.
04.00pm :
Waktu ni mama dengan ibu cha basuh pinggan dan kemas rumah
sikit2. Qaireen pun dah mula merengek sebab nak susu. Kesian anak mama.
06.30pm :
Kelam kabut masak roti jala (mmg simpan sikit takut mereka
habiskan semua..heheee) dan masak bihun goreng. Sebab makanan tengah hari tadi
semua dah habis! Ish..ish..ish..dah macam org Somalia mereka makan.
08.00pm :
Kawan ibu cha..aunty yaya dengan kekasih hatinye uncle
shakir datang. Mama masak roti jala khas untuk uncle shakir. Suka sangat dengan
roti jala..hilang kempunan uncle ye…
Sebahagian daripada keluarga belah arwah ayah mama..(tu onyang kesayangan Qaireen)
09.00pm :
1 kereta ( 8org) : onyang, Qaireen, mak tua, angah, kak
yong, ikwan, wawa, fisha.
1 kereta (1org) : abg wira
1 kereta (3org) : ain, ilwan, yazid
1 kereta (2org) : mahathir dan dila
1 kereta (4org) : abg mi, kak rohaya, asfan, asraf
1 kereta (6org) : maknyah, paknyah, shami, umi, syasya, boy.
12.00am :
Rasa macam nak pengsan..lepas
solat isyak terus tidur. Tapi best..seronok sangat..ramai yang datang. Juadah yang mama sediakan..habis licin! Alhamdulillah ^_^
babe..ko mmg supermak!!!
ReplyDeleteheheee..kalau boleh terbang lagi best!berdesup kesana..berdesup kesini..
ReplyDeletecaya la dilla. sure sedap dilla masakkan...untung suami...
ReplyDeletealahai..sedap ke??ke kaum keluarga ku mmg jenis kuat makan mcm diri ku juga??kekekeke...
ReplyDeletewaa..dilla mmg masterchef ar..nnti gi perak bley fida singgah rumah x?hehe..nk rasa gak roti jala org sane..
ReplyDeletedatang rumah??meh le..boleh sgt2..masterchef gitu!!tp mmg teringin nak masuk masterchef tau..kekekeke..gile glamer gitu :P
ReplyDelete