Seperti yang anda tahu, membaca merupakan kemahiran yang penting untuk anak anda dalam tempoh pembesarannya. Selancar mana dia membaca akan membantunya menentukan cara berkomunikasi, memahami dan belajar.
Selain daripada menunggu sehingga anak anda menjejaki alam pra-sekolah, mulakanlah proses pembacaan kepadanya terlebih dahulu. Dia mungkin tidak dapat memahami pada peringkat awal, tetapi sekiranya anda meluangkan masa bersamanya bermain dengan huruf-huruf dan perkataan, dia akan membesar dengan minat membaca!
Adakah anda tahu?
Walaupun membaca dianggap sebagai aktiviti visual, sebenarnya kesemua deria anak anda terlibat ketika mempelajari kemahiran ini.
Ketika masih dalam kandungan, anak anda boleh mendengar suara anda dan akhirnya dia boleh belajar untuk mengaitkan perkataan yang disebut dengan tandatanda bertulis.
Latih anak anda mengenali huruf-huruf menggunakan jarinya dengan memberikan abjad yang terdapat dalam pelbagai tekstur, contohnya melekat kertas pasir atau kad keras di atas kertas lukisan; atau gunakan pelapik mainan berbentuk huruf.
Di bilik mandi dan dapur, bacakan label untuknya dan biarkan dia menghidu bau buah-buahan, bahan perasa dan alatan mandian.
Apabila anak anda semakin besar, minta pertolongannya untuk menyalin resipi, tunjukkan bahan-bahan yang diperlukan dan biarkannya merasa apabila perlu. Bantunya mencari maklumat di perpustakaan dan internet tentang asal-usul bahan-bahan masakan eksotik.
Aktiviti: Cakap seperti saya Untuk umur: 1 tahun
Apa yang diperlukan: Buku atau carta abjad-abjad (anda boleh buat sendiri dengan menggunakan pen berwarna dan kertas)
Apa yang dilakukan: Namakan setiap huruf yang anda tunjukkan. Kemudian, pamerkan gambar atau objek yang bermula dengan huruf tersebut. Semakin dia membesar, galakkannya mengulangi percakapan anda dan membentuk ayat mudah menggunakan setiap huruf.
Aktiviti: Nyanyi bersama saya Untuk umur: 2-6 tahun
Apa yang diperlukan: Puisi berirama kanakkanak/ Lagu kanak-kanak
Apa yang dilakukan: Bacakan puisi atau lagu secara kuat sambil bertepuk tangan mengikut rentak. Kemudian, jika boleh, ajak anak anda mengikutinya sekali. Lagu seperti “ABC” dan “1,2,3,4,5,Once I Caught A Fish Alive” juga boleh membantu anak anda untuk mengingati abjad dan asas mengira.
Aktiviti: Perkataan orang buta Untuk umur: 6-8 tahun
Apa yang diperlukan: Keratan besar huruf-huruf besar (4 inci setiap satu) menggunakan kertas pasir kasar; tuala atau kain sebagai penutup mata
Apa yang dilakukan: Tutup mata anak menggunakan penutup mata (sekiranya dia selesa sedemikian) dan letak beberapa keratan huruf di hadapannya sambil mengeja perkataan yang dia tahu. Kira berapa lama masa yang diambil oleh anak anda untuk membaca perkataan tersebut dengan menggunakan jarinya. Tukar pusingan dengan anda atau pasangan anda mahupun ahli keluarga yang lain. Selepas 5 pusingan, tambahkan masa tersebut – pemenang boleh memilih ganjaran yang boleh dikongsi seisi keluarga!
Aktiviti: Baca resipi Untuk umur: 9-12 tahun
Apa yang diperlukan: Resipi ringkas yang boleh disediakan oleh anak anda dengan pengawasan anda.
Apa yang dilakukan: Baca resepi bersama-sama. Untuk kanak-kanak yang lebih muda, anda perlu membaca beberapa langkah dan menjelaskannya satu persatu. Sekiranya anak anda sudah biasa menolong sejak kecil, anda tidak perlu membuat penjelasan tersebut. Tekankan kata kerja seperti ‘pecahkan’, ‘memukul’, ’mengacau’ dan seterusnya. Untuk kanak-kanak yang sudah besar dan cepat bosan, minta mereka membuat sebuah cerita berdasarkan apa yang mereka sedang lakukan. Sebagai contoh, semangkuk penuh tepung boleh menjadi lereng bukit berpasir di mana sebiji telur seekor burung gergasi ajaib telah terjatuh di atasnya, diikuti dengan hujan serbuk koko yang lebat. Luaskan imaginasi anda dan biarkan anak anda bermain dengan imaginasi tersebut.
Biarkan mereka lihat anda membaca
Kanak-kanak gemar untuk mengikuti jejak langkah ibu bapanya. Baca surat khabar setiap hari, dan sediakan bahan-bahan bacaan yang sesuai dibaca seisi keluarga pada hari minggu. Bincangkan tentang buku-buku yang dibaca oleh anak anda dan tanya mengapa dia menyukai buku tersebut. Dengan menunjukkan bahawa anda berdua mempunyai minat yang sama, secara tidak langsung memberitahunya yang anda turut mengambil berat tentang dirinya.
Hari ni mama MC sebab kena Diarrhea. Semalam mama pergi kenduri kawin, tambahan pula perut mama memang jenis "tak kuat" silap sikit mesti sakit. Mulanya Qaireen yang membuang, mama mula rasa tak sedap hati sebab dari pukul 7pm - 10pm Qaireen berak sebanyak 3kali. Subuh tadi mama pula "menjadi teman setia toilet"
Apa puncanya ye? Jom mama nak kongsikan bersama anda, mama dapat dari Mr. Wikipedia.
Diarea (Indonesia.= diare; Inggeris = diarrhea) ataupun cirit-birit merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan membuang najis secara normal menyebabkan ia sentiasa perlu membuang najis pada setiap masa. Pembuangan najis dilihat berlaku apabila najis yang dikeluarkan dari dubur yang pada kebiasaannya dalam bentuk pepejal menjadi lembut, berair atau sangat berair. Keadaan ini sekiranya berlarutan mampu menyebabkan kekeringan air (terdehidrasi) @ dehydrated dan sekiranya berterusan mampu membahayakan pesakit juga boleh menyebabkan maut.
Definisi untuk diarea sebenar ialah peningkatan berat najis melebihi 200 gm dalam 24 jam.
Tanda - Tanda Awal
Kebiasaannya pesakit akan mengalami rasa kurang selesa dibahagian perut, sakit dibahagian ulu hati. Pesakit pada permulaan biasanya mula rasa gelisah, cepat berpeluh dan seram sejuk diseluruh badan. Dalam kes yang lebih teruk, ia mengakibatkan pesakit tersebut mula berasa loya, muntah-muntah dan juga demam.
Simptom
Ketidaknormalan kerap berlaku dalam penggerakan usus
Kehilangan banyak air dan najis yag tidak dicerna sepenuhnya
Terasa kejang dibahagian perut, sakit menyengat di bahagian ulu hati (perasaan libang libu).
Flatulence (Kekembungan perut), kentut berpanjangan (pembuangan gas metana asli dari usus yang lebih busuk dari kebiasaan, dan kerap).
Apabila bahagian abdominal dipicit dan diurut, bunyi air dapat didengari dengan jelas.
Pembuangan najis cair dan berair berterusan, serta rasa ingin muntah atau mengalamai kemuntahan.
Tempoh Berlaku
Dalam kebanyakan kes, cirit birit berlaku dan berlarutan dalam tempoh 2-3 hari. Namun ia juga boleh berlaku pada kadar lebih lama dari itu. Misalnya dalam kes taun, cirit-birit serius boleh berlaku sehingga seminggu dengan kehilangan setengah liter air dalam badan dalam tempoh kira-kira sejam.
Sebab Berlaku
Terdapat beberapa faktor utama yang dikenal pasti penyebab masalah cirit-birit:[1]
Minum air minuman yang tidak dimasak sempurna atau ditapis bersih.
Meminum air tercemar.
Memakan makanan tidak dibersih dan dimasak dengan betul dan menyeluruh seperti memakan daging dan telur yang mentah atau kurang dimasak.
Memakan makanan yang dicemari oleh bakteria berbahaya contohnya bakteria, Campylobacter, Salmonella, Shigella, dan Escherichia coli (E. coli).
Jangkitan virus (kuman). Terdapat pelbagai jenis kuman penyebab diarrhea, termasuklah rotavirus, norovirus, cytomegalovirus, herpes simplex virus, dan viral hepatitis. Jangkitan dengan rotavirus adalah penyebab biasa yang menyebabkan cirit-birit kepada kanak-kanak. Rotavirus diarrhea biasanya dapat dilangsaikan dalam 3 hingga 7 hari tetapi dapat menyebabkan masalah pencernaanlaktosa melebihi sebulan atau lebih.
Parasit. Parasit juga dapat memasuki tubuh dari makanan atau minuman tercemar dan parasit juga dapat berlindung atau menetap dalam sistem pencernaan manusia. Contoh parasit penyebab diarrhea termasuklah Giardia lamblia, Entamoeba histolytica, dan Cryptosporidium.
Penyakit usus. Luka atau kesan melecet diantara dinding usus juga dapat menggalakkan jangkitan kuman dan menyebabkan penyakit pada usus, sindrom iritasi usus (IBS), ulcerative colitis, penyakit Crohn’s dan penyakit celiac acap kali menjadi penyebab kepada cirit-birit.
Ketidaktoleransian dan alahan kepada makanan serta sensitiviti. Ada segelintir orang yang mengalami cirit-birit apabila memakan makanan yang banyak lemak misalnya lauk bersantan, daging tidak buang lemak, memakan buah tinggi lemak seperti durian. Ada juga pesakit yang alah terhadap gula laktosa, gula ini sering dijumpai dalam susu dan produk hasilan susu. Maka ada juga orang yang akan mengalami cirit-birit apabila mengambil susu pada kadar yang banyak. Memakan makanan tinggi serat secara melampau dan bijirin dengan banyak juga boleh menyebabkan cirit-birit. Bayi biasanya berumur dibawah 2 tahun juga apabila diberikan susu formula juga boleh menyebabkan ia mengalami cirit birit. Lihat susu ibu untuk maklumat lanjut.
Tindak balas terhadap ubat-ubatan. Antibiotik, ubat anti-kanser, antasid yang mengandungi magnesium juga boleh menyebabkan diarrhea.
Kegagalan fungsi sistem usus dan pencernaan.
Cirit-birit yang berlaku kepada beberapa orang melebihi tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama berkemungkinan disebabkan oleh keracunan makanan.
Ada juga segelintir pesakit yang baru melakukan pembedahan khususnya melibatkan bahagian sekitar abdomen akan mengalami cirit-birit. Ini akan menyebabkan makanan yang diambil akan melalui sistem pencernaan dengan lebih cepat dari biasa.
Pesakit yang akan melakukan pembedahan khususnya pada bahagian abdomen juga biasanya diperlukan berpuasa lebih kurang 10 jam sebelum pembedahan bermula, mereka juga akan diberikan ubat pelawas (laksatif) bagi menggalakkan pembuangan air besar yang lebih cepat.
Pelancong atau pemigrasi juga tidak terlepas dari mendapat diarrhea, biasanya ia berlaku akibat perubahan persekitaran yang berlainan dari tempat asalnya. Atau mungkin juga disebabkan oleh pengambilan makanan yang telah tercemar oleh bakteria, virus, parasit, batuan halus dan kasar samada secara segaja atau tidak sengaja tanpa dijangkakan. Pemigrasian atau melancong ke wilayah negara membangun seperti di benua Afrika, Asia, Amerika Latin dan Caribbean juga biasanya terdedah kepada risiko ini. Melawat ke negara seperti Kanada, kebanyakan negara-negara di Eropah,Jepun, sebilangan kawasan di Australia dan di New Zealand, kelihatan kurang mendapat cirit-birit, ini mungkin atas faktor cuaca persekitaran yang sejuk yang sedikit sebanyak dapat merencatkan keaktifan tindak balas bakteria, parasit dan virus dalam sistem pencernaan, atau mungkin juga faktor khidmat perubatan yang canggih dan terkini dinegara tersebut, serta tahap kebersihan dan hygenik yang tinggi diamalkan oleh masyarakat negara tersebut, yang mendorong pengurangan risiko mendapat cirit-birit.
Epidemiologi
Hampir kesemua orang dari pelbagai latar belakang budaya, bangsa, usia dan jantina boleh mendapat diarrhea. Di Amerika Syarikat, setiap orang dari golongan dewasa biasanya akan mengalami cirit-birit akut (acute diarrhea) dalam setahun,[2] dan kanak-kanak pula secara purata akan mendapat 2 episod cirit birit dalam setahun.[3]
Dianggarkan bahawa dalam serangan cirit-birit disebabkan oleh bakteria di Amerika Syarikat, 99% daripadanya disebabkan oleh Campylobacter jejuni dangan peratusan 20 kes bagi setiap 100,000 penduduk.
So setiap orang pasti akan mengalaminya, tak kiralah doktor ke..distributor shaklee ke..pasti akan kena. Ada orang salah faham, mereka ingat mama sebagai distributor shaklee tidak akan berasa sakit langsung. Wah bestnye kalau macam tu..lagi best kalau jadi doktor..ialah sebab doktor kan!..tak begitu? Renung2kan lah wahai hamba Allah.....
Jika anda ada masalah dlm konflik berat badan, sama ada anda seorang ibu menyusu atau individu normal. (lelaki atau wanita,bujang atau dah berkahwin)...,jgn risau.. tak salah anda mencuba supplemen ini... Shaklee mmg ada menawarkan Shape up Program... Antara item didalam Shape up Program adalahCinch Shake, Lecitin, Herblax.
Secara asasnya, utk diet... Anda perlu
Detoks (Fiber/herblax)
+
Protin (Cinch Shake or Energizing Soy Protin (ESP)
+
Lecitin
Kenapa protin?Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.
Kenapa kene detoks? Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. :)... tahukah anda... kunci asas untuk kurus adalah detox dulu yaaa..) Utk detoks, anda boleh pilih samada nak Fiber atau Herblax.. ikut budget naa.. Antara fiber dan herblax..fiber lebih optimum resultnya... Fiber akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan.Disamping tu kalau anda makan fiber ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit.selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman.. Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum).
Kenapa perlu Lecitin?: ..berfungsi untuk memecahkan lemak2 ...Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn..
Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?". Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.
Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian
Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
Soya bukan GMO
_____________________________________
Itu sebahagian dari info mengenai Cinch Shake (Protin Shake).. Tetapi jika anda ibu menyusu, memadai ambil Lecitin dan ESP.... ESP juga adalah protin shake cuma lebih selamat utk ibu dan bayi... Dan jgn lupa vitamin2 asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vitamin C..
Okey cukup cerita tentang fakta2 ni.. mari terus ke cerita utama hari ini.. cerita yg anda tunggu2. turun 9 kg dalm masa 1bulan??! hehe.. apa kata kita baca kisah Pn Aliza dari Miri.. pengakuan beliau yang dah cuba suplemen Shaklee ni..
Surah Al-Waqiah adalah salah satu surah yang mama selalu amalkan. Mama suka sangat baca surah ni. Bila mama rasa "sempit" atau business mama agak slow, mama cepat2 baca surah ni. InsyaAllah mesti ada yang beli barang. Terima kasih kepada arwah mak mama yang ajar mama dan suruh mama amalkan baca surah ni.
Apa khasiatnya surah Al-Waqiah ni??
"Barangsiapa membaca Surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam, tiadalah akan menimpa kepadanya kefakiran atau kepapaan"
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.