Apa puncanya ye? Jom mama nak kongsikan bersama anda, mama dapat dari Mr. Wikipedia.
Diarea (Indonesia.= diare; Inggeris = diarrhea) ataupun cirit-birit merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan membuang najis secara normal menyebabkan ia sentiasa perlu membuang najis pada setiap masa. Pembuangan najis dilihat berlaku apabila najis yang dikeluarkan dari dubur yang pada kebiasaannya dalam bentuk pepejal menjadi lembut, berair atau sangat berair. Keadaan ini sekiranya berlarutan mampu menyebabkan kekeringan air (terdehidrasi) @ dehydrated dan sekiranya berterusan mampu membahayakan pesakit juga boleh menyebabkan maut.
Definisi untuk diarea sebenar ialah peningkatan berat najis melebihi 200 gm dalam 24 jam.
Tanda - Tanda Awal
Kebiasaannya pesakit akan mengalami rasa kurang selesa dibahagian perut, sakit dibahagian ulu hati. Pesakit pada permulaan biasanya mula rasa gelisah, cepat berpeluh dan seram sejuk diseluruh badan. Dalam kes yang lebih teruk, ia mengakibatkan pesakit tersebut mula berasa loya, muntah-muntah dan juga demam.
Simptom
Tempoh Berlaku
Dalam kebanyakan kes, cirit birit berlaku dan berlarutan dalam tempoh 2-3 hari. Namun ia juga boleh berlaku pada kadar lebih lama dari itu. Misalnya dalam kes taun, cirit-birit serius boleh berlaku sehingga seminggu dengan kehilangan setengah liter air dalam badan dalam tempoh kira-kira sejam.
Sebab Berlaku
Terdapat beberapa faktor utama yang dikenal pasti penyebab masalah cirit-birit:[1]
- Minum air minuman yang tidak dimasak sempurna atau ditapis bersih.
- Meminum air tercemar.
- Memakan makanan tidak dibersih dan dimasak dengan betul dan menyeluruh seperti memakan daging dan telur yang mentah atau kurang dimasak.
- Memakan makanan yang dicemari oleh bakteria berbahaya contohnya bakteria, Campylobacter, Salmonella, Shigella, dan Escherichia coli (E. coli).
- Jangkitan virus (kuman). Terdapat pelbagai jenis kuman penyebab diarrhea, termasuklah rotavirus, norovirus, cytomegalovirus, herpes simplex virus, dan viral hepatitis. Jangkitan dengan rotavirus adalah penyebab biasa yang menyebabkan cirit-birit kepada kanak-kanak. Rotavirus diarrhea biasanya dapat dilangsaikan dalam 3 hingga 7 hari tetapi dapat menyebabkan masalah pencernaanlaktosa melebihi sebulan atau lebih.
- Parasit. Parasit juga dapat memasuki tubuh dari makanan atau minuman tercemar dan parasit juga dapat berlindung atau menetap dalam sistem pencernaan manusia. Contoh parasit penyebab diarrhea termasuklah Giardia lamblia, Entamoeba histolytica, dan Cryptosporidium.
- Penyakit usus. Luka atau kesan melecet diantara dinding usus juga dapat menggalakkan jangkitan kuman dan menyebabkan penyakit pada usus, sindrom iritasi usus (IBS), ulcerative colitis, penyakit Crohn’s dan penyakit celiac acap kali menjadi penyebab kepada cirit-birit.
- Ketidaktoleransian dan alahan kepada makanan serta sensitiviti. Ada segelintir orang yang mengalami cirit-birit apabila memakan makanan yang banyak lemak misalnya lauk bersantan, daging tidak buang lemak, memakan buah tinggi lemak seperti durian. Ada juga pesakit yang alah terhadap gula laktosa, gula ini sering dijumpai dalam susu dan produk hasilan susu. Maka ada juga orang yang akan mengalami cirit-birit apabila mengambil susu pada kadar yang banyak. Memakan makanan tinggi serat secara melampau dan bijirin dengan banyak juga boleh menyebabkan cirit-birit. Bayi biasanya berumur dibawah 2 tahun juga apabila diberikan susu formula juga boleh menyebabkan ia mengalami cirit birit. Lihat susu ibu untuk maklumat lanjut.
- Tindak balas terhadap ubat-ubatan. Antibiotik, ubat anti-kanser, antasid yang mengandungi magnesium juga boleh menyebabkan diarrhea.
- Kegagalan fungsi sistem usus dan pencernaan.
Cirit-birit yang berlaku kepada beberapa orang melebihi tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama berkemungkinan disebabkan oleh keracunan makanan.
Ada juga segelintir pesakit yang baru melakukan pembedahan khususnya melibatkan bahagian sekitar abdomen akan mengalami cirit-birit. Ini akan menyebabkan makanan yang diambil akan melalui sistem pencernaan dengan lebih cepat dari biasa.
Pesakit yang akan melakukan pembedahan khususnya pada bahagian abdomen juga biasanya diperlukan berpuasa lebih kurang 10 jam sebelum pembedahan bermula, mereka juga akan diberikan ubat pelawas (laksatif) bagi menggalakkan pembuangan air besar yang lebih cepat.
Pelancong atau pemigrasi juga tidak terlepas dari mendapat diarrhea, biasanya ia berlaku akibat perubahan persekitaran yang berlainan dari tempat asalnya. Atau mungkin juga disebabkan oleh pengambilan makanan yang telah tercemar oleh bakteria, virus, parasit, batuan halus dan kasar samada secara segaja atau tidak sengaja tanpa dijangkakan. Pemigrasian atau melancong ke wilayah negara membangun seperti di benua Afrika, Asia, Amerika Latin dan Caribbean juga biasanya terdedah kepada risiko ini. Melawat ke negara seperti Kanada, kebanyakan negara-negara di Eropah,Jepun, sebilangan kawasan di Australia dan di New Zealand, kelihatan kurang mendapat cirit-birit, ini mungkin atas faktor cuaca persekitaran yang sejuk yang sedikit sebanyak dapat merencatkan keaktifan tindak balas bakteria, parasit dan virus dalam sistem pencernaan, atau mungkin juga faktor khidmat perubatan yang canggih dan terkini dinegara tersebut, serta tahap kebersihan dan hygenik yang tinggi diamalkan oleh masyarakat negara tersebut, yang mendorong pengurangan risiko mendapat cirit-birit.
Epidemiologi
Hampir kesemua orang dari pelbagai latar belakang budaya, bangsa, usia dan jantina boleh mendapat diarrhea. Di Amerika Syarikat, setiap orang dari golongan dewasa biasanya akan mengalami cirit-birit akut (acute diarrhea) dalam setahun,[2] dan kanak-kanak pula secara purata akan mendapat 2 episod cirit birit dalam setahun.[3]
Dianggarkan bahawa dalam serangan cirit-birit disebabkan oleh bakteria di Amerika Syarikat, 99% daripadanya disebabkan oleh Campylobacter jejuni dangan peratusan 20 kes bagi setiap 100,000 penduduk.
So setiap orang pasti akan mengalaminya, tak kiralah doktor ke..distributor shaklee ke..pasti akan kena. Ada orang salah faham, mereka ingat mama sebagai distributor shaklee tidak akan berasa sakit langsung. Wah bestnye kalau macam tu..lagi best kalau jadi doktor..ialah sebab doktor kan!..tak begitu? Renung2kan lah wahai hamba Allah.....
No comments:
Post a Comment