Credit to MommyLyna
Ini adalah pengalaman saya sendiri. Biasanya saya minum air masak 3-4L sehari, tidak termasuk minuman lain seperti ESP, mealshake, teh, milo dan sebagainya.
Pada hari berkenaan, saya dalam misi pulang ke kampung bersama keluarga. Disebabkan kalut dengan anak-anak, maka saya tidak sempat minum air dengan banyak pada pagi tersebut. Namun saya membawa sebotol air 2L sebagai bekal. Dalam perjalanan, air minuman tersebut telah tumpah dengan tidak sengaja yang hanya tinggal 1/8 saja. Jadi dalam perjalanan tu saya tak minum cukup air. Kami pun tak berhenti di R&R sebab nak cepat.
Akibatnya saya telah mengalami sakit kepala dan tidak sedap badan.
Adakah ini kesan pengambilan vitamin? Tidak, sebab saya dah ambil Shaklee bertahun-tahun.
Penyebabnya adalah kerana kekurangan air. Apabila tubuh kita kurang air, dan kita ambil supplement, umpama cuba melarutkan gula dalam kuantiti air yang sedikit. Bukankah lebih mudah melarutkan gula dalam air yang banyak? Apabila kita mengambil supplement, kita mengambil zat dalam bentuk ‘concentrated’ berbanding dengan mengambil vitamin dari sumber seperti buah, sayur dan sebagainya. Vitamin yang lebih ‘cair’ umpama gula dalam kuantiti sedikit, jadi kita tak memerlukan jumlah air yang banyak untuk melarutkannya, berbanding gula dalam kuantiti yang banyak.
Oleh itu, apabila anda mengalami sakit kepala, tak sedap badan, rasa nak demam, badan panas dan sebagainya selepas mengambil supplement, minumlah air yang mencukupi (sekurang-kurangnya 3L sehari) untuk mengelakkan anda mengalami healing krisis.
No comments:
Post a Comment