MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Tuesday, October 11, 2011

HUBUNGAN SUAMI ISTERI


Kebanyakan wanita dalam pantang selalu memikirkan bila waktu yang sebaiknya untuk memulakan hubungan kelamin dan apakah perlu dia mengamalkan cara mencegah kehamilan. Kedua-dua perkara ini berkaitan antara satu sama lain kerana apabila hubungan kelamin dimulakan, wanita ini tentulah terdedah kepada kemungkinan akan haamil lagi, walaupun dia belum mengkehendakinya.
  Memulakan hubungan kelamin selepas bersalin boleh menjadi satu masalah yang rumit. Segolongan besar wanita, memulakan hubungan kelamin sebaik sahaja habis waktu pantang. Namun demikian, ada juga yang memulakan lebih awal. Orang Barat memulakan hubungan kelamin dua minggu selepas bersalin sementara orang Cina pula lebih suka melambatkannya sehingga tiga bulan. Jika kelahiran dilakukan melalui pembedahan sesarean, waktu pantang mereka dipanjangkan sehingga 100 hari. Sekarang ini tidak semua orang Cina mengamalkan tradisi ini.
  Ramai juga wanita berasa khuatir sama ada hubungan kelamin selepas bersalin akan memberi kepuasan yang sama seperti sebelumnya. Bagi sesetengah wanita mereka terlalu memikirkan soal memberi kepuasan ini kepada suami dan menjadi satu isu yang sangat penting untuk kesejahteraan dan kebahagiaan rumahtangga.
  Dengan tujuan inilah ramai wanita mengamalkan atau melakukan berbagai-bagai jenis amalan sama ada secara tradisi atau moden untuk memulihkan keadaannya. Ada yang sanggup serta mematuhi nasihat orang-orang tua. Ada pula yang mendengar nasihat kawan-kawan, berpandukan buku, risalah-risalah dan ada juga yang terus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Sesetengah amalan ini boleh mendatangkan manfaat dan mempunyai asas saintifik, tetapi ada juga amalan tradisi ini yang boleh membawa akibat buruk serta memudaratkan yang boleh menjejaskan hubungan kelamin. Dalam hal ini wanita perlu diberi tunjuk ajar, nasihat dan panduan yang wajar supaya apa yang dilakukannya itu tidak mendatangkan kesan yang bertentangan dengan apa yang diharapkan.
  Ada juga sesetengah wanita amat takut memulakan perhubungan kelamin kerana kemungkinan ia akan mendatangkan rasa sakit, khususnya wanita yang mengalami jahitan atau pembedahan ketika bersalin. Memang benar kadang-kadang berlaku jahitan pada luka jahitan episiotomi tidak dilakukan dengan teliti oleh doktor yang menyambut kelahiran. Ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyebabkan luka ini bernanah dan jahitannya terbuka. Dalam hal demikian pemulihan luka pada kemaluan mungkin terjejas menyebabkan masalah kesakitan ketika mengadakan persetubuhan.
  Jika keadaan ini berlaku sebaiknya wanita berkenaan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Kadangkala kesakitan ini persetubuhan dan keadaan demikian boleh menggugat kesejahteraan dan kebahagiaan suami isteri.

Perlukah Merancang Kehamilan?
Wanita dalam pantang selalu juga memikirkan sama ada dia perlu mengamalkan kaedah mencegah kehamilan atau tidak dan kaedah mana yang paling sesuai untuknya.
  Saya percaya kebanyakan wanita tidak berhasrat untuk terus hamil sebaik sahaja habis pantang. Memang tidak boleh disangkal, ramai wanita terjerat dengan kehamilan yang belum dikehendakinya. Reaksi wanita terhadap keadaan demikian berbeza antara satu sama lain. Ada yang terpaksa menerimanya dengan kerelaan walaupun di segi fizikal, rohani dan mental dia belum bersedia lagi untuk menghadapi proses kehamilan dan kelahiran dalam waktu yang begitu singkat. Ada pula yang menerima kehamilan kerana paksaan suami yang tidak memahami dan tidak pernah mengalami pahit maung, duka lara dan kesakitan serta beban ketika hamil, melahirkan serta menjaga bayi. Ada pula yang tidak dapat menerima hakikat ini dan terus mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungannya, sama ada dengan cara moden ataupun tradisi. Menggugurkan kandungan secara tradisi jauh lebih tinggi daripada cara moden, tetapi perlu diingatkan kedua-duanya adalah salah di sisi undang-undang dan agama.
  Sebaiknya wanita patut menjarakkan kehamilan yang berikutnya selama dua tahun. Islam juga menggalakkan perancangan ini seperti tercatat dalam al-Quran surah al-Baqarah yang bermaksud: ‘Ibu hendaklah menyusukan bayi mereka selama dua tahun genap, bagi siapa yang mahu menyempurnakan tempoh penyusuan tersebut. Jika ibu meyusukan bayi sendiri sepenuhnya, bukan sahaja dia mendapat faedah yang banyak dari segi mutu makanan bayi, malah dalam masa yang sama dia juga mengamalkan satu cara pencegahan kehamilan yang natural atau semulajadi.
  Biasanya, dalam waktu penyusuan sebahagian besar wanita tidak akan hamil. Dalam tiga bulan pertama penyusuan, 90 peratus wanita tidak akan hamil, tetapi selepas enam bulan peratus ini berkurangan sedikit dan selepas setahun biasanya hanya 70 peratus sahaja yang berjaya mencegah hamil manakala 30 peratus akan hamil jika mereka tidak menggunakan cara mencegah kehamilan yang lain. Dari segi perubatan, jarak yang disyorkan ialah dua tahun juga. Jarak ini diperlukan untuk ibu mencapai tahap kesihtan yang baik dari segi kesihatan fizikal, mental dan rohaninya, khususnya taraf pemakan dan taraf kepekatan darahnya (hemoglobin) yang dianggap sebagai penting untuk menghadapi kehamilan yang berikutnya.
  Di samping itu bayi yang berumur dua tahun kurang bergantung pada ibunya untuk memenuhi pelbagai keperluan. Tegasnya, apabila anak berikutnya lahir, ibu boleh menumpukan sepenuh perhatian dan jagaan kesihatan bayi, di samping memberi masa untuk ibu berehat.
  Pembentukan dan perkembagan fizikal serta mental kanak-kanak dalam masa dua tahun pertama adalah sangat penting sebagai asas pembangunan kanak-kanak di masa hadapan. Andainya ibu sedang sarat mengandung, sudah tentulah dia tidak dapat lagi menumpukan sepenuh perhatian dari segi masa dan tenaga kepada anaknya yang kecil itu.
  Terdapat bukti-bukti saintifik dari kajian yang menunjukkan jarak antara kehamilan akan menentukan keselamatan bayi baru dilahirkan, dan kejayaan kehamilan yang berikutnya. Sama ada kehamilan itu gugur, janin mati dalam rahim ataupun menghasilkan bayi yang hidup sihat sejahtera ketika lahir banyak ditentukan oleh jarak kehamilan ibu.
  Saya berpendapat menjarakkan kehamilan sangat penting dari segi kesihatan dan kesejahteraan ibu serta bayinya. Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu sendiri, saya mencadangkan supaya mereka juga patut menggunakan cara mencegah kehamilan yang lain untuk menentukan dia tidak hamil ketika menyusukan anaknya.
  Sebaiknya amalan mencegah kehamilan ini dimulakan selepas pantang. Ada yang mencadangkan penggunaan alat atau ubat pencegah hamil ini dimulakan tiga bulan selepas waktu pantang jika ibu memberi susu badan sepenuhnya. Bagi ibu ini, pil pencegah hamil tidak begitu sesuai kerana ini biasanya boleh menyebabkan air susu kering atau berkurangan.
  Cara yang selalu dicadangkan ialah melalui suntikan hormon yang diberi tiga bulan sekali (Uni Depo) atau dua bulan sekali (Norigest). Suntikan hormon ini adalah selamat dan di samping memberi kesan mencegah kehamilan, ia juga dikatakan memperbanyakkan pengeluaran susu. Kesan sampingan yang biasa dialami iaitu gangguan pusingan haid tidak akan menimbulkan masalah kerana ibu yang menyusukan bayi tidak akan keluar darah haid mereka.
  Satu lagi cara yang digalakkan oleh doktor ialah penggunaan alat dalam rahim khusus bagi ibu yang menyusukan anak. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi dan tidak berhasrat untuk hamil dengan secepat mungkin, perlu mengamalkan cara mencegah hamil yang dianggap berkesan dan selamat. Dalam hal ini wanita boleh mendapat bimbingan dan nasihat daripada klinik keluarga atau klinik ibu dan bayi yang terdapat di sekitar pelusuk negara kita.

MASALAH KEPUTIHAN?


Masalah keputihan dan jangkitan kuman
“Keputihan’ yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.
Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samadamereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.
1. Peranan lendir di dalam faraj
Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.
Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.
Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikianlendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.
Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantumandi antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.
Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanandan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.
2. Apakah yang mengawal pengeluaran lendir?
Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-parashormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.
Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.
Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga keranapil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.
Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu merasa gempar atau bimbang.
Pengeluaran lendir yang berlebihanjuga boleh berlaku kerana gangguana jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu jugawanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaranlendir yang berlebihan juga boleh berlaku.
Sifat lendir yang normal
Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.
3. Keputihan sebagai tanda penyakit
Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.
4. Jenis-jenis jangkitan kuman
Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuamn hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.
i. Kuman
Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama ‘Trichomonas’ sering juga menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk
ii. Kulat
Kulat yang digelar dengan nama ‘Monilia’ atau ‘candida’ sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis.
iii. Virus
Virus seperti ‘herpes’ dan ‘chlamydia’ sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan.
5. Apakah bahaya jangkitan kuman
Di antara-antara penyakit jangkitan kuman terdapat beberapa jenis yang membahayakan terutama jika ia menyerang saluran fallopian. Ia menyebabkan kemandulan , kesakitan ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan. Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh, pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah yang teruk dan kemandulan.
6. Bagaimana kuman berjangkit?
Wanita-wanita yang hamil, selepas bersalin , selepas gugur, memakan pil perancang keluarga, memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas putus haid mempunyai lebih risiko untuk dijangkiti kuman.
Kebanyakan jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks.. Oleh itu adalah tidak memeranjatkan jika penyakit  tersebut lebih sering dihadapi  oleh wanita-wanita pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang (promiscuity).   
Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya ‘gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain.


Dr. Hamid Arshat
________________________________________________________


Cara mengatasinya ialah dengan mengambil Alfalfa Shaklee. Apa yang boleh mama katakan, selepas mengambil Alfalfa Shaklee keputihan berkurangan dan hubungan suami isteri juga menjadi bertambah erat! Tak percaya? Cuba dulu..mama dah cuba..anda bagaimana? ^_^ 



Monday, October 10, 2011

RAHSIA ANAK PINTAR DARI SEGI PERSPEKTIF ISLAM


INFO: Tip untuk ibu bapa
  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
  • Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
  1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Saturday, October 8, 2011

BAYI 23 HARI DILIWAT BAPA

Apa perasaan ibu - ibu semua bila baca cerita ni?? Ya Allah..menggeletar badan mama, tanpa mama sedar mama dah menangis teresak - esak. Mama sedih lah, kenapa sekarang ni ramai sangat manusia bertopengkan dan bernafsukan syaitan!!

Apa salah baby tu?
Apa akan terjadi pada baby tu?

Baby sepatutnya diberi kasih sayang sepenuhnya..di belai..di manja..bukan buat macam tu!!
__________________________________________________________

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.
Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. 
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.



“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.



harian metro


Thursday, October 6, 2011

CARA DETOX YANG SELAMAT


Sekarang ni detox atau nyahtoksin menjadi agar popular dengan pelbagai produk detox di pasaran. Namun tahukah bahawa kita boleh menjalani detox secara semulajadi dengan pengambilan produk Shaklee!
Detox dengan kata lain ialah ‘membersihkan dan menyucikan badan dari dalam’. Ia penting untuk penyerapan nutrien/vitamin. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.
Dari manakah datangnya benda-benda toksin ini? Dalam dunia moden hari ini, lebih 5 bilion lbs bahan kimia dilepaskan ke dalam persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan hidup saban tahun. Tambahan pula banyak makanan mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai karsinogen.
Selain masalah penyerapan vitamin, pembentukan toksin dalam badan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius termasuk:
  • Sakit kepala yang kerap
  • PMS
  • Sakit sendi
  • Keletihan
  • Kulit melepuh
  • Pencernaan bermasalah
  • Halitosis (nafas berbau)
  • Jangkitan yang berulang-ulang
  • Kekurangan daya imun tubuh
Sekiranya anda ada mengalami perkara di atas, mungkin pelukan DETOX!
Shaklee menawarkan produk detox untuk membantu membersihkan badan anda daripada bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon, membina mikroflora usus anda dan banyak lagi. Menarik kan?

Detox Hati/Liver Detox

Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifikasi badan secara semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. Produk ini mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
dtx complex tonik hati
DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
  • milk thistle seed
  • schizandra chinensis seed (tanaman yang berasal dari China yang dah digunakan selama lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detoksifikasi di dalam hati)
  • cendawan Reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya)
  • dandelion
  • kunyit
  • artichoke (untuk membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal)

Pembersih Usus/Colon Detox

Badan yang sihat mengandungi bertrilion mikroorganisma baik. Majoriti bakteria baik ni tinggal di dalam usus dan dirujuk sebagai  mikroflora. Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran gastro-usus; dan  berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita sepanjang masa.
Tugas bakteria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk mengawal bakteria jahat.
Punca Utama Ketidakseimbangan Bakteria
  • penggunaan antibiotik.
  • umur
  • pemakanan yang tidak sihat
  • pengambilan serat yang rendah
  • kontraseptif oral
  • ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid
  • tekanan
  • pengambilan gula yang tinggi
herb lasx detox
Dr Shaklee telah memperkenalkan Herb-Lax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.
Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana2. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.
Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.

Pencuci Darah

Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.
Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.
garlic shaklee
Garlic Complex Shaklee diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin.
Garlic Complex Shaklee juga telah dirumus untuk kawalan bau. Bawang putih  kan menyebabkan nafas berbau…tapi tablet Garlic Shaklee tak dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan

Pencuci Keseluruhan Tubuh

Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, alfalfa bukan untuk tambah susu saja ya. Alfalfa adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.
alfalfa shaklee
Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimiaatau baja bukan organik,menjadikan ia alfalfa berkualiti tinggi.
Selain itu, berpuasa adalah juga satu cara terbaik untuk detox! Dr Shaklee tidak memakan makanan pepejal sehari dalam seminggu untuk membantu menjaga sistem badannya.
kredit Mommy Lyna

Wednesday, October 5, 2011

TRIPPLE M - SET PENYUSUAN LENGKAP

Seperti yang ibu - ibu ketahui, set penyusuan ialah Set B. Set B merupakan set yang paling asas bagi ibu menyusu untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga serta secara tidak langsung ia juga membantu ibu - ibu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak lagi.

Sebenarnya untuk mendapat kesan yang memuaskan dari segi tubuh badan dan kuantiti susu perahan, ibu - ibu bolehlah mengambil SET LENGKAP PENYUSUAN SHAKLEE = TRIPPLE M. Namun jika ibu - ibu tidak mampu untuk membeli full set..maka ibu - ibu boleh lah memilih seperti berikut :

1) Trial Pack Set B + Ostematrix + ESP
2) Trial Pack Set B + Ostematrix + MealShake
atau sekurang - kurangnya

1) Trial Pack Set B + Ostematrik

Kenapa mama sarankan ibu - ibu mengambil Set b bersama Ostemarik?? Ini kerana Ostemarik adalah Kalsium. Ibu mengandung dan ibu yang menyusukan bayi sangat memerlukan kalsium untuk diri mereka kerana Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. 
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Dan kenapa pula ibu - ibu menyusu perlukan ESP..apa dia ESP dan kelebihanya??
Komposisi vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.


Protien sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protien yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.


Testimoni ibu menyusu yang mengambil Tripple M:


Setelah seminggu mencuba Tripple M, saya tak sabar-sabar lagi hendak menulis testimoni. Bila fikir-fikir balik, saya tangguhkan dulu. Nanti orang tak percaya pulak, takkan seminggu dah ada kesan. Sekarang , setelah lebih sebulan, berbaloi rupanya bersabar. Lebih banyak yang saya boleh kongsi rupanya, memang MELANGKAUI JANGKAAN.. 
Terus-terang saya katakan, tujuan utama saya mencuba TRIPPLE M memang untuk meningkatkan kuantiti susu ibu. Setelah bayi berusia 7 bulan, saya mula didatangi haid semula dan kemudian saya terpaksa berjauhan dengannya selama hampir 2 minggu kerana tugas. Akibat kesukaran mengepam secara konsisten semasa di lapangan, kuantiti susu perahan semakin berkurangan. Saya semakin tertekan bila mendapati stok susu perahan sebanyak hampir 600 oz telah hampir habis semasa ketiadaan saya. 
Saya cuba membaiki keadaan dengn melakukan 'power pumping' dan bercuti untuk bersama bayi bagi merangsang penghasilan susu. Tetapi keadaan tidak banyak berubah, saya cuma mampu memperolehi maksimum 6 oz susu sehari untuk 3 kali sesi perahan di waktu siang. Saya menjadi panik bila bulan puasa menghampiri dan stok susu perahan pula hampir habis. 
Akhirnya saya mengambil keputusan mencuba set Tripple M setelah membuat sedikit 'research' di internet. 
Saya amat terkejut dengan hasilnya yang boleh dikatakan cepat. Bayangkan, sesi perahan pertama selepas saya mula mengambil set ini (kira-kira 6 jam sebelum memerah); susu perahan yang diperolehi adalah sebanyak 6 oz berbanding 3 oz pada sesi sebelumnya. Lebih mengujakan bila susu perahan tersebut begitu berlainan dari biasa - lebih pekat,berwarna kuning kehijauan dan lebih hampir kepada warna kolostrum. Hari-hari seterusnya semakin menenangkan dan menggembirakan, pengeluaran susu bertambah sehingga maksimum 12 oz bagi satu sesi perahan. Sesekali saya mengalami bengkak susu bila terlewat memerah, setelah berbulan-bulan tidak melaluinya. 
Selepas bersalin, saya mengalami masalah kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan serta kerap kejang kaki di waktu malam. Rambut saya juga banyak gugur sejak melahirkan anak pertama dan semakin banyak selepas anak kedua ini. Stamina badan berkurangan, saya keletihan setiap kali balik kerja dan terus tidur selepas memasak makan malam serta menidurkan anak. 
Walaubagaimanapun, perubahan ketara saya rasakan selepas 2 minggu mengambil set Tripple M. Masalah kebas dan kejang tiada lagi, rambut semakin kurang gugur dan saya tidak lagi mengalami keletihan yang melampau. Lebih menggembirakan bila suami menegur, saya semakin ceria, kurang stress dan 'energetic' dalam menguruskan rutin seharian termasuk 'melayan suami'... 
Bonusnya pula, berat badan saya menurun 2 kg walaupun menu sarapan, makan tengahari dan makan malam saya adalah nasi. Saya tak berniat langsung menurunkan berat badan, tapi mungkin masalah sembelit yang dihadapi sejak remaja sudah tiada lagi sejak sebulan ini. Oh, sebelum terlupa... Saya juga tidak lagi gatal hidung dan bersin di waktu pagi sejak kebelakangan ini.. Tripple M bagi saya Meyakinkan, Mengujakan dan Melangkaui jangkaan! 

Credit




Tuesday, October 4, 2011

LOW HB SEMASA MENGANDUNG


Anda mengalami masalah low HB (hemoglobin) sewaktu mengandung?? Anda dah cuba pelbagai kaedah tetapi HB masih rendah lagi?? Jom..mama nak kongsikan bersama tentang Vitamin Shaklee yang manakah dapat membantu dalam memulihkan semula paras hemoglobin dalam darah khususnya utk ibu hamil.


JAWAPAN : Pengambilan Vitalea Shaklee (multivitamin lengkap zat besi) amat membantu. Berikut kata Mommy Icha dalam entry di blognya mengenai kepentingan zat besi dan pengalamannya mengambil supplemen Shaklee:

"...Semasa mengandungkan Icha, anak pertama, Hb saya paling tinggi pun 12 sahaja. Tetapi, selepas lebih setahun mengamalkan suplemen Shaklee secara teratur, Hb saya 13++, dan saya bukan setakat hamil, malah masih menyusukan Icha!

dan ini lagi pengalaman beliau yg sedang hamilkan adik Icha

"......Berat terakhir saya sebelum lahirkan Icha ialah 52 kg. Lepas bersalin aje, terus jadi 45 kg balik. Hehe. Yelah .. berat Icha je dah dekat 4 kg. Plus berat uri dia yang besar. Air ketuban lagi. Memang berat saya sebenarnya tak bertambah mana pun.Now ni, mengandungkan adik si Icha. Pun nampak ada tanda-tanda macam tu. Lagi-lagi kali ni saya masih breastfeed si Icha dan saya berpuasa pula tahun ni. Risau tau ... tapi, sebab semalam masa scan baby nampak baby bersaiz sepadan usia dan aktif aje. Hilang risau saya.Kali ini saya berazam mahu makan suplemen Shaklee secara konsisten. Untuk kesihatan saya dan baby. Untuk tenaga saya dan baby. Kali ni juga saya akan sungguh-sungguh berlatih lahirkan baby. Taknak dah vacuum. InshaALLAH. Saya akan cuba...."

dan ini lagi pengalaman2 ibu hamil lain yg gembira dgn kesan Vitalea Shaklee (multivit lengkap dgn zat besi )






Fungsi Utama Iron (zat besi) - Untuk darah yang sihat

MAKLUMAT PENTING 
· Lebih daripada 200 billion sel darah merah di hasilkan setiap hari 
· Setiap saat 2.5 juta sel DARAH BARU di keluarkan ke dalam sistem darah
 · Iron menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksgen ke tisu dan sel TANDA-TANDA KEKURANGAN IRON


· Pucat, tercunggap-cunggap
· Keletihan & kelesuan luar biasa
· Pergerakan yang perlahan
· Anemia ( Penyakit Kurang Darah)
- masalah sembelit
- tidak bermaya
- kuku pecah (retak)
- berat bayi tidak naik walau menyusu susu ibu

SIAPA YANG PERLUKAN IRON
· Wanita -- mengandung, menyusu, yang belum menopaus
· Bayi, kanak-kanak, remaja ( gemarkan makanan ringan)
· Mereka yang suka gunakan ubat-ubatan ( pendarahan usus ) contoh asprin
· Penderma darah
· Semua orang

FUNGSI LAIN
· Bantu tukar beta carotene vitamin A
· Bantu buat kolagen ( pelekat/simen pada sel )
· Bantu pengeluaran antibodi
· Bantu buang lemak dalam darah
· Bantu pembuangan toksin dalam hati

BERAPA BANYAK IRON
· 18 –mg @hari
· Kita hanya mendapat 9-mg @ hari
· Problem terbesar adalah iron susah di serap daripada makanan. Hanya 10% iron yang dapat daripada makanan.
· Jika banyak minuman kopi, tea, dan minuman bergas penyerapan juga susah kerana ia menghalang penyerapan



PERBEZAAN SHAKLEE
· Iron + C Kejayaan Shaklee dalam pemakanan tambahan.
· Perbezaan Shaklee ada tambahan vitamin C 
· Vitamin C membantu iron diserap dengan lebih baik


Credit to mamafaiz.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...