MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Tuesday, July 8, 2014

Resepi Puding Roti Sos Kastard Sedap

Bulan puasa tahun ni mama cuba nak cabar diri sendiri dengan masak setiap hari. Kalau boleh tak nak beli lauk di Bazar Ramadan. Ikutkan hati ni, macam - macam nak masak. Tapi mama tak berapa pandai sangat masak kuih.....tulah..masak pun beralasan, tak tahu masak kuih..google je resepi, betul tak?hehee..

Untuk resepi kali ni..(ni adalah percubaan pertama tau). Mama namakan, Puding Roti Sos Kastard Sedap. Sebab apa sedap? Sebab sangat mudah untuk dibuat dan sangat sedap bila dimakan..serius sedap!! (sendiri masak, sendiri puji diri sendiri..tak malu..kekekeke)

Mama masak Puding Roti Sos Kastard Sedap ni dalam pemanggang ajaib. Nak tahu camne mama masak? Jom terjah sekarang juga.....


Antara bahan - bahannya :

Resepi Puding Roti Sos Kastard Sedap


Bahan A : Rendam untuk seketika

- 7 keping roti (tapi kalau dapat guna roti buku yang belum potong tu lagi sedap)
- 2 atau 3 cawan susu segar


Bahan B : Pukul sehingga sebati, tapi mama malas nak pukul jadi mama ambil blender dan blend. Lebih mudah dan jimat masa.


- 4 sudu gula
- 2 biji telur saiz A
- 2 sudu besar buttercup
- 1 sudu teh tepung jagung
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara nak masak, mula - mula masukkan Bahan A ke dalam pemanggang ajaib, lepas tu Bahan B pula. Sebelum tutup, taburkan kismis.
Buka api kecil, tutup pemanggang ajaib tersebut. 
Masak selama 30 minit.



Puding yang telah siap masak dan dah sejuk.



Untuk membuat Sos Kastard pula. Kacau dengan api yang pelan. Masak sehingga pekat dan ikut selera masing - masing.


- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula


Dan hasilnya.......tadaaaa......... 
Puding Roti Sos Kastard Sedap.
Serius SEDAP! :)



Cuba tau jangan tak cuba. Mama ni memang suka masak. Kalau ikut kan siang malam pagi petang nak masak. Sebab kesian dekat anak2 kita makan dekat luar. Kalau masak sendiri kita tahu kebersihan tu macam mana.. kalau dekat luar bukan kita tahu. Dekat rumah kita guna bahan2 yang eloklah sikit, minyak pun 1 atau 2 kali je guna..dekat kedai tu selagi tak hitam, selagi tulah diorang akan guna...kan??

Tapi tulah, disebabkan kena masak, buat kerja rumah, menyusukan anak, buat bisnes lagi semuanya nak buat dalam satu masa..penat gak! Mesti korang pun faham kan? Korang pun mesti macam mama gak kan..hukhuk.

Apa kata korang tengok video ni sampai habis, luahan hati mama ni....dan macam mana baba Qaireen dulu2 tak faham dengan mama.

Tengok muka baba Qaireen tu, bengis betul..mcm nak makan orang!



Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.


Jadi retis jap..ok tak lakonan kami? kekekke.. Tapi sekarang baba Qaireen dah ok..tak macam dulu lagi ;)

Kalau nak tahu, Puding Roti Sos Kastard Sedap ni makanan kegemaran baba Qaireen tau.

So lepas ni kalau korang buat Pudding Roti, ingat2 lah dekat mama ye..heeee..

Selamat Mencuba! ^___^



Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451) 

017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail) 

mamaqaireen.com (blog shaklee) 

 COD : KFC Medan Gopeng

28 comments:

  1. Macam senang dan sedap. Tak prrnah try lagi guna pemanggang ajaib selain utk bakar ikan/ayam/daging.
    Boleh cuba ni.da bape lama teringin nak mkn puding roti. Hehh

    Jemput join GA:
    http://thehealthinspector.wordpress.com/2014/09/22/saya-nak-sihat-giveaway/

    ReplyDelete
  2. Pemanggang ajaib ni mmg ajaib!hahaha..semua benda boleh masak ;)

    ReplyDelete
  3. saya tak kukus, masukkan je semua tu dalam pemanggang ajaib.
    masak dengan api yang pelan

    ReplyDelete
  4. Macam mudah je resepi ni... Boleh la sy cube resepi akk utk wat minum ptg nnt

    ReplyDelete
  5. ibu ieman : cuba lah..mmg senang dan sedap pulak tu (puji diri sendiri masak) kekeke..

    ReplyDelete
  6. tgh cuba.harap2 menjadi. tq kongsi resipi

    ReplyDelete
  7. Farrah Diana : sama2 dear..resepi yang sangat mudah ;)

    ReplyDelete
  8. tq sis.... xperlu guna oven.... hihihihi... xde oven kt umh...

    ReplyDelete
  9. sama2 rosra raf
    tak perlu oven pun boleh buat..hehee..mudah sangat ;)

    ReplyDelete
  10. Sy sedang mencuba... xtahu la mnjadi atau x.. haha.. sbb saiz pmggang ajaib sy besar.. harap2 mnjadi..

    ReplyDelete
  11. Kalau besar lagi best, puding tu tak de jadi lepek.

    ReplyDelete
  12. selain dari pakai pemanggang ajaib ni...ape lagi boleh pakai ya?

    ReplyDelete
  13. selain dari pakai pemanggang ajaib ni...ape lagi boleh pakai ya?

    ReplyDelete
  14. Klu dh siap blh simpan dlm peti ais ya? (:

    ReplyDelete
  15. Boleh simpan dalam peti ais, boleh tahan 2 ke 3 hari juga..makan sejuk2 lagi sedap.
    tapi rasanye tak sampai 1 hari puding ni dah habis..heheee

    ReplyDelete
  16. nuriasnita matdin : bakar dalam oen pun boleh, tapi saya tak pasti berapa suhu yang kita kena buat.

    ReplyDelete
  17. Thanks for the info...da lame carik resepi sos kastard tu...tq

    ReplyDelete
  18. Anol : senang je kan nak buat sos kastard tu, lepas ni bolehlah selalu buat..hehee

    ReplyDelete
  19. Dh try bt 2x dh...senang n rase mmg superb 👍👍👍. Thanks share resepi ni 😘😘😘

    ReplyDelete
  20. Msa msak ats pemanggang ajaib tu.kne terbalik2 kn ke biar masak 1 belah je?

    ReplyDelete
  21. Susu segar boleh ganti dengan susu cair tak ?

    ReplyDelete
  22. Saya tgh mencuba ni. Harum baunya. Harap2 menjadi la rasanya.

    ReplyDelete
  23. Resepi yg menarik,mesti sedap ni..nak try buat :)

    ReplyDelete
  24. Nampak mcm sedap dn cara2 pun mcm senang..blh try nnt.tq ya.

    ReplyDelete
  25. apa kaitan video tu dengan entry ni hahahhaha.... TERBAIKKKKK !!!! NAK TRY LA RESIPI ni

    ReplyDelete
  26. Hai saya da cuba resepi.. sedap! Lihat hasilnya disini: http://myinteresttoshare.blogspot.com/2015/03/puding-roti-dengan-sos-kastard.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...