MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Friday, May 23, 2014

Resepi Bubur Nasi Bersama Salmon + Brokoli + Carrot

Hari ni 1st time buat bubur nasi Hasya dengan Salmon. Biasanya saya guna ikan merah je. Tak sangka, rupa2nya Salmon jauh lebih sedap daripada Ikan Merah. Lagi pun Salmon ni rasa dia macam lemak2 sikit.

Jom..saya share camne saya masak bubur nasi bersama salmon + brokoli + carrot (tu diaaaa..punyelah panjang nama makanan Hasya ni.. >_<)

Bahan2 :

Resepi Bubur Nasi Bersama Salmon + Brokoli + Carrot
Isi Ikan Salmon, Brokoli & Carrot

Rendam Beras Perang dalam beberapa minit. Lepas tu masak seperti biasa dengan api yang pelan. Tutup periuk untuk mempercepatkan proses melembutkan nasi. Tapi kena tengok2 juga..sebabnya bila dah mendidih, nanti habis buih2 nasi tu terkeluar dari dalam periuk.

Resepi Bubur Nasi Bersama Salmon + Brokoli + Carrot
Beras Perang Yang Direndam (biasanya saya rendam dalam 20 ke 30 minit)

Bila nasi dah mendidih saya masukkan carrot, lepas tu saya tambah lagi sedikit air dan biarkan nasi tersebut mendidih untuk kali yang ke-2. 

Selepas nasi betul2 dah lembut saya masukkan pula salmon dan brokoli..pas tu bolehlah tutup periuk dan pelankan api. Lepas beberapa minit, tutup api dan biar nasi tu kering sendiri. 


Resepi Bubur Nasi Bersama Salmon + Brokoli + Carrot
Ini gambar selepas mendidih kali ke-2


Resepi Bubur Nasi Bersama Salmon + Brokoli + Carrot
Bila dah sejuk sikit, bolehlah blend...dan akhirnya jadilah rupe seperti ini.


Resepi Bubur Nasi Bersama Salmon + Brokoli + Carrot
Dapat 8 bekas, jadilah untuk 4 hari makan.

Senang je kan? So lepas ni ibu2 bolehlah try. Tanpa garam, tanpa pengawet dan tanpa pewarna. InsyaAllah selamat untuk anak kita. ^_^





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...