Jom..saya share camne saya masak bubur nasi bersama salmon + brokoli + carrot (tu diaaaa..punyelah panjang nama makanan Hasya ni.. >_<)
Bahan2 :
Isi Ikan Salmon, Brokoli & Carrot
Rendam Beras Perang dalam beberapa minit. Lepas tu masak seperti biasa dengan api yang pelan. Tutup periuk untuk mempercepatkan proses melembutkan nasi. Tapi kena tengok2 juga..sebabnya bila dah mendidih, nanti habis buih2 nasi tu terkeluar dari dalam periuk.
Beras Perang Yang Direndam (biasanya saya rendam dalam 20 ke 30 minit)
Bila nasi dah mendidih saya masukkan carrot, lepas tu saya tambah lagi sedikit air dan biarkan nasi tersebut mendidih untuk kali yang ke-2.
Selepas nasi betul2 dah lembut saya masukkan pula salmon dan brokoli..pas tu bolehlah tutup periuk dan pelankan api. Lepas beberapa minit, tutup api dan biar nasi tu kering sendiri.
Wah..bijak bestarilah makan ikan salmon, kaya omega 3!
ReplyDelete