MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Monday, September 29, 2014

7 Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan

Semua orang tahu bahawa 9 daripada 10 punca rezeki adalah datangnya daripada perniagaan. Malah setiap orang yang berniaga tentunya mahukan kejayaan..betul tak? Tapi ramai daripada mereka ni hanya hangat - hangat tahi ayam je. Mula berniaga, nak jadi itulah..nak jadi inilah.. Lepas tu nak tolong mak ayah dikampung, nak tolong orang susah, nak majukan diri sendiri dan meninggatkan taraf hidup. Tapi akhirnya...........sendiri jawab (amboi..laser pula entry kali ni)

Ok kebetulan tadi saya ada terbaca tentang 7 amanat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kepada usahawan muslim di laman web Peniaga Melayu. So saya ringkaskan dan jadikan 7 Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan.




7 Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan 


#1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan


Beliau nasihatkan agar para usahawan fokus kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan. Beliau mempelbagaikan perniagaan setelah perniagaan pertama beliau telah stabil dan menguntungkan.

"Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan"
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah” tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.


#2 – Kejayaan Perlukan Masa

Beliau juga nasihatkan agar usahawan muda jangan cepat nak berjaya. Setiap usaha sememangnya perlu melalui fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya.

Beliau mengambil contoh diri beliau sendiri yang bermula dari bawah dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang.

"Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang"
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Biasanya apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. “Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” jelas beliau ringkas.


#3 – Jangan Putus Asa


Ini adalah frasa yang kerap keluar dari mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan karenah yang tersendiri. Oleh itu, para usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah.

"Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan"
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


“Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan” jelas beliau sekali lagi dengan nada rendah diri.
Beliau ada berkongsi susah payah mengenai perniagaan pertama yang beliau usahakan bersama rakan kongsi bukan bumiputera.

Bagaimana rakan kongsi tersebut menekan beliau sehingga terpaksa menggadaikan dua lot tanah milik keluarga untuk dijadikan modal tambahan bagi mengekalkan penguasaan share majoriti di dalam syarikat Bukhary Rice Sdn. Bhd.

“Kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya masa tu, maka kami sekeluarga boleh kehilangan tempat tinggal” jelas beliau.


#4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu


Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.

Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.

Ramai orang Melayu apabila kerajaan anugerahkan projek, mereka lebih cenderung untuk berikan projek tersebut kepada syarikat lain untuk usahakan kerana mengejar keuntungan jangka masa pendek. Majoriti syarikat Melayu akan memberikan projek kepada syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakannya sebagai sub-company.

"Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti"
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary



“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” kata beliau.


#5 – Yakin Dengan Diri Sendiri

Beliau juga mengharapkan agar para usahawan yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan. Ramai usahawan bumiputera tidak boleh berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi kerana tidak yakin dengan diri mereka.

"Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita"
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


“Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita” jelas beliau.


#6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri


Beliau terkenal sebagai seorang usahawan yang banyak memberi kembali kepada masyarakat. Malah beliau mempunyai lebih kurang 260,000 pekerja yang berkait secara langsung ataupun tidak dengan semua syarikat milik beliau. 80% diperuntukkan untuk golongan bumiputera.

Apa yang lebih menarik, beliau tidak menjual perniagaan beliau kerana memikirkan nasib golongan yang bergantung kepada syarikat beliau untuk mendapatkan sumber rezeki.

"Jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan"
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan” jelas beliau.


#7 – Usahawan Islam Ada Akhirat


Beliau juga berpesan bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.

"Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha"
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


“Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha” jelas beliau mengingatkan semua hadirin.


Semoga dengan 7 Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan yang saya sharekan hari ni dapat memberi manfaat kepada kita semua.


Sharing is Caring ;)


Jika berminat boleh LIKE & SHARE (wahhh macam FaceBook pulak..hehee)

Friday, September 26, 2014

Resepi Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap

Anda suka makan bubur lambuk? Tapi tak tahu nak masak? Jom hari ni saya akan kongsikan Resepi Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap! Saya dapat resepi ni dari arwah mak saya. Kami 1 family memang "hantu" bubur lambuk. Tapi dalam banyak - banyak bubur yang ada dekat Malaysia ni (Malaysia udahlah kan, tak payah 1 dunia..hehee) bubur lambuk je yang menjadi saya buat. Yang lain memang hancussssss..hahahaa. Bubur yang manis2 tu tak pandai lah..... :P


 Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap
 Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap


Cumanya saya tak dapat share banyak gambar, sebab gambar dalam HP saya dah terdelete (jenuh aku tangkp satu persatu..sikit je dapat heh). Tak pelah kan..janji ada ;)

Ok Bahan2 untuk Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap (6 orang makan)

200gram Daging (potong kecil2)
Sedikit Udang Kering (ditumbuk sehingga hancur)
Segenggam Lobak Masin (hiris nipis2)
3 ulas Bawang Merah (hiris)
2 ulas Bawang Putih (hiris)
2cm Halia (hiris)
3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
1/2 sudu teh Lada Hitam
Sedikit Halba
Santan 1/2 cawan
Garam secukup rasa.
1 genggam Beras


Cara memasak Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap


 Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap

1) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Lepas tu masukkan pula lada hitan, halba dan 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)


 Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap

2) Bila dah garing sikit, tumis pula udang kering dan daging. Kalau macam kering sangat, letak air sikit..pastu sambung tulis semula. Kacau2 sikit pastu masukkan lobak manis. Jangan risau..bila lobak masin ni dah masak, dia tak masin. yang bestnye anda akan rasa kenyal2 sikit.


 Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap

3) Bila semua dah sebati dan dah masak, periuk tersebut bolehlah di penuhkan dengan air. Saya letak air 1/2 periuk dulu..saya masak macam masak nasi biasa, lepas tu bila dah nak kering saya tambah air lagi, pastu nak kering saya tambah air lagi (rajin sangat kan..kekekeke). Ohh ye lupa pula, jangan lupa masukkan beras juga..karang tak jadi pula bubur lambuk sedap ni tau ;)

4) Bila bubur dah hampir masak, last sekali masukkan santan dan garam. Biar seketika dalam 5minit, pastu bolehlah tutup api.

5) Siaplah Homemade Bubur Lambuk Sedap Dan Mudah.

Mudah je kan?

Selamat mencuba ^__^



Tuesday, September 9, 2014

Trip Shaklee Long Beach - Day 1

Setelah penat berusaha dan melakukan habis baik dalam bisnes shaklee dari Mac 2013 sehingga Feb 2014 akhirnya saya dan suami layak untuk menerima 2 tiket free ke Shaklee Global Conference, Long Beach California. Alhamdulillah seronok sangat! Siapa tak nak pergi Trip Shaklee secara PERCUMA kan???

Trip Shaklee Long Beach
Dulu tengok je gambar ni, akhirnya dapat juga pergi.

Ok saya cite secara ringkasnya perjalanan Trip Shaklee (Day 1) saya iaitu dari 13hb Ogos 2014 sehinggalah 23hb Ogos 2014.

Trip Shaklee Long Beach
Inilah bag yang kami bawa, warna Pink tu shaklee bagi. Actually shaklee bagi 2 bag..tapi saya saje pakai bag sendiri (warna coklat) sebab senang boleh letak banyak barang, lagi pun bag sendiri besar sikit dari bag warna pink tu.

Selepas subuh lebih kurang dalam pukul 7.30am saya dan suami mula bergerak dari Kampar. Anak2 kami tinggalkan di Kampar bersama opah mereka..heheee..honeymoon jap. Pastu kami berhenti breakfast di RnR Dengkil dan sampai di KLIA lebih kurang dalam pukul 10.30am. 

Sampai di KLIA kami berjumpa dengan staff Shaklee untuk ambil "duit makan". Best tau..dah lah pergi ke US free, duit makan pun kami dapat. Shaklee bagi duit makan sebab ada tempat2 yang kami akan pergi, mereka tidak dapat sediakan makanan. So pandai2lah cari makanan, kalau rasa susah bawa jelah biskut atau apa je. Nak tahu berapa Shaklee bagi kami duit makan? Seorang USD450 tau. Kami pergi berdua, so kami dapatlah USD900. Padahal sekali makan untuk 2 orang dalam USD20 je..hehee. Untung kan?? Duit lebih mmg buat shopping ;)

Trip Shaklee Long Beach


Bila semua dah selesai kami mula menaiki flight pada pukul 1.45pm. Cum cam..cum cam 2.30pm flight kami mula bergerak. Sebelum bergerak tu, selagi ada doa semua ku baca. Doa naik kenderaan, doa naik flight, doa musafir, ayat kursi, mengucap dan macam2 lagi lah. Kalau hafal surah Yassin, mmg ku baca surah Yassin tu. (ok..nampak sangat tak bawa al-quran n baca kannn :P)

Trip Shaklee Long Beach
Lebih kurang dalam 5 jam perjalanan, kami pun sampaila di Taipei. Transit jap, jap tak berapa nak jap lah..5 jam juga kami di Taipei. Serius mmg bosan tak tahu nak buat apa..hehee. Sampai je dekat sana, saya terus cari nursing room untuk pam susu. Bayangkan last Hasya isap susu kul 6.30am..sampai Taipei 6.30pm. 12 jam woooo..mmg nak pengsan rasanya!

Trip Shaklee Long Beach
Nursing Room ni bersih dan cantik sangat tau. Saya ada rakam video, tapi kebetulan line tenet dekat rumah malam ni lemah lembut mengalahkan siput..so tak boleh nak upload. Nanti saya share dalam entry lainlah ye.

Seterusnya kami mencari surau pula. Nak solat Jamak siap2, senang sikit..tak perlu solat dalam flight.

Trip Shaklee Long Beach
Nasib airport dekat Taipei ni ada surau

Setelah rehat dan menghabiskan masa2 terluang, lebih kurang jam 11.50pm..kami pun naik flight dan sambung perjalanan semula. Perjalanan lebih kurang 13jam dari Taipei ke Los Angeles. 

Trip Shaklee Long Beach
Perjalanan yang betul2 punye lah jauh..tengok movie, pastu tidur, pastu sembang, pastu tengok movie balik, pastu tidur dan ulang balik benda yang sama sampai 13jam.

Alhamdulillah jam 8.30pm (waktu di LA) kami pun sampai. Waktu Malaysia 11.30am, so bayangkan selepas itu jetlag akan "menjelma" hahaha...

Trip Shaklee Long Beach

Dah selesai semua, kami dibawa ke Hilton Long Beach & Executive Meeting Center. Di sana kami di sambut oleh Shaklee Malaysia. Dapatlah air, towel lap muka untuk mehilangkan sedikit rasa penat dan macam2 lah lagi kami dapat untuk dibawa sewaktu Global Conference. Dan yang paling best sekali, kami tak perlu bawa bag ke bilik. Semua barang kami ada orang yang tolong bawa masuk bilik. Bestkan woooo...

Trip Shaklee Long Beach

Trip Shaklee Long Beach

Trip Shaklee Long Beach


Badan dan penat sangat, masuk bilik mandi dan terus tidur! sebab apa tidur??..sebab katil n tilam dekat Hilton ni superb punye sedap..letak kepala terus lena..hehehe.

Ok..nantikan sambuangan Trip Shaklee Long Beach - Day 2 pula k ;)

Saturday, September 6, 2014

Dimana Nak Beli Wide Cotton Shawl dan Tutorial Nak Pakai Shawl

Sejak akhir - akhir ni, ramai pula yang bertanya dekat saya. "dilla..kat mana ko beli shawl?"

So entry saya kali ni saya nak share sikir tentang shawl yang saya pakai. Shawl tersebut ialah Wide Cotton Shawl. Ukuran yang saya beli ialah 2 meter panjang x 1 meter lebar. So memang panjang dan lebar lah.

Ni beberapa gambar terbaru saya.

Hollywood L.A

Kenduri naik buai

Birthday party

Pier 39 San Francisco

Saya rasa kan (main agak2 jelah) shawl ni biasanye mat - mat saleh atau minah saleh selalu pakai dekat leher ketika sejuk. Sebab tu panjang dan jenis kedut - kedut. Tengok macam Kim dan Khloe ni letak dekat leher diorang.

Ehhh...cantik pulak si Khloe punye scarf kan? Kalau tutup kepala ku lagi cantik..muahahaha...

Ok, berbalik semula kepada wide cotton shawl ni..shawl ni sangat - sangat sesuai untuk orang yang malas nak iron tudung macam saya..hahahaha. Senang tau, campak jelah wide cotton shawl tu mana - mana, pastu bila nak pakai..terus je letak dekat kepala.

Lagi malas, tak payah basuh tangan. Masuk je dalam mesin basuh..biar mesin tu jalankan tugas dia kekekekeke (aku lettew~~~ :P)

Dekat mana nak beli?

Ada beberapa kedai yang saya selalu beli. Kadang - kadang saya beli melalui online. Selalunye saya tengok dekat Instagram.





Bagaimana cara untuk memakai Wide Cotton Shawl pula? Saya tengok di youtube je. Disini saya sertakan sekali dan anda boleh klik video dibawah. Tapi saya tak ikut 100%. Bahagian pendek tu, saya tutup bahagian depan leher saya, supaya tidak jarang.

Ok semua, lepas ni bolehlah berlilit - lilit di kepala..hehee

Selamat berwide cotton shawl ;)


GLA Shaklee Boleh Menyebabkan Rahim Bengkak?

Beberapa hari ni saya dikejutkan dengan satu berita berkenaan dengan Rahim Bengkak. Seorang guru telah membuat pendedahan di laman sosial facebooknya berkenaan dengan rahim bengkak akibat daripada pengambilan GLA Shaklee.
Saya bersimpati dengan apa yang telah menimpa guru terbabit. Mengikut pembacaan saya, guru tersebut baru sahaja mengambil GLA Shaklee selama 2 bulan. Persoalannya, adakah dengan pengamilan GLA Shaklee selama 2 bulan akan menyebabkan rahim beliau bengkak?

Untuk kepastian, saya akan kongsikan apa yang menyebabkan rahim seseorang wanita tersebut menjadi bengkak. Disebabkan saya bukan seorang doktor, maka saya akan kongsikan disini huraikan dan penerangan yang telah dilakukan oleh Dr. Malinda yang saya ambil di Facebook dan Blog beliau.

********************************************

Rahim Bengkak
Rahim Bengkak
Ini adalah gamba rajah struktur rahim seorang wanita. Ini ‘rumah’ kita semua selama 40 minggu. Kalu anda lahir tak cukup bulan, kurang la sikit minggu nya.. hihi :)
Secara anatominya, sistem reproduktif kita terdiri dari :Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
Kilang telur = Ovari.
Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata ‘rahim’.So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak? Ini memudahkan anda untuk mendapatkan konsultansi atau pandangan dari pakar. Lebih baik jika dapat disertakan gambar dari ultrasound yang telah dibuat.
Ok,Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai ‘rahim bengkak’.
Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. 
(Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.
[ gambar yang ketumbuhan yang putih-putih dibawah ini adalah contoh fibroid ]
Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor.
Antara 4 Faktor Utama adalah  :
1. Hormon Estrogen yang berlebihan.- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.
Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.
2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah ‘estrogen sintetik’ yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.
3. Obesiti.
- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil ‘Endocanabinoid system’. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.
Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.
Peningkatan 5kg sahaja dari berat badan ideal juga menyebabkan risiko kematian pramatang meningkat.
4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.
Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?
Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.
Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
- sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal
Perlukah Pembedahan?Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan atau menyebabkan gangguan kepada fungsi sistem lain seperti saluran kencing, sistem usus dan sebagainya. Berbincanglah dengan doktor pakar anda, kemungkinan besar  anda perlu melakukan pembedahan.
Huhu… kalu boleh tak mau la di bedah kan? Sakit tuh…
So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?
Kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah sebenarnya. Ini sangat penting jika anda telah di diagnosis mempunyai  fibroid atau cyst. Antara langkah yang dapat membantu adalah :
1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, karbohidrat ringkas , salt, kafein dan alkohol.
2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan – fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
4. Kawal berat badan
5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif. Minta tolong pada suami untuk berhenti jika dia masih merokok.
6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber xenoestrogen.
 

Ok, selain itu, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?
Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang positif dan ada yang tidak menyokong.
Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.
Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.
(Michael T. et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan’anti-estrogen’ di mana ia membantu mengecutkan fibroid. 
 Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).
Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 – 90mg soy sehari.Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.
Antara Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :
1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen – melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
2. Immune enhancing nutrient – coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
3. Omega 3 (EPA + DHA) – antiinflammasi.
4. Liver enhanced detox supplements – milk thislte, dandelion dan artichoke.
5. Vitamin B – membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
6. Grape seed extract – strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
7. Green tea – powerful antioxidant
GLA boleh ke?- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.
- GLA dari sumber minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO.  Epo juga omega 6 yang bagus tetapi mengandungi kandungan GLA yang lebih rendah. Pastikan anda memperoleh supplements dari sumber yang premium dan natural. 
- Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.
Ramai yang tanya nak guna minyak masak apa yang terbaik?
Ok, frankly, semua minyak masak yang terproses atau ‘refined oil’ adalah tidak baik untuk kesihatan. The best memanglah gunakan cara rebus, steamed atau roasted. Tapi saya faham, sebab kita dah dibesarkan dengan cara orang melayu yang menggoreng, nak cari yang bergoreng juga..huhu
The best memang la olive oil for cooking dan Unrefined coconut oil. Ideally jika dapat menggunakan minyak ini. Minyak ini adalah lebih stabil pada suhu yang tinggi dan seperti biasa, yang baik mmg la agak mahal berbanding minyak biasa.
Untuk itu, anda boleh menggunakan minyak sawit tetapi pastikan hanya digoreng sekali sahaja. Jangan  gunakan berulang-ulang. Minyak yang digoreng berulang-ulang telah bertukar sifat menjadi transfatty acid. Becareful of that.
Ataupun, sekarang ni kan dah ada advances in cooking method, gunakanlah ‘Air Fryer’ – much better, sebab goreng tidak menggunakan minyak.
Carta di bawah ini adalah details explaination tentang jenis-jenis minyak yang sihat. Nampak berserabut sikit, tapi very good explaination.
Ok,
Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua. Feel free utuk kongsikan info ini jika anda rasa ia boleh membantu rakan-rakan dan keluarga tersayang anda.Take care of your health.
‘Kesihatan Adalah Kekayaan’
Wallahualam.
*****************************************************************

Semoga dengan penerangan dari Dr. Marlinda dapat menjawab pelbagai persoalan yang terbuku dihati kita. Tak sangka, rupa -rupanya minyak masak yang kita guna setiap hari tu pun bahaya dan penyumbang terbesar kepada masalah cyst dan fibroid. Maka sama – samalah kita menjaga kesihatan untuk kehidupan yang lebih produktif.
Sekiranya selepas beberapa hari atau dalam masa 1 atau ke 2 minggu setelah mengambil suplemen tiba – tiba anda merasa kelainan dalam badan. Itu adalah proses Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan. Anda boleh baca DISINI untuk lebih maklumat.
10600491_10152468268088710_3286005759185150739_n
Produk shaklee sentiasa selamat dan 100% semulajadi. Malah saya dan keluarga saya telah menggunakan produk shaklee lebih dari 10 tahun. Saya sendiri sudah 4 tahun menggunakan Shaklee. Nenek saya yang berusia lebih 80 tahun juga menggunakkan Shaklee terlebih dahulu sebelum saya menggunakan Shaklee.
Nenek yang berusia punmasih makan produk Shaklee, kenapa pula saya yang masih muda tak makan. Betul tak? ;)
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Shaklee boleh layari blog shaklee saya mamaqaireen.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...