Senjak mama terbaca "bagaimana Wardina mendidik anak solat 5 waktu" mama rasa excited sangat! Kalau boleh mama pun nak Qaireen macam tu juga, InsyaAllah! Mama percaya semua ibu mahukan yang terbaik untuk mereka..betul tak?
Mama tak sangka..rupa2nya setiap hari disebalik pemerhatian Qaireen (Qaireen mmg suka mengacau semasa mama tengah solat) Rupa2nya....
Minggu lepas mama "cuti" so waktu malam relax jelah kan..tiba2 Qaireen tunjuk sejadah dan cakap "olat" terkejut mama! Ya Allah masa tu macam2 perasaan yang wujud..happy, terharu, nak nangis ( mama mmg kuat nangis..kekeke) semua ada. Tak sangka dia suruh mama solat, sebab dia tgk mama relax je kot..hahahaha...
Mama ajar dia pakai tudung bila solat..tapi dia tak nak. Tak pelah, dia pun kecil lagi. Kalau paksa nanti dia terus tak nak..lagi susah kan?
Qaireen tgh sujud..bukan main kusyuk lagi..mulut siap buat2 baca doa..heheee
Jom mama nak konsikan bersama Tips Mendidik Anak Solat, mama dapat dari Didik Solat
Tips Solat:
1. Fokuskan minda anak pada ibadat sembahyang sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu dia baik-baik yang solat tu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti.
2.Jangan paksa dia, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa & mindanya
3.Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk dia fasih membaca bacaan sembahyang spt niat, tahiyyat, iktidal, ruku' dsbnya. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdal.
4.Ajar dan perhatikan dia ambil wudhu'...begitu juga lafaz niat.
5. Beritahu dia Nabi suruh anak-anak berlatih sembahyang dari umur 7 tahun, dan pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar utk mengajar) kalau ingkar dan malas.
6.Belikan dia telekung /songkok yang dia suka.
7.Pada awal latihan solat, biar dia baca kuat-kuat..kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya waktu itu. Perhatikan pergerakan tubuh dia, ajar cara duduk,qiam, takbir, ruku', sujud dan sbgnya.
8. Jangan limitkan tempat utk dia berlatih memperbaiki bacaan solatnya...pada bila2 masa saja, uji kefasihan dia...sambil aku masak, sambil sikat rambut dia, sambil jalan-jalan dlm kereta suruh dia baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyyat dsbnya.
9.Dorong dia dgn pujian kalau dia semakin fasih membaca dan semakin rajin solat. Beritahu Allah sayang dan mak ayah pun sayang sangat2.
10. Ajak dia dan adik beradiknya solat jamaah sama-sama kalau ada kelapangan masa di rumah.
11. Bersabar lihat karenah dia masa peringkat awal mengajar sembahyang...kadang2 tu kita tengah solat pun tak khusyuk sbb dia baca sekuat hati, nak tergelak pun ada kadang tu.
12. Doa pada Allah agar dia tiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak kita.
13. Atur jadual harian dia, ada waktu tengok TV, main, belajar dan solat...pastikan dia tak buat mcm2 alasan...budak-budak biasa arr kadang tu dia cakap sakit kakilah, sakit perutlah...
14.Beritahu dia sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar...so, jgn menipu dalam solat walaupun ibu bapa tak nampak ketika tu.
15. 2-3 bulan selepas dia semakin mahir membaca bacaan solat, ajar dia untuk baca pelan-pelan seperti
orang dewasa. Awasi selalu ketika dia solat sbb budak-budak ni cepat lupa...kadang tu solat maghrib pun 2 rakaat jer, tahiyyat awal rakaat ketiga pun ada...biasalah tu.
16.Mula bawa bersama telekung dia kalau ke mana2 mcm kita juga, so kalau jalan jauh, ajak dia solat sekali kat R& R atau masjid/surau.
17.Jangan paksa dia cepat pandai dalam sekelip mata...kena sabar banyak2...Nabi beri tempoh yang cukup dr umur 7 thn ke 10 tahun untuk mahir.....so, 3-4 tahun tu cukup untuk pengisian latihan dan didikan yang berpanjangan..."Practice Makes Perfect".
18. Ibu bapa adalah contoh terbaik anak-anak...jgn suruh dia solat, tapi kita leka tengok TV atau main komputer.
Qaireen pun ada sejadah sendiri ^_^ |
Ya Allah pada mu aku memohon semoga anak ku menjadi seorang yg beriman dan menjadi anak yang soleh.
qaisara pun suke wat camtu, pakai seksis tp solat...tapi takper..latihan awal....
ReplyDeleteheheee..benda ni tak boleh paksa2,nnt dia terus tak nak buat..lagi susah kan??
ReplyDelete