Badan seorang ibu apabila ia telah melahirkan anaknya maka dengan sendiri akan dapat menghasilkan susu hakikatnya namun tidak dinafikan setiap tubuh itu mempunyai keperluan yang berbeza antara satu sama lain. Sebab itu ada yang memerlukan "galaktogue" seperti alfalfa mahupun fenugreek@ halba. Pengambilan alfalfa juga berbeza mengikut tubuh si ibu. Ada yang memberi kesan yang besar walaupun hanya mengambil 2 biji sehari manakala ada yang memerlukan lebih banyak penggalak untuk menghasilkan susu dengan banyak.
Begitu juga dengan antibodi...ada ibu memerlukan makanan tambahan demi memastikan susuibu tadi mempunyai antibodi yang tinggi. Walaupun kita sedia maklum bahawa susuibu itu sudah mengandungi antibodi tersendiri namun masih terdapat ibu2 yang mengalami masalah apabila anaknya masih mudah sakit hatta memberi susuibu dengan sepenuhnya. Rata2 ibu ini disarankan mengambil 4-5 jenis buah sehari agar keperluan vitamin C 500-1000mg dipenuhi. Bagi yang mempunyai kekangan untuk memakan 4-5 jenis buah2an maka pengambilan tablet vitamin C sangat disarankan.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa kes ibu2 yang menyusu anak yang mempunyai masalah anak sakit melebihi seminggu hatta pengambilan vitamin C ditingkatkan pengambilannya. Apabila ini berlaku ibu akan sarankan si ibu mengambil "immune booster" iaitu Nutriferon.
Inilah Nutriferon atau " immune booster" .
Ibu sendiri hanya akan mengambil ini apabila ibu rasakan badan ibu terlalu imun dengan vitamin C dimana pengambilan Vitamin C tidak memberi kesan seperti yang ibu harapkan sebagai contoh dimana ibu , abah dan Addin dan Nasa mendapat conjunctivitis. Ibu mengamalkan pengambilan nutriferon agar ianya ada di dalam susuibu dan agar Nasa mendapat manfaatnya supaya cepat recover. Alhamdulillah berhasil.
Baru2 ini seorang customer ibu , seorang guru di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur... cikgu Nani. Beliau mengadu dengan ibu bahawa anaknya telah mendapat selsema dan berlarutan melebihi seminggu iaitu 9-10 hari . Ibu mana yang tidak risau apabila anaknya sakit dan lambat beransur baik? Maka oleh kerana pengambilan 2 biji vitamin C sehari tidak memberi kesan ke atas anaknya maka ibu menyarankan cikgu Nani mengambil Nutriferon as "immune boster". Alhamdulillah setelah mengambil 2 peket , selsema anaknya reda. Seandainya seorang ibu itu mengambil sepeket Nutriferon maka pengambilan vitamin lain boleh diabaikan pada hari tersebut.
Walaubagaimanapun ibu hanya akan menyarankan ianya diambil setelah mendapati pengambilan vitamin C tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi. Ianya boleh diambil oleh ibu2 yang menyusu dan menghantar anak mereka ke pusat atau rumah penjagaan, ini kerana pengambilan sepeket seminggu insyaAllah membantu antibodi anak menjadi lebih kuat dalam menghadapi cabaran pelbagai virus penyakit yang dibawa oleh kanak2 lain di pusat penjagaan kanak2 tadi.
Nutriferon telah dihasilkan oleh seorang doktor dari Jepun iaitu ,Immunologist Dr. Yasuhiko Kojima.Ianya bagus untuk mengukuhkan sistem imun kita. Ianya selamat diambil oleh ibu yang menyusu dan mereka yang mempunyai masalah imunne system.
Boleh klik di sini untuk mengetahui lebih detail...Nutriferon.
No comments:
Post a Comment