MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Monday, April 4, 2011

FISIOLOGI PENYUSUAN SUSU IBU

2 hormon utama diperlukan untuk penyusuan iaitu :





PROLAKTIN
• Dihasilkan oleh kelenjar pituitari di otak.

• Berfungsi agar kelenjar payudara menghasilkan susu.

• Sudah mula dihasilkan semasa hamil tetapi susu tidak dihasilkan kerana
dihalang oleh hormon lain.

• Payudara memerlukan beberapa minit semasa penghisapan bayi untuk
hormon ini dikeluarkan.

• Setiap kali penyusuan, kadar prolaktin meningkat hampir 10 kali ganda.

• Penghisapan bayi sangat penting untuk memastikan prolaktin dihasilkan dan susu dikeluarkan oleh alveoli.

• Lebih kerap bayi menghisap – lebih banyak prolaktin – lebih banyak susu.

• Lebih tinggi pada waktu malam.


OKSITOSIN
• Penting untuk pancutan susu.

• Reseptor oksitosin bertambah 10X ganda semasa hamil.

• Bertindak pada otot yang mengelilingi sel di alveoli lalu menolak susu dari alveoli ke duktus untuk dikeluarkan melalui putIng.

• Boleh menyebabkan ‘rengat’ – kerana pengecutan rahim.

• Hormon-hormon yang dikeluarkan semasa ‘stress’ akan menyebabkan oksitosin dihalang pengeluarannya.

•Susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan)

• Bila payudara dipenuhi susu – FIL akan memperlahankan pengeluaran
susu.

• Bila payudara ‘kosong’ – FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat.

• Hormon lain yang terlibat – cortisol, insulin, tyroksin.


Doctor Hairan Bersalin Ceasarian Tapi Tak Macam Cesarian...

Hari ni mama nak bercerita pasal dalam pantang pula. Bukan apa, best friend mama tengah mengandung, InsyaAllah kalau tak de apa aral bulan depan bersalinlah dia. 

Terus terang mama cakap, mama memang tiada pengalaman mengambil vitamin shaklee dalam pantang. Tapi InsyaAllah lepas ni, mama mesti akan ambil Set C (Set Bersalin) untuk mama lebih cergas dan bertenaga.

Lagi pun, bukan apa..masa mama bersalinkan Qaireen dulu, mama ada beli set bersalin jenama L***A yang berharga RM300++..tapi mama tak makan pun.! Kebetulan Qaireen kena prolonged jaundince, so mama mmg tak boleh makan apa2 pun jamu pun. Halia dan lada hitam pun tak boleh. So masa tu badan mama lemah sangat2, udahlah hampir 2minggu mama keluar masuk hospital.

So hari ni mama nak kongsi cerita kawan mama. Kisah sepupu Azrin
__________________________________________________________


Jawapan Weeda bila mak saya membebel kat dia " OK lah ngah...Elok betul mkn ubat tu (set bersalin shaklee). Luka bedah cepat je baik..Tak sakit sgt mcm 1st beranak dulu...Nak pusing badan pun sakit...Ni sedap je nak pusing kiri kanan..."


Saya pun macam tak percaya tengok dia..Mcm org bersalin normal je..Laju je dia jalan...Ish...Weeda cerita lagi.."Masa kt ward doctor hairan tengok aku...mcm bukan czer.Hahaha..."

Si comel Nur Zaffyna Zahra

Terujakan?Saya pun...Betul ke Set Bersalin Shaklee ni bagus?Untuk yang tak dpt makan jamu macam saya, mmg la BAGUS...Untuk yang risau kalau makan jamu ada effect kat baby, sangat lah BAGUS...Saya tak cakap jamu2 tak bagus tau....


Kenapa Set Bersalin Shaklee ni BAGUS? Ini kisah mama pulak...

Vita-Lea - bersama Iron formula yang sgt penting utk tubuh selepas bersalin
Lepas bersalin muka mama pucat betul, lepas tu duduk pula dekat hospital 3 hari. Lepas tu balik rumah..beberapa hari masuk balik ke hospital. Selama 2 minggu mama macam tu. Kenapalah masa tu mama tak "kenal" lagi dengan Vita-Lea.

B Complex - elak kemurungan, anti-stress, stabilkan hormon
Dalam pantang mmg sgt2 stress!! Baba cakap dgn mama, apa saja yg dia buat semuannya tak kena bagi mama. Bila Qaireen menangis sewaktu nurse ambil darah di kaki atau atas tapak tangan, mama mesti nangis. Bila dah keluar hospital lain pula ceritanya. Kadang2 rasa runsing mcm nak menjerit je bila dkt dalam bilik..Hairan betu?? Kalalu ada B Complex kan bagus!

Vita-C - membantu memperbaiki tisu sel, mempercepatkan penyembuhan luka
Walaupun mama bersalin secara normal tapi mama rasa luka mama lambat sembuh tau! Ada ibu tu baru 4 hari bersalin dia dah boleh berjalan laju je. Mama ni dah masuk 1 minggu pun benang masih belum putus lagi! Mungkin sebab mama tak ambil apa2 vitamin. Masa tu tak de ilmu, nurse bagi dkt hospital mama tak nak makan. Sekarang menyesal tak sudah!

Zinc - membantu luka (terutama luka dalaman) cepat sembuh
Mengapa orang Melayu suka makan ikan haruan selepas bersalin? Kerana ikan haruan mengandungi zinc, namun pengambilan yang mencukupi dapat diukur dengan tepat melalui pengambilan tablet zinc). Masa dalam pantang dulu, waktu nak buang air besarlah yang paling seksa sekali! Mama punye jahitan bawah tu, lambat kering. Nak membuang punyelah susuh, terkepit sana..terkepit sini. Sampai menangis mama dalam toilet. Kalau ambil Zinc, cepatlah sembuh luka dalaman tu kan!


So bakal2 ibu, tepuk dada tanya selera..mama tak cakap jamu - jamu tu tak bagus tau! Ini berdasarkan pengalaman mama sendiri, lagi pun set shaklee jauh lebih murah dari set - set bersalin yang lain dan selamat diamalkan sebab ia terdiri daripada bahan - bahan semulajadi yang tidak bersifat "panas".


______________________________________________________

Set berpantang ini adalah untuk kegunaan 40 hari dengan harga RM100. Anda boleh juga menambah 60 biji alfalfa sebagai milk booster dengan harga tambahan RM10.



Sunday, April 3, 2011

SURAH AL - BAQARAH AYAR 233



Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka

selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak

menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa

pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu

menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan

seseorang melainkan menurut kemampuannya.



Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita

kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang

bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga

menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada).

kemudian jika keduanya (suami isteri mahu

menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang

telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka

mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika

kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada

orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila

kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan

cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah,

serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat

akan apa jua yang kamu lakukan.

Friday, April 1, 2011

BILA ANAK MENYUSU SUAMI DIPINGGIRKAN?




Asas pergaulan suami isteri ialah:
"... Dan bergaullah dengan mereka (isteri) secara yang paling baik (ma'ruf). Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu (terhadap perangai isteri), padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak". An Nisa':19
Suami bertanggungjawab memimpin isteri. Kita kena banyak bersabar atas karenah isteri kerana semuanya itu adalah pahala dan kebaikan yang banyak dari Allah jika kita mampu mengurusnya.
"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bercampur dengan isteri kamu, mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu...." Al Baqarah: 187.
Berdasarkan keizinan dari Allah ini kepada suami untuk mencampuri isterinya di malam bulan puasa, menunjukkan satu penghormatan kepada wanita yang bernama isteri yang mampu menyelamatkan nafsu suami. Allah Maha Mengetahui atas kelemahan suami terhadap kehendak hubungan kelamin ini. Dengan ini kenyataan "isteri dijadikan tempat memuaskan nafsu suami" perlulah kita lihat dari sudut yang positif. Ia adalah satu ibadah sebagai suruhan Allah kepada isteri untuk menyelamatkan kehendak nafsu suami ini.
Mari kita renung kembali ayat di atas tadi, sedangkan berpuasa selama 12 jam disiang hari pun telah menyebabkan suami (tak semua le kot) tidak dapat menahan nafsunya, apa lagi yang terpaksa menunggu lepas bersalin dalam pantang 40 hari. Ditambah pula halangan-halangan dari anak kecil yang diletakkan di tengah-tengah tidur sekatil berbulan-bulan lamanya. Bila rengekan anak kecil tu, cepat dapat habuannya, tetapi jika rengekan ayah yang besar tu, gigit jarilah tuannya.
Apa yang boleh kita buat:
Bak kata pakar-pakar motivasi keluarga bahagia, komunikasi kedua pasangan suami isteri amatlah penting sekali demi kebahagian mereka. Bersyura dalam membuat keputusan amatlah dituntut.
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan seorang ayah kerana anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (berhenti menyusu badan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan bersyura, maka tidak ada dosa atas keduanya..." Al Baqarah:233
Jika punca isteri tidak dapat melayani suami kerana kehadiran anak kecil ini, sama ada satu"and beyond", pada pandangan saya di sana ada jalan penyelesaiannya. Konsep ayat di atas tadi ialah "janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan seorang ayah kerana anaknya".. menunjukkan kita boleh berbuat sesuatu kepada anak itu demi keselesaan dan kehendak kita suami isteri.
Cuba kita lihat kebanyakkan isteri-isteri sama ada full time housewife atau part time house wife, yang nampak sengsara mendukung anak kecil di sebelah kiri dan di sebelah kanan pula anak yang berumur 3 tahun bergayut memaut jubah umminya ke hulu ke hilir ke mana saja umminya pergi. Dan bukan ayahnya tak mahu tolong tetapi memang anak-anak tu terlampau manja (bergantung) kepada umminya. Nampak sekali imbas menggambarkan isteri tadi seorang yang"caring" tetapi dua kali imbas memaparkan kesilapan sendiri terlampau memanjakan anak pula.
Jika kita boleh didik anak-anak ini agar lebih berdikari pada usia yang lebih singkat, pastinya isteri kita tadi lebih cepat bebas dan boleh berfungsi sebagai seorang isteri yang produktif kepada suaminya dengan kadar yang lebih segera. Bila umur anak tu meningkat 8 bulan, sudah boleh tidur di bilik yang berasingan. Maka dengan ini, ibu dan ayah mereka ini akan lebih cepat kembali menjadi pasangan yang sedang berbulan madu dan lebih mobile dalam kerja-kerja dakwahnya.
BAGAIMANA CARANYA?
Nasihat untuk isteri:
Bila anak kecil itu berumur 8 bulan, pada jam 9.00 malam atau lebih sedikit, berikan anak itu menyusu badan hingga dia kenyang. (Laparkan dia pada waktu senja tu). Kemudian tidurkan anak itu di bilik lain yang berpisah dari bilik tidur anda tetapi biarlah boleh anda dengari tangisannya. Apabila dia menangis kali pertama, tunggu 5 minit barulah anda menghampirinya dengan hanya menepuk badannya sahaja. (jangan angkat atau dukungnya).
Bila senyap, tinggalkan. Bila dengar dia menangis kali kedua, tunggu 10 minit pula, baru anda menjeguknya. Kali ini jangan tepuk, hanya tunjukkan muka yang anda sedang melihatnya. Bila dia senyap, maka tinggalkan. Bila dia menangis kali ketiga, tunggu 15 minit, baru menjenguknya. Biasanya selepas ini dia akan terus lena hingga ke pagi.
Teruskan taktik ini untuk malam yang berikutnya. Biasanya selepas malam ketiga, anak ini telah faham akan peraturan yang telah kita jalankan kepadanya. Dengan mudah dia sendiri akan masuk ke bilik tidurnya (bila dah boleh berjalan) apabila masuk waktu 9.00 malam. Anak itu lebih berdikari. Umminya akan lebih berseri. Ayahnya pasti tak cari lagi.
Cubalah!! ^_^
sumber : iluvislam.com


_____________________________________________________________
Best kan tips ni!! malam ni mama nak try buat lah..tak nak manjakan Qaireen sangat (alamak boleh ke?? tp Qaireen still tidur satu bilik dgn mama) Takut baba merajuk ^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...