2 hormon utama diperlukan untuk penyusuan iaitu :
PROLAKTIN
• Dihasilkan oleh kelenjar pituitari di otak.
• Berfungsi agar kelenjar payudara menghasilkan susu.
• Sudah mula dihasilkan semasa hamil tetapi susu tidak dihasilkan kerana
dihalang oleh hormon lain.
• Payudara memerlukan beberapa minit semasa penghisapan bayi untuk
hormon ini dikeluarkan.
• Setiap kali penyusuan, kadar prolaktin meningkat hampir 10 kali ganda.
• Penghisapan bayi sangat penting untuk memastikan prolaktin dihasilkan dan susu dikeluarkan oleh alveoli.
• Lebih kerap bayi menghisap – lebih banyak prolaktin – lebih banyak susu.
• Lebih tinggi pada waktu malam.
OKSITOSIN
• Penting untuk pancutan susu.
• Reseptor oksitosin bertambah 10X ganda semasa hamil.
• Bertindak pada otot yang mengelilingi sel di alveoli lalu menolak susu dari alveoli ke duktus untuk dikeluarkan melalui putIng.
• Boleh menyebabkan ‘rengat’ – kerana pengecutan rahim.
• Hormon-hormon yang dikeluarkan semasa ‘stress’ akan menyebabkan oksitosin dihalang pengeluarannya.
•Susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan)
• Bila payudara dipenuhi susu – FIL akan memperlahankan pengeluaran
susu.
• Bila payudara ‘kosong’ – FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat.
• Hormon lain yang terlibat – cortisol, insulin, tyroksin.
Dek noonnnn...ahkak nak cedoks entri ni boleyyy takk?? tak bagi pon ahkak tetap nak cedoks
ReplyDeletehanbek ajeleee...ahkak ku..
ReplyDeleteakak pun nak cilok..hehe..utk tmbh pengetahuan ibu2 di luar sana..halalkan ek..
ReplyDeletekekekeke..ambek je..halal dunia akhirat ^_^
ReplyDeletesalam puan... sy pun nk cedok maklumat sini ye.. sgt berinfomasi.. tq
ReplyDelete