MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Sunday, April 3, 2011

SURAH AL - BAQARAH AYAR 233



Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka

selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak

menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa

pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu

menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan

seseorang melainkan menurut kemampuannya.



Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita

kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang

bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga

menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada).

kemudian jika keduanya (suami isteri mahu

menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang

telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka

mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika

kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada

orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila

kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan

cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah,

serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat

akan apa jua yang kamu lakukan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...