Lepas masak, macam biasa mama pun share dekat IG dan FB. Lepas tu tak sangka ada pulak kawan mama minta resepi. So disebabkan tak nak hampakan harapan kawan mama tu (cehhh harapan lah sangat..hehee). Hari ni siap 1 entry bertajuk Resepi Kari Ayam Sedap dan Mudah. Haaaaa..kena ada sedap, kalau tak sedap tak de sape nak baca. Kena ada mudah pulak sebab kalau susah ramai pulak yang malas nak masak. opssss! :P
Ini dia gambar Kari Ayam Sedap yang dah siap dimasak. Saje je letak gambar tu besar2 sikit. Baru nampak kesedapan Kari Ayam Sedap tu.. ahaks!
Bahan - bahan :
1/2 ekor ayam (potong kecil)
2 biji kentang (potong dadu)
6 ulas bawang merah (hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
4 cm halia (hiris halus)
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit Kayu Manis
Buah Pelaga
Daun kari
1 biji santan kelapa
2 paket rempah kari ayam babas yang kecil
Gula sikit
Gula sikit
Garam secukup rasa
Bahan A ) Sediakan bawang merah, bawang putih dan halia untuk ditumis
Bahan B ) Sediakan bawang merah, bawang putih dan halia untuk ditumbuk
Cara - cara :
Gambar Kari Ayam Sedap tengah ada dalam periuk ;)
1) Tumis Bahan A sehingga separuh garing
2) Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.
3) Masukkan pula Bahan B bersama - sama dengan serbuk kari. Gaul sehingga naik minyak atau garing. Selepas tu masukkan daun kari. Kalau kering sangat, tabah sedikit air.
4) Masukkan ayam dan sedikit air. Biar sehingga mendidih selepas tu masukkan kentang pula.
5) Bila kentang dah sedikit empuk, anda boleh masukkan santan.
6) Akhir sekali masukkan garam, kalau pekat sangat tambah air sedikit. Pastu pelankan api sampai naik minyak.
7) Siap untuk dihidang dan makan dengan nasi putih panas.
Petua nak masak Kari Ayam Sedap ni..
- tumis rempah dengan api yang pelan dan biar sampai betul2 garing
- guna banyak bawang merah dan rempah
- kentang akan pekatkan kuah, so kalau nampak macam pekat sangat..anda boleh tambah air
- kentang serap air dan garam, pastikan anda letak garam akhir sekali.
- jangan terus letak air dengan banyak, letak sedikit demi sedikit. (1/2 cawan)
Kari Ayam ni kalau ikut selera mama, makan dengan nasi..mama suka cair sikit. Macam dalam gambar di atas sekali tu. Kalau makan dengan roti jala bagi pekat sikit..baru terangkat!
Gambar yang ni kuah kari cair sikit, balance tengah hari punye. So petang mama buat roti jala. Emmm..nyam..nyam..mmg sedapppp!!
Lepas ni bolehlah korang try Resepi Kari Ayam Sedap dan Mudah mama ni yek. Selamat mencuba!! ^__^
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng