MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label HORMON. Show all posts
Showing posts with label HORMON. Show all posts

Monday, June 27, 2011

HORMON - HORMON PENYUSUAN



Mari kita lihat apakah hormon-hormon yang berkaitan dengan penyusuan
Selama ini kita hanya mendengar, tapi kita tahu tak fungsi -fungsinya

1. ESTROGEN
menyebabkan perkembangan saliran dan tisu-tisu penghubung di dalam payudara, semasa mengandung, hormon ini menyebabkan sistem saliran ini digandakan

2. PROGESTERONE
membantu dalam perkembangan sel2 susu bersama-sama estrogen yang menyebakan sistem saliran digandakan semasa mengandung

3. HUMAN PLACENTAL LACTOGEN
dikeluarkan oleh placenta semasa mengandung dan mempengaruhi perkembangan areolar dan puting

4. PROLAKTIN
menyebabkan saliran dan alveoli menjadi matang. Selepas melahirkan badan akan menghasilkan amaun prolaktin yang tinggi di mana merupakan titik permulaan penghasilan susu, menyebabkan ibu berasa letih dan mahu memegang dan menyusukan bayi. Penghasilan susu dibawah pengaruh hormon prolaktin ini dipanggil kawalan 'endokrin'

5. OXYTOCIN
memberitahu otot2 uterus untuk mngecut dan myoepithelial cell turut mengecut, menyebabkan pengeluaran susu, meredakan tekanan semasa hormon prolaktin dihasilkan, rangsangan saraf di dalam payudara akan menyampaikan maklumat kepada otak untuk merembeskan oxytocin. Milk ejection reflex juga berlaku tanpa penyusuan terus sperti contoh semasa ibu mendengar tangisan bayi

6. FEEDBACK INHIBITOR OF LACTATION
mengurangkan kadar penghasilan susu apabila payudara penuh. Memerah susu dari payudara membantu menghasilkan lebih banyak susu. Payudara yang penuh menyebabkan penghasilan susu menjadi perlahan, payudara yang dikosongkan merangsang penghasilan susu yang lebih cpeat.

7. AUTOCRINE CONTROL OF MILK PRODUCTION
Penghasilan susu bagi setiap payudara dipengaruhi oleh amaun pengeluaran susu dari mana-mana belah payudara.
Maknanya pengeluaran susu bersifat automatik, apabila susu dikeluarkan maka penambahan susu akan berjalan.
Ini menjawab epada persoalan 'payudara besar sebelah'

Bagaimana hormon penyusuan menjejaskan kesuburan?
a) Hormon penyusuan melambatkan seseorang ibu untuk subur selepas kelahiran.
b) hisapan bayi yang kerap, siang dan malam adalah memberi kesan kepada kelambatan keusburan terhadap ibu.
c) Lactation Amenorrhea Method (LAM) adalah perancang keluarga yang efektif semasa 6 bulan pertama sekiranya ibu menjawab "tidak" untuk soalan2 di bawah:
- Adakah anda telah didatangi haid?
- Adakah anda membenarkan tempoh penyusuan semasa siang lebih dari 4 jam dan malam leibh dari 6 jam?
- Adakah bayi anda berumur lebih dari 6 bulan?

Sekiranya jawpaan anda "ya" untuk soalan di atas, LAM tidak berfungsi kepada anda lagi.

Terjemahan dari: Nota MBFPC
mama share dari PC hana



Monday, April 4, 2011

FISIOLOGI PENYUSUAN SUSU IBU

2 hormon utama diperlukan untuk penyusuan iaitu :





PROLAKTIN
Dihasilkan oleh kelenjar pituitari di otak.

Berfungsi agar kelenjar payudara menghasilkan susu.

Sudah mula dihasilkan semasa hamil tetapi susu tidak dihasilkan kerana
dihalang oleh hormon lain.

Payudara memerlukan beberapa minit semasa penghisapan bayi untuk
hormon ini dikeluarkan.

Setiap kali penyusuan, kadar prolaktin meningkat hampir 10 kali ganda.

Penghisapan bayi sangat penting untuk memastikan prolaktin dihasilkan dan susu dikeluarkan oleh alveoli.

Lebih kerap bayi menghisap – lebih banyak prolaktin – lebih banyak susu.

Lebih tinggi pada waktu malam.


OKSITOSIN
Penting untuk pancutan susu.

Reseptor oksitosin bertambah 10X ganda semasa hamil.

Bertindak pada otot yang mengelilingi sel di alveoli lalu menolak susu dari alveoli ke duktus untuk dikeluarkan melalui putIng.

Boleh menyebabkan ‘rengat’ – kerana pengecutan rahim.

Hormon-hormon yang dikeluarkan semasa ‘stress’ akan menyebabkan oksitosin dihalang pengeluarannya.

Susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan)

Bila payudara dipenuhi susu – FIL akan memperlahankan pengeluaran
susu.

Bila payudara ‘kosong’ – FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat.

Hormon lain yang terlibat – cortisol, insulin, tyroksin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...