MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label GARLIC. Show all posts
Showing posts with label GARLIC. Show all posts

Friday, October 17, 2014

Bila Anak Demam dan Bapa Demam, Ibu Pula?

Ibu dan bapa mana yang tak risau kalau anak demam betul tak? Ok kisah seharian hari ni..tapi bermula dari semalam 15hb Oktober (sekarang dah 2am 17hb). Lepas ambil Qaireen dari school, saya bawa anak2 pergi ke JJ. Nak beli barang sikit..barang - barang dekat rumah banyak dah habis. So dah alang2 keluar, kami pun pergilah lunch. Masa lunch tu Qaireen memang tak aktif macam biasa. Dia kata penat, so saya suruh dia tidur jelah dekat stroller (tak larat woooo nak dukung dia)



Nak dipendekkan cerita, rupa2nya Qaireen demam. Sampai je dekat rumah check suhu badan dah 39.5. Qaireen ni kalau demam mmg selalu tinggi. Mungkin bakteria yang menyerang dia jenis super dooper kuat kot. So antibodi pun kenalah naikkan suhu sampai macam tu punye tinggi..sebab nak lawan kan? Sebab dah tinggi sangat saya pun bagilah ubat demam. Sebelum makan ubat demam bagi dia fresh milk + Mealshake Shaklee (boleh klik disini) Pastu dia pun tidur sampai ke petang.

Bila baba Qaireen balik, check suhu makin naik pula..dah sampai 40.1....apa lagi..melompatah kami. Tepaksa juga ambil ubat ponggong tu. Pastu terus mandikan dia dan basahkan kepala dia dengan ais. Alhamdulillah pelan2 suhu turun..sehingga 38.8..

Yang bestnye..malam tu saya punyelah sakit kepala. So baba Qaireen yang jaga anak2. Sampailah dia pun terkena tempias anak. Subuh tadi 16hb Oktober..tiba2 pula Qaireen cirit. (cirit pulakkkk kann?) Seharian dalam 4x juga.

Qaireen tak bagi mama ambil gambar dia, dia tak nak makan Vitamin C doktor bagi..
katenye tak sedap..Chew Vitamin C Shaklee nak pulak makan..sekali 2 biji masuk dalam mulut.

Petang lepas baba Qaireen balik kerja, kami pun siap2lah untuk ke klinik. Tapi dsebabkan baba demam,  kami pun keluar rumah lepas Maghrib. Baba Qaireen tak larat sangat nak drive. Sian baba. Tapi baba Qaireen ni "degil" suruh makan ubat tak nak..last2 dia ambil 1 sachet Nutriferon (klik disini) dengan 2 biji Garlic (klik disini). Oklah, dah jual Shaklee mestilah ambil Shaklee kan?? ;)

Sekarang ni dekat rumah..Hasya Alhmadulillah sihat..mama Qaireen pula dah mula rasa macam ting tonggggg..hahahaha...macam ni lah kalau anak demam, nak pula sekarang ni Qaireen siap sakit perut dengan cirit lagi. Biasanya Mama dengan baba mesti akan demam sekali. Tapi selalunye jadi orang yang terakhir dekat dalam rumah lah..hehee. Tapi kalau boleh tak nak lah demam sekali. Segala suplemen saya dah ambil. Orang cakap mencegah lebih baik daripada mengubati. Tapi kalau dah sakit..kenalah ambil ubat..nanti lain pula jadinya.

Tapi dalam dok ting tong ni..masih sempat update blog, kekekeke..actually tengah tunggu kul 2.30am ni. Nak bagi Qaireen makan ubat. So dari tak buat apa, baik update.

Esok pagi nak bagi Qaireen minum Nutriferon. Nasib dia suka dengan Nutriferon ni. Ubat teh katenye...hehee.

Harap2 mereka berdua cepat sembuh, hari Sabtu ada kenduri akad nikah di Kedah..alahaiiii....susah hati tau..hukhuk..

Klah..itu saje coretan subuh ni..bila anak demam dan bapa demam.

Bai....  ^_^


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng

Thursday, October 6, 2011

CARA DETOX YANG SELAMAT


Sekarang ni detox atau nyahtoksin menjadi agar popular dengan pelbagai produk detox di pasaran. Namun tahukah bahawa kita boleh menjalani detox secara semulajadi dengan pengambilan produk Shaklee!
Detox dengan kata lain ialah ‘membersihkan dan menyucikan badan dari dalam’. Ia penting untuk penyerapan nutrien/vitamin. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.
Dari manakah datangnya benda-benda toksin ini? Dalam dunia moden hari ini, lebih 5 bilion lbs bahan kimia dilepaskan ke dalam persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan hidup saban tahun. Tambahan pula banyak makanan mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai karsinogen.
Selain masalah penyerapan vitamin, pembentukan toksin dalam badan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius termasuk:
  • Sakit kepala yang kerap
  • PMS
  • Sakit sendi
  • Keletihan
  • Kulit melepuh
  • Pencernaan bermasalah
  • Halitosis (nafas berbau)
  • Jangkitan yang berulang-ulang
  • Kekurangan daya imun tubuh
Sekiranya anda ada mengalami perkara di atas, mungkin pelukan DETOX!
Shaklee menawarkan produk detox untuk membantu membersihkan badan anda daripada bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon, membina mikroflora usus anda dan banyak lagi. Menarik kan?

Detox Hati/Liver Detox

Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifikasi badan secara semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. Produk ini mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
dtx complex tonik hati
DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
  • milk thistle seed
  • schizandra chinensis seed (tanaman yang berasal dari China yang dah digunakan selama lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detoksifikasi di dalam hati)
  • cendawan Reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya)
  • dandelion
  • kunyit
  • artichoke (untuk membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal)

Pembersih Usus/Colon Detox

Badan yang sihat mengandungi bertrilion mikroorganisma baik. Majoriti bakteria baik ni tinggal di dalam usus dan dirujuk sebagai  mikroflora. Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran gastro-usus; dan  berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita sepanjang masa.
Tugas bakteria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk mengawal bakteria jahat.
Punca Utama Ketidakseimbangan Bakteria
  • penggunaan antibiotik.
  • umur
  • pemakanan yang tidak sihat
  • pengambilan serat yang rendah
  • kontraseptif oral
  • ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid
  • tekanan
  • pengambilan gula yang tinggi
herb lasx detox
Dr Shaklee telah memperkenalkan Herb-Lax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.
Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana2. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.
Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.

Pencuci Darah

Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.
Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.
garlic shaklee
Garlic Complex Shaklee diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin.
Garlic Complex Shaklee juga telah dirumus untuk kawalan bau. Bawang putih  kan menyebabkan nafas berbau…tapi tablet Garlic Shaklee tak dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan

Pencuci Keseluruhan Tubuh

Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, alfalfa bukan untuk tambah susu saja ya. Alfalfa adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.
alfalfa shaklee
Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimiaatau baja bukan organik,menjadikan ia alfalfa berkualiti tinggi.
Selain itu, berpuasa adalah juga satu cara terbaik untuk detox! Dr Shaklee tidak memakan makanan pepejal sehari dalam seminggu untuk membantu menjaga sistem badannya.
kredit Mommy Lyna

Friday, June 3, 2011

KOLESTROL TINGGI?? CARA - CARA UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROL

Kolesterol adalah salah datu keperluan yang penting dalam badan kita. Antara tugas kolesterol yang penting ialah:
  • membantu dalam penghasilan vitamin D untuk penyerapan kalsium.
  • sebagai pelapis membran sel bagi memudahkan sel menyetap nutrient
  • membantu hormon seksualiti
  • pembentukan jaringan dalam otak dan urat saraf
 sumber google
Namun, kolesterol yang berlebihan boleh mendatangkan bahaya. Apabila kolesterol terlalu banyak dalam darah, ia akan terkumpul dan menjadi ‘deposit’ yang menyempitkan salur darah. Ini menyebabkan salur darah menjadi sempit dan menjadi penyebab kepada beberapa gejala seperti sakit jantung dan strok.

Antara penyebab kolesterol yang tinggi dalam darah ialah dari corak pemakanan kita. Banyak mengambil makanan berminyak, berlemak, amalan merokok adalah antara penyebab kepada kolesterol tinggi. Faktor genetik boleh jadi penyumbang juga kepada kolesterol tinggi dalam darah.

Apakah vitamin/supplement yang sesuai untuk menurukan kadar kolesterol?

Fibre plan unflavoured


Pernah tak tengok satu iklan di TV? Katanya kadar kolesterol saya turun 30%. Itu sebenarnya adalah fungsi serat. Di Shaklee kami mempunyai Fibre Plan Unflavoured, serat yang berbentuk serbuk dan rasa seperti nestum, amat sesuai untuk mereka yang menghidap kolesterol tinggi. Serat tersebut akan mengikat kolesterol berlebihan dan menyingkirkannya dari tubuh bersama-sama bahan buangan.


Omega Guard


Omega Guard adalah minyak ikan yang kaya dengan EFA (essential fatty acid), atau asid lemak perlu. Asid lemak jenis Omega-3 membantu meningkatkan kadar kolesterol HDL (kolesterol baik). Kolesterol baik ini akan mengeluarkan kolesterol dalam pembuluhd arah agar tidak terjadi pengenapan kolesterol di situ.


Garlic


Bawang putih telah digunakan sejak turun-temurun untuk menurunkan kadar kolesterol.
Lecithin


Lecithin meneutralisekan kolesterol dalam darah. Ia membantu mengurangkan kadar kolesterol kita. Ia adalah peng-emulsi kolsterol yang yang utama. Contoh untuk mejelaskan perkataan emulsi ialah apabila kita membasuh pinggan berminyak dengan sabun, minyak itu akan ‘luruh’ mengikut  buih sabun. Begitulah kolesterol di-emulsi oleh lecithin.


Vitamin E


Fungsi vitamin E dalam penyingkiran kolesterol ialah, vitamin E menguatkan lagi fungsi lecithin. Vitamin E memudahkan penyerapan lecithin oleh tubuh. Vitamin E juga menjaga kesihatan pembuluh darah, menjadikannya lebih fleksible sekaligus mengelakkan pengenapan kolesterol.
Di samping itu, mereka yang mengalami kolesterol tinggi boleh mengambil vitamin asas seperti Vita Lea, B Complex dan Vitamin C sebagai memenuhi keperluan harian tubuh. Malah vitamin-vitamin asas ini juga membantu membekalkan tenaga, mencantikkan sel, menyokong sistem imuniti badan dan sebagainya, termasuk mengawal tekanan dan stress.

Minum air, rehat yang cukup, menjaga pemakanan dan bersenam adalah perkara2 keutamaan yang tidak boleh diambil mudah oleh mereka yang menghadapi masalah kolesterol tinggi. Cara hidup sihat, gaya hidup sihat, makan cara sihat, amal ibadah yang sihat, insya-Allah selamat.

Thanks to MamaLyna for sharing & caring!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...