MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label SUPER DOOPER. Show all posts
Showing posts with label SUPER DOOPER. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

SIAPA KATA IBU MENYUSUKAN ANAK TAK BOLEH NAK BUAT KERJA LAIN??

Uncle Ayum, Mama, Baba, Qaireen & Ibu Cha

Rasanya masih belum terlambat mama ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada pembaca2 blog mama. Lama sungguh mama tak berceloteh ye?? Penuh bersawang blog mama ni! Hik..hik..

Seperti biasa, setiap tahun..makanan wajib di rumah mama ialah Lontong. Yang paling best sekali raya ke – 3 adik beradik, anak beranak, saudara mara belah arwah opah dan arwah atuk Qaireen datang! (ingatkn sikit je yang datang..rupa2nye yang datang  bagai……)
Entry ni mama nak bercerita bukan nak tunjuk2 atau nak bagi tahu yang mama ni macam SuperMak! wah...supermak lagi tu. Mama sedikit kecewa sebab ada hamba Allah ni tak percaya yang mama boleh buat semua tu. Ialah Qaireen kan nyusu. 
Apa susah..bila anak kita dah 1 tahun ke atas lagi senang. Tak yah risau nak kumpul stok ebm, nak bagi bubur nasi, nak bagi susu je. Bagi anak kita makan apa yang kita makan. Pagi sebelum masak, mama menyusukan Qaireen, lepas tu mama bagi Qaireen roti jala, spaghetti, kuih raya, kerepek dan air soya. Pukul 3 baru mama menyusukan dia semula. Biarkan dia bermain dengan saudara mara kita. Dia pun tak lah ingat nak mengempeng je..betul tak??

Macam – macam mama masak..spaghetti, roti jala, lontong, bihun goreng dan nasi goreng (sebab makanan dah habis). Orang lain pakai lawa2..mama pakai baju rumah je. Tak sempat nak pakai baju raya. asyik masakkkkk.....je..heheee.

Sebahagian daripada keluarga belah arwah mak mama

12.30pm :
1 kereta (6org) : wancik, paklang, muneerah, fazlan, sham, ali
1 kereta (4org) : acu, maksu, harith, angah.
1 kereta (5org) : uncle sudin, aunty nurul, anak, anak, anak (tak ingat nama sbb jarang sgt2 jumpe) hik..hik..
1 kereta (8org) : pak nan, m’cik liza, azryl, fisha, amir, adam, adib, amar.

04.00pm :
Waktu ni mama dengan ibu cha basuh pinggan dan kemas rumah sikit2. Qaireen pun dah mula merengek sebab nak susu. Kesian anak mama.

06.30pm :
Kelam kabut masak roti jala (mmg simpan sikit takut mereka habiskan semua..heheee) dan masak bihun goreng. Sebab makanan tengah hari tadi semua dah habis! Ish..ish..ish..dah macam org Somalia mereka makan.

08.00pm :
Kawan ibu cha..aunty yaya dengan kekasih hatinye uncle shakir datang. Mama masak roti jala khas untuk uncle shakir. Suka sangat dengan roti jala..hilang kempunan uncle ye…


Sebahagian daripada keluarga belah arwah ayah mama..(tu onyang kesayangan Qaireen)

09.00pm :
1 kereta ( 8org) : onyang, Qaireen, mak tua, angah, kak yong, ikwan, wawa, fisha.
1 kereta (1org) : abg wira
1 kereta (3org) : ain, ilwan, yazid
1 kereta (2org) : mahathir dan dila
1 kereta (4org) : abg mi, kak rohaya, asfan, asraf
1 kereta (6org) : maknyah, paknyah, shami, umi, syasya, boy.


12.00am :
Rasa macam nak pengsan..lepas solat isyak terus tidur. Tapi best..seronok sangat..ramai yang datang. Juadah yang mama sediakan..habis licin! Alhamdulillah ^_^


Wednesday, August 3, 2011

SUPPLEMENT PALING SESUAI UNTUK KEKAL BERTENAGA DI BULAN RAMADHAN

Sepanjang bulan Ramdhan ni mama dan baba ambil 3 benda penting..
Apa 3 benda penting tu??
-
-
-
-
Ini dia 3 beradik Meal Shakes, Performance (PD) & Energizing Soy Protein (ESP)
Gabungan terbaik untuk mama dan baba kekal bertenaga!

Menara Power Shaklee (kiri kanan air yg harus mama habiskan..huhuu)


Cara nak minum??
1 sudu besar Meal Shakles..
1sudu besar PD..
1 sudu besar ESP
campurkan semua sekali dengan air suam..jangan air panas ye!

Kanan untuk baba..kiri untuk mama ^_^


Saturday, January 1, 2011

Kehebatan Suplemen Yang Diri Ku Ambil.

Hari ni mama tergerak untuk menceritakan serba sedikit pengalaman mama selama 7bln menyusukan Qaireen. Alhamdulillah berkat kesabaran, mama berjaya menyusukan Qaireen sepenuhnya tanpa memberi setitik air masak selama 6bln pertama. Mama juga berharap agar mama dapat meneruskan niat suci mama ini untuk menyusukan Qaireen selama 2thn. Susuibu adalah susu terbaik di dunia!

Ok mcm ni ceritanya..

Semasa Di Kampar :
Selepas mama habis pantang sehingga umur Qaireen 4mnths ++, mama tinggal di Kampar dan berulang setiap hari ke Ipoh dengan menaiki bas (kami tak jumpa pengasuh yg sesuai lagi masa ni). Pagi2 lagi dah bangun pam susu..lepas tu bersiap untuk pergi kerja, sebelum keluar rumah bf Qaireen pulak. Bas pagi pukul 7am..sampai opis pukul 9am. dekat opis pukul 10am mesti pam coz B dah bengkak / baju dah basah. Mama pulak bekerja bahagian akaun. So tiap2 hari tgk number, resit, invois, voucer, dll..mmg nak termuntah tau! 

Tapi mcmn bz pun, mama mesti akan pam 3x sehari di opis. Balik pukul 5.30pm, tp nak dekat pukul 7pm atau lebih baru sampai rumah. Sampai rumah, mama main2 dgn Qaireen kejap. Lepas solat maghrib mama pam coz B dah bengkak. Lepas tu baru dpt mandi n bf Qaireen. Bila Qaireen tidur mama gosok baju, cuci botol susu dll kerja lagi yg mama buat. Pukul 10pm dah tidur, tu belum lagi masuk sesi pam waktu tgh mlm.

Macam ni lah jadual harian mama dari Isnin - Jumaat. Bila hari Sabtu mama & baba akan balik ke Ipoh (rumah kami). Sampai je dkt rumah..rumah dah berhabuk, ialah dah nak dkt 1 minggu tak bercuci. So hari Sabtu & Ahad baba akan buat kerja rumah dan mama akan masak. Petang Ahad kami akan balik semula ke Kampar.

Semasa Di Ipoh :
Akhirnya pada bulan November 2010 mama dapat pengasuh untuk Qaireen. So kali ni lain pulak cabarannya. Setiap pagi mama akan bangun pukul 5.30am dan akan hantar baba ke bus stop Medan Gopeng, coz baba kerja dekat Tapah (baba naik bus balik..mama pulak naik kereta..heeee). 

Bila dah sampai rumah lepas solat subuh mama akan masak bubur nasi Qaireen. Kadang2 mama akan masak breakfast atau lunch untuk mama bawa bekal di opis..tp kadang2 tu tgh syok2 masak, tiba2 Qaireen menangis sbb nak susu..hehe..so terpaksa stop kejap coz nak bf dia..pukul 8.30am keluar rumah n hantar Qaireen dkt "mak". 

Pukul 6.30pm lepas ambil Qaireen dari rumah "mak", mama akan ambil baba di bus stop Medan gopeng pula. So dalam pukul 7pm kami sekeluarga baru sampai rumah. Lepas maghrib mama akan masak untuk mkn malam dll kerja rumah. Paling lambat pukul 10pm mama dah tidur. Taip2 hari macam tu, tu belum hari sabtu & Ahad lagi..perrhhhhh mmg penat sangat2!!

Kini :
Beberapa minggu lepas mama telah berkenalan dengan seorang ibu bernama Azrin. Tapi sebelum berkenalan dgn Azrin, mama selalu baca ttg bf di blog ibu N. Banyak sangat2 maklumat yang mama perolehi. Mereka sering bercerita ttg shaklee. Actually mama mmg dah tahu pasal shaklee ni dari tahun 2002 lagi. Kebetulan pula, Acu mama..Salmiza namanya salah seorang distributer dekat Ipoh ni. Dia mmg super dooper women!! Kehulu..kehilir..tak reti penat!!

So..kebetulan bulan lepas mama rasa susu mama mcm dah "kurang". Mama mesti ambil sesuatu untuk memperbanyakkan lagi susu. Mama mmg tak ambil apa2 vitamin tau..mama hanya ambil kalsium dan fish oil sahaja, itu pun mama beli dkt farmasi.

Untuk kali pertamanya minggu lepas 24hb Disember 2010 mama mula mengambil vitamin shaklee. Alhamdulillah dengan izan dari Allah..shaklee membuat mama sihat dan susu makin bertambah, badan pun tak penat. Baba cakap mama sekarang nampak lain, especially waktu pagi..nampak segar je. Sekali kejut dah bangun (baba yg selalu kejut mama pagi2..heeeee)

Aktiviti harian kini
5.30am - 8.30am : 
Bangun pagi, buat air nescafe utk baba, hantar baba dekat bus stop, solat, masak bubur nasi Qaireen, masak makanan mama (bawa opis), sapu lantai, basuh n sidai kain. hantar Qaireen pergi rumah "mak" & mama pergi opis

9.00am - 5.30pm : 
Dekat opis, sesi pam seperti biasa..3x

6.30pm - 7.30pm :
Ambik Qaireen dkt rumah "mak", ambik baba dkt Medan Gopeng & balik solat.

8.00pm - 12.00am :
Masak, bf n main dgn Qaireen, lipat kain dll kerja...tidur.

Mama tiada lagi penat malah semakin segar!! Susu pun dah kembali banyak. Kini mama mmg dah jadi betul2 SUPER DOOPER mamaqaireen..Alhamdulillah ^_^

Monday, December 20, 2010

CARA MUDAH UNTUK MENYEDIAKAN BUBUR NASI UNTUK IBU BEKERJA

Wah!!panjang sungguh tajuk mama tu ye.

Saja mama buat macam tu, mana tau kot2 ada yg search tulis macam tu..hehe..

Ok bagi ibu2 yg bekerja mesti pening n penat kan..mana nak kejar..kerja..anak..masak..basuh kain..lipat kain..gosok baju..kemas rumah..dll

Macam mama, semua tu mama buat pada hari Sabtu atau Ahad.


Ini contoh cara mudah mama. Setiap Sabtu atau Ahad mama & baba akan pergi pasar untuk beli barangan dapur. Lepas beli mama akan basuh siap2 ayam, ikan, udang, sotong dll. Lepas tu mama akak letak di dalam bekas. Sayur2 pun sama juga, mama akan letak dalam tupperware, (tapi sayur jangan basuh siap2 pula tau!!). Mmg tahan lama, kadang2 tu nak dekat 1 minggu pun..sayur mama elok lagi. 

Mama selalunya masak waktu petang atau lepas maghrib. So pagi sebelum mama pergi kerja mama akan turunkan lauk tersebut ke bawah. Bila petang lauk tersebut tidaklah lagi beku..senanglah mama nak masak.


Qaireen punye stok makanan pun sama juga, mama akan siapkan at least untuk 5hari. Bila pagi masa mama masak nasi, mama akan ambil 1 bekas dan letakkan ke dalam periuk. Mama masak sekali dengan nasi, dalam 15 ke 20 minit siap.


Bila dah siap blend, mama akan masukkan ke dalam termos ni, supaya kekal panas. Tapi mama buat pekat sikit, coz Qaireen makan 2x sehari. Bila petang "mak" Qaireen hanya campurkan dengan sedikit air panas, untuk cairkan & panaskan bubur nasi tersebut. Senanglah kan..tak payah nak panas guna oven atau atas dapur.


 Yang ini pulak..bila dah tiba hari ahad..stok Qaireen, mama & baba dah habis masuk dalam perut..kekekeke


Senang je kan..itulah cara mama, ada sesiapa yang nak ikut  ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...