MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Wednesday, March 5, 2014

Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin?

Risau setiap hari ada sahaja rambut yang gugur? Bukan sahaja wanita selepas bersalin, malah gadis - gadis yang belum berkahwin pun ramai yang mengalami MASALAH RAMBUT GUGUR. Mengapa agaknya?


masalah rambut gugur lepas bersalin
Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin



Bagi anda yang baru sahaja lepas bersalin, masalah rambut gugur bukanlah satu benda yang aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. 

Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara Perlu Anda Tahu :

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa yang perlu anda lakukan?



  • Anda tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
  • Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
  • Berjumpa doktor sekiranya maslah rambut gugur semakin serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.


Untuk memudahkan anda, anda juga boleh mengamalkan suplemen daripada shaklee. Sebabnya shaklee juga mempunyai pelbagai vitamil yang lengkap untuk kesihatan anda.

maslaah rambut gugur lepas bersalin
Set Budget Rambut Gugur
Kenapa kena ambil ESP & Zinc (paling min) untuk Masalah Rambut Gugur ni?

ESP [ESP merupakan sumber daripada protein non-GMO (tidak diubah secara genetik) ]
  • Sebahagian besar rambut berasal daripada protein
  • Protein merupakan sumber penting unutk rambut
  • Protein menjadikan rambut anda lebih kuat dan tahan kerosakan
  • Membantu memperbaiki masalah rambut gugur dan beruban
  • Baik untuk menguatkan akar rambut

  • Kekurangan zinc akan menyebabkan folikel rambut menjadi lemah dan pertumbuhan semula rambut yang sangat perlahan
  • Mengekalkan kelenjar yang merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut sekali gus mengurankgan peluang bagi masalah rambut gugur
  • mengaktifkan lebih 200 jenis enzim termasuk untuk pertumbuhan rambut

Sekiranya ada budget lebih, anda boleh juga mengambil :

vitalea shaklee
Vitalea Shaklee
  •  Mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah
  • Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  • Lengkap dengan zat besi (iron) yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

  Revitalizing Shampoo Shaklee
Revitalizing Shampoo

Revitalizing Shampoo
  • Bebas daripada bahan kimia
  • Bebas daripada paraben
  • Bebas daripada SLS

Sekiranya anda mengalami Masalah Rambut Gugur Lepas Besrsalin dan ingin merawat dengan cara Vitamin Semulajadi. Secara jujurnya saya sangat - sangat cadangkan anda mencuba dengan Shaklee. Selain daripada rambut terjaga, malah anda juga akan lebih bertenaga dan dapat menyusukan anak anda dengan gembiranya. ESP sangat bagus untuk ibu menyusu juga tau. Saya sendiri pun mengamalkan ESP setiap hari. ^_^

Boleh baca di sini : Set Penyusuan Shaklee


Berminat? 

Hubungi saya :
Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552
Kawasan COD Shaklee Ipoh : KFC Medan Gopeng.

Thursday, May 10, 2012

Soalan Kuiz Untuk Ibu Menyusu..Yang Mana Satu Pilihan Anda??

Semalam mama saja tanya dekat group Shaklee GBS.
Macam ni soalannya..

Pertanyaan :
ibu menyusu..nak tanya, mana yang best?
1) Alfalfa
2) ESP
3) Ostematrix

klik pada gambar untuk gambaran lebih jelas

Macam2 jawapan yek? Kalau di suruh pilih..mama mmg blur..sbb bagi mama, semua tu penting! Sebab apa?

Alfalfa : Raja segala tumbuhan. boleh kurangkan rasa gatal2 sebab resdung, eczema, allergy  melawaskan perut, As a galactagouge (meransang dan menambah pengeluaran susu ibu ) dan yang paling best merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan alfalfa berfungsi seperti kacip Fatimah, so sangatlah membantu dalam "hubungan" suami isteri..pastu kita rasa macam anak dara tau!awwwwww.. tu yang nak "mengikat" suami tu..hehee.

Lagi cerita Alfalfa, DI SINI

*****************************************************

ESP : Ada apa dengan ESP?? dan kenapa pula ibu menyusu perlu ambil ESP?? Komposisi vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protien sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protien yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Lagi cerita ESP, DI SINI

*****************************************************

Ostematrix : Apakah kebaikannya? Dalam susuibu, antara kompisis vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali.

Lagi cerita Ostematrix, DI SINI

******************************************************
So yang mana satu pilihan anda?? ^_^

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, April 27, 2012

Set Diet Untuk Menurunkan Berat Badan..Ikut Budget Anda.

Ingin kelihatan kurus dan slim? Benci lemak2 yang ada di lengan, perut dan paha? Hari ni mama nak kongsikan bersama set2 yang ada untuk semua golongan, lelaki, perempuan, ibu menyusu dan lain - lain.

Tapi tadi sebelum entry ni "dihasilkan" mama pergi "berjalan2" macam biasa..heheee..lepas tu mama singgah dekat blog Sha / Whitey Mommy rakan alam maya dan rakan shaklee mama ni jap. So mama terjumpa dengan entry dia berkenaan dengan diet. Actually mama lebih tertarik dengan hasil kerja dia. So mama ambil keputusan untuk copy jelah apa yang dia buat ye..heeee..so lepas ni kalau ada sesiapa yang nak cantikkan lagi blog..bolehlah hire Whitey Mommy.
________________________________________________________________________

Menurut akhbar pada 15 November 2011
"MALAYSIA berada pada kedudukan tertinggi di kalangan negara ASEAN yang berhadapan dengan masalah obesiti, manakala yang keenam di rantau Asia Pasifik. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata masalah itu berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan di kalangan rakyat negara ini. "

Takut tak bila baca? Sebab bila sebut tentang berlebihan berat badan. Itu menandakan badan kita sudah bersedia untuk menerima atau menjemput segala jenis penyakit. Betul tidak? Malaysia sangat kaya dengan makanan yang sedap-sedap jadi tak mustahil bila penduduknya ramai yang mengalami obesiti.

Mencegah sebelum merawat, ini yang selalu kita dengar dan baca kan? Jadi kalau badan kita sudah melebihi tahap berat ideal. Haruslah kita mula untuk mencari penyelesaian supaya berat badan kembali kepada berat ideal. Saya juga tidak terlepas daripada masalah ini. Akibat tabiat makan yang tidak terkawal, berat badan naik dengan mendadak.

Shaklee ada vitamin yang boleh membantu anda untuk mengurang kan berat badan secara ideal. Tapi apa yang penting, anda haruslah berdisiplin dalam menjaga pemakanan, minum air 3L sehari (ini sememangnya keperluan asas setiap manusia, juga membantu untuk membakar lemak )dan untuk mendapat kesan yang cepat dan badan yang firm .



Set diet Shaklee menekan kan konsep "bakar, buang dan bina" 

3 Langkah untuk Menurunkan Berat Badan dengan Shaklee

Langkah Pertama : Detox

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.


Langkah Kedua : Memecahkan lemak

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.


Langkah ketiga : Membina otot dengan Protein

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu,


Set Diet Shaklee

Sekilas tentang Cinch Shake:
Cinch Shake adalah serbuk protein yg diperkaya dgn Leucine iaitu asid amino yg memberi signal kepada badan utk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. 






Set Asas sesuai bagi mereka yang mempunyai kekangan budget. Cuma saya ingatkan, jika anda mengambil set Asas. Anda haruslah berdisiplin ketat terutama dalam menjaga soal pemakanan. Banyakkan memakan makanan yang berasaskan protein. 

Boleh baca pelbagai testimoni :
2) Kak N

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Wednesday, April 25, 2012

RAHSIA SARAPAN PAGI.. confirm lepas ni anda akan suka sarapan pagi!


Apa sarapan anda pagi ni?? Ramai orang yang memandang remeh, sebelah mata je pd sarapan pagi. Tapi tahukah anda di sebalik SARAPAN PAGI ada RAHSIA yang BEST!! CONFIRM lepas ni semua nak sarapan pagi.. Jom baca 


# Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah kecermelangan di sekolah mahu pun di tempat kerja . Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

# Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

# Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

# Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.
Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.

# Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.

# Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

# Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

# Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

# Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.
kredit 
----------------------------------------


ESP + Meal Shakes + Performance Drink = Tripple Gem yg sangat lazat...Confirm kekal segar, sihat dan cergas sepanjang hari, juga sesuai di ambil untuk mereka yang ingin berpuasa, agar cergas sepanjang hari.


Menara Shaklee mama ^_^

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang 




Monday, April 23, 2012

Testimoni ~ Bakal pengantin dan kecantikan kulit. Teruja selepas hampir 4 minggu mengamalkannya!

Assalammualaikum..selamat hari isnin..kenapa macam boringggg je hari ni? No..no..no..no, untuk mama, no more Monday Bluesssss..kita kena sihat, cergas dan ceria tau..+ve kan minda kita.

Tapi tulah..dalam, dok +ve kan minda sendiri ni, tiba2.....entah kenapa senjak beberapa hari ni..muka mama dah jadi macam "remaja" lah pulak (jangan salah sangka yekkk..heheee)

Tiba2 naik jerawat!..huhu..mungkin sebab mama kurang minum air dan sedikit stress (tapi masih boleh kawal dan senyum) Bukan apa kerja di Opis banyak sangatlah. Nak siapkan account sebelum hujung bulan Mei 2012 ni. Kadang tu sampai lupa semua benda.

Emmmm..tak pe, tak pe..sakarang ni tiap2 hari mama "telan" Set Kecantikan Shaklee! Pas tu minum ESP & Mealshakes sekali..nak baiki sel2 mati bekas jerawat yang ada dkt kulit muka ni..biar cepat sembuh dah dapat cantikkan semula kulit ku..heheee.

Ok dah kebetulan kita bercerita pasal kulit muka ni..mama nak kongsi cerita Pn. Syaza customer Pn. Lia. Kisah bakal pengantin yang nak kulit cantik..Jom kita baca.

________________________________________________________



.... So, harini saya nak cerita tentang customer saya Pn Syaza yang ambil set ini just about 4 weeks before beliau berkahwin. Sebenarnya dah lama saya simpan testimoni beliau, tapi tunggu turn nak post kat blog ni..berderet-deret testimoni dah dikongsikan dengan semua pengunjung-pengunjung UmmiIrfan.Com ni .. (^_^)Actually Syaza ambil vitamin-vitamin daripada saya untuk cantikkan kulit beliau. Beliau ambil Set D+ESP+GLA untuk cantikkan kulit, nak nampak berseri masa naik pelamin katanya. Seingat saya, beliau ambil set ni sebulan sebelum berkahwin. Memang semangat dan very determined nak cantikkan kulit. Yelah untuk suami dapat pahala kan?


Selepas seminggu beliau amik set tersebut dengan saya ni feedback beliau melalui sms:
“Kak..kulit rasa moist je even though tak pakai krim..tapi ada naik sikit jerawat kecik2 kat muka..rasanya itu healing crisis..nampaknya kena minum air banyak lagi ni..”

Itu feedback beliau selepas seminggu makan set tu. Memang ada healing crisis sebab ape? Sebab badan sedang bertindakbalas dengan vitamin-vitamin yang beliau makan tadi. Tapi itu sebenarnya adalah petanda positif kerana badan masih berfungsi untuk detox dan bersihkan dalaman tubuh kita. So, Syaza pun teruskan pengambilan set ni..

After 3 weeks, beliau sms saya:
“Kak..Syaza nak kahwin minggu depan, semua orang puji kulit Syaza..nampak berseri-seri je..”


Nak tau itu sebab ape? Itu sebab GLA dan ESP serta Set D yang beliau makan tadi. 
GLA ni amik masa dalam 21 hari untuk nampak hasilnya dan 
ESP pula ambil masa 20 hari (paling cepat) untuk gantikan balik sel-sel yang rosak dan bina sel-sel baru.
Vitamin E pulak melindungi kulit kita dari pancaran sinar uv yang merbahaya dan melindungi kulit kita dari serangan radikal bebas. 
Manakala Vitamin C membentuk kolagen dan 
Vitamin B-Complex membantu mengawal aktiviti kelenjar minyak pada wajah.
Selain itu, beliau juga banyak mengambil buah-buahan dalam pemakanan harian beliau. Buah-buahan ni penting walaupun beliau ada ambil 
Alfalfa yang bertindak sebagai fiber untuk proses detoks, buah-buahan membantu mempercepatkan proses ini secara konsisten.Hasilnya dah tentulah kulit yang mulus, bersih, cantik dan berseri! (^_^)





________________________________________________________________


Menarik dan teruja bila baca pengalaman mereka ... Anda bagaimana?


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang 

Thursday, April 12, 2012

Kalau AA artis paling POPULAR di Malaysia, ESP produk SHAKLEE paling POPULAR di MamaQaireen Shoppe



Wahhhhhhh best tak tajuk? Heheee..Jangan jeles tengok gambar di atas ye..tu isteri Aron Aziz yang sangatlah comel..comel kan?? kecik je orangnye..Masih terasa lagi bahang Aron Aziz ni..walaupun sebelum ni kecoh ada yang cakp nama dia dalam IC sebenarnya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz (mama pun terkejut gak..kekekeke) tapi dia tetap glamer wokeyyy..Menang Artis Paling Popular lagi!! Sebab Mat Haron tulah dia glamer! heeeeeeee..Cayalah...ish..mama dengan baba pun minat juga..baba siap cakap, "kalaulah saya hansem macam Aaron mama mesti tak senang duduk" heheeee..baba sangat notty  ye..geget karang baru tau! :P

Hish..ni semua gara2 mama terbaca di blog Azlin lah ni..nak cite pasal ESP dah tercerita pasal Aaron pulak dah..heheee..Ok..Ok..sekarang kita cerita pasal ESP Shaklee yang popular dan laris sangat ni. Ramai sangat yang vote ESP ye..



Apa itu ESP ??
ESP ialah PROTIEN. Kenapa protien penting bagi tubuh badan kita ?? ... sebabnya
Protien adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel di dalam tubuh badan kita bergantung kepada protien untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.

APA yg BEST tentang ESP SHAKLEE ??
  1. Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
  2. Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
  3. Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif... sesuai dgn namanya ENERGISING.
  4. Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. 
  5.  Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. 
  6. Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. 
  7. Paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet 
  8. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
Kelebihan ESP ??
  1. Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
  2. Bantu hilangkan parut jerawat di muka
  3. Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih
  4. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
  5. Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
  6. Menyokong kesihatan imunisasi badan
  7. Mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  8. Membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.
Ada yg tanya kalau nak ambil vitamin jer tanpa amik ESP boleh?
Esp bantu sihatkan sel. Sel yg sihat dpt serap vitamin lain yg awak ambil tu dgn lebih baik. Kalau sel tak sihat, vitamin ambil masa lebih lama utk diserap dan efektif. Sbb tu mama suggest ambil esp skali... Kenapa esp shaklee, psl ianya confirm bersih selamat non gmo.. Kalo beli homemade soya pun tak seasli esp. Bonusnya kulit gebu, anjal dan boleh kelihatan lebih muda ^_^
Lagi cerita best dan testimoni sahabat serta customer mama bersama ESP Shaklee.

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi mama :

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe 
2. PM saya di fb, Dilla Jalil
3. Emel admin@mamaqaireen.com
4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...