MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label SET MENGANDUNG. Show all posts
Showing posts with label SET MENGANDUNG. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

HB Rendah Masa Mengandung Boleh Menyebabkan Anemia

hb rendah masa mengandung, anemia

HB Rendah Masa Mengandung?

1) Apakah itu anemia?

Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (HB) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia(kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal).

2) Apakah tanda-tanda dan gejala anemia?

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
-Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
-Kelihatan pucat
-Kesukaran bernafas/sesak nafas
-Loya
-Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
-Sakit kepala dan pening
-Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
-Mudah lupa

Gejala yang jarang berlaku :
-Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
-Sakit di bahagian perut atau abdomen

3) Kenapa berlakunya anemia?

-Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik di dalam diet harian
-Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
-Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia.
-Walaupun jumlah pengambilan zat besi (iron) dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
-Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

4) Siapa yang berisiko mengalami anemia?

-Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
-Wanita yang mengandung kembar
-Wanita yang hamil dalam sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
-Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil zat besi dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

5) Adakah anemia berbahaya kepada saya dan bayi?

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan perkara berikut :
KEPADA IBU
-Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
-Tekanan darah tinggi(eklampsia)
-Keguguran
-Kematian
KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN
-Kematian janin
-Kelahiran bayi tidak cukup bulan
-Kelahiran bayi kurang berat badan

*Sebab tu kalau pergi check kat KK, nurse selalu marah kalau hb rendah kan??

6) Seriuskan masalah anemia saya?

Tahap keterukan anemia adalah seperti berikut:
a) < 6.9 - SANGAT TERUK
b) 6.9 < 8.0 -TERUK
c) 8.0 < 9.5 - SEDERHANA
d) 9.5 - 10.5 - RINGAN


Untuk mengatasi masalah HB rendah, anda boleh dapatkan Vitalea Shaklee. 




Kenapa Vitalea Shaklee? Shaklee BERBEZA sebab…
* Vitalea mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal.
* Memberi 28 Jenis Vitamin yang penting dalam satu rumusan yg seimbang.
* menguatkan fungsi otak
* membantu proses metabolisme dgn vitamin2 B yg lebih seimbang
* ambillah bersama Vitamin C bagi meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.


Mama sendiri amalkan vitalea sepanjang mengandung..Alhamdulillah HB mama tak pernah kurang daripada 12.6. Boleh baca DISINI 





Hubungi Saya : 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak.
Dilla Jalil 

NOID : 852451 

Wednesday, February 15, 2012

Fish Oil mengurangkan risiko Postpartum Depression ( Meroyan)


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pernah tak rakan-rakan dengar perkataan berikut :

Baby blues, Postpartum Depression (PPD), Gila Meroyan

Semua perkara di atas adalah masalah dalam kategori yang sama dan dihadapi oleh wanita selepas bersalin. Ianya boleh berlarutan sehingga hampir setahun atau berlaku dalam tempoh beberapa hari.

“Baby blues” adalah sebahagian daripada PPD tetapi hanya untuk jangka pendek yang merupakan perasaan tertekan setelah mengalami pengalaman bersalin yang  beremosi. Postpartum Depression (PPD) adalah lebih teruk dan berlarutan dalam jangka masa panjang.

Antara symptom yang dihadapi adalah :
(1) Berada di dalam keadaan sedih atau menangis secara tiba-tiba
(2) Tidak berasa gembira dengan perkara yang selalunya menggembirakan anda
(3) Perubahan tingkah laku dan insomnia
(4) Kurang daya tumpu
(5) Perasaan rendah diri
(6) Berfikir / bertindak membahayakan diri sendiri atau bayi
(7) Keletihan

Wanita yang menghadapi masalah ini memerlukan perhatian dan sokongan daripada suami serta keluarga setiap hari. Mereka mudah tersinggung dan setiap perbuatan serta perkataan yang dikeluarkan perlu menjaga perasaan mereka.

Tips untuk mengelakkan masalah PPD
(1)   Dapatkan bantuan daripada Suami, keluarga serta rakan untuk menjaga bayi semasa di rumah
(2)   Jangan pendamkan perasaan. Kongsikan bersama orang terdekat
(3)   Jangan lakukan perubahan besar semasa mengandung atau sejurus selepas bersalin
(4)   Jangan cuba lakukan terlalu banyak perkara atau cuba menjadi perfectionist
(5)   Luangkan masa untuk keluar melawat rakan-rakan atau masa sendiri bersama Suami
(6)   Rehat seboleh mungkin. Tidur semasa bayi tidur.
(7)   Berbual dengan ibu-ibu lain atau menyertai kumpulan sokongan.

Pengalaman :
Alhamdulillah saya tidak mengalami masalah PPD selepas bersalin. Saya tidak nafikan yang menjaga bayi semasa dalam keadaan diri belum pulih sepenuhnya selepas bersalin adalah satu pengalaman yang sangat memenatkan namun berharga. Diri sendiri pun masih lemah dan perlu berjaga malam setiap hari kerana menjaga serta menyusukan amni.

Saya bersyukur kerana dijaga oleh Ibu saya serta Ibu Mertua sepanjang tempoh berpantang. Terima kasih juga kepada si kecil Amni yang tidak banyak meragam dan hanya bangun untuk minum susu sahaja. Saya berpuashati kerana telah mengambil langkah yang betul dengan berpantang menggunakan Euphoria Confinement Set (Set C). Badan saya memang segar walaupun tidur hanya beberapa jam sahaja.

Saya ingin kongsikan fakta menarik mengenai supplement yang dapat membantu mengelakkan masalah PPD dan perlu diambil sejak mengandung lagi

Omega-3 & Postpartum Depression (PPD)
Anda boleh mengurangkan risiko PPD dengan mengambil supplement OMEGA-3 secara aktif semasa HAMIL. Kekurangan omega-3 bukan sahaja akan mengosongkan Neuroprotective, malah mengganggu stamina untuk melawan kemurungan di awal kelahiran bayi. Ianya juga akan membantutkan perkembangan otak bayi.

Pengambilan Omega-3 selepas bersalin menjadi lebih penting. Penyusuan juga dapat memberikan perlindungan daripada masalah PPD. *Sumber : NVB


Saya memang mengamalkan Shaklee OmegaGuard yang mengandungi sumber Omega-3 sedari kandungan mencecah 7 bulan walaupun saya tidak mengetahui mengenai fakta di atas. Tujuan saya ambil adalah untuk menyalurkan DHA bagi membantu perkembangan otak bayi. Saya sangat galakkan rakan-rakan untuk mengambil Shaklee OmegaGuard ( Fish Oil) apabila masuk Trimester ke 2.


Jangan risau kerana baunya tidaklah hanyir seperti yang disangkakan pun sebab saya dulu memang fobia dengan Fish Oil. Malah kanak-kanak yang diajar makan sejak usia 1-2 tahun mengambil OmegaGuard umpama makan gula-gula.



Monday, January 16, 2012

ANDA HAMIL? VITAMIN YANG SESUAI UNTUK ANDA IALAH...

Anda hamil? Tentunya gembira selepas mengetahuinya. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Bagaimana pula anda menjaga kesihatan diri dan kandungan anda? Apa yang perlu anda makan dan tidak boleh anda makan.

Di sini mama ingin kongsikan bersama beberapa vitamin yang sesuai untuk anda. Mama perolehi daripada blog pengasan Euphoria Shaklee, Kak N



Vitamin yang PERLU di ambil oleh ibu yang mengandung ialah :
[a] protein
[b] multivitamin yang lengkap dengan zat besi
[c] b complex yang lengkap dengan folik asid--
[d] vitamin c
[e] Kalsium
[f] Omega

Fungsi Vitamin 
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :

[a] Protein : untuk membina sel. Sel terbina dari protein. tanpa protein, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

[b] Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin. Pengambilan vitalea@multivitamin shaklee secara konsisten membantu menstabilkan bacaan HB darah ibu yang hamil.

[c] B complex : penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala

[d] Vitamin C : Pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi

[e] Kalsium : Pembinaan sel darah merah serta tulang bayi

[f] Omega : Membantu pembentukan sel otak. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke 4 kehamilan 


Vitamin yang di LARANG :

Antara senarai vitamin Shaklee yang TIDAK BOLEH diambil ketika mengandung ialah antaranya :
[a] Vitamin E
[b] Alfalfa
[c] GLA
[d] Vivix
[e] CInch 

Kecuali atas saranan doktor sendiri..Vitamin² yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendag kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Pastikan anda mendapat konsultasi agar vitamin yang anda ambil dapar berfungsi secara optimum.

So, ibu² di luar sana yang sedang hamil, pastikan anda mengambil vitamin yang sesuai.. mungkin anda biasa mengambil vitamin e, untuk tempoh kehamilan, hentikan lah dulu yea.. Anda tetap nampak cantik walaupun sedang hamil.. ^_^


Ingin mencuba Shaklee.. Jom lihat set ibu mengandung dr Ephoria Group

SET J-1 (Trimester I )
  • Vita-Lea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix

SET J-2 ( Trimester II dan III)
  • Vita-Lea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • Omega Guard
add on ESP untuk sumber protein


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Wednesday, November 9, 2011

SET HAMIL LENGKAP DARI SHAKLEE


Masih mencari-cari vitamin yang sesuai semasa mengandung?Di Shaklee ada jawapannya...Sesuai jika anda seperti saya..Macam mana tu?Orang yang tak dapat minum susu :)
OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


Energizing Soy Protein - minum sehari sekali
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan


Vitamin B Compleks - 1 biji sehari
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.


Dengan setiap pembelian dari web mamaqaireen.blogspot.com atau fanpage MamaQaireen Shoppe anda berpeluang untuk mendapat hadiah percuma!

Sebarang pertanyaan boleh email kepada mamaqaireen@yahoo.com atau sms/WhatsApp 017-5657552 atau PM di Facebook Dilla Jalil untuk pesanan dan konsultasi secara percuma

Tuesday, October 4, 2011

LOW HB SEMASA MENGANDUNG


Anda mengalami masalah low HB (hemoglobin) sewaktu mengandung?? Anda dah cuba pelbagai kaedah tetapi HB masih rendah lagi?? Jom..mama nak kongsikan bersama tentang Vitamin Shaklee yang manakah dapat membantu dalam memulihkan semula paras hemoglobin dalam darah khususnya utk ibu hamil.


JAWAPAN : Pengambilan Vitalea Shaklee (multivitamin lengkap zat besi) amat membantu. Berikut kata Mommy Icha dalam entry di blognya mengenai kepentingan zat besi dan pengalamannya mengambil supplemen Shaklee:

"...Semasa mengandungkan Icha, anak pertama, Hb saya paling tinggi pun 12 sahaja. Tetapi, selepas lebih setahun mengamalkan suplemen Shaklee secara teratur, Hb saya 13++, dan saya bukan setakat hamil, malah masih menyusukan Icha!

dan ini lagi pengalaman beliau yg sedang hamilkan adik Icha

"......Berat terakhir saya sebelum lahirkan Icha ialah 52 kg. Lepas bersalin aje, terus jadi 45 kg balik. Hehe. Yelah .. berat Icha je dah dekat 4 kg. Plus berat uri dia yang besar. Air ketuban lagi. Memang berat saya sebenarnya tak bertambah mana pun.Now ni, mengandungkan adik si Icha. Pun nampak ada tanda-tanda macam tu. Lagi-lagi kali ni saya masih breastfeed si Icha dan saya berpuasa pula tahun ni. Risau tau ... tapi, sebab semalam masa scan baby nampak baby bersaiz sepadan usia dan aktif aje. Hilang risau saya.Kali ini saya berazam mahu makan suplemen Shaklee secara konsisten. Untuk kesihatan saya dan baby. Untuk tenaga saya dan baby. Kali ni juga saya akan sungguh-sungguh berlatih lahirkan baby. Taknak dah vacuum. InshaALLAH. Saya akan cuba...."

dan ini lagi pengalaman2 ibu hamil lain yg gembira dgn kesan Vitalea Shaklee (multivit lengkap dgn zat besi )






Fungsi Utama Iron (zat besi) - Untuk darah yang sihat

MAKLUMAT PENTING 
· Lebih daripada 200 billion sel darah merah di hasilkan setiap hari 
· Setiap saat 2.5 juta sel DARAH BARU di keluarkan ke dalam sistem darah
 · Iron menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksgen ke tisu dan sel TANDA-TANDA KEKURANGAN IRON


· Pucat, tercunggap-cunggap
· Keletihan & kelesuan luar biasa
· Pergerakan yang perlahan
· Anemia ( Penyakit Kurang Darah)
- masalah sembelit
- tidak bermaya
- kuku pecah (retak)
berat bayi tidak naik walau menyusu susu ibu

SIAPA YANG PERLUKAN IRON
· Wanita -- mengandung, menyusu, yang belum menopaus
· Bayi, kanak-kanak, remaja ( gemarkan makanan ringan)
· Mereka yang suka gunakan ubat-ubatan ( pendarahan usus ) contoh asprin
· Penderma darah
· Semua orang

FUNGSI LAIN
· Bantu tukar beta carotene vitamin A
· Bantu buat kolagen ( pelekat/simen pada sel )
· Bantu pengeluaran antibodi
· Bantu buang lemak dalam darah
· Bantu pembuangan toksin dalam hati

BERAPA BANYAK IRON
· 18 –mg @hari
· Kita hanya mendapat 9-mg @ hari
· Problem terbesar adalah iron susah di serap daripada makanan. Hanya 10% iron yang dapat daripada makanan.
· Jika banyak minuman kopi, tea, dan minuman bergas penyerapan juga susah kerana ia menghalang penyerapan



PERBEZAAN SHAKLEE
· Iron + C Kejayaan Shaklee dalam pemakanan tambahan.
· Perbezaan Shaklee ada tambahan vitamin C 
· Vitamin C membantu iron diserap dengan lebih baik


Credit to mamafaiz.com

Tuesday, September 27, 2011

ANDA TIDAK SUKA MINUM SUSU? MENGALAMI MASALAH SEMBELIT DAN SELALU KEJANG KAKI?


Mama senjak dari mula mengandungkan Qaireen, dah mula rasa sakit lutut, pinggang, kaki selalu kejang, krem, gusi berdarah dan banyak lagi. Itu semua berpunca dari pada kekurangan kalsium. Qaireen ambil banyak sangat kalsiium mama, sebab tu sekarang dah ada 16batang gigi. Umur baru 1tahun 4bulan..heheee
Sekarang ni bila dah menyusukan Qaireen, mama lagilah perlukan kalsium. So cara mudah ialah mama ambil Ostematrix Shaklee. Senang..tak payah nak bancuh susu, sebelum tidur mama ambil 2 biji..bila period mama ambil 4biji Ostemarix.
Selain itu juga..mama suka ambil Ostemarix ni sebab ia membantu mama rasa lawas dan selesa. Malah ia juga membuat mama tidur lena serta memudahkan mama bangun pagi.

credit kak N

Ia adalah formula baru Shaklee yang mana dulu vitamin ini hanya dikenali sebagai Kalsium Magnesium. Tetapi kini, dengan formula baru ditambah dengan kelebihan "mudah telan" ia memberi kesan kepada taraf kesihatan si pengamal.


Cikgu kat sekolah dulu selalu tekankan, jangan lupa minum susu agar gigi dan tulang kita kuat. Tapi hakikatnya kalsium bukan hanya untuk itu.

Dengan pengambilan kalsium yang cukup, tekanan darah berada tahap yang normal. Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut, kejang, retensi air, mudah meradang dan murung.

Percaya tak, ostematrix antara vitamin yang bantu banyakkan susu buat ibu yang menyusu? Bagi yang menyusu, ianya membantu membanyakkan susu secara tidak langsung.


Bila badan kita segar, tiada kemurungan, ia membantu oksitosin dirembeskan dengan baik sekali. Sebab itu ia antara vitamin yang dimasukkan dalam pek 3M. Dalam alfalfa turut ada mengandungi kalsium tetapi dalam nisbah yang sedikit. Kekangan alfalfa bila ambil dengan banyak tetapi kurang air akan buat sembelit ditambah susu akan berkurang dengan sendirinya. Oleh kerana itu kita tidak boleh terlalu bergantung dengan alfalfa semata-mata untuk sumber kalsium.

Dalam ESP Shaklee juga mengandungi kalsium. Sebab itu set B+ ESP hasilnya juga sama dengan Set B + Ostematrix.

Bagi yang belum mencuba Ostematrix Shaklee, cubalah dapatkannya supaya anda rasakan perbezaannya. Saya jamin, anda akan sangat berpuashati dengan Ostematrix. Berikan diri anda peluang untuk nikmati kesihatan yang lebih hebat.

Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

Bagi yang dah amalkan, tahniah kerana anda memberi tubuh badan anda antara supplement formula terbaik dari Shaklee! Bagi yang belum cuba dan mengambil kalsium dari jenama lain, apa kata cuba Ostematrix Shaklee dan saya yakin anda akan jatuh cinta dengan kebaikan yang anda perolehi!!!!

Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.

Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!

Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.

Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!


Paling best tentang Ostematrix Shaklee sudah tentu TIADA SILIKA GEL !

Jom dapatkannya hari ini!


Thursday, June 9, 2011

SHAKLEE VITAMIN SUMBER TENAGA DI 3RD TRIMESTER PREGNANCY

Selalu kita asyik bercerita tentang ibu menyusu sahaja kan..jom baca testimoni ibu yang tengah mengandung 3rd trimester dengan shaklee
__________________________________________
credit * GenkiMomma
Gembira saya membaca pengalaman Shaklee Tuty sepanjang pregnancy pertamanya ini. Thank you Tuty for your honest feedback!!! *hugs*

--------------------------


*Sumber asal dari blog Tuty.

ok..sepanjang 3rd trimester ni bermula kandungan sy 7 /8 bulan, sy mula amik shaklee vitamins dan consume herbalife shake utk breakfast..Kenapa saya amikshaklee vitamins yea??? Semuanya bermula lepas saya pegi check up kat Klinik Desa Puncak Alam..Hemoglobin saya rendah daripada standard so dapat la 3-4 jenis vitamin..mula2 amik yg klinik kasi tp masih rendah juga..
Mula la sy check internet nak cari sumber vitamin lain kan..masa tgh bersiar2 kat laman sesawang di internet, sy terjumpa blog genkimomma..abih sy baca seme artikle dan lepas puas hati, sy kontek k.arni..yg wat lagi tertarik sbb ade set vitamin utk berpantang..1st time dgr ni..slalu org lain dok sibuk cakap guna jamu itu ini kan..btw, k.arni ni nihon sotsu juga rupanye...hahha
So k.arni recommend sy amik B-complex ngan Vita-lea utk tingkatkan hemoglobin sy..dari awal mengandung mmg teringin nak amik omega sbb elok utk pertumbuhan otak baby..lepas beremel2an, so sy decide utk beli 4 jenis vitamin seperti gambar di atas..Multivitamin a.k.a vita-lea , B-complex, Vitamin C n Omega Plus..
Masa kat jepun, mmg ari2 amik b-complex n multivitamin tp amalan tu tak berjaya diteruskan masa balik msia..alhamdulillah bila dah mengandung ni, mulakan balik amalan makan vitamin..
Alhamdulillah, berkat amik shaklee vitamin ngan herbalife shake, sy rasa lebihbertenaga dan tak penat sgt banding masa 1st n 2nd trimester..kalo sape tak tau, sy kena alahan sampai la 5 bulan kandungan..so agak penat la nak muntah je kan..sampai Mr. N pun bising sbb dah ujung2 mengandung ni bila weekend je berjalan je kejenya..kaki pun takde bengkak2<--tak tau ade kaitan ngan amik vitamin ke tak..Hemoglobin saya pun dah OK..takyah la kena check darah tiap kali pegi klinik desa tu..Bila bagitau dekat Mr. N, die cakap la nape tak amik dari awal2 mengandung..m..tu akan diusahakan bila ade rezeki anak kedua..
kalo vitamin kat dlm botol, kompem la slalu lupa makan kan..so sy telah menyalahgunakan herbalife F1 container ni sebagai vitamin carrier sy..letak siap2 utk seminggu..antara 3 vitamin tu yg paling susah nak telan adalah vita-lea (warna hijau) sbb saiznya agak besar, dah separuh botol air sy minum baru berjaya telan.. B-complex (warna kuning) - Vitamin C(Warna coklat2 gitu)
kesimpulannya : sy sgt suka 3rd trimester pregnancy daripada awal mengandung dulu..rasenye awal2 tu lagi teruk dgn alahan lagi pastu sakit2 pinggang la..skang ni wallau, takde lak sakit2 pinggang..pelik2...
TERIMA KASIH SAYA PADA SHAKLEE VITAMIN DAN HERBALIFE SHAKE ♪♪♪...plan untuk berpantang, kite citer entry lain..
Apa yang ada dalam set mengandung?? S
Set Trial Pack Untuk Wanita Mengandung
Set J-1 (Trimester I)
* RM130 only
30 tabs of Vita-Lea
30 tabs of B Complex
30 tabs Vitamin C
120 tabs of Ostematrix
SET J-2 ( Trimester II dan III)
*RM170 only
30 tabs of Vita-Lea
30 tabs of B Complex
30 tabs Vitamin C
120 tabs of Ostematrix
30 tabs of Omega Guard

Set Trial Pack Untuk Ibu dalam Berpantang

SET C (CONFINEMENT SET/AFTER SURGERY SET)
*RM100 only
40 tabs of Vitalea/Mulivitamins
40 tabs of B Complex
40 tabs of Vitamin C
40 tabs of Zinc

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery. Sms kan kepada mama 017-5657552 atau boleh guna ID mama 852451 di mana2 branch Shaklee berdekatan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...