MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label PENOLAKAN PAYUDARA. Show all posts
Showing posts with label PENOLAKAN PAYUDARA. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

BAYI SAYA SUKA MENYUSU BELAH KANAN SAHAJA!



Assalammualaikum semua. Beberapa hari lepas mama dapat satu panggilan. Ibu ni ada masalah (bukan besar mana pun..bagi mama lah). Masalah dia ialah, anak beliau nak isap susu belah kanan je..belah kiri tak nak! 


Ada beberapa cara untuk kita pujuk untuk menarik minat bayi tersebut mengisap kedua - dua belah payudara. Proses memujuk dan melatih bayi untuk menerima payudara yang tidak digemarinya memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Jangan sesekali memaksa bayi untuk menerima dan menyukai payudara bermasalah dalam masa singkat.


Tips memujuk bayi yang gemarkan menyusu pada sebelah payudara


Mulakan dengan sentuhan kulit ke kulit antara bayi dan anda. Biarkan bayi  meneroka tubuh agar dia dapat mengenal dan mengecam bau anda. Proses ini harus dilakukan sekerap mungkin.

Susukan bayi menerusi payudara yang digemarinya terlebih dahulu. Apabila susu mula dirembes laju di kedua-dua belah payudara,secara perlahan-lahan,tukar posisi bayi ke payudara yang kurang digemarinya. Dengan cara ini, bayi tidak akan menolak payu dara tersebut kerana aliran susu adalah lancar.

Anda juga boleh memulakan penyusuan dengan payudara yang bermasalah setiap kali penyusuan. namun lakukannya ketika bayi di dalam keadaan hampir tertidur, selesa atau tidak terlalu lapar.

Anda digalakkan untuk memerah payudara yang kurang digemari terlebih dahulu bagi menggalak bayi menyusu dengan selesa daripada payudara tersebut. Malah sepanjang proses menggalak bayi menerima payudara yang tidak disukainya, jangan lupa untuk memerah susu daripada payudara sebelah lagi agar rangsangan sentiasa ada dan mencukupi.

Lokasi penyusuan memainkan peranan penting. Suasana di sekeliling lokasi yang tenang dan selesa banyak mempengaruhi kejayaan anda melalui proses memujuk bayi.

Proses ini tidak berhasil dengan sekelip mata. Ia memerlukan beberapa hari atau minggu. Jangan sesekali berputus asa. Yakinlah diri bahawa anda boleh! hati perlu cekal dan minda mesti kuat..

Artikel pa&ma Edisi April 2010 (Tips dari Kaunselor Laktasi- Aishah Mariam)



Salah satu cara adalah dengan mengubah posisi penyusuan.. dari cradle hold kepada football position


Monday, May 9, 2011

BAYI MERAGAM SUSU TIDAK LANCAR




S: Ketika menyusukan bayi, hanya payu dara kanan mengeluarkan susu dengan lancar. Payu dara kiri pula tidak dapat mengeluarkan susu dengan banyak. Akibatnya saya tidak selesa kerana payu dara sering berat sebelah. Malah, jika anak menyusu di sebelah kiri, dia akan meragam kerana pengeluaran susu tidak lancar. Apakah puncanya dan jalan penyelesaiannya?
Alin, Hulu Selangor

J: Ada kalanya bayi akan menolak atau meragam ketika menyusu dari anda atas beberapa sebab. Antaranya refleks pancutan susu terlalu perlahan atau terlalu laju ataupun bekalan susu berkurangan. Oleh kerana itulah, bayi lebih suka menyusu dari payu dara yang mana aliran susunya lebih baik dan banyak. Keadaan ini juga menjadi penyebab mengapa saiz payu dara berbeza (satu besar, satu kecil). Kadang kala ini boleh menyebabkan ibu berasa tidak selesa. Antara punca mengapa berlakunya perbezaan bekalan dan aliran susu di antara payu dara ialah:

Keadaan fizikal payu dara.
Semua wanita mengalami keadaan di mana sebelah payu dara mempunyai lebih duktus atau alveoli berbanding yang sebelah lagi. Keadaan ini adalah normal. Perbezaan keadaan areola/ puting agak biasa berlaku (puting tenggelam/leper). Keadaan ini menyebabkan bayi lebih mudah dan gemar melekap pada payu dara yang berkeadaan normal.

Bayi menggemari salah satu belah payu dara sahaja.
Kebiasaannya, bayi akan lebih menggemari satu belah payu dara. Oleh itu, dia akan menyusu dengan lebih efisyen dan kerap dan menerusi payu dara yang disukainya.

Ibu menggemari salah satu belah payu dara.
Antara sedar atau tidak, anda mungkin lebih suka menawarkan sebelah payu dara lebih kerap berbanding yang sebelah lagi. Biasanya perkara ini akan berlaku pada waktu malam apabila ibu tidak perasan kerana terlalu letih atau mengantuk.

Pembedahan atau kecederaan.
Jika salah satu belah payu dara pernah cedera atau dibedah, ia mungkin mempengaruhi bekalan atau aliran susu.
Kesabaran dan kegigihan adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha anda! Bayi anda mungkin akan menerima kembali payu dara sebelah kiri anda sedikit masa lagi. Jika dia masih meragam atau enggan, anda harus teruskan rangsangan di payu dara kiri dengan memerah sekerap mungkin. Ini penting untuk memastikan bekalan susu berkekalan.
Sekiranya perbezaan saiz payu dara merisaukan puan, di sini saya sertakan beberapa tip untuk memperbetulkan keadaan:
Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya (pastikan bayi berada dalam keadaan tenang ketika itu) dan lebihkan penyusuan pada payu dara tersebut. Memerah payu dara yang kecil selama 5 – 10 minit selepas sesi penyusuan.
Harap penjelasan di atas dapat membantu puan. Semoga berjaya!

Penyelesaian
Perlu diingat bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa! Oleh itu, teknik memujuk amatlah penting dalam usaha untuk mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payu dara yang tidak digemari.

1. Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.

2. Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya terlebih dahulu dan apabila berlakunya pancutan refleks, alih ke payu dara yang sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Anda juga boleh praktikkan posisi penyusuan yang lain

Sumber: Rita Rahayu Omar (Jun 2010). Bayi meragam susu tidak lancar. Majalah Pa&Ma, 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...