MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Friday, December 6, 2013

Luka Bersalin Cepat Sembuh


Luka yang dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin memang membuatkan rasa tidak selesa. Tidak sabar rasanya hendak sembuh dan menjalani rutin harian seperti biasa.
Selain mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, anda boleh juga mencuba petua tradisional yang dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat diamalkan.

1.      Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

2.      Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.

3.      Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

4.      Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

5.      Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552

Tuesday, May 31, 2011

Petua Melahirkan Anak2 Yg Hebat Menerusi Teknik Menyusu



Mama dapat info dari sini.
______________________________________________________
Seronok sangat dapat balik kampung raya cina hari tu… paling seronok bila dpt info dari my mum..
My mum bitau dia ada tgk rancangan TV (x pasti “Tanyalah Ustaz” or Al-Kuliyyah or …he3 dia tak ingat).. tak pelar yg penting content.
Ada seorang mother ni dia hntar ank dia hafal quran, amazingly budak tu hafal within 1 month je..Ustaz pun pelik tak pernh dia jumpa budak sehebat tu. Ustaz tanya how mother tu didik ank dia….
Puas lar mother tu pikir..pikir punya pikir..akhirnya dpt jawapan..best giler jawapn dia..

“Setiap kali sebelum breastfeed saya mesti amik wuduk”…..  subhanallah hebatnya…

so kawan2 bukan susu ibu sahaja yg hebat, tapi teknik menyusu tupun mampu mempengaruhi jiwa dan sahsiah ank2… best dgr cerita ni..jd satu muhasabah yg baik dlm diri.. cukup hebat ke aku utk melahirkan ank yg hebat…


Wednesday, December 22, 2010

BREAKFAST ku....

Selamat tghari ibu - ibu & sahabat - sahabat mama sekalian..heee.

Hari ni mama tak mahu celoteh banyak - banyak, mama busy nak siapkan account opis ni (tp sempat juga curi - curi update blog..kekeke) January nnt income tax nak datang opis. Lagi beberapa hari je dah nak habis tahun 2010, tapi account 2009 tak siap - siap lagi. Adoiiii penin..penin.. Nak buat mcmn?? Bos mama baru beli UBS software, sebelum ni buat manual pakai Excel je.


Ok mama nak kongsi breakfast mama pagi td. Hari ni mama makan nasi goreng + minum air fenugreek/halba (tapi nasi goreng tak sempat nak ambil gambar..mama lapar sangatlah tak sempat nak tangkap gambar..wakakaka) 

Mama mmg beli fenugreek/halba dan tinggalkan dekat pentry opis mama. So pagi - pagi mama akan rendamkan dengan air panas. 


Lepas tu untuk sesi pagi ke tengahari ni pula, mama minum air longan kering. Malam tadi mama rebuskan dekat rumah. So pagi ni mama letak je dekat bekas air mama di opis. Alhamdulillah dapat 7.5oz masa pam tadi ^_^

Thursday, November 11, 2010

MENAMBAHKAN SUSU BADAN

Ada pelbagai jenis petua yang boleh diamalkan untuk menambah susu badan. Salah satunya ialah dengan mengamalkan minum air rebusan halba. Dekat dapur mama bukan sahaja ada rempah - rempah untuk memasak. Tetapi mama juga gunakan rempah tersebut untuk menambah susu mama ^ _ ^



Inilah halba / fenugreek
Rendam dengan air panas seketika, sehingga air bertukar menjadi kekuningan.

Taraaaa .... mama dah minum. Tapi halba tersebut kenalah bunag ye. Nanti tak pasal - pasal kena appendix pulak. 

Monday, October 25, 2010

PETUA BANYAKKAN SUSU

Salah satu cara nak banyakkan susu ialah dengan cara merebus air longan kering.

 Cara - caranya ialah :
1) Mula - mula kita basuh longan kering tersebut. Lepas tu masukkan air ke dalam periuk untuk di rebus.


2) Bila air dah mendidih, longan pun dah kembang. Bolehlah ditutup apinya serta masukkan pula gula. Ikut kepada selera masing - masing.


3) Taraaaa dah siap..sedap di minum siang, malam, pagi dan petang ^_^

Friday, October 15, 2010

PETUA ALAHAN KU

ALAHAN

Mama dulu memang sensitif sangat dengan bau - bauan seperti bau minyak panas, bau masakan yang digoreng, bau perfume (semua jenis perfume mama tak suka), kadang - kadang bau baba pun mama tak suka. Kesian dengan baba, apa sahaja yang dia buat semua tak kena. Nasib lah baba seorang yang penyabar.

Semasa mama alah, ada beberapa makanan yang mama amalkan untuk mengurangkan rasa loya. Salah satunya ialah kismis ligo. Setiap kali mama rasa nak termuntah, mama mesti akan makan kismis. Kadang - kadang tu sehingga 2 kotak mama makan dalam 1 hari. Alhamdulillah, dengan mengamalkannya, mama berasa lebih bertenaga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...