MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label MERANSANG MINDA. Show all posts
Showing posts with label MERANSANG MINDA. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

Bila Anak Bijak Dah Pandai Bercakap

Setiap ibubapa mesti inginkan anak yang sihat dan bijak betul tak? Daripada mengandung lagi kita akan berdoa dengan Allah semoga anak yang kita kandungkan tu menjadi anak yang soleh / solehah, sihat dan bijak. Masa mengandung pelbagai surah yang kita boleh amalkan. Macam saya dulu, saya amalkan membaca buku arwah nenek Qaireen. Anda boleh KLIK DISINI untuk melihat beberapa surah yang elok anda amalkan ketika mengandung.


Apa yang saya nak cerita hari ni..pasal anak saya yang sulung tu Qaireen. Sekarang ni dia dah 4 tahun. Ingat lagi blog ni mula dibuat masa tu umur dia baru 4 bulan rasanya..hehee. Cepatnyelah hai masa berlalau. Sekarang Qaireen dah sekolah. Memag nak dia sekolah umur 4 tahun pun. Duduk rumah pun bukan buat apa. Sekurang2nya dia pergi ke sekolah, dia dapat berkawan dengan ramai orang. So dia tak lah bosan sangat kan?

Tengok Qaireen pakai tudung? aduyaiii......hahhahaha

Si Qaireen ni dia memang suka kacau adik dia tau. So 2 hari lepas..lepas dia tengok Hi5 masa tu Hi5 tengah nyanyi lagi Dinosaur. Lepas je habis lagu tu..dia menyakat adik dia. Siap buat gaya ala2 macam Dinosaur siap dengan suara garau lagi. (bertuah betul tau..nak marah, tapi nak tergelak pun ada). 

Masa tu saya ada dekat bilik belakang nak iron baju. Sampai ke belakang adik dia merangkak sebab takut dekat kakak..hehee. Pastu dengan muka tak bersalah Qaireen cakap.......

Qaireen : Mama, Qaireen jadi Dinosaur..warghhhhh!!!

Mama : Kakak, adik takut..kesian dekat adik..taknak lah buat macam tu.

Qaireen : Warghhhhhhh! Warghhhhhhh!

Mama : Ok kalau kakak jadi Dinosaur, mama jadi Giant!

Qaireen : Kalau mama jadi Giant..mama tak boleh masuk dalam rumah. (dengan bangganye nak bagi tahu dia lagi berkuasa)

Mama : * terdiam sambil ada bunyi dekat belakang telinga krik..krik..krik..krik....
Mama : Tak pelah mama tak boleh masuk rumah, mama duduk luar rumah..pastu mama intai kakak dekat tingkap..pastu mama cakap "hai kakak, tengah buat apa tu?"

Qaireen : *terus menangis..TAK NAK!!!!!!

Mama : hhahahahahaha...

Tengoklah si Qaireen tu..bukan main lagi dia menjawab kan? Camne pulaklah dia boleh dapat idea nak cakap macam tu? Saborrrr jelah..hahahha

Last2 kita sebagai mak, apa yang boleh cakap..... "anak bijak memang macam tu" ;)

Ok ni saya kongsikan bersama 20 Tips Mendidik Anak Bijak Cemerlang

Lepas ni giliran Hasya pula, sekarang ni umur baru nak masuk 1 tahun 2 bulan pun..dah nampak hebatnye..jalan pun belum lagi. Alamakkk lagi lambat jalan, lagi panjanggggggg akalnye!kekekeke...

Pengsan~~~~ ^_^


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng

Friday, November 15, 2013

Menconteng Rangsang Kreativiti


Mesti anda biasa menjerit apabila si kecil sudah pandai menconteng. Siapa yang tak naik angin bila lihat dinding rumah yang cantik berseri penuh dengan hasil seni lukis anak tersayang.
Oh! Bersabarlah bila berhadapan dengan situasi ini kerana sebenarnya anak anda sedang  mengasah bakat dan kreativitinya. Kanak-kanak usia dua hingga tiga tahun memang gemar menconteng. Bila terjumpa pensil warna, dia akan terus menconteng tak kira di mana.
Jadi, untuk memastikan si manja dapat terus berkarya dan dalam masa yang sama, anda tidak naik angin melihat ‘kecantikan’ dinding rumah, berikan dia ruang untuk mengasah kreativitinya.
  1. Sediakan kertas lukisan besar
Kadang kala anak lebih suka melukis di dinding rumah yang luas. Jadi, apa kata anda lekatkan kertas lukisan bersaiz besar di dinding. Biarkan anak mengekspresi dirinya kerana aktiviti menulis dan melukis mampu merangsang kreativitinya.

  1. Kotak warna putih
Rasanya, anak-anak kecil berminat menconteng ruang berwarna putih bersih. Apa kata anda sediakan sebuah kotak putih yang boleh dihiasi mengikut kreativitinya.

  1. Pakaian lama
Kadang-kala anak gemar menconteng baju. Oleh itu sediakan baju lama yang sudah tidak digunakan sebagai tempat dia melukis dan menconteng. Sebaiknya baju yang tidak bercorak atau lebih baik berwarna putih.

Thursday, December 15, 2011

VITAMIN UNTUK OTAK YANG CERDAS DAN BIJAK


Otak yang cerdas amatlah penting lebih-lebih lagi bagi pelajar dan mereka yang mementingkan kecemerlangan dalam hidup. Ramai antara kita mengalami kemerosotan dalam kecerdasan otak. Antara sebabnya ialah terlalu banyak benda yang difikirkan, kurang rehat, kurang taubat, kurang ibadat serta kurang nutrisi.
Antara amalan untuk kecerdasan otak:
- makanan makanan yang halal dan baik2
- menjauhi dosa
- puasa
- hafaz Quran
- solat sunat
- melihat perkara yang baik2
- berkawan dengan orang soleh
Manakala nutrisi untuk otak yang cerdas:












Omega Guard – mengandungi DHA dan EPA serta asid lemak lain yang penting untuk pertumbuhan otak dan mata, serta peredaran darah dan aktiviti sel bagi memastikan keseluruhan tubuh mendapat kekuatan bagi melawan jangkitan yang berbahaya.
Mealshake – mengandungi protein soya dan 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Lecithin – kaya dengan kolina yang penting dalam sintesis neurotransmitter, iaitu acetylcholine yang bertindak dalam fungsi saraf, otak dan daya ingatan.
B Complex – membantu dalam sintesis protein dan karbohidrat, memberikan mood yang baik, anti stress, menukarkan makanan kepada tenaga serta penting dalam pertumbuhan sel.
Cadangan vitamin untuk kanak-kanak:
4 tahun ke bawah:
— Mealshake & Omega Guard
Sekolah rendah:
— Omega Guard, Vitalea for Children, Chewable Vita-V
Sekolah menengah:
— B Complex, Omega Guard, Lecithin, Mealshake
Cadangan vitamin untuk dewasa:
Lelaki — set A atau Eu Four Pack add on Lecithin
Wanita — set B atau Eu Four Pack add on Lecithin
credit
_____________________________________________________________________

Shopping Time!! 
Untuk mengetahui Promosi YEAR END SALES, anda boleh:

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel mamaqaireen@yahoo.com dengan tajuk "Y.E.S 2011 at MamaQaireen Shoppe"

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.

Wednesday, September 21, 2011

20 TIPS MENDIDIK ANAK CEMERLANG



Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Siapa yang sanggup melihat anak mereka menjadi manuasi yang tak berguna betul tak?? hari ni mama nak share info yang mama dapat..google, punye google mama dapat ni.
20 Tips Mendidik Anak Cemerlang..jom baca...

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik
bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita beri nama yang elok untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari

ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari, dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang

pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak tuh. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan

Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan

mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.  Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Bila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga

Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Dalam usaha mendidik anak-anak, janganlah mengeluh

Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda

kerana cerita itu mungkin tak akan dapat anda dengari lagi pada masa2 akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya

ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan.  Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri

mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan cepat gabra.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya

sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Ajar & didik lah mereka, walaupun berulang kali

ada sesetengah budak kena banyak kali ajar dan tegur, baru dia faham. Elakkan daripada memarahi mereka, sebab kalau marah nanti terbantut pulak proses pembelajaran dia.

13. Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah

peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak

mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka, maka kita jadilah pendengar setia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda

mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam

biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah hakikat yang kadangkala kita bukanlah ibubapa yang sempurna

ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata abah ni garangla.. tu sebenarnya dia menegur. So, ubahlah. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. Nanti mereka merasa rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah

anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka

tetapi kadangkala cuma untuk “sound effect”nya sahaja, bukan ada apa2 pun. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo… seram, tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh diri dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua nanti.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda

hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah. “Wahai Tuhan ku, aku tak layak ke Syurga Mu …namun tak pula aku sanggup ke Neraka Mu…. kami lah hamba yang mengharap belas dari Mu … ” “Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa….  ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, serta dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah mati”
Tips dari Robert D. Ramsey 

Tuesday, June 28, 2011

CARA MERANSANG MINDA ANAK




Kebolehan Bayi Berumur 0 hingga 6 bulan
-          Dapat memusatkan perhatian
-          Lebih suka kepada warna-warna terang
-          Belajar memalingkan muka
-          Bertindak balas kepada bunyi ataupun suara
-          Mula belajar mengacah
“Ketika bercakap dengan bayi, elakkan bercakap dengan bahasa pelat ataupun bahasa bayi”
Bentuk-bentuk Rangsangan
Mengecat ataupun menampal kertas dinding pada bilik bayi dengan warna yang terang dengan pelbagai corak menarik.
Menggantungkan alat-alat permainan ataupun barang yang berbunyi dan bergerak (mobile rattle) pada kot tidur dan kereta sorong. Selok-eloknya digantung pada jarak yang dapat dicapai bayi.
  1. Meletakkan cermin muka di tepi katil supaya apabila bayi menoleh, dia dapat melihat wajahnya sendiri.
  2. Membawa ataupun mendukung bayi melihat sekeliling rumah sambil menunjukkan serta memberitahu pelbagai benda yang ada di dalam dan di luar rumah. Ibu ataupun ayah boleh menyebut benda yang dilihat secara menyanyikannya.
  3. Sentiasa bercakap dengan bayi dengan memperkenalkan asas bahasa.  Nada suara perlu ditukar mengikut suasana ataupun aktiviti yang dilakukan. Percakapan dengan bayi elok dibuat semasa mandi, member minum, menukar lampin ataupun menidurkannya. Lebih baik apabila diberitahu setiap apa yang dilakukan kepadanya. Contohnya “Sayang ibu sudah basah, mari ibu salinkan lampin.”
  4. Member reaksi kepada usaha bayi bagi berkomunikasi dengan anda. Semasa berkomunikasi, pastikan anda menggunakan bahsa yang lembut dan pandang wajahnya dengan penuh kasih sayang.
  5. Apabila bayi sudah dapat mengacah, lihat dan dengar dengan penuh minat. Apabila dia berhenti. Ibu dapat membalas dan ajak dia terus berkomunikasi sama ada bertanya kepada nya atau meniru bunyi yang dikeluarkannya.
  6. Membaringkan bayi di atas pelbagai jenis permukaan seperti permukaan yang berbuku, di atas tikar, di atas karpet dan sebagainya.
  7. Bermain sambil merangsang pancainderanya seperti mengusapkan jari kaki ataupun tangannya pada barang-barang seperti ais, air suam kuku, plastic, kain bulu, kertas dan sebagainya.
  8. Bermain-main dengan tangannya sambil menyentuh tangannya pada hidung, mulut, mata ataupun telinga anda atupun menyentuh pacainderanya sendiri.
  9. Mengajar bayi mengira dengan memegang jari-jarinya dan hitung ataupun semasa mendukungnya menaiki tangga kira bilangan anak tangga dengan kuat.
  10. Meletakkan bayi pada tempat yang dia dapat melihat ibu, ayah ataupun ahli keluarga melakukan aktiviti harian seperti solat, berkebuh, atau memasak.
  11. Merangsang deria baunya dengan menghidukannya pelbagai jenis bauan seperti bau yang manis, wangi, bau bunga dan sebagainya. Contohnya seperti membawa bayi mengelilingi taman bunga ataupun tepi laut.
  12. Bagi orang islam, boleh memperdengarkan pelbagai jenis alunan seperti bacaan quran, zikir, dan suara ibu ayah membaca alquran. Boleh juga memperdengarkan bunyi-bunyi semulajadi seperti deruan ombak, deruan angin, bunyi binatang dan sebagainya.
“Bunyi dapat dirakamkan dan diperdengarkan kepada bayi dengan kekerapan yang munasabah”
sumber : anakkusayang 



Saturday, March 5, 2011

TIPS BABY PINTAR - 18 aktiviti menarik rangsang minda anak kecil


Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama ke hidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran.Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:

1. Bertentang mata. 
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.

2. Bercakap-cakap dengannya. 
Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.

3. Susu badan
Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. Jelirkan lidah. 
Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.

5. Hasilkan buku binatang. 
Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.

6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. 
Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. Tunjukkan perbezaan. 
Pegang dua keping gambar be berapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8. Berkongsi pandangan. 
Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbenda haraan kata.

9. Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mem pelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran ma tematik.

10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya.
Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

11. Beri kata kunci. 
Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.

12. Beri kejutan. 
Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.

13. Sediakan banyak tisu. 
Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.

14. Baca buku berulang kali. 
Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta mem bantunya mempelajari bahasa.

15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. 
Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

16. Main dengan warna. 
Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.

17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. 
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

18. Jangan lupa rehat. 
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

*boleh print nota ni dan apply mana yg patut yerr...sharing is caring ^_^


kredit: mommy icha 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...