MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label MAKAN - MAKAN. Show all posts
Showing posts with label MAKAN - MAKAN. Show all posts

Monday, December 1, 2014

Resepi Kari Ayam Sedap dan Mudah

Beberapa hari yang lepas, mama bagi Qaireen dan Hasya makan nasi di rumah kenduri. Nasi berlaukkan kari ayam. Ya Allah sangat2 mama tak sangka, rupa2nya anak2 mama suka makan kari! Hasya makan sampai "buncit" perutnye..hahahhaa. Qaireen pulak sampai 4 pinggan hokey! Macam mama tak bagi makan 1 tahun. Punyelah diaorang suka dengan kari. So disebabkan anak2 mama suka kari ayam. Maknanye setiap minggu mama kena masak kari ayam sedap lah kan? huk..huk..

Lepas masak, macam biasa mama pun share dekat IG dan FB. Lepas tu tak sangka ada pulak kawan mama minta resepi. So disebabkan tak nak hampakan harapan kawan mama tu (cehhh harapan lah sangat..hehee). Hari ni siap 1 entry bertajuk Resepi Kari Ayam Sedap dan Mudah. Haaaaa..kena ada sedap, kalau tak sedap tak de sape nak baca. Kena ada mudah pulak sebab kalau susah ramai pulak yang malas nak masak. opssss! :P




Ini dia gambar Kari Ayam Sedap yang dah siap dimasak. Saje je letak gambar tu besar2 sikit. Baru nampak kesedapan Kari Ayam Sedap tu.. ahaks!

Bahan - bahan :
1/2 ekor ayam (potong kecil)
2 biji kentang (potong dadu)
6 ulas bawang merah (hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
4 cm halia (hiris halus)
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit Kayu Manis
Buah Pelaga
Daun kari
1 biji santan kelapa
2 paket rempah kari ayam babas yang kecil
Gula sikit
Garam secukup rasa

Bahan A ) Sediakan bawang merah, bawang putih dan halia untuk ditumis
Bahan B ) Sediakan bawang merah, bawang putih dan halia untuk ditumbuk


Cara - cara :

Gambar Kari Ayam Sedap tengah ada dalam periuk ;)

1) Tumis Bahan A sehingga separuh garing
2) Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.
3) Masukkan pula Bahan B bersama - sama dengan serbuk kari. Gaul sehingga naik minyak atau garing. Selepas tu masukkan daun kari. Kalau kering sangat, tabah sedikit air. 
4) Masukkan ayam dan sedikit air. Biar sehingga mendidih selepas tu masukkan kentang pula.
5) Bila kentang dah sedikit empuk, anda boleh masukkan santan.
6) Akhir sekali masukkan garam, kalau pekat sangat tambah air sedikit. Pastu pelankan api sampai naik minyak.
7) Siap untuk dihidang dan makan dengan nasi putih panas.

Petua nak masak Kari Ayam Sedap ni..
  • tumis rempah dengan api yang pelan dan biar sampai betul2 garing
  • guna banyak bawang merah dan rempah
  • kentang akan pekatkan kuah, so kalau nampak macam pekat sangat..anda boleh tambah air
  • kentang serap air dan garam, pastikan anda letak garam akhir sekali. 
  • jangan terus letak air dengan banyak, letak sedikit demi sedikit. (1/2 cawan)
Kari Ayam ni kalau ikut selera mama, makan dengan nasi..mama suka cair sikit. Macam dalam gambar di atas sekali tu. Kalau makan dengan roti jala bagi pekat sikit..baru terangkat! 

Gambar yang ni kuah kari cair sikit, balance tengah hari punye. So petang mama buat roti jala. Emmm..nyam..nyam..mmg sedapppp!! 

Lepas ni bolehlah korang try Resepi Kari Ayam Sedap dan Mudah mama ni yek. Selamat mencuba!! ^__^



Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451) 

017 – 5657552 (whatsapp /sms) 

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

mamaqaireen.com (blog shaklee) 

COD : KFC Medan Gopeng



Wednesday, October 29, 2014

Resepi Homemade Burger Bakar Sedap Dan Mudah


Hari ni saya akan share Resepi Homemade Burger Bakar Sedap dan Mudah. Apa yang bestnye tentang Homemade Burger Bakar ni? Tentunya lebih puas dan kenyang daripada beli di kedai. Untuk makan sendiri, tentunye kita nak makan dengan puas kan? Nak burger yang besar dan tebal kan? Jadi...dari beli dekat kedai, baik kita buat sendiri :)




Actually resepi ni saya ambil dari resepi Zamir Masterchef (kalau tak silap). Tapi saya ada buat penambahan sikit mengikut selera saya..heee.




Tapi serius sedap Resepi Homemade Burger Bakar Sedap dan Mudah ni (perasan puji diri sendiri). Cuba lah try buat..korang pasti puas hati. Anak2 pun dapat makan burger yang lebih berkhasiat. Sebab kita masak sendiri..betul tak? Kalau rajin boleh buat kecil2 macam begedil, untuk memudahkan anak kecil makan. Nak lagi senang, dah siap buat kecil2..letak dalam freezer..so bila2 rasa nak masak, kita boleh masak. Makan dengan nasi pun boleh.


Bahan - Bahan Homemade Burger Bakar (4 orang makan) :

Daging Lembu - 400gm (beli daging kisar Ramli pun boleh)
Serbuk Jintan Putih - 1 sudu kecil
Serbuk Kayu Manis - 1 sudu kecil
Serbuk Lada Hitam - 1 sudu kecil
Bawang Putih - 3 ulas
Garam - Secubit
Serbuk Lada Putih - Secubit (secubit untuk daging, secubit lagi letakkan di kuning telur)
Kuning Telur - 2 biji
Serbuk Roti - 5 sudu besar (warna putih)
4 Keping Chesdale
Salat (potong halus)
Roti Burger


Cara - Cara Homemade Burger Bakar (4 orang makan) :

1) Kisarkan Daging Lembu, Serbuk Lada Putih, Serbuk Jintan Putih, Serbuk Lada Hitam, Serbuk Kayu Manis dan Bawang Putih di dalam pengisar sehingga halus dan serata. 

2) Ambil Kuning Telur dan Serbuk Lada Putih, gaul sehingga rata.

3) Bentukkan adunan menjadi ‘Patty’ burger, celupkan dengan Kuning Telur dan salutkan bahagian atas dan bawah burger dengan Serbuk Roti.

4) Masak burger selama 6 minit setiap bahagian atau sehingga masak.

5)1 minit sebelum angkat burger, letakkan chesdale dan tutup burger tersebut dengan menutup periuk. Bila cheese sedikit cair baru tutup api.


*P/S :  Masak dengan api yang pelan dan jangan terlalu lama. Kalau api kuat nanti isi luar hitam..isi dalam mentah. Kalau masak terlalu lama, daging akan menjadi kering.



Senang je kan? Jom cuma sendiri Resepi Homemade Burger Bakar Sedap Dan Mudah ^__^

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil
NoHP : 017-5657552 (WhatsApp / SMS)
COD : Medan Gopeng, Ipoh Perak

Saturday, October 11, 2014

Hari 6 ~ Kedai Kegemaran Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh | Cabaran 7 Hari Entry

Hari ni kebetulan saya nak renew road tax. So sebelum renew road tax pagi tadi, saya cakap dengan adik saya. "Apa kata kita breakfast dulu dekat Stadium". Apa yang menariknya di Medan Selera Stadium ni ialah Nasi Kerabu makcik Kelantan yang mulut bising tu..hehee. Dalam banyak2 tempat Nasi Kerabu yang pernah saya makan, kedai makcik ni paling terbaiklah. Kalau nak cari Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh, try makan di kedai makcik ni No 59 Medan Selera Stadium Ipoh.. Kedai makcik ni tepi sekali. Betul2 dekat dengan bahagian selekoh..kiranya dah nak dekat penghujung Medan Selera.

Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh
Gambar daripada www.ipohecho.com.my

Biasanya saya kalau pergi kedai makcik ni, saya suka ambil lauk Rendang Daging atau Kuah Kari Ikan untuk Nasi Dagang tu..ikan ape entah? Ikan kayu kot..ke ikan tongkol? ishhhh entah lah..tak reti sangat pasal ikan ni..bila gi pasar saya tengok semua ikan macam sama je..hahahaha..tapi ada ikan saya reti gak lah..(dah 5 tahun kawin..tak reti pilih ikan mmg saje jelah kan?)

Selain Nasi Kerabu, ada juga Nasi Dagang dan Nasi Lemak.


Nasi Kerabu Lauk Rendang Daging
Banyakkan? Makan memang kenyang sampai ke tengah hari ;)

Kalau ada sape2 yang teringin nak makan Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh..boleh lah datang di Stadium Ipoh Perak. Berdekatan dengan Pak Tam Place (saya pun tak pernah gi Pak Tam Place ni..kekekeke). Cumanye Kedai Nasi Kerabu Sedap ni belah hujung Kiri berhadapan dengan parking kereta Kompleks Renang..Kedai Pak Tam ni hujung Kanan berhampiran Bomba.

Ni saya sertakan Google Maps untuk mempermudahkan anda mencari Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh Perak. 






Kalau nak lagi senang..guna je WAZE ;)



Ni muka puas dapat makan Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh ^__^


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng

Saturday, October 4, 2014

Resepi Daging Pekasam Masak Petai Sedap

Biasanya kita dengar orang jual atau makan ikan pekasam betul tak? Tapi kali ni untuk pertama kalinya saya mencuba masak dan makan Daging Pekasam. So far ok lah rasa Daging Pekasam ni. Sedap gak..rasa serbuk2 beras tu sama je macam ikan pekasam. Masa masak pun bau enak si pekasam tu pun sama gak..heheee.

Cerita bab pekasam ni..kalau nak cari ikam pekasam yang sedap, biasanya di Grik Perak. (ehhh nak cite pasal ikan ke pasal daging ni??kekeke...) Tu memang tempat dia lah. Opah saya pernah gak buat sendiri ikan pekasam..tapi mungkin dia jarang tukar air atau entah lah... (pandai2 je aku ni). Masa masak ya Allah punye lah busuk baunye..habis 1 rumah bau, bukan lagi 1 rumah..dah siap masak pun busuk juga!hahahahaha... sorry Opah..

Tapi kalau kita dapat yang betul2 cara pembuatannye..memang sedap tau! Ok hari ni saya share Resepi Daging Pekasam masak Petai Sedap.

Resepi Daging Pekasam Masak Petai Sedap



Bahan - bahannye ialah :

1 Plastik Daging Pekasam (hiris halus2)
2 Biji Bawang Besar
5 Biji Cili Padi
2 Papan Petai.

Cara Memasak :

  1. Goreng Daging dengan api yang pelan sehingga garing. Bila dah garing angkat dari kuali dan asingkan dalam pinggan.
  2. Tumis bawang besar sehingga garing dan mengikut selera masing2..kalau suka sampai kuning goreng lama sikit, kalau suka yang lembik2 separuh masak macam saya, so jangan lah goreng lama sangat.
  3. Masukkan semula daging pekasam tadi dan masukkan pula cili padi.
  4. Gaul2 sekejap dan boleh tutup api.
  5. Siap untuk dihidang, makan pula dengan nasi panas..perghhhh!!terangkat! ;)
Senangkan cara nak masak Daging Pekasam ni? So lepas ni boleh lah try. 

Selamat Mencuba ^__^



Friday, September 26, 2014

Resepi Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap

Anda suka makan bubur lambuk? Tapi tak tahu nak masak? Jom hari ni saya akan kongsikan Resepi Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap! Saya dapat resepi ni dari arwah mak saya. Kami 1 family memang "hantu" bubur lambuk. Tapi dalam banyak - banyak bubur yang ada dekat Malaysia ni (Malaysia udahlah kan, tak payah 1 dunia..hehee) bubur lambuk je yang menjadi saya buat. Yang lain memang hancussssss..hahahaa. Bubur yang manis2 tu tak pandai lah..... :P


 Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap
 Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap


Cumanya saya tak dapat share banyak gambar, sebab gambar dalam HP saya dah terdelete (jenuh aku tangkp satu persatu..sikit je dapat heh). Tak pelah kan..janji ada ;)

Ok Bahan2 untuk Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap (6 orang makan)

200gram Daging (potong kecil2)
Sedikit Udang Kering (ditumbuk sehingga hancur)
Segenggam Lobak Masin (hiris nipis2)
3 ulas Bawang Merah (hiris)
2 ulas Bawang Putih (hiris)
2cm Halia (hiris)
3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
1/2 sudu teh Lada Hitam
Sedikit Halba
Santan 1/2 cawan
Garam secukup rasa.
1 genggam Beras


Cara memasak Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap


 Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap

1) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Lepas tu masukkan pula lada hitan, halba dan 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)


 Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap

2) Bila dah garing sikit, tumis pula udang kering dan daging. Kalau macam kering sangat, letak air sikit..pastu sambung tulis semula. Kacau2 sikit pastu masukkan lobak manis. Jangan risau..bila lobak masin ni dah masak, dia tak masin. yang bestnye anda akan rasa kenyal2 sikit.


 Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap

3) Bila semua dah sebati dan dah masak, periuk tersebut bolehlah di penuhkan dengan air. Saya letak air 1/2 periuk dulu..saya masak macam masak nasi biasa, lepas tu bila dah nak kering saya tambah air lagi, pastu nak kering saya tambah air lagi (rajin sangat kan..kekekeke). Ohh ye lupa pula, jangan lupa masukkan beras juga..karang tak jadi pula bubur lambuk sedap ni tau ;)

4) Bila bubur dah hampir masak, last sekali masukkan santan dan garam. Biar seketika dalam 5minit, pastu bolehlah tutup api.

5) Siaplah Homemade Bubur Lambuk Sedap Dan Mudah.

Mudah je kan?

Selamat mencuba ^__^



Tuesday, July 8, 2014

Resepi Puding Roti Sos Kastard Sedap

Bulan puasa tahun ni mama cuba nak cabar diri sendiri dengan masak setiap hari. Kalau boleh tak nak beli lauk di Bazar Ramadan. Ikutkan hati ni, macam - macam nak masak. Tapi mama tak berapa pandai sangat masak kuih.....tulah..masak pun beralasan, tak tahu masak kuih..google je resepi, betul tak?hehee..

Untuk resepi kali ni..(ni adalah percubaan pertama tau). Mama namakan, Puding Roti Sos Kastard Sedap. Sebab apa sedap? Sebab sangat mudah untuk dibuat dan sangat sedap bila dimakan..serius sedap!! (sendiri masak, sendiri puji diri sendiri..tak malu..kekekeke)

Mama masak Puding Roti Sos Kastard Sedap ni dalam pemanggang ajaib. Nak tahu camne mama masak? Jom terjah sekarang juga.....


Antara bahan - bahannya :

Resepi Puding Roti Sos Kastard Sedap


Bahan A : Rendam untuk seketika

- 7 keping roti (tapi kalau dapat guna roti buku yang belum potong tu lagi sedap)
- 2 atau 3 cawan susu segar


Bahan B : Pukul sehingga sebati, tapi mama malas nak pukul jadi mama ambil blender dan blend. Lebih mudah dan jimat masa.


- 4 sudu gula
- 2 biji telur saiz A
- 2 sudu besar buttercup
- 1 sudu teh tepung jagung
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara nak masak, mula - mula masukkan Bahan A ke dalam pemanggang ajaib, lepas tu Bahan B pula. Sebelum tutup, taburkan kismis.
Buka api kecil, tutup pemanggang ajaib tersebut. 
Masak selama 30 minit.



Puding yang telah siap masak dan dah sejuk.



Untuk membuat Sos Kastard pula. Kacau dengan api yang pelan. Masak sehingga pekat dan ikut selera masing - masing.


- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula


Dan hasilnya.......tadaaaa......... 
Puding Roti Sos Kastard Sedap.
Serius SEDAP! :)



Cuba tau jangan tak cuba. Mama ni memang suka masak. Kalau ikut kan siang malam pagi petang nak masak. Sebab kesian dekat anak2 kita makan dekat luar. Kalau masak sendiri kita tahu kebersihan tu macam mana.. kalau dekat luar bukan kita tahu. Dekat rumah kita guna bahan2 yang eloklah sikit, minyak pun 1 atau 2 kali je guna..dekat kedai tu selagi tak hitam, selagi tulah diorang akan guna...kan??

Tapi tulah, disebabkan kena masak, buat kerja rumah, menyusukan anak, buat bisnes lagi semuanya nak buat dalam satu masa..penat gak! Mesti korang pun faham kan? Korang pun mesti macam mama gak kan..hukhuk.

Apa kata korang tengok video ni sampai habis, luahan hati mama ni....dan macam mana baba Qaireen dulu2 tak faham dengan mama.

Tengok muka baba Qaireen tu, bengis betul..mcm nak makan orang!



Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.


Jadi retis jap..ok tak lakonan kami? kekekke.. Tapi sekarang baba Qaireen dah ok..tak macam dulu lagi ;)

Kalau nak tahu, Puding Roti Sos Kastard Sedap ni makanan kegemaran baba Qaireen tau.

So lepas ni kalau korang buat Pudding Roti, ingat2 lah dekat mama ye..heeee..

Selamat Mencuba! ^___^



Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451) 

017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail) 

mamaqaireen.com (blog shaklee) 

 COD : KFC Medan Gopeng

Wednesday, November 27, 2013

Resepi Sup Ayam Campur Sayur

Resepi ni khas untuk ibu2 yang nak cepat. Balik kerja terus masak..sangat2..sangat2 senang!

Ibu yang bekerja di rumah pun sesuai (macam mama lah..hehee..mama sekarang dah jadi WAHM). Nak cepatkan? so mama boleh makan, Qaireen pun boleh makan juga. Tak pedas dan berkhasiat. Sebab kita masak sendiri di rumah ^_^

resepi sup ayam


Bahan - bahan :
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Ayam
Fish ball
Sayur (ikut suka nak letak sayur apa)
Perencah sup
Garam secukup rasa

Cara - cara :
1) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau.
2) Masukkan pula fish ball. Gaul sebentar, selepas tu masukkan pula air.
3) Bila air dah nak dekat mendidih, masukkan ayam. Biarkan ayam sehingga betul2 masak. Nak cepat, tutup periuk.
4) Akhir sekali masukkan sayur, garam dan perencah sup.

Siap!! dah boleh makan sup ayam campur sayur ^_^



Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil
NoID : 852451



Monday, December 19, 2011

RESEPI WANTAN HOR

Malam semalam kami sekeluarga makan Chinese Food..Wantan Hor.
Senang je masak Wantan Hor ni..kuah dia ala2 macam masak sayur campur je..cuma last sekali letak telur.

Gambar tak berapa jelas..mama guna camera hp je.

Bahan - Bahan : (4orang makan)
Kuey Teow
Kuey teow 1 paket
1 Sudu besar kicap pekat
2 Sudu besar kicap manis
1 Sudu besar sos tiram
2 Ulas bawang putih (dicincang)
Sedikit lada sulah

Kuah 
3 Ulas bawang putih (kisar)
1 Ulas bawang merah (kisar)
1/2 Inci halia (kisar)
Isi ayam (kalau nak letak udang dan sotong pun boleh.)
Carrot, kobis bunga dan lain2 ikut selera masing2.
Fish ball dan fish kek.
1 Sudu besar sos tiram
1 Sudu besar sos ikan
1 Susu besar tepung jagung (bancuh dengan air 1 cawan)
1 Biji telur
Garam secukup rasa

Cara - cara :
Kuey Teow
1) Panaskan minyak, lepas tu masukkan bawang putih. Bila dah sedikit kuning, masukkan kuey teow, kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan lada sulah. Gaul sehingga sebati.
2) Bubuh dalam 4 pinggan yang berasingan.

Kuah
1) Panaskan minyak, tumis bahan2 yang di kisar sehingga naik bau. 
2) Masukkan ayam. Setelah separuh masak, masukkan pula fish ball dan fish kek. Jika terlalu kering tambah sedikit air dalam satu mangkuk.
3) Masukkan pula sayur, bila sayur dah masak separuh atau hampir masak. Bolehlah masukkan pula air.
4) Selepas mendidih bolehlah masukkan tepung jagung, sos tiram, sos ikan dan garam. Biar seketika untuk memekatkan sedikit kuah tersebut.
5) Akhir sekali pecahkan telur dan gaul telur tersebut. Buat bulatan di dalam kuali.
6) Siap untuk di hidang. Ambil kuah dan masukkan ke dalam 4 mangkuk yg mengandungi kuey teow tadi.

Selamat mencuba ^_^


Sunday, December 4, 2011

HOMEMADE DONUT

Selamat hari ahad semua. Hari ni mama nak kongsikan bersama resepi donut. Ni pun 1st time mama cuba. Alhamdulillah jadi, yang bestnye lembutttttttt sangat2.

Resepi ni boleh buat dalam 20 - 40 biji (ikut saiz). Macam mama, mama tak ada acuan donut. So mama pakai gelas je buat bulat tu..heheee..kreatif tak? ahaks!

Mama buat doh siap2 hari sabtu. Lepas tu mama letak di atas dulang dan masukkan ke dalam fridge. Esoknye pagi ahad mama goreng..opssss silap! bukan mama yang goreng, tapi baba Qaireen yang goreng. heheee..thanks baba.

Taraaaa..ni lah dia Donut Mama 

Rupa mmg tak cantik..tapi sedap dan lembut tau..kalah Big Apple ^_^

Bahan - Bahan:
3 1/2 sudu teh yis kering / ibu roti
1 1/2 cawan susu segar, panaskan sikit supaya menjadi suam (mama guna susu segar ductch lady)
1/2 cawan gula halus (ambil gula biasa dan blend)
6 cawan tepung gandum halus (ayak terlebih dahulu)
2 biji telur (gred A)
1 sudu teh garam
1/3 buttercup saiz kecil
 Minyak untuk goreng
Gula kaster atau apa2 bahan untuk hiasan donut

Cara - cara:
1) Masukkan yis kering ke dalam 1/2 cawan air suam. Biar sehingga naik buih.
2) Masukkan 3 tepung gandum, susu, gula, garam dan butter. Gaul sehingga sebati, lepas tu masukkan pula sedikit demi sedikit tepung sehingga menjadi doh. Uli sehingga permukaan licin dan tidak melekit di tangan.
3) Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastik wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga doh naik 2 kali ganda. Lebih kurang dalam 1jam.
4) Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, dan canai doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong dengan donut cutter. 
5) Tutup donut dengan kain kering dan rehatkan selama 30 - 45 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
6) Panaskan minyak. Goreng donut dengan api yang kecil sehingga masak perang keemasan. Kalau api besar, nanti doh belah dalam tak masak..kulit hitam berkilat.
7) Akhir sekali salut gula atau apa2 sahaja mengikut kehendak masing - masing semasa donut tersebut masih panas.

Selamat mencuba..


Saturday, October 15, 2011

RESEPI AYAM RENDANG KASIM

Resepi turun temurun arwah mak mama.


Kitorg satu family kalau makan ayam ni mmg tak ingat dunia! Sekejap je habis. Dulu dekat kawasan rumah mama di klang..kami satu taman mmg rajin buat kenduri. Ada sahaja aktiviti kaum2 ibu di sana nak buat..buat bacaan Yaasin lah, doa selamat lah, kenduri arwah lah, birthday party anak lah dan macam2 lagi.


So bila tiba giliran rumah mama, arwah mak mama suka masak nasi putih dan lauknye pula mesti ada ayam masak rendang kasim.


Rumah mama je yang ada tau!! ^_^


Mama ambil gambar ni dkt blog lama mama. Blog tu dah tak aktif.
Tarikh dalam gambar ni pun tahun 2009.hehee

BAHAN - BAHAN :

1/2 Ekor Ayam (digoreng terlebih dahulu)
8 Biji Bawang Merah (dihiris nipis - nipis)
1 Labu Bwang Putih (dihiris nipis - nipis)
3 Inci Halia (dihiris nipis - nipis)
1 Genggam Cili Kering (dikisar)
6 Tangkai Daun Kari
Kicap Manis Cap Kipas Udang
Garam Secukup Rasa

CARA - CARA :

1. Tumis bahan - bahan yang di hiris tadi sehingga naik bau.
2. Kemudiaan masukkan cili kering yang telah dikisar tadi dan biarkan masak sehingga betul - betul garing.
3. Masukkan pula daun kari, sekiranya terlalu kering tambahkan sedikit air dan biarkan seketika supaya daun kari tersebut menjadi lembik/masak.
4. Setelah itu bolahlah masukkan ayam yang telah digoreng terdahulu tadi.
5. Akhir sekali masukkan garam dan kicap, gaul sehingga rata dan sebati.
6. Siap untuk dihidang.



Sape yang suka ayam mamak..mesti suka ayam ni. ^_^



Wednesday, September 7, 2011

SIAPA KATA IBU MENYUSUKAN ANAK TAK BOLEH NAK BUAT KERJA LAIN??

Uncle Ayum, Mama, Baba, Qaireen & Ibu Cha

Rasanya masih belum terlambat mama ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada pembaca2 blog mama. Lama sungguh mama tak berceloteh ye?? Penuh bersawang blog mama ni! Hik..hik..

Seperti biasa, setiap tahun..makanan wajib di rumah mama ialah Lontong. Yang paling best sekali raya ke – 3 adik beradik, anak beranak, saudara mara belah arwah opah dan arwah atuk Qaireen datang! (ingatkn sikit je yang datang..rupa2nye yang datang  bagai……)
Entry ni mama nak bercerita bukan nak tunjuk2 atau nak bagi tahu yang mama ni macam SuperMak! wah...supermak lagi tu. Mama sedikit kecewa sebab ada hamba Allah ni tak percaya yang mama boleh buat semua tu. Ialah Qaireen kan nyusu. 
Apa susah..bila anak kita dah 1 tahun ke atas lagi senang. Tak yah risau nak kumpul stok ebm, nak bagi bubur nasi, nak bagi susu je. Bagi anak kita makan apa yang kita makan. Pagi sebelum masak, mama menyusukan Qaireen, lepas tu mama bagi Qaireen roti jala, spaghetti, kuih raya, kerepek dan air soya. Pukul 3 baru mama menyusukan dia semula. Biarkan dia bermain dengan saudara mara kita. Dia pun tak lah ingat nak mengempeng je..betul tak??

Macam – macam mama masak..spaghetti, roti jala, lontong, bihun goreng dan nasi goreng (sebab makanan dah habis). Orang lain pakai lawa2..mama pakai baju rumah je. Tak sempat nak pakai baju raya. asyik masakkkkk.....je..heheee.

Sebahagian daripada keluarga belah arwah mak mama

12.30pm :
1 kereta (6org) : wancik, paklang, muneerah, fazlan, sham, ali
1 kereta (4org) : acu, maksu, harith, angah.
1 kereta (5org) : uncle sudin, aunty nurul, anak, anak, anak (tak ingat nama sbb jarang sgt2 jumpe) hik..hik..
1 kereta (8org) : pak nan, m’cik liza, azryl, fisha, amir, adam, adib, amar.

04.00pm :
Waktu ni mama dengan ibu cha basuh pinggan dan kemas rumah sikit2. Qaireen pun dah mula merengek sebab nak susu. Kesian anak mama.

06.30pm :
Kelam kabut masak roti jala (mmg simpan sikit takut mereka habiskan semua..heheee) dan masak bihun goreng. Sebab makanan tengah hari tadi semua dah habis! Ish..ish..ish..dah macam org Somalia mereka makan.

08.00pm :
Kawan ibu cha..aunty yaya dengan kekasih hatinye uncle shakir datang. Mama masak roti jala khas untuk uncle shakir. Suka sangat dengan roti jala..hilang kempunan uncle ye…


Sebahagian daripada keluarga belah arwah ayah mama..(tu onyang kesayangan Qaireen)

09.00pm :
1 kereta ( 8org) : onyang, Qaireen, mak tua, angah, kak yong, ikwan, wawa, fisha.
1 kereta (1org) : abg wira
1 kereta (3org) : ain, ilwan, yazid
1 kereta (2org) : mahathir dan dila
1 kereta (4org) : abg mi, kak rohaya, asfan, asraf
1 kereta (6org) : maknyah, paknyah, shami, umi, syasya, boy.


12.00am :
Rasa macam nak pengsan..lepas solat isyak terus tidur. Tapi best..seronok sangat..ramai yang datang. Juadah yang mama sediakan..habis licin! Alhamdulillah ^_^


Monday, August 29, 2011

IFTAR KAMI SEKELUARGA

Setiap tahun sebelum hari raya, kami sekeluarga akan luangkan masa bersama dan berbuka di tempah yang best2 sikit lah. So tahun ni kami berbuka di Assam House Greentown Business Centre, Ipoh Perak.


HAPPY FAMILY


Thursday, August 25, 2011

KOLESTROL PEMBUNUH DALAM DIAM!


Bila terbaca kisah kak N tentang abahnya yang di serang strok pada malam raya yang kedua, mama rasa nak kongsi sikit dengan anda semua. Abah kak N mempunyai masalah darah tinggi secara kebetulan sehari sebelum raya arwah abah kak N sangat suka makan satay. Rupa-rupanya dalam diam kadar kolestrolnya meningkat dan menyebabkan tekanan darah meningkat seterusnya merosakkan saraf dalam otaknya maka arwah paralyse selama 2 minggu sebelum terus meninggal. 


Kita ni berpuasa selama sebulan, tiba hari raya..daripada pagi sebelum Solat Sunat Aidilfitri sehinggalah ke malam tak henti - henti makan..betul tak?? Kadang tu sampai sengkak perut kita ni. Tu belum termasuk dengan rumah terbuka lagi. Bila dah makan semua tu..mula lah tekanan darah tinggi naiklah..kecing manis naik lah..apa lagi yang naik. (ingatan untuk diri sendiri juga) ^_^
Tanpa kita sedari ada sesetengah juadah boleh menyebabkan kandungan lemak jahat dalam salur darah makin meningkat.
Apakah vitamin yang sekurang-kurangnya ada demi mengawal kandungan kolestrol dalam darah terutama dalam mengawal kolestrol jahat iaitu LDL.

Atau jika anda berkemampuan lebih berkemampuan

Secara ringkasnya kepentingan vitamin yang dinyatakan ialah :

Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.

Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).  Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.

Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti tubuh.Memperlahankan proses penuaan.

Untuk keterangan lanjut sila :-

  • Email ke mamaqaireen@yahoo.com
  • Tinggalkan email anda di komen entry ini.
  • Jadi rakan mama di Facebook Dilla Jalil  untuk mengetahui update terkini.
SMS /WhatsApp mama :
017-5657552

.

Sunday, June 19, 2011

RESEPI HOMEMADE NUGGET & CHICKEN BALL

Dah lama mama tak kongsi resepikan..hari ni mama nak kongsi resipi buat Nugget dan Chicken Ball pula.

Bahan - bahan:
Isi Ayam
Telur 1 biji
Breadcrumbs
Sedikit Lada Sulah
Sedikit Garam
Sedikit Carrot & Celery / Daun Sup (potong kecil - kecil)

Cara - cara:
1) Kisar isi ayam sehingga betul - betul hancur. Kalau malas..beli je ayam kisar Ramly.
2) Masukkan lada sulah, garam dan sayur.
3) Bentuk ikut kesukaan masing - masing..kalau ada acuan lagi cantik.
4) Celup ke dalam telur, lepas tu salutkan pula dengan breadcrumbs.
5) Goreng dengan api yang sederhana, jangan guna api kuat..nanti hangus dekat luar tapi belah dalam mentah.


Ini dia breadcrumbs, telur dan isi ayam (mama tak letak sayur..sayur dekat rumah dah habis..heheee)


Nugget yang belum di goreng.

Nugget & Chicken Ball yang dah siap di goreng..buat sendiri lebih berkhasiatkan.  ^_^

Tuesday, May 10, 2011

MAKAN MALAM KAMI SEKELUARGA

Malam ni kami sekeluarga, mama, baba, ibu cha & uncle ayum kumpul sekali dan makan sampai kenyang!!heheee....

Sambal Tumis Udang Petai..Tempe Masak Kicap
Sup Sayur Sawi..Keropok

Seronok dapat makan sekali.

Sekejap je rasa..ibu cha dah habis study..next week dia practical.
Lepas tu uncle ayum pula nak sambung study..so, masa ni jelah kami boleh kumpul bersama. ^_^

Wednesday, March 23, 2011

CAPATI KESUKAAN MAMA


Ini dia capati + kuah sardin + kari ayam

Perghhhhh..mmg terangkat! 2 kerping tau mama makan mlm tadi..heheeeee.

Mama mmg suka betul capati mamak ni, sedap!
 especially kuah sardin, tgklah bukan main pekat lagi kan!

Dah 3 kali mama pergi Restoran Nasi Kandar AK dgn baba..tapi kuah sardin dah habis.

So Semalam lepas habis kerja..mama terus gi AK.
 Alhamdulillah..rezeki..so mama terus sambar 2 keping!

Hari ni mcm nak beli lagilah.. ^_^


Friday, February 18, 2011

MAKANAN PALING MAHAL


Wah.."makanan paling mahal" ye!!

Hari ni mama sangat2 malas nak masak. Kebetulan semalam mama pergi pasar malam, mama beli ikan selar. Sangat segar ye..so mama pun pulun beli sampai 1kg. Mama mmg nak banyak makan ikan. 

Biar Qaireen rasa ikan n suka makan ikan juga.."jahat" tak???

Ikan Selar 3ekor + Petai 2papan + Budu (sebelum makan)


Selepas..tu dia, habis licin..heheeee.....

Mlm ni mulut mama, baba, uncle ayum n Qaireen..semua bau petai.

Eh!!kenapa mulut Qaireen pun bau petai??dia makan juga ke??
Qaireen kan minum susu mama, so mulut dia pun mestilah bau petai juga..kekekeke..... ^_^


Saturday, February 12, 2011

ADA ORANG NAK DATANG RUMAH


Sementara tunggu sepupu mama datang..baik mama update blog kan..kekekeke.
Hari ni mama masak ni utk tetamu mama.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Kari Daging, Telur Dada, Terubuk Masin, Baby Kailan Goreng & Sambal Belacan.


(nak resepi kari daging..nnt mama tuliskan ye)

Bilalah diorng nak sampai ni..mama dah lapo.. ^_^

Sunday, January 30, 2011

SPAGHETTI AYAM

Hari ni mama & baba makan spaghetti. Permintaan dari baba. ^_^


Bahan - Bahan : Untuk 8 Orang Makan
I bungkus spaghetti (direbus sehingga lembut)
2 ketul dada ayam (dicincang..nak beli daging cincang jenama Burger Ramly pun boleh)
2 biji bawang merah (dihiris)
5 ulas bawang putih (dicincang)
1 tin tomato puree 
4 biji tomao (dipotong dadu)
3 ketul sosej (dihiris)
1/2 tin cendawan butang (dihiris)
1 sudu kecil mix herb 
Sedikit lada hitam (ditumbuk) & garam

Cara - Cara :
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam cincang, masak sehingga garing. Selepas itu masukkan pula cendawan dan sosej.
3. Bila semuanya sudah sebati, bolehlah masukkan tomato puree. Kacau sehingga mendidih. Sekiranya terlalu pekat, tambahkan dengan sedikit air.
4. Akhir sekali masukkan tomato, lada hitam dan garam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...