MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label SUSU TERHASIL. Show all posts
Showing posts with label SUSU TERHASIL. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Susui Bayi Seawal Mungkin


JALINAN...hubungan   ibu dan anak tiada penghujungnya.
JALINAN...hubungan ibu dan anak tiada penghujungnya.
DR WAN MAZIAH...pemberhentian susu  ibu lebih awal dikaitkan dengan risiko si ibu menghidap penyakit kemurungan selepas bersalin.
DR WAN MAZIAH...pemberhentian susu ibu lebih awal dikaitkan dengan risiko si ibu menghidap penyakit kemurungan selepas bersalin.
TIDAK dapat dinafikan segala perancangan penyusuan bayi harus bermula dari peringkat awal iaitu semasa mengandung yang mana si ibu perlu melengkapkan dirinya bukan saja dengan pemakanan seimbang tetapi juga melengkapi emosi diri.
Namun, ramai juga ibu yang sering tertanya-tanya kaedah untuk menghasilkan susu yang banyak supaya tidak perlu dicampur dengan susu formula.
“Pemakanan seimbang yang tinggi kalsium seharusnya diteruskan ketika menyusukan bayi untuk memenuhi keperluan zat dan tumbesaran bayi.

“Malah, si ibu terbabit perlu menyambung pengambilan vitamin prenatal dan minum air yang mencukupi untuk menampung kedua-dua ibu dan anak,” kata Pakar Kanak-Kanak, KPJ Seremban, Dr Wan Maziah Wan Mohamed.

Selain itu katanya, si ibu juga memerlukan waktu rehat yang mencukupi dan perlu sentiasa berada dalam keadaan tenang. Ia mungkin tidak begitu mudah jika si ibu berkenaan perlu juga menjaga anak yang lain oleh itu, sokongan keluarga sangat penting.

Kadangkala si ibu juga perlu mengambil ubat untuk masalah kesihatan lain justeru, mereka seharusnya merujuk kepada doktor untuk memastikan ia selamat digunakan sewaktu proses penyusuan (laktasi).

“Menyusu bayi seawal mungkin (sebaik-baiknya dalam jam pertama selepas bersalin) akan membantu pengeluaran susu lebih cepat dan banyak.

“Ini disebabkan setiap kali bayi menyusu, ibunya akan dirangsang dan pengeluaran hormon prolaktin dan oxytocin akan membantu menambah susu,” katanya.

Oleh itu katanya, lebih kerap bayi menyusu pada peringkat awal, lebih cepat terhasil pengeluaran susu yang mencukupi.

Namun, jika bayi diberi susu formula untuk menampung keperluan bayi pada minggu pertamanya, rangsangan kepada si ibu menjadi kurang dan pengeluaran susu ibu juga akan tergendala.

Malah, manfaat susu ibu untuk memberi perlindungan kepada usus bayi berkenaan juga akan terjejas kerana koloni bakteria baik akan berkurangan.

Di samping itu, Dr Wan Maziah berkata, pemberhentian susu ibu lebih awal ataupun tidak menyusu ibu dikaitkan dengan risiko lebih tinggi untuk si ibu menghidap penyakit kemurungan selepas bersalin (postpartum).

Kemurungan postpartum ialah ketidakseimbangan kimia yang secara amnya berlaku antara dua hingga lima minggu selepas seseorang wanita melahirkan anak.

Tekanan perasaan tahap kedua ini dikategorikan sebagai sederhana, juga dikenali sebagai kemurungan dan biasanya dialami sekitar 10 hingga 15 peratus wanita bersalin.

Masalah kemurungan ini boleh berpanjangan jika tidak dirawat. Selalunya, ia menyerang dalam tempoh pantang atau enam bulan pertama selepas bersalin.

“Antara gejala kemurungan ini adalah rasa sedih berpanjangan, rendah diri dan berasa dia bukan ibu yang baik bagi anak dilahirkan, tidak boleh menumpukan perhatian, letih dan tertekan, kurang selera makan serta sukar tidur malam.

“Namun, masalah ini boleh dirawat melalui perubatan dan terapi jika berjaya dikesan pada peringkat awal. Tetapi paling penting adalah sokongan keluarga terutama suami yang banyak membantu menangani gejala ini daripada berterusan,” katanya.

Baginya, menyusukan bayi dengan susu ibu adalah salah satu langkah bijak yang boleh diambil sepanjang proses tumbesaran anak.

Katanya, banyak kajian dilakukan sama ada menggunakan kaedah epidemiologi dan teknik makmal yang canggih menunjukkan terdapat banyak manfaat terhadap penggunaan susu ibu kepada anak jika ia diberikan sejak awal kelahirannya.

Antaranya merangkumi faedah kesihatan, imunologi, perkembangan dan tumbesaran anak, psikologi serta faktor sosio ekonomi namun begitu, masih ramai golongan ibu yang tidak menyusukan bayi mereka secara khusus.

“Keadaan ini mungkin disebabkan masih ramai tidak mengetahui atau tidak begitu yakin dengan khasiat susu ibu ataupun disebabkan proses menyusukan anak memerlukan dedikasi dan disiplin yang tinggi daripada kedua-dua ibu bapa.

“Ada golongan ibu yang melihat penyusuan susu ibu hanya dilakukan oleh orang kampung saja lantas mereka enggan meneruskan penyusuan apatah lagi adanya pelbagai faktor kekangan seperti kerjaya,” katanya.

Menurutnya, penyusuan ibu sebaik-baiknya secara eksklusif dilakukan selama enam bulan dan diteruskan hingga satu tahun untuk meraih sebanyak mungkin manfaat daripadanya.

Apakah sebenarnya khasiat susu ibu? Kenapa ia dikenali sebagai makanan terbaik bagi bayi dan digunakan sebagai ‘standard emas’ untuk pembuatan susu formula?

Dr Wan Maziah berkata, susu ibu adalah satu produk ‘hidup’ yang mengandungi pelbagai antibodi, enzim dan hormon yang tidak mungkin mampu dihasilkan secara buatan.

Malah, kandungan susu ibu berkenaan berbeza mengikut individu dan peringkat perkembangan mereka. Disebabkan itu, golongan ibu mengeluarkan susu paling sesuai untuk bayi mengikut kematangan bayi mereka dan kesan daripada penyusuan susu ibu ini akan kekal hingga dewasa.

“Kajian menunjukkan penurunan risiko penyakit akut otitis media, cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan yang teruk, dermatitis atopi, asma (kanak-kanak), obesiti, diabetes jenis 1 dan 2, leukemia, sindrom kematian mengejut bayi dan necrotising enterocolitis.

“Malah, tidak dinafikan masih banyak lagi kajian sedang dilakukan untuk mengenal pasti kandungan lain susu ibu dan khasiatnya yang mampu mempengaruhi tumbesaran terbaik bagi bayi,” katanya.

Manfaat penyusuan ibu bukan hanya tertumpu kepada bayi kerana ia membentuk jalinan rapat antara si ibu dan bayi.

Proses berkenaan juga berupaya mempercepatkan pengecutan rahim kepada normal selain boleh mengurangkan berlakunya diabetes jenis 2, osteoporosis, kanser payudara dan kanser ovari.

“Malah, penyusuan ibu juga baik daripada segi sosio ekonomi kerana selain diperoleh secara percuma, ia juga menjimatkan kos rawatan hospital disebabkan anak lebih sihat.

“Anak yang sihat mempunyai minda lebih cerdas serta mampu menjadi insan lebih sempurna, berjaya dan menghasilkan generasi akan datang yang lebih cemerlang,” katanya.

Selepas ibu mula bekerja, disarankan supaya si ibu meneruskan penyusuan susu ibu dengan cara menyimpan perahan susu dalam peti sejuk beku dan digunakan bila perlu ketika waktu bekerja.

Selain itu, tekanan pekerjaan juga boleh mengurangkan pengeluaran susu, namun terdapat ubat yang boleh membantu menambahkan susu tetapi golongan ibu seharusnya mendapat nasihat daripada doktor sebelum mencubanya.

Pengambilan ubatan untuk menambah susu seperti ini harus digunakan sebagai langkah terakhir jika semua ikhtiar yang dilakukan tidak berhasil dan diingatkan, rangsangan terbaik masih daripada bayi yang menyusu badan.

“Terdapat juga keadaan tertentu seperti masalah kesihatan yang memaksa golongan ibu untuk memberi susu formula. Si ibu terbabit perlu memilih susu formula yang tidak membuatkan bayi sembelit atau cirit-birit serta tidak menimbulkan alahan.

“Jika keadaan ini berlaku maka si ibu tidak perlu bersedih kerana tidak mampu memberikan makanan terbaik (susu ibu) kepada bayi kerana bayi masih lagi mampu membesar sebaiknya jika cara dan langkah yang dilakukan mengikut aturan yang betul,” katanya.

sumber : myMetro


Wednesday, January 11, 2012

Susu Makin Sikit..Macam Mana Nak Banyakkan Susu?

Assalammualaikum mommies..dah lama tak berceloteh berkaitan dengan penyusuan dan supplement kan. Entahlah senjak akhir - akhir ni mood ke laut, tu yang bersawang blog MamaQaireen ni..atau pun, mungkin juga mama dah kena pergi bercuti di tepi pantai kot??..heheee.
Ok..Berbalik semula kepada tajuk kita. "macam mana nak banyakkan susu?"
Ramai yang mengadu :
“Susu saya makin sikit. Macam mana saya nak banyakkan balik susu saya? Saya dah pam setiap 3jam sekali di pejabat."
Sebelum kita mencari jawapan untuk memperbanyakan semula susu kita. Kira cari dulu punca - punca yang menyebabkan susu kita kurang. Kenapa dan bagaimana susu kita boleh jadi kurang?

Ada beberapa sebab yang menjadikan susu kita mula kurang atau merudum. Antaranya ialah :
- Haid
- Pengambilan pil perancang (ibu menyusu hanya boleh ambil Noriday sahaja)
- Stress
- Puasa 
- Sakit
- Mengandung
- Kurang minum air masak tetapi kuat minum ais dan berkafin)
- Letih dan kurang tidur
- Anak dah mula menigkat usia (hampir 2 tahun)

Sekiranya senarai di atas memang ada dengan anda, so apa yang perlu anda lakukan?

1) POWER PUMPING
Power pumping adalah salah satu kaedah sangat membantu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu dengan meniru gaya ‘cluster feeder’ di kalangan bayi menyusu. Boleh buat dalam 2 atau 3 kali sehari, InsyaAllah. 
Cara membuat power pumping ialah: (dalam masa 1 jam)
(double pumping)
10 minit pam, 10 minit rehat, 
10 minit pam, 10 minit rehat
(single pumping)
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat

2) KERAPKAN PAM DI WAKTU MALAM
Hormon prolaktin meningkat secara natural pada waktu malam. Jadi anda digalakkan untuk mengepam pada waktu malam agar penghasilan susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.

3) KERAPKAN LAGI SESI MENGEPAM DI PEJABAT / RUMAH
Kalau sebelum ni hanya 2 kali sahaja pam di pejabat, cuba lebihkan menjadi 3 kali pula. Jangan biar susu "tinggal lama" dalam payudara. Ini kerana susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan). 
- Bila payudara dipenuhi susu, FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. 
- Bila payudara kosong, FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat. 
So jangan biar lama - lama atau biar betul - betul bengkak baru nak pam. Kesimpulannya bila payudara kosong, maka lebih cepatlah susu dapat dihasilkan.

4) PAM DENGAN LEBIH LAMA
Kalau biasa pam 10 minit, cuba tambah lagi 10 minit. Mungkin dalam tempoh mengepam yang extra tu boleh dapat letdown berkali-kali. Biar je corong pam tersebut berada di payudara walaupun susu masih belum keluar. Nanti bila "letdown sudah datang" jeng..jeng..banyaklah susu tu akan keluar. 

5) RANSANG PUTING PAYUDARA
Sebelum pam, cuba anda gentel - gentel puting selama 5 minit. Bila susu dah mula nak keluar baru letakkan corong pam. Sambil - sambil tu anda juga boleh mengurut payudara iaitu dengan cara dari dada ke puting, cuba bayangkan anda menolak susu tu keluar.Kadang - kadang minda bawah sedar sangatlah powerful InsyaAllah.

6) AMBIL MAKANAN BERKHASIAT
Untuk membantu bagi meningkatkan lagi penghasilan susu ibu, anda bolehlah mengambil apa - apa milk booster atau galactagogue sebagai conton makanan yang tinggi protin, serat dan kalsium.
Qaireen masa dalam pantang..debab!

Sunday, December 18, 2011

PERANAN VITAMIN DALAM PENYUSUAN SUSU IBU


Saya sering ditanya tentang perkara ini:
“Tolong cadangkan apakah makanan atau vitamin membanyakkan susu ibu yang paling berkesan? Saya nak ambil dari sekarang. Sekarang saya mengandung 6 bulan. Saya nak, anak lahir saja susu dah banyak dan boleh menyusukan hingga umur 2 tahun”
Jawapannya mudah saja:
“Makanan atau vitamin yang anda perlu ialah ILMU PENYUSUAN”
Terdapat banyak salah faham tentang penyusuan, perkaitannya dengan pemakanan serta praktik penyusuan susu ibu yang betul.
Antara kesilapan-kesilapan terawal yang mungkin dibuat oleh seorang ibu (yang sebenarnya niatnya nak menyusu):
  1. Tidak belajar konsep penyusuan yang betul.
  2. Tidak faham perkaitan ‘supply’ dan ‘demand’.
  3. Terpengaruh dengan lambakan produk membanyakkan susu ibu di luar sana.
  4. Terpengaruh dengan lambakan tips-tips membanyakkan susu yang banyak menekankan tentang ‘makanan memperbanyakkan susu badan’ atau ‘makanan untuk tambah susu badan’
  5. Tidak menemui orang yang betul untuk belajar tentang penyusuan, misalnya bertanya kepada orang yang tidak menyusukan anak.
  6. Mengambil remeh ilmu penyusuan susu ibu.
Vitamin, atau apa saja pemakanan yang katanya membanyakkan susu, sebenarnya memberi sokongan kepada tubuh badan ibu, ia menutup ruang2 yang lopong. Iaitu membekalkan vitamn/mineral/khasiat yang tidak dapat ditampung oleh pemakanan ibu.
Misalnya sayuran hijau membekalkan vitamin B terutama asid folik untuk ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja). Daging dan produk soya membekalkan protein. Longan kering membekalkan kalori. Jadi tidak hairanlah ibu mendapati susu mereka menjadi banyak selepas mengambil makanan2 seperti di atas.
Dalam hal suplemen/vitamin, sebenarnya tidak ada vitamin khusus untuk ibu menyusu yang MEMBANYAKKAN SUSU. Susu ibu tetap mengkuti konsep asalnya – pengeluaran bergantung kepada keperluan NAMUN vitamin membantu ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi yang tidak dapat dipenuhi oleh diet harian.
Ada ibu yang berkata “Saya dah makan banyak”
Makan banyak dengan makan sihat samasekali tidak sama. Makan banyak boleh jadi makan HAMPAS sahaja. Tambahan pula jika ibu itu:
  • Kerap makan di luar (biasanya ibu bekerja)
  • Makan makanan segera, makanan rapu, etc
  • Sangat sibuk hingga selalu skip makan
  • Selalu berada dalam keadaan stress
  • Kurang rehat
  • Tak cukup tidur
  • Sering sakit
  • Mengalami masalah kesihatan
Jadi ibu ini memerlukan sokongan dari segi vitamin/suplemen bagi memenuhi keperluan tubuh yang tidak dapat dipenuhi/dirosakkan oleh perkara2 di atas.

Set Triple M ni adalah set lengkap yang sesuai untuk ibu yang menyusukan anak. Juga sesuai untuk ibu-ibu yang tak menyusukan..
Lelaki dan wanita muda juga sesuailagi bagus untuk mendapatkan set ini. Ia bukan saja menjadikan anda cergas bertenaga, malah mengurangkan stress, mencantikkan serta menggebukan kulit, menguatkan tulang, dan menyelesaikan masalah kewanitaan seperti keputihan serta mengetatkan faraj.
_____________________________________________________________
Shopping Time!! 
Untuk mengetahui Promosi YEAR END SALES, anda boleh:

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel mamaqaireen@yahoo.com dengan tajuk "Y.E.S 2011 at MamaQaireen Shoppe"

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.


Monday, September 19, 2011

KENAPA SUSU SAYA SIKIT WALAUPUN SAYA MASIH DALAM PANTANG


Mama nak bercerita lagi tentang masalah penyusuan yang sering di utarakan terutamanya bagi ibu - ibu yang pertama kali melahirkan bayi. Bagi sesiapa yang mengikuti coretan mama sebelum ni berkenaan dengan penyusuan tentunya anda tahu konsep asas penyusuan. 
Perlu diingatkan..lebih kerap kita menyusukan anak kita..lebih banyak susu kita dapat dihasilkan. Kenapa jadi macam tu??

Contoh : Masalah seorang ibu.
"saya masih dalam pantang, tapi susu saya tak banyak..anak pula asyik nak mengempeng je..hampir setiap jam nak susu, siang malam pagi petang. Bila saya bagi susu formula waktu malam, baru dia tidur lena" 

Persoalannye..adakah betul tindakan ibu tersebut??
SOALAN :
1. KENAPA BAYI ASYIK NAK MENGEMPENG?
2. KENAPA BILA BAGI SUSU FORMULA BARU TIDUR LENA?
3. KENAPA SUSU SIKIT?

JAWAPAN :
1. Adalah biasa bagi bayi yang baru lahir kerap menghisap susu. Kadar purata bagi bayi baru lahir, terutama yang masih dalam pantang atau 3 bulan pertama ialah setiap 2 jam sekali. Sila baca di sini. Qaireen dulu tak sampai 1jam sekali nak isap susu. Kadang tu..tiap2 jam..  

2. Ini terjadi kerana, susu ibu sangat mudah hadam dan ia akan membuat bayi cepat lapar dan tidak akan menyebabkan masalah sembelit dan lain - lain penyakit. Susu formula tidak mudah hadam..ia memerlukan masa yang lama untuk dihadam dalam perut bayi. 

3. Susu dihasilakn daripada hormon dan otak memainkan peranan penting dalam penghasilan susu tersebut. Bila ibu tersebut kurang menyusukan bayi, maka otak akan menghantar isyarat dan mengatakan bahawa tiada permintaan. Boleh baca di sini.

Qaireen baru habis pantang..debab!

Selain itu cuba perhatikan juga.

Kencing dan najis bayi
Secara logiknya, kalau intake ada, sure output pun ada kan. So kalau bayi anda ada kencing dan berak..tentunya dia cukup minum dan susu anda cukup untuk anak anda. Lagi pun bayi baru lahir, sikit je dia minum. Maklumat di sini.

pembuangan air kencing: 6-8 kali dalam tempoh 24jam 
pembuangan air besar : 3-8 kali dalam tempoh 24jam (semakin berkurang bila usia meningkat) tidak cair, tidak berketul dan berwarna kuning keemasan

Periksa teknik lekapan (latching)
Pelekapan tidak sempurna menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya. Dan ini menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan efektif.. apabila payudara tidak dikosongkan, maka hormon FIL (feedback inhibitor of Lactation) akan bertindak dan menyebabkan kurang susu. Apa itu FIL? sila klik di sini

Pertumbuhan bayi dan fizikal bayi.
Berat bayi bertambah dari minggu ke minggu dan meningkat bulan ke bulan, biasanya selepas lahir bayi akan hilang berat badan sebanyak 7% dan mula bertambah semula apabila mencecah usia 6-10 hari. So jangan risau. Qaireen dulu pun macam tu juga.
Berat bayi akan bertambah 100-200g setiap minggu dalam 6 bulan pertama, 85-140g antara 6 bulan - 1 tahun. Berat bayi berganda pada usia 6 bulan, dan 3x ganda pada usia 1tahun.

Kalau bayi anda sihat, ceria, muka tidak pucat, kulit bersih dan sihat, InsyaAllah, susu anda cukup untuk anak anda.
Cuma mungkin ada beberapa ketika bayi anda secara tiba - tiba menangis, tiba - tiba kuat menyusu dari biasa dan kelihatan tidak selesa..itu juga normal. Mungkin bayi anda mengalami Growth Spurt. 
Paling penting ibu kena bertenang dan jangan stress. Lagi satu, biasanya kalau berpantang dengan orang tua..mereka sering menyuruh anda memberi bayi air masak kan?? Tolong jangan beri apa - apa sahaja air! melainkan susu ibu. Susu ibu mengandungi 80% air, so bayi anda tidak akan sembelit. Susu ibu juga mengandungi fore milk dan hind milk.

Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim dihujung penyusuan. Susu ini dipanggil 'susu akhir'. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu iibu berikut:

susu pertama (foremilk) 
kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga.

susu pertengahan
mengandungi lebih khasiat protein.

susu akhir (hind milk) 
kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi memerlukan susu ini untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya.



Monday, April 4, 2011

FISIOLOGI PENYUSUAN SUSU IBU

2 hormon utama diperlukan untuk penyusuan iaitu :





PROLAKTIN
• Dihasilkan oleh kelenjar pituitari di otak.

• Berfungsi agar kelenjar payudara menghasilkan susu.

• Sudah mula dihasilkan semasa hamil tetapi susu tidak dihasilkan kerana
dihalang oleh hormon lain.

• Payudara memerlukan beberapa minit semasa penghisapan bayi untuk
hormon ini dikeluarkan.

• Setiap kali penyusuan, kadar prolaktin meningkat hampir 10 kali ganda.

• Penghisapan bayi sangat penting untuk memastikan prolaktin dihasilkan dan susu dikeluarkan oleh alveoli.

• Lebih kerap bayi menghisap – lebih banyak prolaktin – lebih banyak susu.

• Lebih tinggi pada waktu malam.


OKSITOSIN
• Penting untuk pancutan susu.

• Reseptor oksitosin bertambah 10X ganda semasa hamil.

• Bertindak pada otot yang mengelilingi sel di alveoli lalu menolak susu dari alveoli ke duktus untuk dikeluarkan melalui putIng.

• Boleh menyebabkan ‘rengat’ – kerana pengecutan rahim.

• Hormon-hormon yang dikeluarkan semasa ‘stress’ akan menyebabkan oksitosin dihalang pengeluarannya.

•Susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan)

• Bila payudara dipenuhi susu – FIL akan memperlahankan pengeluaran
susu.

• Bila payudara ‘kosong’ – FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat.

• Hormon lain yang terlibat – cortisol, insulin, tyroksin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...