MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Showing posts with label PERIHAL BABY. Show all posts
Showing posts with label PERIHAL BABY. Show all posts

Friday, October 17, 2014

2 Tips Mudah Untuk Ibu Malas Nak Mengemas Rumah

Bacaan ini khas untuk ibu yang busy, yang merasakan dirinya ada 20jam sahaja sehari. ha..ha.... Lagi sesuai untuk ibu - ibu yang malas nak mengemas rumah. Nak pula anak makin membesar. Sel - sel otak anak kita tengah berhubung dengan hebat dan aktifnya. So kita sebagai ibu kalau boleh, jangan keluarkan perkataan 'JANGAN' dekat anak - anak. Biasanya kalau kita cakap jangan..lagi dia buat. So kita cakap yang baik - baik je..heee

nak makan sendiri, tak nak orang suapkan

23hb ni Hasya akan berusia 1 tahun 2 bulan. Haaaa kecil lagi Hasya ni. Tapi semua nak buat sendiri. Pastu gigi pun dah penuh. Atas dah ada 8 batang gigi, bawah pun dah ada 8 batang gigi. Termasuk gigi geraham 4 batang. Tu dia...anak - anak saya memenag jenis cepat tumbuh gigi. Tapi lambat nak berjalan. Hasya ni lagi lah lambat, sebab terlebih manja dan mengada kuasa 2..hehee..Hasya seorang yang gayat sebenarnye. Nak bawa jalan - jalan naik motor pun dia takut. Emmmm..mama redha jelah.

Bila tengok Hasya makan memang seronok sangat. Sebab dia tak memilih, semua yang kita bagi dia bedal je. Pastu nak makan sendiri. Tak kiranlah dekat mana sekali pun. Pegi kedai pun nak makan sendiri gak. Saya ni setiap kali balik dari kedai  makan, saya mesti minta maaf dekat tokey kedai tu. Sebab tempat kami paling hebat "kemas"nye..hahahaha.

Kalau dekat rumah memamg letih gak. Nak pula lepas makan Hasya merangkak satu rumah. Nasi dah melekat - lekat dekat lantai. Alahai bercintanyeeeeeeee.......

So apa yang saya buat?

1) Sediakan mangkuk atau bekas untuk kutip nasi yang bertaburan.

Bila ada nasi bertabur, ibu - ibu kutip nasi tu dan masukkan ke dalam bekas. Kalau ada sampah pun boleh kutip gak. Senang kerja..2 dalam 1. Bak kata suami saya, orang malas memang banyak idea. Kita akan cari idea paling hebat untuk memudahkan kerja kita..betul tak? 

Memang taklah setiap kali anak makan, kita nak sapu, nak mop satu rumah..ohhhh banyak lagi kerja lain nak buat dek non..kekeke.


2) Sediakan Kain Lap dan Basic H (Spray) 

Saya guna 2 ni je untuk lap lantai yang dah melekit, lantai yang dah berminyak dan sewaktu dengannye. Tingkap berhabuk ke, dapur berminyak, lantai berkerak..semua saya guna Basic H (klik disini). Ni cara paling hebat untuk ibu malas nak mengemas rumah..(macam saya..hikhik)

debabnye jari jemari ku


 i) Langkah Petama - Spray Basic H dekat tempat yang berminyak atau melekit
ii) Langkah Kedua - Lap je dengan kain
iii) Siap! hilang minyak dan melekit ;)

Kalau anda tak percaya, cuba try. Serius best! Kalau anda nak tahu lebih lanjut pasal Basic H boleh layari blog Shaklee saya mamaqaireen.com atau KLIK DISINI.

So itu sajelah 2 Tips Mudah Untuk Ibu Malas Nak Mengemas Rumah ^__^

Berminat unutk membeli barangan Shaklee, anda boleh hubungi saya ,


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng

Wednesday, December 18, 2013

Jangan Ajar Anak Cakap Pelat.


Memang seronok melayan bayi bercakap. Dalam bahasa bayi yang kedengaran lucu pasti kita tak kering gusi mendengarnya. Apatah lagi ia disertakan dengan mimik muka si comel yang tidak puas dipandang. Rasa terhibur sangat.
Bayi anda akan mula bercakap dalam bahasanya sendiri tidak kira malam, siang, pagi atau ketika terjaga dari tidur. Keinginannya untuk meningkatkan kemahiran pertuturan perlu diberi galakan. Bagaimanapun jangan sekali-kali anda turut meniru gaya si kecil bercakap. Misalnya ‘aaa’, ‘aaau’, ‘uuu’ dan sebagainya. 
Tanpa anda sedari perbuatan tersebut akan menggalakkan bayi belajar bercakap secara pelat. Anak-anak kecil mudah terpengaruh dengan perkara pertama yang mereka dengar. Untuk merangsang kemahiran pertuturan si kecil, anda perlu rajin bercakap dengan mereka sejak usia bayi lagi.
Walaupun ketika itu bayi anda tidak faham apa yang dituturkan tetapi bayi boleh menyimpan apa yang didengar dalam kotak memorinya. Pastikan anda sentiasa bercakap dalam bahasa yang betul iaitu tidak pelat dengan anak kerana mereka akan meniru kata-kata yang keluar dari mulut ibu bapa. 
Sumber : PaMa

Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh, Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552

Monday, December 2, 2013

Baby SPA

Selalu kita biasa tengok orang dewasa je yang pergi SPA kan? Hari ni mama nak share baby pulak yang pergi SPA.

Alooorrrr geram betul tengok baby ni..elok je dia. Tenang je rasa..

Malas nak cerita panjang2..jom tengok!


Monday, December 24, 2012

Bayi Tantrum..Apakah Itu Tantrum?

Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri.  Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:

Bayi Tantrum


1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek

Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.



FAKTOR PENYEBAB TANTRUM

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:

1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.

4)Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.

5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

7) Trauma @ Fobia
Anak disiksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa. 
Sumber : disini

Cara mengatasi tantrum


Cara Mengatasi Bayi Tantrum


Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
Sumber : FB   Prof. Dr. Rozieta Shaary 


Saturday, April 21, 2012

Nama Anak Juga Mencerminkan Kesihatan

Assalammualaikum..pagi ni mama saya blogwalking. Tiba2 mama terjumpa dengan satu web ni. Mama tertarik dgn satu entry yang bertajuk "Nama Anak Juga Mencerminkan Kesihatan". 


Pernah tak anda dengar, ada org2 tua cakap "nama budak ni berat, tak sesuai" lepas tu mereka tukar nama lain. Mungkin mereka tak berapa pandai utk terangkan..so mereka cakap macam tu jelah kan?

Nama penuh anak mama NUR QAIREEN SYAZA = CAHAYA KEBAIKAN HARUM.


Mama memang cari nama yang "ringan" untuk dia, janji maksud nama tu baikkan. Oh ye..lagi satu..mama juga tak pernah panggil Qaireen dengan nama "pendek" atau nama "singkatan". Biarlah orang cakap, panjang sangat Qaireen tu..tapi mama tahu..maksud Qaireen adalah Kebaikan. Harapan mama, Qaireen akan jadi seorang Hamba Allah seperti namanya juga iaitu hamba ya BAIK ^_^


Jom mama nak share bersama info yang mama dapat..
________________________________________________________


Kebanyakan wali, ulama dan orang yang tinggi ilmu agamanya kerap memberikan nama anaknya yang hampir serupa dengan keluarganya, sebagai contohnya Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Zein Al-Abidin bin Ali bin Muhammad. Revolusi berlaku dan sejak pertambahan penduduk dunia, masing-masing ingin memberikan kelainan pada nama anaknya (termasuk nama ana pun lain dari yang lain). Ini termasuklah membuang nama keluarga kerana dianggap ketinggalan zaman seperti Wan, Tuan, Raja, Nik, Syed, Siti, Raden (keturunan abah ana ni), Megat, Putri, Sharifah, Dayang, Long, Che (Keturunan ummi ana), Pangeran, Abang, Awangku, Si, Hang dan lain-lain lagi.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
Dari Abu Darda’ Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda; “Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadith Riwayat Abu Dawud)

Nama yang baik untuk lelaki ialah Muhammad atau Ahmad. Hasan dan Hussin juga kategori nama baik. Manakala nama yang baik untuk wanita ialah sebagaimana nama yang diberikan oleh rasulullah kepada anak perempuannya. Nama memain peranan dalam kesihatan dan keselamatan. Di akhirat esok, ibu bapa juga akan ditanya tentang nama anaknya.

Nama anak yang dilarang kita berikan (mengikut konsep perubatan islam dan sihir) sejauh pengalaman ana antaranya:

a. Syafiqah (Penyayang/Belas Kasihan)
b. Balqis (Permaisuri Sheba, Habsyah/Ethiopia)
c. Zaquan (Cerdik/Harum)
d. Qistina (Keadilan)
e. Najwa (bisikan)
f. Balqmah
g. Saisan
h. Jin atau jeans atau Jenni atan Jan
i. Awamir
j. Batrisyia
k. Erisya (Arisya)
l. Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba

dan lain-lain nama jin kerana 12 contoh nama di atas telah menjadi trend zaman sekarang untuk diberikan pada anak. Mengikut konsep perubatan islam dan sihir, pesakit yang mempunyai nama tersebut (melalui pengalaman ana dalam merawat) kerap mendapat gangguan jin. Malah kes terbaru ialah Balqis di Terengganu.

Dari Ibnu Umar Radhiyallahu 'Anhu, bahawa Sayyidina Umar bin Al-Khattab Radhiyallahu 'Anhu mempunyai seorang anak perempuan namanya “‘Aashiah” (Penderhaka), Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam telah menukarkan namanya kepada “Jamilah” (Yang Cantik). (Hadith Riwayat Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah) 

Ada ibu kepada pesakit ana mempersoalkan, nama balqis itu nama isteri nabi sulaiman. Tapi kita harus ingat, Balqis (Permaisuri Sheba) itu adalah kacukan jin dan manusia (dan diakui oleh rasulullah melalui riwayat hadis). Rujukan terjemahan buku Pesona Ratu Balqis dalam buku karangan Ibnu Kathir. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami' as-Saghir oleh Imam as-Sayuti. Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.

Abdullah bin Muhammad bin Ubaid meriwayatkan satu hadis, daripada Mujahid, ia berkata: Iblis mempunyai lima anak, masing-masing diberi tugas, iaitu Thabur, A’war, Masuth, Dasim dan Zalambur. Thabur berurusan menggoda orang yang ditimpa musibah agar meratap, mengoyak-ngoyak pakaian dan meratap ratapan jahiliah: A’war ditugaskan menggoda manusia melakukan zina. Masuth ditugaskan menggoda manusia agar mencampuradukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah. Dasim pula menggoda suami agar marah isteri, manakala Zalambur menipu menyemarakkan manusia agar menipu ketika di pasar.

Elakkan short-form memberi nama anak seperti 'Mohd', 'Md' dan lain-lain bagi nama Muhammad. Ianya sama sekali tidak memberi apa-apa makna. Begitu juga siti yang berasal dari perkataan sayyidatuna/sayyidati (tuan perempuan kami), syed yang berasal dari perkataan sayyid (Tuan) atau Sidi (Sayyidi/Sayyiduna), Meor (dari perkataan Ameer) dan lain-lain lagi.

Berikan nama mengikut ejaan bangsa. Contohnya di Malaysia, ejaan "Muhammad" ialah "Muhammad". Jika di negara Balkan, mereka mengeja "Mehmet". Janganlah kita meniru mereka, kerana bangsa kita mengeja "Muhammad". 

Itu belum lagi nama yang kerap mendapat barah (sila rujuk hospital, kebanyakan pesakit barah hampir-hampir mempunyai nama yang sama). 

Selain itu, nama yang mempunyai maksud yang jahat, jahil dan kafir, lucah, ganas. Selain itu nama yang tidak dibenarnya.:
- zin/ziana (Zina)
- wati (setubuh/pelacur)
- nama perempuan kepada anak lelaki
- nama lelaki kepada anak perempuan
- nama vokal yahudi dan nasrani (contohnya Yusuf - Joseph, Musa - Moses, Ibrahim - Abraham, Daud - David, Sulaiman - Solomon, Iskandar - Alexander)

Jika tidak ada idea, letak sahaja nama Muhammad atau Ahmad kepada anak lelaki dan kepada anak perempuan letak sahaja nama Aisyah atau Fatimah. Ibu bapa dinasihatkan supaya mengutamakan nama yang mempunyai maksud yang baik dan tidak terlalu teruja dengan nama yang menjadi pilihan pada hari ini walaupun nama tersebut tidak mempunyai makna yang baik malah lebih malang lagi jika ia tidak selari dengan tuntutan Islam.

Isu Nama Anak Jin (updated: 20 Disember 2011)
Blog ini ditulis pada bulan November 2010. Isu ini timbul apabila Ustaz Sharhan menggunakan entry post dalam blog ana sebagai hujah di dalam TV pada pertengahan Disember 2011 baru-baru ini iaitu setahun selepas artikel ini ditulis. Perkara ini tidak patut dijadikan sebagai publikasi umum kerana orang yang terkena sihir bukannya 30 juta di Malaysia. Ianya sebagai nasihat kepada keluarga yang terkena sihir atau yang mempunyai saka supaya tidak menggunakan nama-nama ini. Perkara ini tidak patut diperbesarkan kerana ia dipandang dari sudut pengubatan Islam dan bukan dipandang melalui masalah akidah.

Nama anak jin: Pendapat Ustaz Zaharuddin dan pandangan Dato' Dr Haron Din " berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN

"Tiada sebarang dalil yang sohih berkenaan nama-nama tertentu adalah nama anak JIN, lalu dikatakan jika diguna dan dipanggil kepada anak kita, lalu anak kita akan ditimpa penyakit misteri. Hal ini sama sekali TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, malah bercanggah dgn firman Allah surah al-Naml ayat 65. Malah boleh termasuk dalam mensialkan nama tertentu, jika itu berlaku boleh jatuh syirik, Nabi bersabda :اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ Ertinya : Sial menyial itu syirik, sial menyial itu syirik ( Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

Saya (Dr Zaharuddin) baru sahaja menghubungi Dato' Dr Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama-nama tertentu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yang disebut di dalam hadis sahaja yang elok tidak digunakan sepertt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba dan beberapa yang lain disebut dalam hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dengan Al-quran."


Ulasan Hadis Nama Balqis

1. Salah satu daripada ibu bapa Balqis adalah jin
Perawi: Abu Hurairah dari Ibnu Uday dalam Kitab Al-Kamil Fi Al-Dhu'afa'
Status Hadis: Dhaif

أحد أبوي بلقيس كان جنيا
الراوي: أبو هريرة المحدث: ابن عدي - المصدر: الكامل في الضعفاء - الصفحة أو الرقم: 4/416
خلاصة حكم المحدث: [فيه] سعد بن بشير لعله يهم في الشيء بعد الشيء ويغلط والغالب على حديثه الاستقامة والغالب عليه الصدق

2. Salah satu daripada ibu bapa Balqis adalah jin
Perawi: Abu Hurairah dari Ibnu Al-Qaisrani dalam Kitab Zakhirat Al-Huffaz
Status Hadis: Dhaif

أحد أبوي بلقيس كان جنيا
الراوي: أبو هريرة المحدث: ابن القيسراني - المصدر: ذخيرة الحفاظ - الصفحة أو الرقم: 1/245
خلاصة حكم المحدث: [فيه] سعيد بن بشير ضعيف

3. Salah satu daripada ibu bapa Balqis adalah jin
Perawi: Abu Hurairah dari Ibnu Katsir di dalam Kitab Bidayat Wa An-Nihayah
Status Hadis: Hadis Gharib dengan Sanad Yang Dhaif

كان أحد أبوي بلقيس جنيا
الراوي: أبو هريرة المحدث: ابن كثير - المصدر: البداية والنهاية - الصفحة أو الرقم: 2/20
خلاصة حكم المحدث: غريب وفي سنده ضعف

4. Salah satu daripada ibu bapa Balqis adalah jin
Perawi: Abu Hurairah dari Al-Albani di dalam Kitabnya Al-Silsilah Al-Dha'ifah
Status Hadis: Mungkar

كان أحد أبوي بلقيس جنيا
الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني - المصدر: السلسلة الضعيفة - الصفحة أو الرقم: 5778
خلاصة حكم المحدث: منكر

5. Salah satu daripada ibu bapa Balqis adalah jin
Perawi: Abu Hurairah dari Al-Albani di dalam Kitabnya Dha'if Al-Jami'
Status Hadis: Dhaif

أحد أبوي بلقيس كان جنيا
الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني - المصدر: ضعيف الجامع - الصفحة أو الرقم: 185
خلاصة حكم المحدث: ضعيف

6. Salah satu daripada ibu bapa Balqis adalah jin
Perawi: Abu Hurairah dari Al-Albani di dalam Kitabnya Al-Silsilah Al-Dha'ifah
Status Hadis: Dhaif

أحد أبوي بلقيس كان جنيا
الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني - المصدر: السلسلة الضعيفة - الصفحة أو الرقم: 1818
خلاصة حكم المحدث: ضعيف


Pemberian nama manusia adalah suatu perkara yang penting dalam Islam.
Kepentingan ini jelas seperti mana yang disebut dalam al-Quran. Firman Allah :

"(Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, seungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih 'Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang di dekatkan (kepada Allah)" (Ali Imran: 45)


"Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan nama dia." (Maryam: 7)

"...dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." (as-Saff: 6)

Nama Ditinjau Dari Hadis
Seperti mana al-Quran, Nabi saw juga mengambil penting dalam pemberian nama. Nabi bersabda:

"Pada malam ini aku mendapat anak dan aku namakan dengan nama moyangku iaitu Ibrahim." (Hadis sahih Muslim dan Abu Daud)

Nabi menggalakkan kepada ummatnya agar memberi nama yang terbaik. Baginda bersabda:

"Sesungguhnya kamu akan dipanggil dengan Namamu dan Nama bapa kamu. Elokkanlah nama-nama kamu." (Hadis daif riwayat Ibnu Hibban).

daripada Abdullah bin Umar RA berkata,Nabi SAW bersabda: "sesungguhnya nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”. (Hadis sahih riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmizi.)

Ibnu Solah menyebut bahawa terdapat 220 orang sahabat Nabi yang bernama Abdullah. al-'Iraqi pula menyebut bahawa terdapat 300 orang sahabat yang bernama Abdullah.

Namakan dengan nama para Nabi,dan nama yang paling disukai di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman dan yang paling tepat ialah Haris(pekerja),Hammam(yang mempunyai keazaman).dan nama yang paling buruk ialah Harb(perang) Dan Murrah (pahit)” (Hadis riwayat Abu Daud dan Nasai)

Nabi sendiri meyuruh umatnya untuk menamakan dengan namanya. Baginda bersabda: "Berilah nama dengan namaku dan jangan beri gelaran kunyah dengan kunyah ku (Abu Qasim)" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi bersabda kepada seorang lelaki " Namakan anakmu dengan nama Abdur Rahman." (Hadis sahih riwayat Muslim)

“Apabila engkau memberi nama hendaklah yang ada perkataan 'Abdu” (Hadis riwayat Thabrani)

Imam Ibnu Hazm berkata: “Para ulama bersepakat bahwa disunatkan nama yang disandarkan kepada nama Allah seperti Abdullah dan Abdurrahman.”

Larangan Memberi Nama Buruk
Nabi saw bersabda: Daripada Umar RA berkata,Nabi saw bersabda,”Aku menegah daripada menamakan dengan nama Rafi’ (ketinggian)’, Barakah (keberkatan), dan Yassar (senang)”. (Hadis riwayat Tirmizi dengan sanadnya yang kuat.)

Dalam hadis yang lain, Nabi saw bersabda: “Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah 'kuntungan' ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab "Keuntungan tidak ada.” (Hadis sahih riwayat Muslim, Tirmizi dan Abu Daud)

Imam Nawawi berkata: Ulama syafie berkata: “Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama ini dan apa yang membawa kepada sebab larangan ini. Larangan ini adalah hanya makruh tidak haram.”


Thursday, February 23, 2012

Tips Elak Bayi Tersedak Susu


Sejak akhir-akhir ini banyak kes kematian bayi akibat tersedak susu, boleh dikatakan setiap bulan ade saja kes sebegini dilaporkan.Bayi hanya insan yang kecil tidak mengenali apa-apa lagi perbuatan manusia ,tidak mampu untuk mengalihkan botol susu tersebut hanyalah mengharapkan insan-insan disekelilingnya menjaganya..

Apabila terjadinya kejadian seperti itu sudah tentu sekali ibu bapa tersebut berasa amat sesal kerana kecuaian mereka atau pengasuh yang tidak ambil berat tentang keselamatan bayi tersebut. sumber dari Metro dan mama dapat dari Mama Irfan ini mama akan ringkaskan untuk anda semua.



Sebab-sebab bayi tersedak susu
  • Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.  
  • lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. 
  •  Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan
  • Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah

    Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi.
    • Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
    • Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
    • Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
    • Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
    • Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

      Cara Rawatan jikalau Bayi Tersedak susu

      •  Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.


      • Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar ,
      • dalam keadaan duduk menghadap kehadapan
      • tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan


      •  Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan.
      • Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

      Semoga dengan adanya tips ini kita tidak akan panik dan boleh mengatasi masalah bayi tersedak, bukan hanya untuk ibu bapa  tapi untuk semua jikalau berlaku pada bayi yang lain dan kita ada ditempat kejadian kita boleh membantu menolong bayi tersebut, ingatlah bayi adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai dan berharga, kasihi mereka dengan memberi kasih sayang yang sempurna.


      Wednesday, November 30, 2011

      TANAMKAN MINAT CINTA MUZIK DALAM DIRI ANAK ANDA



      Muzik adalah salah satu cara yang baik untuk membantu anak anda belajar dan mencurahkan perasaan kepada dunia.

      Berapa ramaikah antara kita yang mampu melupakan lirik ’Rasa Sayang Eh’? Gurindam dan lagu yang dipelajari ketika berada di tadika amat sukar dilupakan. Itulah kehebatan muzik. Dan kerana itulah Barney & Friends, Sesame Street dan High 5 begitu popular di kalangan kanak-kanak: nada yang menarik dan lirik yang mudah diingati menjadikan muzik sebagai pendidikan yang terbaik! Di sini diterangkan bagaimana anda boleh membawa muzik menjadi sebahagian daripada hidup anak anda:
      • Muzik membantu perkembangan pertuturan anak anda. 

        Dengan mengulangi beberapa lagu yang mudah, anda dapat membantu anak anda mempelajari asas pertuturan dan membina perbendaharaan kata. Lagu ABC, sebagai contoh, kelihatan mudah tetapi akan mengajar anak anda mengingati 26 abjad yang berbeza dengan mudah.

        Tip: Nyanyi lagu-lagu dengan nama haiwan, tumbuh-tumbuhan dan objek-objek lain dengan anak anda. Rakam nyanyian anak anda dan kemudian, dengarkan kembali rakaman itu.

      • Muzik menggalakkan pernyataan kendiri.

        Pada peringkat umur yang muda, di saat kanak-kanak tidak mampu untuk meluahkan perasaan mereka melalui kata-kata, muzik membenarkan mereka meneroka pelbagai perasaan.

        Tip: Nyanyi lagu-lagu yang menggambarkan pelbagai emosi seperti kebahagiaan, kesedihan, keresahan dan keinginan bersama pergerakan tangan. Anda juga boleh menggunakan boneka dan alat-alat permainan untuk meluahkan perasaan-perasaan ini.
      • Muzik membantu kanak-kanak mempelajari nombor. 

        Kanak-kanak yang tahu muzik dan rentak lagu dapat mempelajari nombor dengan lebih baik dan cepat daripada kanak-kanak yang lain.

        Tip: Nyanyi lagu-lagu dengan nombor seperti ‘Sepuluh Budak Hitam’, dan iringi lagu itu dengan pergerakan tangan yang mencerminkan nombor-nombor tersebut.
      • Muzik meningkatkan kemahiran sosial.

        Kanak-kanak yang menyertai kumpulan muzik kanak-kanak atau menyanyi di tadika akan menggalakkan mereka untuk belajar bekerjasama dan bergembira bersama rakan-rakan sebaya. Ini juga dapat membantu mereka membina kemahiran sosial yang lebih baik.

        Tip: Galakkan anak anda untuk menyanyi dan bermain muzik bersama-sama. Galakkan mereka untuk menyertai acara nyanyian dan tarian yang memerlukan mereka berinteraksi.
      • Muzik membina keyakinan diri. 

        Galakkan anak anda mengambil bahagian dalam muzik – sama ada dengan kehadiran penonton atau tidak. Ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka dan menggalakkan mereka belajar serta menerima cabaran baru.

        Tip: Beri perhatian kepada anak anda apabila dia menyanyi atau bermain muzik. Puji anak anda, tepuk tangan sepanjang nyanyian dan bertepuk tangan dengan penuh minat apabila dia mengakhiri persembahannya.

      JADIKAN MUZIK SEBAHAGIAN 
      DARIPADA KEHIDUPAN ANAK ANDA
      • Nyanyi lagu kegemaran anak anda bersama-sama. Tambahkan gerakan dan tarian untuk menjadikan lagu itu lebih menarik.
      • Mainkan lagu yang sama berulang kali. Kanak-kanak suka mendengar lagu kegemaran mereka berulang kali.
      • Perkenalkan alat-alat muzik yang mudah seperti gendang, penggoncang dan loceng untuk anak anda.
      • Kunjung kedai-kedai muzik bersama anak anda dan biar anak anda memilih satu CD muzik.
      • Dedahkan anak anda dengan pelbagai jenis muzik.


      Sumber : Positive Parenting

      Tuesday, November 22, 2011

      MEMBACA BERSAMA ANAK


      Seperti yang anda tahu, membaca merupakan kemahiran yang penting untuk anak anda dalam tempoh pembesarannya. Selancar mana dia membaca akan membantunya menentukan cara berkomunikasi, memahami dan belajar.

      Selain daripada menunggu sehingga anak anda menjejaki alam pra-sekolah, mulakanlah proses pembacaan kepadanya terlebih dahulu. Dia mungkin tidak dapat memahami pada peringkat awal, tetapi sekiranya anda meluangkan masa bersamanya bermain dengan huruf-huruf dan perkataan, dia akan membesar dengan minat membaca!
      Adakah anda tahu?
      Walaupun membaca dianggap sebagai aktiviti visual, sebenarnya kesemua deria anak anda terlibat ketika mempelajari kemahiran ini.
      • Ketika masih dalam kandungan, anak anda boleh mendengar suara anda dan akhirnya dia boleh belajar untuk mengaitkan perkataan yang disebut dengan tandatanda bertulis.
      • Latih anak anda mengenali huruf-huruf menggunakan jarinya dengan memberikan abjad yang terdapat dalam pelbagai tekstur, contohnya melekat kertas pasir atau kad keras di atas kertas lukisan; atau gunakan pelapik mainan berbentuk huruf.
      • Di bilik mandi dan dapur, bacakan label untuknya dan biarkan dia menghidu bau buah-buahan, bahan perasa dan alatan mandian.
      • Apabila anak anda semakin besar, minta pertolongannya untuk menyalin resipi, tunjukkan bahan-bahan yang diperlukan dan biarkannya merasa apabila perlu. Bantunya mencari maklumat di perpustakaan dan internet tentang asal-usul bahan-bahan masakan eksotik.

      Aktiviti: Cakap seperti saya
      Untuk umur: 1 tahun
      Apa yang diperlukan: Buku atau carta abjad-abjad (anda boleh buat sendiri dengan menggunakan pen berwarna dan kertas)

      Apa yang dilakukan: Namakan setiap huruf yang anda tunjukkan. Kemudian, pamerkan gambar atau objek yang bermula dengan huruf tersebut. Semakin dia membesar, galakkannya mengulangi percakapan anda dan membentuk ayat mudah menggunakan setiap huruf.
      Aktiviti: Nyanyi bersama saya
      Untuk umur: 2-6 tahun
      Apa yang diperlukan: Puisi berirama kanakkanak/ Lagu kanak-kanak

      Apa yang dilakukan: Bacakan puisi atau lagu secara kuat sambil bertepuk tangan mengikut rentak. Kemudian, jika boleh, ajak anak anda mengikutinya sekali. Lagu seperti “ABC” dan “1,2,3,4,5,Once I Caught A Fish Alive” juga boleh membantu anak anda untuk mengingati abjad dan asas mengira.
      Aktiviti: Perkataan orang buta
      Untuk umur: 
      6-8 tahun
      Apa yang diperlukan: Keratan besar huruf-huruf besar (4 inci setiap satu) menggunakan kertas pasir kasar; tuala atau kain sebagai penutup mata

      Apa yang dilakukan: Tutup mata anak menggunakan penutup mata (sekiranya dia selesa sedemikian) dan letak beberapa keratan huruf di hadapannya sambil mengeja perkataan yang dia tahu. Kira berapa lama masa yang diambil oleh anak anda untuk membaca perkataan tersebut dengan menggunakan jarinya. Tukar pusingan dengan anda atau pasangan anda mahupun ahli keluarga yang lain. Selepas 5 pusingan, tambahkan masa tersebut – pemenang boleh memilih ganjaran yang boleh dikongsi seisi keluarga!
      Aktiviti: Baca resipi
      Untuk umur: 9-12 tahun
      Apa yang diperlukan: Resipi ringkas yang boleh disediakan oleh anak anda dengan pengawasan anda.

      Apa yang dilakukan: Baca resepi bersama-sama. Untuk kanak-kanak yang lebih muda, anda perlu membaca beberapa langkah dan menjelaskannya satu persatu. Sekiranya anak anda sudah biasa menolong sejak kecil, anda tidak perlu membuat penjelasan tersebut. Tekankan kata kerja seperti ‘pecahkan’, ‘memukul’, ’mengacau’ dan seterusnya. Untuk kanak-kanak yang sudah besar dan cepat bosan, minta mereka membuat sebuah cerita berdasarkan apa yang mereka sedang lakukan. Sebagai contoh, semangkuk penuh tepung boleh menjadi lereng bukit berpasir di mana sebiji telur seekor burung gergasi ajaib telah terjatuh di atasnya, diikuti dengan hujan serbuk koko yang lebat. Luaskan imaginasi anda dan biarkan anak anda bermain dengan imaginasi tersebut.
      Biarkan mereka lihat anda membaca

      Kanak-kanak gemar untuk mengikuti jejak langkah ibu bapanya. Baca surat khabar setiap hari, dan sediakan bahan-bahan bacaan yang sesuai dibaca seisi keluarga pada hari minggu. Bincangkan tentang buku-buku yang dibaca oleh anak anda dan tanya mengapa dia menyukai buku tersebut. Dengan menunjukkan bahawa anda berdua mempunyai minat yang sama, secara tidak langsung memberitahunya yang anda turut mengambil berat tentang dirinya.
      Sumber : Positive Parenting
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...