MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Monday, September 23, 2013

Trimester Pertama Ku | HB 12.6 Paling Rendah

Assalammualaikum.

Bila bercakap pasal HB (hemoglobin)..mesti ibu2 yang tengah hamil akan ambil berat tentang benda ni kan?

Syukur kepada Allah..sepanjang mama mengandungkan baby no 2 ni..HB mama paling rendah 12.6 tau. Tu HB dah nak dekat bersalin.. (mama bersalin 23hb Ogos 2013). Selalunye bila kita dah masuk 7 bulan, HB makin menurunkan?

07 / 03 / 2013 bacaan HB 13.1

01 / 08 / 2013 bacaan HB 12.6

Mama ingin kongsikan bersama tahap2 bacaan utk HB yang normal sehingga yang merbahayakan kesihatan ibu hamil. Bila HB terlalu rendah, ibu hamil akan mengalami anemia. Apakah anemia? Jom mama kongsikan bersama anda info manarik ni.

Info Dari : MamaQaireen Shoppe

***********************************
HB Rendah Ketika Hamil?
1) Apakah itu anemia?

Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia(kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal).

2) Apakah tanda-tanda dan gejala anemia?

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
-Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
-Kelihatan pucat
-Kesukaran bernafas/sesak nafas
-Loya
-Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
-Sakit kepala dan pening
-Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
-Mudah lupa

Gejala yang jarang berlaku :
-Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
-Sakit di bahagian perut atau abdomen

3) Kenapa berlakunya anemia?

-Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik di dalam diet harian
-Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
-Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia.
-Walaupun jumlah pengambilan zat besi (iron) dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
-Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

4) Siapa yang berisiko mengalami anemia?

-Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
-Wanita yang mengandung kembar
-Wanita yang hamil dalam sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
-Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil zat besi dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

5) Adakah anemia berbahaya kepada saya dan bayi?

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan perkara berikut :
KEPADA IBU
-Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
-Tekanan darah tinggi(eklampsia)
-Keguguran
-Kematian
KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN
-Kematian janin
-Kelahiran bayi tidak cukup bulan
-Kelahiran bayi kurang berat badan

*Sebab tu kalau pergi check kat KK, nurse selalu marah kalau hb rendah kan??

6) Seriuskan masalah anemia saya?

Tahap keterukan anemia adalah seperti berikut:
a) < 6.9 - SANGAT TERUK
b) 6.9 < 8.0 -TERUK
c) 8.0 < 9.5 - SEDERHANA
d) 9.5 - 10.5 - RINGAN

*******************************************

Sekirannya anda mengalami HB yang terlalu rendah, anda boleh dapatkan Vitalea Shaklee. Kenapa Vitalea Shaklee? Sebab Shaklee BERBEZA..
* Vitalea mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal.
* Memberi 28 Jenis Vitamin yang penting dalam satu rumusan yg seimbang.
* menguatkan fungsi otak
* membantu proses metabolisme dgn vitamin2 B yg lebih seimbang
* ambillah bersama Vitamin C bagi meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.


Sila Layari http://mamaqaireen.com/low-hb-semasa-mengandung/

Sebarang pertanyaan :

Hubungi saya:
Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
SMS / Whatsapp : 017-5657552
E-Mail : admin@mamaqaireen.com

Monday, September 16, 2013

Trimester Pertama Ku | Pemeriksaan Setiap Bulan.

Pemeriksaan Ibu Hamil, Pengedar Shaklee Di Ipoh


Pemeriksaan Kehamilan..bagi setiap ibu yang hamil, anda harus menjalani pemeriksaan setiap bulan. Apa yang di periksa? Bagi yang baru pertama kali hamil..anda boleh baca di Persediaan Mengandung (Bahagian Petama) & (Bahagian Kedua)

Terdapat 2 tempat yang boleh kita jalani pemeriksaan. Macam mama, mama check up dekat Klinik Kesihatan dan juga Klinik Pakar Puan. Ada yang cakap mama buang masa sebab pergi  sampai 2 tempat. Tapi bagi mama..mama ada pendapat mama sendiri.

Ok contoh yang diberikan dalam babycenter untuk pemeriksaan di Klinik Kesihatan atau Klinik Swasta. Untuk lebih lanjut boleh klik DI SINI

Pemeriksaan Di Klinik Kesihatan dan Swasta, Shaklee Di Ipoh
Boleh klik pada foto untuk gambaran lebih jelas

Untuk Klinik Kesihatan Kerajaan mama pergi dekat Klinik Gunung Rapat. Dekat dengan rumah mama. Setiap kali pergi mmg ramai sangat orang. Tak kiralah datang awal ke..lambat ke..sekurang2nya dalam 3 jam baru selesai. Rasa macam nak patah pinggan menunggu giliran.

Buku Pink Ibu Mengandung, Shaklee Di Ipoh
Buku Pink mama yang dah hampir lunyai..hahaha...

Bagi Klinik Pakar Swasta pula..mama memilih Klinik Datin Dr. Mimin. Sebab apa mama pilih beliau. Emmmmm.....hehee..susah gak nk cakap. Tapi entah lah..mama rasa best sangat dengan dia. Lagi pun Dr. Mimin ni lembut orangnye. Cakap pun lembut je..Pegang kita pun lembut..dan yang paling penting..ramai orang cakap Dr. Mimin "jahit" cantik n kemas..kekekeke...

Klinik Datin Dr. Mimin, Shaklee Di Ipoh
Klinik Datin Dr. Mimin di Pantai Puteri Ipoh, Perak.

Datin Dr. Mimin, Shaklee Di Ipoh
Inilah my luvly Doc ^_^

Kad Check Up Ibu Mengandung, Shaklee Di Ipoh
Kad Check Up Setiap Bulan,

Ini pilihan mama, pilihan anda??? Terpulang pada anda..ikut budget dan keselesaan anda. ^_^



Hubungi saya :
Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
SMS / WhatsApp : 017-5657552
E-Mail : admin@mamaqaireen.com

4 Langkah Untuk Mengukuhkan Kewangan Bakal Ibubapa

Kini anda sudah mempunyai sebuah keluarga. Maka pengurusan wang amat penting.


Kehadiran bayi dalam hidup anda akan membuatkan anda memikirkan semula kehidupan yang anda sia-siakan selama ini. Pertama sekali adalah kedudukan kewangan anda. Berapa banyak pendapatan anda suami isteri tidak penting. Apa yang penting ialah mengetahui kedudukan anda sekarang, arah tuju dan perancangan anda untuk mencapai matlamat anda:

1 TETAPKAN MATLAMAT
Matlamat kewangan anda mencerminkan perkara yang paling penting untuk diri anda dan keluarga anda. Matlamat akan membantu anda menguruskan wang serta mendorong anda untuk mengawal dan merancang. Bersama-sama dengan pasangan anda, senaraikan:
  • Matlamat jangka pendek: dapat dicapai dalam beberapa minggu atau bulan seperti lawatan hujung minggu atau pakaian baru.
  • Matlamat jangka sederhana: dapat dicapai dalam masa satu hingga lima tahun seperti kereta atau komputer.
  • Matlamat jangka panjang: dapat dicapai dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun seperti rumah atau pendidikan anak anda.
  • Jumlah simpanan untuk setiap matlamat bergantung kepada anda dan pasangan anda. Bincang hal ini bersama-sama secara terbuka dan capai persetujuan yang menggembirakan kedua-dua pihak dan dapat diuruskan. 
2 PEMANTAUAN
Langkah pertama untuk mencapai matlamat anda ialah dengan merancang perbelanjaan anda. Mulakan dengan merekod perbelanjaan rumah anda untuk tempoh lapan minggu. Matlamat anda bukan untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi untuk menjawab soalan-soalan ini:
  • Di mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda?
  • Berapa banyak anda berhutang setiap bulan?
  • Berapa baki wang yang tinggal pada setiap akhir bulan?

3 KAJI SEMULA
Jadi, adakah tabiat perbelanjaan anda baik? Jika anda dapati tiada baki yang tinggal pada akhir bulan, anda perlu menilai semula tabiat perbelanjaan anda. Tanya diri anda:
  • Barangan rumah yang anda boleh tukar kepada jenama yang lebih murah?
  • Adakah senarai barang runcit anda mengandungi barangan 'indah di mata' berbanding barang-barang keperluan yang lebih penting?
Kaji semula perbelanjaan yang mewah (cth. barangan elektrik, langganan majalah, rawatan kecantikan, hiburan dan sebagainya). Yang mana anda boleh kurangkan?

4 MERANCANG
Sekarang, setelah memahami corak perbelanjaan anda, anda boleh merancang perbelanjaan yang berguna untuk keluarga anda. Ini caranya:
  • Nyatakan pendapatan bulanan anda.
  • Tambahkan jumlah perbelanjanan anda.
  • Peruntukkan jumlah yang tetap untuk kecemasan atau perbelanjaan bermusim seperti cukai jalan atau pembaharuan insurans.
Jika anda mempunyai lebihan wang selepas ini, itu adalah berita yang baik. Anda telah melangkah lebih dekat untuk mencapai matlamat anda. Jika tidak, anda perlu merujuk semula Langkah 3 dan kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.
mypositiveparenting


Hubungi saya :
Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
SMS / WhatsApp : 017-5657552
E-Mail : admin@mamaqaireen.com

Sunday, September 15, 2013

Memenuhi Keperluan Pemakanan Anda Semasa Berpantang


Selepas menyambut kelahiran cahaya mata anda, perkara yang mungkin ada di benak fikiran anda ialah bagaimana memulihkan badan anda selepas melahirkan anak. Anda juga harus memberi tumpuan kepada makanan yang dapat membantu anda menghasilkan susu badan yang berkualiti untuk menyusukan bayi anda. Untuk mencapai objektif ini, ramai ibu-ibu di Malaysia masih mengikuti diet berpantang tradisional mengikut budaya masing-masing. Diet berpantang tradisional adalah selamat, asalkan anda tidak mengambil mana-mana kumpulan nutrien tertentu secara berlebihan. Ia akan membantu mengelakkan sebarang komplikasi.
Diet berpantang menumpu kepada pemulihan keseimbangan badan; dan boleh dicapai dengan memakan jenis makanan tertentu sementara mengelakkan jenis makanan yang lain. Diet berpantang pelbagai budaya mempunyai persamaan di mana mereka menggalakkan pengambilan makanan yang "memanaskan" badan. Makanan-makanan ini dipercayai boleh meningkatkan peredaran darah dan menguatkan sendi. Makanan yang "menyejukkan" tidak digalakkan kerana dipercayai boleh menyebabkan reumatisme, artritis dan melemahkan sendi dalam badan.
Memandangkan ketiadaan Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) yang khusus bagi wanita dalam pantang, anda digalakkan untuk merujuk pada RNI Malaysia bagi wanita yang menyusu dalam tempoh enam bulan yang pertama selepas bersalin.

Keperluan Nutrien

Memenuhi Keperluan Pemakanan Anda Semasa Berpantang
Tenaga dan nutrien lain yang dihasilkan dalam susu ibu setiap hari sering melebihi pengambilan dalam nutrien yang disyorkan. Namun, wanita yang menyusu boleh menggunakan simpanan lemak yang terkumpul semasa kehamilan bagi membantu dalam penghasilan susu. Disebabkan oleh aspek penyusuan ini, penurunan berat badan secara beransur-ansur akan berlaku.
Tidak ada salahnya untuk mengamalkan diet berpantang mengikut budaya anda, asalkan anda tidak mengikut dengan melampau. Pastikan pengambilan anda mematuhi panduan RNI di atas, dan anda tidak perlu bimbang dari segi pemakanan. Adalah penting untuk memberi perhatian terhadap kekurangan vitamin, mineral serta serat kerana banyak jenis buah-buahan dan sayur-sayuran adalah dilarang makan. Tidak kiralah diet pantang mana yang anda ikuti semasa berpantang, asalkan anda makan setiap kumpulan makanan (bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging/ayam dan susu) dalam jumlah yang seimbang. Makan secara sederhana dan mempelbagaikan pengambilan makanan anda untuk mendapat semua nutrien yang anda perlukan.

mypositiveparenting


Hubungi saya :
Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
SMS / WhatsApp : 017-5657552
E-Mail : admin@mamaqaireen.com


Saturday, September 14, 2013

Trimester Pertama Kehamilan Ku

Assalammualaikum..actually dari sehari ke sehari mama nak cerita ttg perjalanan kisah mama mengandungkan anak ke2 mama. Tapi disebabkan alah yang teruk so dah lepas bersalin baru boleh cite..hehee.


Mulanye pada bulan Disember 2012 tahun lepas. Perubahan awal yang terjadi pada mama ialah..muka mama naik jerawat! ohhh tensen sangat time tu..sampai baba cakap "selama saya kenal awak..ni 1st time saya tengok muka awak macam ni"..citttt....kurang asam..hahahaha.....

Bila period tak datang, so kita pun mulalah rasa lain kan? bila buat UPT result -ve pulak, tapi badan dah rasa lain, dah mula nak pening dan loya. Last2 tak puas hati pergi Klinik Taqwa (klinik family mama) tp doc suruh tunggu lagi 2 atau 4 minggu..aduhhh tensen betul. Lepas 1 minggu pergi Klinik Pakar Bersalin & Sakit Puan Dr Raoofah pulak. Bila scan doc cakap baru 4 weeks, tapi kiraan last period patutnye dah 6weeks..lagi double tensen..huhu..doc suruh datang lagi 4 minggu..nak tgk mcmn? Tapi mama tak puas hati..lepas 2 minggu pergi klinik Datin Dr. Mimin pulak. Scan punye scan doc kata tak de heartbeat..huaaaaa masa tu dah pasrah dan redha je..tapi doc cakap..kita try check ikut bawah, tengok mcmn..jeng..jeng.....seram je kan? Alhamdulillah..ada heartbeat..baby dah 6weeks rupa2nye.

Dan selepas itu mulalah proses morning sickness yang mencabar..hoho.....

Lama juga mama kena alah tau, hampir nak masuk 5 bulan. Allah jelah yang tahu bertapa seksanye rasa..semua yang makan keluar balik sampai muntah kuning. So apa yang mama buat. Pagi mama mesti akan ambik Mighty 3 Gems untuk kekal bertenaga..kalau idak mmg lembik! Kalau nak tahu apa dia Might 3 Gems ni boleh klik DI SINI. 2 ke 3 bulan pertama mama mmg tak boleh masuk apa2 ubat pun. Cumanye, sebelum tidur mama akan pastikan mama akan ambik Ostematrix Shaklee. Dah tidur..takde lah muntah balik pil tu kan?hehee..

Mighty 3 Gems Shaklee, Pengedar Shaklee Di Ipoh
Belah Kiri Mama punye (Mighty 3 Gems)
Belah Kanan Qaireen punye (Mealshake + Sirap)

Ok..nak tahu lagi kisah menarik ttg mama? tunggu sambungan kisah menarik mama sepanjang kehamilan no2 ni..mmg macam2 yang best tau!
** Klinik Pakar mana mama pergi check up tiap bulan.
** HB tak pernah kurang dari 12.6
** Cergas dan Ceria
** Mama kena demam campak..huhu
** Berpuasa sepanjang mengandung
** Dan sehinggalah ceria sokmo sepanjang Berpantang.

tungguuuuu....... ^_^

Hubungi saya :
Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
SMS / WhatsApp : 017-5657552
E-Mail : admin@mamaqaireen.com

Wednesday, September 11, 2013

Telur Punca Sakit Jantung?

Telur tinggi kandungan kolestrol dan anda akan diserang sakit jantung jika sering makan ‘haiwan’ bercengkerang ini. Bohong!

Persatuan Jantung Amerika telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sukatan spesifik yang disarankan ke atas individu terhadap pengambilan telur. Bermakna dalam seminggu, anda boleh menikmati hidangan berasaskan telur sekerap mana pun tanpa perlu bimbang kesan sampingannya.


Sementara itu, sebuah kajian mengenai fakta diet dan mitos yang diterbitkan dalam Harvard Heart Letter oleh penerbit Sekolah Perubatan Harvard mendapati, tiada kaitan antara tabiat makan telur dengan kesannya yang didakwa boleh menyebabkan sakit jantung!
Sebaliknya telur adalah sumber nutrisi yang baik. Sebiji telur mengandungi enam gram protein dan lemak tepu yang sihat. Telur juga kaya dengan sumber kolina, sejenis vitamin B kompleks yang dikaitkan dengan kekuatan memori serta lutein dan zeazantin yang membantu fungsi mata.
Bagaimanapun, berhati-hati dengan kaedah penyediaan hidangan berasaskan telur. Hidangan sebiji telur boleh berubah kandungan nutrisinya mengikut kaedah memasak kerana faktor bahan sampingan yang digunakan sebagai contoh minyak masak dan mayones yang tinggi kandungan lemak.
Gizi Menu Telur 
Kaedah Memasak
Saiz Hidangan
Tenaga
Lemak
Telur rebus
1 biji
70 kcal
4.9 gm
Telur ½ masak
1 biji
80 kcal
5.6 gm
Telur mata kerbau
1 biji
100 kcal
7.7 gm
Telur dadar 1 potong
20 gm
60 kcal
5.0 gm
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
###############################################
Apa lagi penggemar telur..mesti anda mula senyum lebar kan? Nasi panas makan dengan telur mata + kicap pun sodap. ^_^

Hubungi saya :
Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
SMS / WhatsApp : 017-5657552
E-Mail : admin@mamaqaireen.com

Tuesday, September 10, 2013

CoQ Health Plus Shaklee | Promosi Bulan September 2013

CoQHealth Shaklee, CoQ10 Shaklee, shaklee di ipoh


Untuk bulan September ni, Shaklee membuat promosi CoQHealth Plus Buy 6 free 1. So sape2 yang berminat boleh lah buhungi saya untuk dapatkan harga yang istimewa ^_^

Untuk lebih Info, boleh layari web bisnes shaklee saya dia mamaqaireen.com 


Hubungi saya :
Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
SMS / WhatsApp : 017-5657552
E-Mail : admin@mamaqaireen.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...