MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Sunday, January 30, 2011

SPAGHETTI AYAM

Hari ni mama & baba makan spaghetti. Permintaan dari baba. ^_^


Bahan - Bahan : Untuk 8 Orang Makan
I bungkus spaghetti (direbus sehingga lembut)
2 ketul dada ayam (dicincang..nak beli daging cincang jenama Burger Ramly pun boleh)
2 biji bawang merah (dihiris)
5 ulas bawang putih (dicincang)
1 tin tomato puree 
4 biji tomao (dipotong dadu)
3 ketul sosej (dihiris)
1/2 tin cendawan butang (dihiris)
1 sudu kecil mix herb 
Sedikit lada hitam (ditumbuk) & garam

Cara - Cara :
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam cincang, masak sehingga garing. Selepas itu masukkan pula cendawan dan sosej.
3. Bila semuanya sudah sebati, bolehlah masukkan tomato puree. Kacau sehingga mendidih. Sekiranya terlalu pekat, tambahkan dengan sedikit air.
4. Akhir sekali masukkan tomato, lada hitam dan garam.


Saturday, January 29, 2011

BREASTFEEDING IN PUBLIC

Hari ni mama nak bercerita sikit ttg bf di tempat awam. Dengan cara yang seksi (seksilah sangatkan) dan yg penting masih menutup aurat.


Qaireen mmg suka berjalan2 naik kereta. Dia wajib ddk dekat car seat untuk keselamatan dan mama mmg tak larat nak dukung Qaireen, coz anak mama sangat2 aktif, tak tahu duduk diam. Mama suka sangat Qaireen aktif. I luv u so much darling 


2nd time duduk dekat troli..bukan main suka lagi. Tapi, dia gayat juga tu..kekeke....


Hah! inilah dia breastfeeding in public. (Tengoklah kaki & tangan dia..hehehe)
Orang2 dekat belakang, bukan perasan pun apa yang mama tengah buat. Mesti diaorang ingat mama tengah dukung Qaireen. Padahal, Qaireen tengah "layan" baikkkkkk punye......hehehehe....

Cara mama :
1) Mama akan pakai tudung macam dalam gambar ni, coz senang nak cover. Dah tak boleh nak pakai selendang, nnt Qaireen tarik. Senget2 tudung mama, tak pasal2 jadi macam Hana Tajima pulak (perasannye!!)

2) Mama pakai baju yg boleh buka atau tarik ikut atas, so senanglah kan. Tak payah nak selak dari bawah. Kadang2 mama pakai cardigan atau mama bawa shawl untuk cover.

3) Pilihan terakhir mama akan bf Qaireen di bilik menyusu (bukan semua tempat ada) atau surau.


Ni hah..bukan main ceria lagi. Ialah perut dah kenyang ^_^

Friday, January 28, 2011

RESEPI BUBUR NASI + KURMA + PISANG + EPAL

1st time mama buat untuk Qaireen. Bubur nasi perisa buah.


Nasi + 2 biji buah kurma + 1 biji pisang emas + 1/2 biji epal merah (dibuang kulit)


Bubur dah siap masak. Manis..sedap..


Tambah air suam sikit.


Dah siap ^_^

EBM - Bagaimana nak cairkan??


Info : Alin

1.  Pilih botol frozen EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku.

2.  Turunkan frozen EBM ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. keesokkan harinya susu akan cair… InsyaAllah ATAU....


3. ... lalukan frozen EBM di bawah aliran air paip.

4. Bila dah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air panas/suam.
5. AMARAN KERAS !!!
  • JANGAN cairkan frozen EBM at room temperature
  • JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan frozen EBM kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
  • JANGAN masak frozen EBM di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.
  • Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos… kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
  • Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, so kene pandai budget supaya tak membazir.
TIPS
  • Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
  • Hold your baby when feeding EBM
  • Jadikan feedings an enjoyable time for you and your baby. Rangsang bayi anda dengan berborak bersama baby dan berikan banyak senyuman.
  • Sesudah minum, BURP kan baby anda.
INFO... INFO...


Chilled EBM (Susu yg dah perah, disejukkan dibahagian sejuk (bukan beku)) normally akan terbahagi kepada 2 lapisan… atas dia bhgn lemak, bwh dia air.. this is perfectly normal, jangan pulak korang ingat susu tu basi and buang plak. Wat u need to do, is masa panaskan susu tu, GENTLY SWIRL the bottle to mix the lapisan.



Rujukan : 
Gambar dari http://mom2muzz.blogspot.com/2009/12/storing-breast-milkthawing-frozen.html
http://sweetstory.yuitsumuni.com/2010/03/bagaimana-nak-cairkan-ebm/

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan Susu Ibu


Info : blog kak N & Alin

Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH 

  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey
  • Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni  boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel. 
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?
  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
  (sebelum dibekukan) - 3-7 hari
  (selepas dibekukan) - 24 jam
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
PERINGATAN: 
  • susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula 
  • susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku. 
  • Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. 

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

Rujukan : 
http://sereniety.blogspot.com/2009/08/penyimpanan-asi-ebm.html
http://www.momschoice.com.my/blog/
http://mom2muzz.blogspot.com

Tuesday, January 25, 2011

INTRODUCING SOLIDS TO BREASTFEEDING BABIES



Hari Ahad lepas pada 23hb Jan 2011 mama pergi SGM di Ipoh. Tajuk SGM kali ni ialah  INTRODUCING SOLIDS TO BREASTFEEDING BABIES. Ok mama nak tanya ibu2 semua..

bilakah waktu yg paling sesuai kita boleh bagi baby start makan bubur nasi???

- 4 bulan??
- 6 bulsn??
- 8 bulan??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ok sebenarnya tanda2 baby dah bersedia di beri solids food ialah :

1. Pertama sekali mestilah baby tersebut dah boleh DUDUK...tidak kiralah samada baby itu duduk sendiri atau pun sudah stabil apabila didudukkan. Ini kerana ESOFAGUS berada dekat dengan tulang belakang baby..so kalau baby dah boleh duduk maknanya makanan akan masuk dgn selamat ke dlm perut mereka. Dihasihatkan juga, ibu2 jangan sesekali memberi solids food dgn cara baring (mama juga pernah beri Qaireen secara baring) BAHAYA! Takut tercekik atau orang selalu ckp tersedak susu. Sebab apa baby boleh tersedak susu? Macam kita org dewasa..bila kita memasukkan sesuatu benda atau jolok tekak kita, kita akan rasa nak termuntah kan?? tapi baby tidak..sebab tu mereka boleh tersedak. 

2. Kedua baby dah  boleh MENGGELENGKAN KEPALA. Apabila baby mampu utk menggelengkan kepala maka baby sudah boleh utk mencuba dan menghabiskan saki baki makanan di dalam mulutnye sebelum kita menyuapkan lagi makanan. Malah dengan menggelengkan kepala, mereka akan memberi tanda bahawa mereka tidak mahu makan atau sudah kenyang.

Kesimpulannya selepas umur 6 bulan, susu ibu bukan lagi makanan utama dan baby perlu diperkenalkan dgn mknn pejal (bukan makanan pelengkap) yg bertujuan mengajar baby merasai pelbagai tekstur dan rasa. Namun, kalau baby menolak, just sabar dan jgn memaksa baby utk makan sebab mungkin baby belum betul bersedia. ^_^

Tambahan : 
Kalau boleh jangan lah beri baby kita makanan di dalam botol atau tin ye..sebab makanan tersebut mempunyai bahan pengawet. 
Yang paling penting..beri mereka makanan semulajadi, tanpa bahan perisa. 
Beras perang juga amat bagus untuk baby.


Thx Doc Nadrah Arifin (MBfPC)

Monday, January 24, 2011

USAH BIMBANG JADI KENDUR

Wah..best betul tajuk mama hari ni ye..kekeke Ialah sape tak takut kendurkan.."ASET"! 
Tapi...mama peduli apa..biarlah kendur ke, kelebeh ke..janji Qaireen dapat susu yg terbaik.
Selagi baba tak bising..oklah kan ^_^

Jom mama nak kongsikan bersama dgn ibu - ibu semua.

Sumber : myMetro


BANYAK FAEDAH...menyusukan anak
bukan penyebab kepada payudara kendur malah banyak faedah diperoleh daripada menyusukan
anak iaitu mengelak jangkitan kuman dan kanser payudara.
BANYAK FAEDAH...menyusukan anak bukan penyebab kepada payudara kendur malah banyak faedah diperoleh daripada menyusukan anak iaitu mengelak jangkitan kuman dan kanser payudara.
RAMAI wanita bimbang mengenai masalah payudara kendur sehingga ada yang mendapatkan pelbagai rawatan untuk menegangkan payudara. Ada pula berpendapat penyebab utama payudara kendur kerana sering menyusui anak.
Secara saintifiknya payudara adalah kelenjar yang berfungsi menghasilkan susu. Struktur utama payudara dibentuk oleh kilang kelenjar susu. 






   
  • FotoROKOK...merokok akan merosakkan elastin iaitu sejenis fiber protein yang memberikan keanjalan dan ketegangan kulit seorang wanita.
  • Foto


Di sekeliling kilang kelenjar terdapat tisu lemak, kolagen dan ligamen. Payudara tidak mempunyai otot atau tulang.

Oleh itu saiz payudara bukan saja dipengaruhi oleh kelenjar susu yang ada tetapi juga oleh berapa banyak terdapatnya tisu lemak dan kolagen di sekeliling kelenjar susu itu.

Menurut Konsultan Laktasi (IBCLC) dan Pensyarah Kanan, Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Zaharah Sulaiman yang sekarang sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana (PhD) di Universiti La Trobe Melbourne, Australia dan membuat kajian mengenai penyusuan ibu di kalangan wanita bekerja dia menolak dakwaan mengenai faktor menyusu menyebabkan payudara kendur.

Katanya, ini kerana bentuk dan saiz payudara seseorang boleh dipengaruhi faktor umur, gen (keturunan), etnik dan pemakanan seseorang wanita. Adalah satu kebiasaan bagi payudara seorang wanita berbeza saiz antara yang kiri dan kanan di mana satu lebih besar dan kecil.

Dr Zaharah berkata, terdapat beberapa faktor menentukan bentuk payudara antaranya keanjalan ligamen yang menampung atau mengampu payudara serta tarikan graviti secara semula jadi yang akan menyebabkan payudara kendur.

"Payudara bersaiz besar dan lebih berat akan mempunyai tarikan graviti yang lebih. Tarikan graviti ini akan menyebabkan ligamen dan kulit payudara tertarik dan menyebabkan kekenduran.

"Bentuk dan saiz payudara yang normal juga berbeza-beza. Ada bersaiz kecil dan besar. Ada yang bulat dan ada bentuk panjang dan lonjong.

"Begitu juga dengan bentuk puting payudara. Ada puting timbul, leper dan tenggelam. Semua ini adalah kepelbagaian dalam bentuk normal," katanya.

Menurutnya, peningkatan usia penyebab utama kekenduran payudara.

Jelasnya, payudara kendur adalah proses semula jadi wanita kerana pembentukannya dipengaruhi hormon estrogen.

Katanya, kekenduran payudara menjadi lebih nyata semasa menopaus apabila aras hormon estrogen amat berkurangan.

Beliau berkata, proses kekenduran payudara tidak nampak ketara bagi wanita mempunyai saiz payudara amat kecil kerana mempunyai tarikan graviti lebih kecil.

"Merokok adalah penyebab utama kekenduran payudara. Ini kerana rokok merosakkan elastin iaitu sejenis fiber protein yang memberi ketegangan dan keanjalan kulit seseorang.

"Oleh itu apabila seseorang merokok, ini akan merosakkan elastin dan mempercepatkan kekedutan serta mengurangkan keanjalan pada ligamen.

"Merokok juga boleh merosakkan tisu ovari (kilang telur) yang bertanggungjawab menghasilkan hormon estrogen.

"Estrogen adalah sejenis hormon wanita yang dirembes oleh ovari untuk merangsang pembentukan payudara," katanya.

Menurut Dr Zaharah, kekerapan kehamilan juga punca kepada payudara kendur.

Jelasnya, ketika hamil, payudara seorang wanita mengalami perubahan ketara apabila kelenjar susu mula membesar sebagai persiapan untuk menghasilkan susu.

Katanya, pembesaran kelenjar susu mengurangkan tisu lemak pada payudara.

"Selepas bersalin dan apabila penghasilan susu tidak lagi diperlukan (sama ada wanita itu menyusui anaknya ataupun tidak), kelenjar susu akan kembali mengecut.

"Tisu lemak yang telah berkurangan tidak kembali semula ke peringkat sebelum hamil. Begitu juga dengan keanjalan ligamen yang mengampu payudara berkurangan.

"Justeru jika wanita kerap hamil, perubahan saiz payudara juga berlaku dengan kerap dan ini akan menyebabkan kekenduran boleh berlaku dengan lebih cepat," katanya.

Menurutnya, wanita kerap hamil walaupun tidak menyusukan bayi mempunyai risiko untuk mendapat payudara kendur lebih cepat.

Katanya, faktor terakhir ialah penurunan berat badan ketara menyebabkan tisu lemak berkurangan.

Jelasnya, namun kulit dan ligamen tidak menegang dengan pengurangan tisu lemak ini akan menyebabkan payudara kelihatan kendur.

Katanya, berdasarkan semua fakta di atas wanita tidak perlu takut menyusui bayi mereka kerana menyusu tidak meningkatkan risiko kekenduran payudara.

"Susui bayi anda kerana banyak manfaat kesihatan diperoleh bukan saja kepada bayi tetapi untuk ibu.

"Kajian menunjukkan wanita menyusui bayi berisiko lebih rendah mendapat kanser payudara dan kanser ovari daripada wanita yang tidak menyusui bayinya.

"Bayi yang mendapat susu ibu juga lebih sihat dan kurang risiko untuk mendapat jangkitan kuman.

"Namun kajian ini tidak membandingkan antara wanita yang menyusui dengan wanita yang tidak menyusui bayi terhadap kekenduran payudara. Kajian ini melihat apakah faktor yang menyebabkan kekenduran payudara. Ini adalah dua pernyataan yang berbeza," jelas Zaharah.

Katanya, wanita yang tidak pernah mengandung atau menyusui anak juga turut berdepan dengan masalah payudara kendur kerana proses penuaan dan perubahan semula jadi.

Apa yang berbeza, ujar beliau, kekenduran berlaku lebih ketara kepada wanita yang mempunyai risiko seperti di atas.

Kekenduran berlaku dengan lebih ketara ketika wanita mengalami menopaus kerana kekurangan aras hormon estrogen. Wanita yang mempunyai payudara yang lebih besar (oleh itu payudara lebih berat) boleh mengalami kekenduran dengan lebih cepat disebabkan tarikan graviti yang dialaminya lebih ketara," ujarnya.

Menyedari kepentingan payudara sama ada untuk menyusui bayi atau dianggap sebagai aset kecantikan wanita, kebanyakan wanita mencari rawatan bertujuan mengembalikan keanjalan payudara. Di pasaran terdapat pelbagai produk kecantikan bertujuan untuk mencantikkan payudara. Secara umumnya Zaharah berpendapat kesan diperoleh hanya bersifat sementara terutama ketika produk ini digunakan. Apa yang harus diperhatikan adalah kemungkinan kesan sampingan produk itu yang boleh berlaku sama ada dalam jangkamasa pendek atau panjang.

Ada juga wanita yang menjalani pembedahan plastik payudara sama ada untuk membesar atau mengecilkan payudara untuk mendapatkan saiz dan bentuk yang diidamkan. Ini juga tidak bertahan lama dan pada kebiasaannya perlu dilakukan beberapa kali untuk mengekalkan bentuk yang diingini. Lebih-lebih lagi untuk yang beragama Islam, perbuatan ini haram di sisi agama kecuali pembedahan itu dilakukan atas sebab-sebab kesihatan (seperti membuang ketumbuhan).

"Saya merasakan apa juga yang dilakukan hanya mampu untuk melambatkan proses kekenduran, hakikatnya kekenduran payudara akan tetap berlaku. Ini adalah kerana proses penuaan adalah fitrah. Payudara seperti juga organ lain, ia anugerah Allah. Jika seseorang suami atau lelaki tertarik kepada wanita hanya disebabkan ketegangan payudara yang dimiliki oleh wanita itu, maka lelaki itu hanya mengimpikan sesuatu yang sementara saja.

"Ini kerana proses penuaan ini bukan saja dialami wanita tetapi lelaki. Jika isteri atau wanita mengalami penuaan, maka suami atau lelaki juga mengalami fasa penuaan yang dikenali sebagai andropaus. Keberkatan dan kebahagiaan rumah tangga bukan terletak semata-mata pada rupa paras fizikal tetapi juga keserasian dan kebolehan pasangan untuk menerima pasangan masing-masing seadanya dengan kekurangan masing-masing," katanya.


Panduan menjaga payudara: 

1. Jangan merokok

2. Menyusukan bayi. Ini kerana menyusu anak adalah hak seorang anak untuk mendapatkan nutrisi terbaik dari ibunya. Lebih-lebih lagi ia benteng terbaik yang boleh mengurangkan jangkitan kuman kepada bayi dan mengurangkan risiko kanser payudara pada ibu.

3. Penggunaan coli. Terdapat banyak pendapat mengenai cara penggunaan coli. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada kajian menunjukkan penggunaan coli boleh mengelak payudara kendur. Ada kajian yang mengatakan coli boleh mengurangkan kekenduran hanya pada masa coli itu dipakai. Apa yang lebih penting adalah menggunakan coli yang sesuai dengan saiz dan bentuk payudara seseorang. Coli yang terlalu ketat boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan pada tulang belakang (belikat) dan juga tidak baik untuk postur. Terdapat coli yang dibuat sesuai digunakan untuk mengampu payudara ketika menjalani aktiviti sukan.

4. Senaman. Secara umumnya, senaman fizikal bertujuan untuk menguatkan otot. Walau bagaimanapun, kelenjar payudara tidak mempunyai otot. Tetapi payudara hanya terletak di atas otot dada. Oleh itu senaman fizikal yang boleh menguatkan otot dada ialah berenang kerana secara tidak langsung boleh meletakkan payudara pada tempat yang lebih kemas.

Saturday, January 22, 2011

BAGAIMANA PENYUSUAN SUSU IBU TERJADI??

Sumber : mama ambil dari blog Ayu thx ^_^

Prolaktin dan oksitosin adalah hormon-hormon yang berperanan penting dalam penyusuan ibu di samping hormon-hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesteron.


Semasa kehamilan, aras estrogen yang tinggi meningkatkan penghasilan prolaktin. Pada ketika ini prolaktin berperanan untuk kematangan kelenjar mamari (mamogenesis) bagi menyediakannya kepada penyusuan ibu apabila bayi lahir kelak. Namun begitu aras progesteron yang tinggi ketika itu merencat peranan prolaktin untuk merembeskan susu dalam waktu kehamilan ini. 
Sebaik sahaja kelahiran berlaku, aras prolaktin akan berkurangan kerana pencetus dalamannya (iaitu plasenta) telah tiada. Oleh itu hisapan bayi akan memainkan peranan penting untuk merangsang penghasilan prolaktin selepas kelahiran ini.
Hisapan bayi akan merangsang reseptor pada puting dan areola ibu untuk mencetuskan impuls yang akan dibawa oleh sistem saraf ke otak (hipotalamus). Ini seterusnya merangsang kelenjar pituitari (anterior) merembeskan hormon prolaktin. Hormon prolaktin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara. Di payudara, reseptor yang terdapat di sekeliling alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan seterusnya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu ibu untuk persediaan penyusuan seterusnya.


Apabila alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan menghalang prolaktin sampai ke reseptor di alveolus. Oleh itu apabila reseptor pada dinding alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan berkurangan. Sebaliknya apabila alveolus telah dikosongkan (susu telah dikeluarkan/dihisap oleh bayi), sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan seterusnya membenarkan prolaktin melaluinya untuk merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu semula. Perembesan prolaktin ini dikenali sebagai refleks prolaktin.
Untuk memahami refleks ini dengan mudah, saya ringkaskan begini:
  • Bayi menghisap puting payudara dan mengosongkan stok susu dalam payudara
  • Prolaktin dirembes oleh kelenjar pituitari
  • Prolaktin merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu
  • Payudara diisi dengan susu semula
  • Kehadiran susu dalam payudara merencat tindakan prolaktin
  • Jika susu di dalam payudara tidak dikeluarkan, aras prolaktin kekal rendah, maka susu baru tidak dihasilkan
  • Jika susu di dalam payudara dikeluarkan, proses penghasilan susu akan berlaku semula
  • Kesimpulannya: lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak prolaktin akan berjaya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu.
  • Namun begitu prolaktin hanya berperanan dalam penghasilan susu (laktogenesis) tetapi pancutan susu dikawal oleh hormon oksitosin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari (posterior).


    Hisapan bayi pada puting payudara ibu mencetuskan impuls yang dibawa oleh neuron ke otak untuk merangsang kelenjar pituitari (posterior) merembeskan oksitosin. Oksitosin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara ibu. Kehadiran oksitosin merangsang sel mioepitelia mengecut dan seterusnya merangsang pancutan susu melalui duktus laktiferus ke arah areola dan puting payudara. Tindakan ini dinamakan refleks oksitosin atau lebih dikenali sebagai let-down reflex.
Sumber: wikipedia.org, kellymom.com, colorado.edu

Wednesday, January 19, 2011

BAHASA BABY - DUNSTAN BABY LANGUAGE

Belajar bahasa bayi melalui Dunstan Baby Language

Satu sistem yang mengajar ibu bapa untuk memahami dan mentafsir makna tangisan bayiSistem ini meliputi 5 jenis “bunyi” rutin yang digunakan semua bayi semenjak lahir, untuk mengungkapkan keperluan harian mereka: lapar, mengantuk, ingin sendawa (burp), ketidakselesaan dan kembung perut.

“Bunyi-bunyi” ini terhasil akibat tindakan refleks. Contohnya, apabila bayi merasa lapar, iaitu apabila paras glukosa dalam badannya menurun, sistem dalaman bayi akan memulakan gerakan menyedut (sucking) sebagai tanda bersedia menerima makanan. Apabila bunyi ditambah kepada tindakan refleks ini, bunyi yang mewakili keperluan lapar akan terhasil.

Kajian selama lebih 10 tahun yang dilakukan oleh Priscilla Dunstan terhadap lebih 1000 orang bayi dengan lebih 30 jenis kerakyatan, latar belakang, keturunan dan bahasa ibunda mengesahkan bahawa bayi di seluruh dunia menghasilkan bunyi yang sama!. Ternyata bunyi ini bersifat universal dan kajian ini dipatenkan sebagai - THE DUNSTAN BABY LANGUAGE.

Bagaimana Dunstan Words dihasilkan?
Menangis adalah bentuk komunikasi asas (primary) bayi (malahan, satu-satunya cara bayi baru lahir "berkomunikasi"). Asasnya, penting untuk MENDENGAR TAHAP PRE-CRY BAYI SEBELUM TANGISAN MELALAK (HISTERICAL CRY) DIHASILKAN KERANA PRE-STAGE VOCAL YANG TERKANDUNG DALAM TAHAP PRE-CRY AKAN TENGGELAM DALAM JERITAN BAYI dan apabila tiba di tahap ini, menyukarkan ibu bapa memahami kehendak bayi apatah lagi untuk menenangkannya. Try & Error itu perkara biasa. Dapatkan DVD untuk membantu mendengar contoh-contoh lima jenis tangisan berulang kali!


Bunyi 1: 


Terhasil dari “sucking” refleks

Tip: Tumpukan pada bunyi “N” yang dihasilkan.Bayi mengerakkan lidah ke sekeliling mulut.

Lapar "Neh" adalah bunyi yang terhasil sebagai tindak balas kepada refleksi menyedut (sucking reflex). Ingin menghasilkan bunyi "Neh" anda sendiri? Letakan lidah anda di bahagian belakang gigi atas dan tolak lidah ke "bumbung" mulut. Pada waktu ini, satu-satunya bunyi yang anda mampu buat, keluar melalui hidung seperti NNNNNNN. Sekarang, buka mulut anda sedikit dan gerakan lidah anda seperti menyedut. Ketika lidah menjauhi bumbung mulut, anda akan menyedari bunyi NNN tadi bertukar ke EH atau UH. Inilah bunyi "Neh/Nuh" yang kita cari!


Bunyi 2: Mengantuk
Terhasil dari refleks menguap (yawning)

Tip: Perhatikan mulut bayi berbentuk “O” ketika membuat bunyi ini.

Bunyi "Owh" adalah hasil refleksi menguap (yawn reflex) yang memberi isyarat bayi anda mengantuk. Cuba anda tolak rata lidah anda mengenai barisan gigi bawah serta buka mulut anda seluas-luasnya seperti ingin menguap dan tambah bunyi kepada gerakan anda itu. Sejurus sebelum menguap berakhir dan mulut anda ingin kembali tertutup, dapatkah anda dengar bunyi "owh" anda sendiri?


Bunyi 3: Ingin Sendawa

Terhasil dari pengecutan otot dada

Tip: kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar dengan bunyi "E" yang nyata

Bayi menyebut bunyi "Eh" kerana dadanya merasa tak selesa dan seperti "terjerut" dalam cubaan ingin sendawa (burp). "Eh" terhasil hasil pengecutan otot dada dan bunyi ini selalu kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar. Ingin pelajari beberapa teknik yang mampu membantu bayi sendawa? Dapatkan DVD Dunstan Baby Language untuk contoh praktikal yang dilakonkan semula.


Bunyi 4: Kembung Perut

Terhasil akibat tekanan abdomen perut

Tip: Sering kedengaran sebagai erangan panjang dan tertekan

Bayi membuat bunyi "eairh" kerana tekanan dalam abdomennya yang mengakibatkan bayi merasa sakit dan tak selesa. Tarikan otot-otot perut menjadikan bunyi yang keluar sebagai "air" dengan tambahan bunyi "r" yang nyata dan semakin nyata bila bayi semakin stress.


Bunyi 5: Tak Selesa

Terhasil akibat refleks pada kulit diiringi gerakan menggeliang-geliutkan(wriggle) badan dengan aktif.

Tip: Dengarkan bunyi “H” yang jelas seperti dihembus atautercungap-cungap.


Berbeza dengan bunyi "Eh" (ingin sendawa) yang mempunyai bunyi "E" yang nyata dan berangin "H" yang kuat, "Heh" pula mempunyai bunyi "H" permulaan yang kuat. "Heh" boleh menjadi bunyi yang agak sukar untuk difahami kerana tiada penyelesaian spesifik yang dapat disimpulkan. Bayi boleh merasa tidak selesa dengan 1001 perkara. Antara yang biasa ialah: terlalu panas atau sejuk, napkin yang kotor, tidak serasi dengan bedak yang digunakan atau merasa kulit merengsa dengan pilihan sabun pencuci pakaiannya.


Tip menguasai Dunstan Words dengan cepat:


a) Berhenti, Lihat & Dengar
Penting untuk fokus kepada bayi. Perhatikan bahasa tubuh, ekspresi muka serta bunyi yang dihasilkan. Perhatikan ekspresi fizikal refleksi - seperti bukaan mulut berbentuk oval untuk bunyi "Owh"(mengantuk) boleh membantu ibu bapa mengenal pasti bunyi yang dihasilkan.

b) Beri Tumpuan Pada Peringkat Pra-Tangisan (pre-cry stage)
Penting memberi perhatian kepada pre-cry stage sebelum bayi menjerit atau melalak untuk mengelakkan bunyi yang cuba didengari tenggelam dalam jeritan dan teriakan.

c) Fokus Pada Identiti Setiap Bunyi
Untuk membantu pemahaman ibu bapa, dengari sifat unik bunyi setiap tangisan. Contohnya: dengarkan bunyi "N" yang disebut untuk mengenal pasti bunyi "Neh".

d) Tukar Posisi Bayi
Bunyi yang dihasilkan juga kadangkala dipengaruhi oleh posisi bayi. Bayi yang dipegang atau di baringkan akan sedikit menukar bentuk bunyi yang dihasilkan. Ubah-ubah posisi bayi untuk kejelasan yang lebih.

e) Berlatih Mendengar Berulang Kali
Untuk menguasai bahasa bayi ini, perlukan banyak latihan (practice make perfect). Kebanyakan ibu bapa memberitahu, dengan mendengar contoh tangisan dalam DVD Dunstan Baby Language berulang-ulang kali adalah kunci kejayaan mereka.

Dapatkan DVD Dustan Baby Language yang berharga RM70-Semenanjung Malaysia (termasuk kos penghantaran) dan RM70-Sabah & Sarawak (tidak termasuk kos penghantaran). Dengan memiliki DVD ini, anda akan lebih memahami mengenai bahasa bayi dan bunyi-bunyi yang dimaksudkan dengan lebih jelas. Dustan Baby Language merupakan sistem pertama yang mengajar ibubapa mentafsir maksud tangisan bayi dengan tepat.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 012-6724705 (Puan Hasanah)
www.dunstanbaby.com
Facebook : 
Baby Language



INFO : Pa&Ma

Tuesday, January 18, 2011

SGM JANUARY 2011



Ibu - ibu semua jom datang SGM di Ipoh, Perak.


PEMBUKA TIRAI 2011: Breastfeeding Support Group Gathering - Perak Breastfeeding Club.

Topic : INTRODUCING SOLIDS TO BREASTFEEDING BABIES.

Tempat : Padang Polo Ipoh.

Tarikh : 23 Januari 2011 (Ahad).

Masa : 9.00 pagi.


Tema : Maroon.

Sila bawa resepi makanan natural bayi (jika ada) dan bawa sampel makanan (jika sempat masak untuk dirasa bersama).




Untuk pertanyaan sila SMS ke 017-5657552

Thursday, January 13, 2011

DUGAAN SEORANG IBU



Lagi dugaan untuk ibu yg ingin menyusukan anak.
Bila mama baca..marah pun ada..sakit hati pun ada..lawak pun ada!!

Ni lah dia perbualan ibu tersebut bersama seorang ibu yg TIADA ILMU!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Juelee: I nak cari tempat nak pump susu ni.


Mrs A: Eh, U still BF your baby? Kenapa? Susu mahal eh??



Juelee: (Choiiiiiii, ko ingat aku papa sangat ke? Tak mampu nak beli susu anak.. Tapi ni cakap dalam hati aje la eh) Aah... Susu ibu kan bagus.. Lagipun susu I banyak, bagi je la...



Mrs A: Formula milk skang kan bagus ada DHA for brain la, belilah yang mahal sket.. Baru Baby U bijak..



Jeelee: (Aku dalam hati dah angin dah nie, dah lak bilik equipment tu panas.. Ada gak makan kasut time nie) Eh formula milk tu kan susu lembu, susu ibu ni susu manusia.. So mana lagi baik nak bagi anak I minum?? Susu lembu ke susu manusia? Lagipun I pernah pegi talk, doc tu kata kalau minum susu lembu bodoh macam lembu kalau minum susu ibu bijak la macam manusia... (Mulut aku dah stat lazer la time nie, dah benggang..)


utk lebih info..sila ke sini ^_^





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...