MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Monday, March 26, 2012

Bagaimana Nak Kuruskan Lengan

Bagaimana nak kuruskan lengan? Mungkin ramai yang mencari cara nak kuruskan dengan cepat. Maklumlah lengan yang flabby mungkin tak disukai oleh empunya badannya sendiri >__<



Saya sendiri pernah mengalaminya. Lengan yang besar dan flabby.. walaupun tak tunjuk kat orang, tapi diri sendiri yang nak kecilkan lengan. Kepuasan diri orang kata.
Jadi bagaimana? Adakah suplemen Shaklee untuk kuruskan lengan?

Sebelum itu jom kita tengok apa penyebab flabby arm ni:

(1) Lambakan lemak badan 

(2) Atropi iaitu otot yang tidak digunakan secara aktif menjadikan tisu2 di sekelilingnya lembik dan berlemak

(3) Kulit yang pernah meregang

Kata kuncinya ialah dengan membuang lemak dan membina otot.

Jadi, cara-cara nak menguruskan lengan termasuk:

- melakukan angkat berat pada lengan. Guna dumbell yang kecil tu je. Kalau tak ada boleh guna seterika lama yang berat giler tu (saya guna seterika je)
- kurangkan makanan berlemak
- dari segi suplemen Shaklee, boleh ambil Cinch Shake mix atau ESP untuk membina otot.

Selamat mencuba! 




credit



Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi mama :

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe 
2. PM saya di fb, Dilla Jalil
3. Emel admin@mamaqaireen.com
4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Sunday, March 25, 2012

Status HALAL Shaklee


Soalan yang sering saya dapat dari customer ialah “Halalkah Shaklee?“. Alhamdulillah kita prihatin. Iya, Shaklee merupakan produk keluaran US. Bila dipasarkan di Malaysia sudah tentu status HALAL menjadi perkara utama.

Shaklee adalah worldwide dan mempunyai pelbagai jenis produk. Namun jika anda ‘meninjau’ Shaklee di US atau Australia hatta Singapura sekalipun, anda akan dapati sesetengah produknya tidak terdapat dalam pasaran Malaysia. Kenapa ya? Ini kerana tidak semua produk worlwide Shaklee itu halal (ya tidak dapat disahkan status halalnya). Senang cerita, yang dijual di Malaysia telah diperakui status Halalnya. So, jangan risau ya.

Sijil HALAL terbaru bagi tahun 2012Dikeluarkan pada 6 February 2012.
 shaklee halal

Islamic Services of America (ISA)
 adalah satu badan Islam di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.
Boleh lihat di laman web JAKIM untuk meyakinkan diri anda lagi. Lihat mukasurat 33. Senarai ini adalah yang telah dikemaskini pada 31 July 2011.



Thursday, March 22, 2012

Testimoni ~ Supplement HOT Untuk Isteri..Shhhhh…(bertambah mantop!!)



Rata-rata selepas melahirkan anak, wanita sering merasa rendah diri, tidak cantik di mata suami. Betul kan? Tetapi tidak kepada ibu-ibu ini yang konsisten mengambil supplement..Supplement apa ya? Ha…ini dia supplement HOT…
                
salam semua..saya nak share pengalaman customer saya..pasal Alfalfa danESP..ehehe..
belom seminggu makan alfalfa dah kena puji tinggi melangit oleh en suami..ehehe..bg saya tak salah kan sbb utk kerukunan rumah tangga gak..ahakss..ye laa..sebabkan entry perkongsian cik Ciput Bob tu, ramai berkobar2 ambik alfalfa sebotol terus..nyata tak sia2 katanya..saya tumpang gembira ..
dan sorg lagi customer saya yg ambik ESP (ade ambik lain2 gak) en suami dia puji perubahan pada Breast dan punggung xxxx..tak yah g cucuk2 kan..ehhee..tu belom sebulan tu…kalau dah lama agak2 ape lg ye perubahan mereka2 yg lain kan..so, ape lg..cantikkan diri utk suami dpt pahala..utk kebahagiaan rumah tangga gak kan..bila kita sihat, cergas, ceria, kita pon leh uruskan rumahtangga, kerja dan lain2 tugas dgn hepi dan sepenuh ati ..to all wonder mommies, super ladies, u all are wonderful!
happy sharing all!
Ini pula pendedahan Pn Ifa (nama FB Ciput BOb,pelanggan Pn Iffah Anuar) mengenai kehebatan Alfalfa yg dikongsi di group ekslusif customer kami ,Shaklee Golden LOunge. (sebenarnya panjang lebar ,tapi dah dipotong atas2 sebab Panasssss.. nak detail kena lah contact saya… )
” ………………………………………… Itu lah rahsia ifa skrg nih. Perkara yg x pernah ifa fikir n mimipikan pun (pujian dr hubby tentang nikmatnya hubungan suami isteri) mendapat pujian selama ini. Nak tahu rahsianya………….ALFALFA LAH…… betul, ifa mkn mmg niat utk tambahkan susu ibu, sbnrnya ifa dpt tahu alfalfa ni juga utk eratkan hubungan suami isteri, tp x lh sampai tergerak hati nak niat ke arah itu. tapi, pujian suami 3 hari lepas benar2 memeranjatkan ifa. x sangka… selama 4 bulan pengambilan set 3M Platinum sejak dari dalam pantang lagi secara konsisten n disiplin, ini lah hasilnya…. pertambahan susu ibu sekaligus memberikan kenikmatan dalam hubungan suami isteri yg menjadi faktor kebahagiaan rumah tangga kami. Benar, setiap usaha yg istiqamah pasti akan dapat hasilnya. dan sekarang, ALFALFA benar2 menjadi produk kepercayaan n semestinya ada dlm list kehidupan ifa. x sia2 melaburkan RM466 pada ketika itu (sblm bersalin, walaupun waktu itu mengalami masalah kewangan), kerana hasilnya sangat2 menakjubkan dan merasai perasaan yang x pernah dirasai ketika dipuji oleh hubby..

Perghhhhh..siapa tak nak melawan mantop dan meletop untuk suami weh??? Mama dengan Baba pun suka Alfalfa tau! awwwwwww..... :P

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi mama :

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe 
2. PM saya di fb, Dilla Jalil
3. Emel admin@mamaqaireen.com
4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.


Wednesday, March 21, 2012

Kepentingan Makanan Berkhasiat Untuk Kanak - Kanak



Kanak-kanak biasanya susah nak makan sayur. Dari pemerhatian saya, ia bermula dari didikan ibu bapa. Anak-anak saya diajar makan sayur dari kecil. Malah sayur dijadikan finger food buat mereka (sampaikan ramai yang  'kagum' bila si kecil Danny meratah batang celery).

Ibu bapa prihatin hendaklah menjaga pemakanan anak-anak. Kata kunci - sihat dan seimbang. Anak-anak perlukan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk:-

- memberi tenaga bagi mereka bergerak aktif
- memberi tenaga kepada sel dan organ mereka untuk berfungsi dengan betul
- pembinaan dan penggantian sel-sel tubuh mereka
- menguatkan imuniti tubuh mereka melawan penyakit

Sel-sel badan kita bertukar baru dalam masa 3 bulan, jadi kita perlu bekalkan makanan yang cukup khasiatnya agar sel yang jangka hayatnya dah tamat, dapat digantikan dengan sel yang sihat.

Begitu juga semasa anak kita 'diserang' virus baru yang menyebabkan dia demam (viral fever), sel badannya musnah dengan cepat, dan ia memerlukan penggantian segera bagi membina sel-sel baru yang sihat.

Anak kita juga memerlukan antioksidan bagi menghapuskan radikal bebas dalam tubuh mereka.

Oleh itu amat penting untuk memastikan anak kita bukan saja makan, malah mengambil makanan seimbang dan jauhi makanan rapu. Galakkan anak minum air kerana tindakbalas sel memerlukan air yang cukup.

Tips Pemakanan Untuk Membina Imuniti Anak-Anak

1) Makan makanan yang disarankan oleh piramid makanan. Sekiranya anak suka makan bubur, campurkan sayur, daging, ayam, ikan dan sebagainya dalam buburnya, agar anak2 mendapat semua khasiat makanan.

2) Pengambilan vitamin membantu menguatkan imuniti anak2, terutama multivitamin dan vitamin C. Anak2 yang kurang selera makan terutamanya, berikan multivitamin lengkap dengan soya (Mealshake) kerana 2 sebab: (1) Kurang selera makannya mungkin disebabkan oleh kekurangan vitamin/mineral tertentu, dan (2) Bila dia taknak makan, dia kurang zat dari makanan, jadi Mealshake ni boleh membantu 'support' keperluan badannya.

3) Madu lebah boleh diberikan kepada anak yang melebihi usia 2 tahun (putus susu). Madu lebah mengandungi agen yang membantu menghalang pembiakan bakteria jahat, serta tinggi kalori yang perlu untuk tenaga sel.

4) Probiotik adalah bakteria baik yang sangat bagus untuk pertahanan badan. Sistem pertahahan badan kita terdiri daripada 2: (1) sel darah putih, dan (2) bakteria baik dalam usus. Jadi bekalkan probiotik untuk anak-anak adalah sangat bagus bagi menguatkan sistem pertahanan badannya.

**jangan keliru antara probiotik dan prebiotik. probiotik adalah bakteria, prebiotik adalah sejenis fiber.



NAK dapatkan Mealshake & Omega Guard untuk anak 3 tahun ke bawah.
NAK dapatkan Mealshake, Omega Guard, VitaLea For Children & Vita-C Chewable untuk anak 4-12 tahun.
 



credit


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama :

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe 
2. PM saya di fb, Dilla Jalil
3. Emel admin@mamaqaireen.com
4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.



Tuesday, March 20, 2012

Tips Untuk Ibu Yang Mengepam Secara Eksklusif


Siapa kata ibu yang tidak menyusukan bayi secara terus tidak boleh memberi susuibu sepenuhnya selama 2 tahun? Alhamdulillah ramai kawan mama berjaya menyusukan anak mereka selama 2 tahun hanya dengan pam susu sahaja. Apa2 pun mama mmg kagum sangat dengan mereka ni. 

Bukan nak cakap apa, mama yang menyusukan Qaireen secara direct pun kadang - kadang wujud juga perasaan malas tu..(heheee..alamak kantoi!! :P) tambahan pula sekarang ni Qaireen isap susu 2 x 2.5oz sahaja waktu siang. Tapi kalau anda 

Ok mama nak kongsikan bersama beberapa tips untuk ibu exclusive pumping.

(1) Jenis Pam Yang Sesuai
Agak subjektif sikit bila bercakap tentang pam yang sesuai. Masih ramai ibu exclusive pumper (EP) yang menggunakan pam manual sahaja. 


Tapi secara peribadi mama mencadangkan pada anda (jika ada rezeki lebih) investlah dalam pam yang mahal sikit. Lebih baik gunakan pam elektrik dan pada yang sama mama nasihatkan anda membuat double pumping. Contoh pam yang ada dipasaran seperti Ameda, Medela Freestyle, Spectra dan sebagainya.

Kenapa mama katakan begitu, ini kerana bila anda pam kiri dan kanan secara serentak, maka kedua - dua belah payudara akan mengeluarkan susu. Maka lebih cepat dan banyak kita dapat kumpul stok kan?

2) Mula Mengepam!

AWAS: Jika anda baru melahirkan anak, mulakan dengan memberikan bayi susu di payudara anda. Anda akan mendapati breast masih ‘kosong’ dan susu badan ‘tiada’. Sebenarnya ia sedang mengeluarkan cecair likat kolostrum yang tidak mengalir tapi keluar bila dihisap oleh bayi. Biar bayi anda hisap untuk meransang pengeluaran susu tersebut.
Kecuali kalau baby masuk SCN/NICU, susukan bayi anda sekerapnya.


Bagi ibu2 yang tidak dapat menyusukan bayi secara direct di awal kelahiran, anda perlu mengepam sebanyak 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam skali dalam masa 24 jam untuk establish-kan supply susu ibu.


Anda boleh pam selama 15 minit (atau lebih, bila dah tak keluar susu lagi) dan akhiri dengan marmet (mengepam dengan tangan). Kaedah Marmet dikatakan kaedah terbaik untuk mengosongkan payudara. Mengepam dan memerah menggunakan tangan (bersama2) adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengeluaran susu (bagi ibu EP).


Selain itu, ada lagi satu cara yang agak berkesan iaitu anda 'membantu' meransang payudara anda dengan cara anda gentel nipple anda selama beberapa minit. Biasanya selepas 1-2 minit susu akan mula keluar. Dengan cara ini ia memudahkan lagi untuk anda mengepam.

3) Nipple Cream
Lumrah bagi ibu yang menyusu akan merasa sakit pada bahagian puting susu, merekah, luka dan sebagainya. Terutama pada awal kelahiran, ini kerana setiap hari, siang malam kita pam susu atau cara hisapan bayi anda tidak betul. 


Jadi apa nak buat? Anda boleh guna nipple cream yang sesuai dan sapu selepas pam susu, bukan sebelumnya ye!!
Susu ibu juga boleh digunakan. sapukan susu ibu pada nipple dan biarkan kering. 

4) Menyimpan Susu Perahan
Stok susu adalah sangat penting kepada ibu EP, kerana itu sajalah sumber dan back-up yang ada untuk bayi. Kena ingat demand bayi kadang2 berubah, bila dia mengalami growth spurt, kurang sihat, mungkin mengurangkan/menambahkan permintaan dia terhadap susu.


So, untuk stok susu ibu boleh gunakan tips ini:
- tandakan tarikh dan masa mengepam pada botol susu : Supaya kita dapat tahu sampai bila kita boleh gunakan susu tersebut.


- tandakan kalau anda ada mengambil ubat pada hari2 tertentu : Misalnya 31/1/2012 ada demam & makan antibiotik. Tandakan yang anda ada ambil antibiotik, so di suatu hari bila baby minum susu yang tarikh 31/1/2012, dan kalau baby lain macam, mungkin sebab kandungan antibiotik dalam susu anda. 


Itu contoh la.. kalau makan makanan2 yang pedas ke, berangin ke, tandakan juga.. so kalau baby lain macam bila minum susu tu, kita mungkin boleh suspect sebabnya.

5) Membersihkan Alatan Mengepam
Disebabkan penggunaan yang tegar, anda tak perlu nak basuh & sterile setiap kali lepas pam. Steril yang wajibnya masa mula2 beli pam & botol, sebelum guna kena steril dulu. Tapi lepas tu memadai cuci dengan pencuci yang sesuai (bebas fosfat, triclosan, etc!). Dan untuk EP mom, boleh gunakan bekas kedap udara atau ziplock bag, then masukkan dalam fridge. Sebelum simpan lap dulu sisa2 susu.


Di pejabat, lepas pam anda simpan corong pam di dalam cooler beg sahaja.


PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN:

  • Ponteng sesi mengepam. ohhh ini disaster! Jangan sesekali ponteng!!
  • Tak jaga makan minum
  • Pakai bra yang ketat
  • Tak cukup tidur
  • Stress
  • Ambil pil perancang yang kurangkan susu (noriday sahaja yang boleh ye!!)


TIPS MAKSIMUMKAN SUPPLY SUSU IBU:

  • Makan mengikut keperluan ibu menyusu, extra kalori, extra protein, extra kalsium, extra water, etc.
  • Rehat secukupnya
  • FIkiran positif
  • Mendapatkan supplement agar badan sentiasa fit
  • Buat urutan pada breast
  • Tengok muka/gambar baby & lahirkan perasaan sayang
  • Tuam payudara
  • Buat power pumping
  • Double pumping+marmet


Akhir sekali, dapatkan sokongan dari suami, keluarga dan rakan2 yang boleh terus memberikan motivasi. Ramai ibu EP yang berjaya menyusukan anak mereka sampai 2 tahun.. malah ada yang sampai 4 tahun, walaupun mereka bekerja!
 Set dalam fikiran kita SUSU AKU CUKUP UNTUK ANAK AKU.


Bayi yang minum susu ibu ni pada 6 bulan pertama sahaja mereka sangat kerap menyusu. Bila dah berusia 6 bulan keatas mereka dah mula kurang, lepas 1 tahun lagi kurang sebab mereka dah mula makan macam - macam.

InsyaAllah, teruskan pam dan berdoa kepada Allah. Anda mesti boleh! ^_^



Terima Kasih Spectra 3..Luv U!!
(ni pam mama ke 4)


Saya faham apa yang ada rasakan. Sebab saya juga pernah melalui zaman mengumpul stok susu (EBM) untuk anak saya sewaktu saya bekerja dahulu. Saya sangat kagum dengan Ibu yang fully EP. Biasalah manusia, saya sendiri pun kadang2 ada perasaan malas untuk pam susu sebab terlalu penat. Tapi Alhamdulillah ianya tidak berlarutan. 

Saksikan Video kisah saya dahulu sewaktu menyusukan Qaireen. ;)




Jika anda rasa sedih dan tidak dapat sokongan suami, nasihat saya ialah teruskan berdoa. Rezeki kita dan hati suami kita Allah yang pegang. Teruskan berdoa tanpa henti. Kalau badan selalu penat, amalkan suplemen untuk kekal bertenaga. Bahaya tau kalau badan selalu penat dan stress, susu pun tak nak keluar. Penyakit pun mudah datang.

Jika anda ingin mengetahui tentang Produk Shaklee yang saya makan, anda boleh hubungi saya DILLA JALIL 017-5657552.

Jangan berlengah lagi. Bertindak sekarang juga. Saya menunggu panggilan dari anda.

Selamat maju jaya dan semoga anda dapat berikan yang terbaik untuk anak anda.

Salam sayang dari saya

MamaQaireen xoxo

Monday, March 19, 2012

Omega 3 Bagus Untuk Minda, Jantung Dan Kesihatan Kita.

Khasiat Omega-3 kepada Kesihatan






Pada tahun 1970an, para saintis mendapati orang Eskimo di Greenland adalah antara manusia yang paling sihat di dunia. Walaupun diet mereka mengandungi kandungan lemak yang tinggi yang diperolehi daripada ikan paus, salmon dan seal, tetapi mereka jarang mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung, arthritis, kencing manis dan sebagainya. Para saintis membuat kesimpulan bahawa Omega-3 lah yang menjadi punca utama kepada kesihatan orang Eskimo ini.

Kajian membuktikan bahawa Omega-3 mempunya banyak khasiat kepada kesihatan, dari fungsi otak sehinggalah kesihatan jantung.

FUNGI OTAK



Mengapa Omega-3 dikatakan 'Brain-booster'?


Sebahagian besar otak manusia terdiri daripada lemak 'baik' atau dikenali sebagai asid lemak. Dan kebanyakan lemak baik adalah Omega-3. Kajian telah membuktikan yang diet yang kaya dengan Omega-3 dapat meningkatkan  keupayan belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, daya tumpuan, daya ingatan dan kemahiran berkomunikasi. Omega-3 juga terbukti mampu memberikan mood positif dan keseimbangan emosi, dan dapat mengekalkan kesihatan mental semakin kita berumur.



Bagaimana Omega-3 Membantu Fungsi Otak?

Di dalam otak kita terdapat banyak neuron (sel yang menghantar mesej dari otak ke bahagian tubuh lain). Dinding neuron inilah yang terdiri daripada lemak 'baik' ini. Bagi memastikan neuron-neuron ini dapat berkomunikasi dengan baik, dinding neuron mestilah cukup fleksibel untuk membenarkan molekul-molekul penting menembusinya. Faktor-faktor seperti penuaan, diet yang tinggi kolestrol dan lemak tepu akan menjadikan dinding neuron ini mengeras. Ini mengakibatkan molekul-molekul penting tidak dapat menembusi dinding neuron dengan baik dan akibatnya berlakulah ketidakseimbangan emosi, kesukaran untuk belajar, daya ingatan menjadi tumpul, dan pelbagai kemerunduman fungsi otak.

Dengan menambah Omega-3 dalam diet harian, kita dapat memulihkan sifat lentur dan fleksibel dinding neuron dalam otak, seterusnya meningkatkan komunikasi sel dan fungsi otak.

Selain itu, khasiat Omega-3 juga adalah mencairkan darah di mana lebih banyak oksigen dapat disalurkan kepada otak dengan lebih baik, seterusnya meningkatkan fungsi otak itu sendiri.


KESIHATAN JANTUNG



Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 mempunyai kesan positif 
terhadap kesihatan jantung. Pengambilan EPA dan DHA asid lemak Omega-3 membantu mengurangkan risiko penyakit koronari jantung

Omega-3 menggalak sistem kardiovaskular yang sihat, termasuk arteri yang sihat. Ia juga membantu sel darah merah mengekalkan keanjalannya, seterusnya dapat mengalir dengan lebih lancar.

KEBAIKAN LAIN OMEGA-3

Omega-3 membantu memperbaiki:
  • Sendi dan pergerakan
  • Kesihatan kulit
  • Sistem imun
  • Penglihatan
  • Pernafasan
  • Tingkahlaku positif di kalangan kanak-kanak
  • Fungsi sistem saraf
  • Spatial function dan spatial memory
  • Komunikasi Selular
  • Pengurusan berat badan
Sumber & Credit


Khasiat asid lemak Omega-3 ini boleh diperolehi daripada OmegaGuard Shaklee juga. 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Sunday, March 18, 2012

Sungguh HEBAT SusuIbu Ni kan???

Tak nak celoteh pangjang..klik gambar terus dapat jawapan k.

Happy Breastfeeding....  ^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...