Hari ni tiba - tiba mama rasa nak bercerita tentang EBM pulak.
Bukan apa..kebetulan ramai yang cakap bila datang period kuantiti susu akan kurang!
Betul ke??
-
-
-
Entahlah???
Sebelum ni pun mama pernah mengalami "kekurangan" masa mula2 masuk kerja dulu. EBM dalam freezer cukup - cukup makan je. Mmg takut sgt kalau tak cukup. Masa tu pulak Qaireen kuat minum susu. Setiap 2jam sekali dia mesti nak minum. Kadang2 rasa macam nak nangis..rasa down sgt..rasa macam nak bagi SF je.
Tapi Alhamdulillah, mama kuatkan semangat..banyak membaca, berdoa dan terus berusaha..akhirnya berjaya juga.
So mama nak share dengan ibu2 semua dari pengalaman mama sendiri.
1) Mama kerapkan sesi pam..setiap 3 jam sekali mama akan pam..w/pun dapat 1oz, mama tak mengalah langsung..ialah nnt mama top-up dgn sesi pam yg lain..so dptlah 4oz..betul tak??
2) Mama akan pastikan mama minum sekurang2nya 3liter air masak di opis. Mama juga amalkan petua lain untuk banyakkan susu.
3) Hasil pam hari Isnin, mama akan jadikan EBM untuk hari Selasa..dan seterusnya.
4) Hasil pam hari Jumaat, mama simpan untuk STOK EBM.
5) Untuk hari Isnin, mama ambil yg hari Sabtu & Ahad.
6) Mama juga akan bawa ke mana saja pam mama. Bila ada masa kelapangan, mama mesti pam.
7) Yang penting jangan sesekali stress n jangan sesekali set dlm kepala kita berapa oz kita nak pam. Biar susu tu keluar sendiri berapa banayk pun yang dia suka.
cth (w/pun masa tu B kita tengah bengkak, waktu hari minggu) : pukul 2am kita pam dah dapat 5oz..so keesokan paginya dlm pukul 8am kita dah set siap2 dkt kepala "aku dapat pam 3oz pun cukuplah"....jgn haraplah akan dpt 3oz..kadang2 tu..1oz pun susah nak dapat! Serius!! mama selalu terkena keadaan mcm ni.
Jadual pam mama.
1) Dekat office : (9am - 10am)...(12pm - 1pm)...(4pm - 5pm) so dapat 3 sesi
2) Dekat rumah : (7pm - 8pm)...(12am - 1am)...(5am -6am) lagi 3 sesi
(tapi sekarang senjak pakai spectra3 mama dah tak pam waktu mlm lagi..Qaireen pun dah kurang minum waktu siang.)
**Mmg penat sangat waktu ni..tapi untuk kebaikan Qaireen mama sanggup buat apa sahaja. Masa ni mama duduk rumah opah dekat Kampar. Tiap2 hari naik bas berulang dari Kampar - Ipoh, bas pagi pukul 7am dan sampai rumah pukul 7pm. Mama juga belum pakai Spectra3 lagi waktu ni, mama hanya buat single pam dan tak ambil apa2 vitamin.
Zaman "cukup -cukup makan"
Alhamdulillah EBM bertambah
Alhamdulillah..hasil usaha mama dan berkat kesabaran mama serta setelah menggunakan spectra3..STOK EBM semakin bertambah. Sekarang dah ada 4oz x 30 botol. Tambahan pula setelah mengambil vitamin Shaklee..mama semakin super dooper tau ^_^